Dr Mustafa As-Siba'ie dilahirkan di Hims,
Sebagaimana halnya beliaupun adalah merupakan pengasas lembaga-lembaga kebajikan Islam dan sosial sehingga hal tersebut cukup mempengaruhi pertumbuhan dan pendidikan putera beliau Musthofa As Sibaai'. Kehidupan yang sulit dan keras dalam suasana penjajahan juga mempengaruhi petumbuhan beliau, terutama memupuk sikap patriotik dan penentangan terhadap penjajah dan kuncu-kuncunya.
Semenjak muda Musthofa As Sibaai' selalu menghadiri majlis ilmu ayahnya, dan hal tersebut memupuk keulamaan dan kefaqihan beliau dalam menyelesaikan masalah-masalah fiqhiyyah, khususnya fiqih komparatif. Sehingga dalam waktu yang tidak lama beliau terhitung sebagai ulama serta faqih, dan hal itulah yang mendorong beliau untuk terjun langsung dalam medan jihad dan "islah" reformasi serta membanteras bid'ah.
Dr Musthofa As Sibaai' melangsungkan perkahwinan di Dimasq, ketika beliau meminang calon isterinya pihak peminang memaklumkan kepada pihak keluarga wanita bahawa; Mushtofa As Sibaai adalah seorang aktivis da'wah, dan kebanyakan waktunya akan terpenuhi untuk kepantingan da'wah. Hal tersebut diungkapkan agar pihak keluarga wanita memakluminya sebelum pinangan diterima, dan akhirnya keluarga wanita menerima hal tersebut.
Kehidupan As-Siba'ie
Masa kanak-kanak dan pertumbuhan beliau dibawah asuhan orang tuanya yang dikenal sebagai ulama Hims, beliau senantiasa menghadiri majlis ilmu ayahnya, bahkan ayahnya selalu mendorong beliau agar mempelajari ilmu Syariah.
Di zaman muda Sibaai' tak sama dengan pemuda-pemuda lainnya, diusia mudanya dia aktif dengan kegiatan-kegiatan menentang penjajahan. Diusianya yang ke enambelas (Tahun 1931) pertama kalinya, beliau ditangkap oleh penjajah Perancis kerana mengkoordinasikan kawan-kawannya dalam menyebarkan risalah yang mengkritik tindakan penjajahan Perancis.
Musthofa As Sibaai' tidak lemah dengan pengalaman pertamanya dimasukan ke dalam penjara, beliau ditangkap untuk kedua kalinya oleh pihak Perancis kerana khutbah jumaat beliau di masjid raya Hims dianggap menggugah ruh jihad dan perjuangan warga Hims melawan penjajah Perancis.Dalam sejarah penentangannya menentang penjajahan Perancis, perjuangan beliau tidak hanya dengan "kalam" sahaja tapi beliau juga memimpin rakan-rakannya mengadakan penentangan bersenjata menentang Perancis, seperti terjadi pada tahun 1945.
0 comments:
Post a Comment