Video

Kepercayaan (Thiqah) Terhadap Jalan Dakwah

Monday, December 13, 2010 0 comments

Para musafir yang melalui jalan apapun mestilah mempercayai jalan yang mereka lalui dan berpuas hati bahawa itulah jalan yang akan menyampaikan mereka kepada tujuan yang mereka maksudkan supaya mereka tidak sesat dan tidak hilang di tengah jalan. Supaya mereka terus berjalan dan tidak berganjak lantaran ragu atau kerana tidak percaya. Supaya mereka tidak berpindah ke jalan lain lalu mereka bercerai-berai mengikuti berbagai-bagai jalan.

Jalan dakwahlah yang lebih utama dipercayai kerana inilah jalan asal di mana seorang Muslim mengikat segala urusan hidupnya dan kepadanyalah dia menyerahkan segala apa yang dimilikinya sama ada harta, jiwa atau usia, fikiran dan waktu kerana di sinilah letaknya kesudahan dan masa depan yang hakiki.

Oleh kerana itu tiap-tiap Muslim sebelum melangkah jalan dakwah, wajib mengetahui tentang keselamatan jalan dakwah, mengetahui keasliannya dan dia mesti mempercayainya supaya dia tidak menghabiskan umur dan jiwa di jalan yang menyeleweng dan tidak lurus.

Jalan dakwah kita bukanlah jalan bid'ah dan bukanlah jalan yang baru, tetapi jalan Rasulullah s.a.w. di mana baginda berjalan bersama dengan sahabat-sahabat baginda di zaman dahulu. Inilah jalan yang diambil oleh Imam as-Syahid Hassan al-Banna dari sirah Rasulullah s.a.w. yang diperkenalkan kepada kita, memimpin kita kepadanya dan menetapkan segala petunjuk kepada kita dan membawa kita berjalan bersama di atasnya. Di samping itu beliau menghayatinya dengan penuh keikhlasan, kebenaran, amalan dan harakah yang berterusan yang bersungguh-sungguh untuk meneguhkan dasar (tapak) bangunan dan menyediakan batu-bata yang selamat sejahtera. Akhirnya beliau telah menemui Tuhannya dalam keadaan syahid di atas jalan dakwah semasa melakukan tugas-tugas ke arah dakwah Allah.

Mahukah kita percaya kepada satu jalan yang membawa kita kepada Allah dan kepada keredhaan Allah? Adakah tujuan yang lebih tinggi daripada Allah?

Kenapa kita tidak mahu percaya kepada satu jalan yang pemimpinnya ialah Rasulullah s.a.w., bagindalah yang menjadi penunjuknya? Bagindalah sebaik-baik uswah dan contoh teladan dan begindalah penunjuk kepada  sirat al-mustaqim:

"Katakanlah: 'Inilah jalan (agamaku), aku dan orang-orang yang mengikuti mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yang nyata'". Yusuf: 108

Bagaimana kita mahu percaya pada satu jalan yang dustur perlembagaannya dan manhajnya adalah kitab Allah yang tidak pernah didatangi kebatilan dari hadapan mahupun dari belakangnya dan sunnah Rasulullah s.a.w.? Satu jalan yang menjadikan jihad sebagai jalannya dan menjadikan syahid setinggi-tinggi cita-citanya?

Di sekitar kepercayaan tanpa ragu di jalan inilah, Imam Hassan al-Banna telah berkata kepada golongan pemuda:

"Hai para pemuda! Di atas dasar- dasar yang tetap ini dan kepada
pengajaran-pengajaran tinggi ini kami menyeru kamu semua. Maka sekiranya kamu beriman kepada fikrah kami dan kamu mengikut jejak langkah kami dan kamu bersama kami melalui jalan Islam yang hanif. Dan kamu membersihkan diri kamu dari segala pemikiran yang lain daripadanya dan kamu menyerahkan segala usaha kamu untuk akidah kamu, maka inilah yang lebih baik bagi
kamu di dunia dan di Akhirat.

Sekiranya Allah menghendaki, Allah akan membuktikan kepada kamu apa yang telah dibuktikanNya kepada as salafus saleh di zaman Rasulullah dan para sahabat-sahabatnya.Tiap-tiap pekerja dan petugas yang benar dari kamu akan mencapai apa yang diredhai iaitu cita-citanya di medan Islam dan merangkumi segala kegiatannya sekiranya mereka orang-orang yang benar. Dan sekiranya kamu enggan kecuali terumbang-ambing antara bimbang dan ragu maka sesungguhnya pasukan Allah akan berjalan terus tanpa mempedulikan sama ada bilangan mereka ramai atau sedikit":

"Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana," (Ali Imran:126)\

Sebenarnya perjalanan kita telah terdedah kepada berbagai-bagai pukulan dari musuh-musuh Islam yang sentiasa melakukan bermacam-macam usaha yang sia-sia, untuk merosakkan, menyekat atau memesongkannya dari jalan yang benar. Ini boleh menimbulkan berbagai-bagai pertanyaan dan keraguan dari beberapa orang tentang pukulan-pukulan itu dan kesan-kesannya.

Dan persoalan tentang keaslian jalan itu, kerapian tujuannya dan kebenaran caranya. Kita kita telah terangkan bahawa ujian dan bencana itu
lebih menguatkan dan memurnikan dakwah dan telah menambahkan keteguhan, ketetapan dan kepercayaan di dalam jalan dakwah dan berpuas hati kepadanya. Itu semua sunnah Allah di dalam dakwah Islam. Musuh-musuh Allah telah berbuat begitu rupa terhadap angkatan Islam hanyalah semata-mata kerana keyakinan mereka bahawa angkatan Islam itulah yang menghapuskan kebatilan
mereka, InsyaAllah. Dengan kemurniaan, kelengkapan, kedalaman dan ketetapan, dan dengan kesyumulannya, gerakan Islam telah menawan hati dan kepercayaan tiap-tiap orang yang ikhlas dan berminat kepada kerja dan usaha untuk Islam, lalu kita dapati generasi muda Islam menggabungkan diri dengan angkatan Islam. Mereka menyokong dan menambahkan kekuatannya dan
menyuburkan hidupnya untuk mempusakai amanah yang mulia ini.

Sebenarnya harakah Islam telah mengembalikan kefahaman yang sahih dan benar serta saling melengkapi kepada Islam sebagai deen dan daulah, mashaf dan pedang, ibadah dan pimpinan dan melaksanakannya sebagai latihan ilmiah yang hidup dan mengemukakannya sebagai bentuk yang benar dari angkatan mujahiddin pada jalan Allah s.w.t. Para pejuang Islam yang berjihad pada jalan Allah yang telah menunjukkan contoh yang cemerlang berupa pengorbanan dan
tebusan dalam pertempuran di Palestin. Harakah Islam sedemikian layak dipercayai dan hargai.

Sesungguhnya angkatan Islam itu terus-menerus menyerahkan ramai syuhada' di jalan dakwah yang telah mengorbankan jiwa mereka sebagai tebusan untuk dakwah Allah. Mereka yang bertahan begitu lama tanpa lemah, dakwah mereka sentiasa berada di bawah tekanan kezaliman dan penyeksaan yang dahsyat. Namun begitu mereka terus berjihad di jalan dakwah tanpa merasa hina,
lemah atau lesu. Itu semua menunjukkan betapa benarnya angkatan Islam ini dan mereka lebih mengutamakan apa yang ada pada Allah daripada yang lainnya. Itulah yang menimbulkan kepercayaan pada jalan dakwah, ketenangan dan kepuasan hati betapa selamat dan sejahteranya jalan dakwah ini.

Sesungguhnya satu harakah Islam yang sentiasa mantap di dalam peredaran zaman dibuktikan oleh berbagai-bagai peristiwa tentang kebulatannya kepada Allah s.w.t., jauh dari sifat tamak haloba keduniaan, jauh dari sifat mendewa-dewakan seseorang (heroworship) atau memekik-mekik dengan nama seseorang, apatah lagi untuk menjadi boneka seseorang atau batu Ioncatan bagi
satu pihak kerana ini hanya menjadikannya alat bakar Allah. Harakah Islam sedemikian sifatnya, layak dan patut dipercayai oleh orang-orang yang benar dan ikhlas, patut dipercayai di dalam perjalanan dan cara menegaskan di dalam ucapannya:

"Sesungguhnya tiada kesalahan yang lebih besar daripada sangkaan setengah orang bahawa Ikhwanul Muslimin telah menjadi alat kepada satu pemerintahan di dalam satu masa atau melaksanakan satu tujuan selain dari tujuan mereka atau bekerja menurut cara yang lain dari cara mereka. Oleh itu, sama ada ahli ikhwan ataupun bukan mestilah menyedari hakikat ini".

Sesungguhnya satu harakah Islam dapat memelihara akan istiqamah dakwah Islam walaupun berada di bawah berbagai-bagai tekanan yang sangat keras, menyelamatkan dakwahnya dari sebarang penyelewengan dan mampu mengatasi berbagai rintangan untuk diwarisi oleh generasi baharu Islam dengan segala kesyumulannya dan kemurniannya tanpa pertukaran dan perubahan. Harakah Islam yang demikian itu adalah harakah yang dinaungi dan dipelihara oleh Allah, lebih dari itu mendapat sokongan dan pertolongan dari Allah:

"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan yang lurus maka ikutilah dia, janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa". (Al-An'aam: 153)

"Di antara orang-orang yang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang telah gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)". (Al-Ahzab: 23)

Harakah Islam yang menolak sikap putus asa, yang membangkitkan harapan, yang menyalakan cita-cita di dalam jiwa para anggotanya pada khususnya dan di dalam jiwa Muslim pada umumnya mengusir cinta dunia dan takut mati dari jiwa manusia dan menunjukkan contoh-contoh amal yang praktikal. Harakah Islam sedemikian wajiblah dipercayai dan disokong oleh setiap muslim yang mempunyai sikap ghairah dan sifat cemburu. 

Rujukan: Thariq Ad-Da'wah, Mustafa Masyur

Haji; Konferensi Umat Menuju Kesatuan dan Kemenangan

Wednesday, November 17, 2010 0 comments

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas Rasulullah saw. berserta keluarga dan sahabat serta orang-orang yang mengikutinya hingga hari kiamat.. selanjutnya

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ.  لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan pelbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan”. (Al-Hajj:27-28)



Memenuhi panggilan nabi Ibrahim AS, umat Islam saat ini datang dari pelbagai penjuru dunia berkumpul di rumah Allah yang disucikan; sehingga terasa menyatu hati-hati mereka, berseru mulut-mulut mereka untuk menyaksikan tempat-tempat yang disucikan ini

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

“Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, Maka Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka bersyukur”. (Ibrahim:37)

Umat kita adalah umat yang satu
Wahai umat Islam
Prinsip dasar dalam Islam adalah kesatuan umat, dan menghubungkan anak-anak bangsa dan nilai-nilai mereka dengan pelbagai tuntutan umat ini sekalipun berbeza bangsa dan waktu.

Haji merupakan konferensi antarabangsa yang sentiasa berulang setiap tahun, dan diadakan di Tanah Suci disekitar Ka’bah; menyatukan umat Islam, dan mendamaikan hati mereka, dan menyatukan tujuan mereka, di bawah syiar

إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah aku”. (Al-Anbiya:92)

Dan firman Allah:

وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku”. (Al-Mu’minun:52)
Allah telah memerintahkan kita untuk senantiasa bersatu dan memperingatkan kita dari perpecahan

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)

Sebagaimana Allah juga memerintahkan kita untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan memperingatkan kita dari melakukan konflik dan membuatkan hukuman berupa kegagalan atasnya. Allah SWT berfirman:

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. (Al-Anfal:46)


Faktor-faktor kesatuan umat Islam
Faktor terbesar kesatuan di antara umat Islam adalah bahawa Tuhannya satu, kitabnya satu, rasulnya satu, syariatnya satu, ibadahnya menyatukan mereka dan mempersatukan jiwa diantara mereka, solatnya mengarah pada kiblat yang satu, puasa dalam satu bulan, sementara haji hadir untuk memperkuat kesatuan ini.. dan diantara fenomena penting adalah sebagai berikut:

* Lidah mereka bergema dengan satu syiar:

“لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيكَ لَكَ

“Aku penuhi panggulanMu Aku penuhi, Aku penuhi tidak ada sekutu bagi-Mu Aku penuhi, sesungguhnya segala puji dan kenikmatan hanya milik-Mu dan kerajaan, tidak sekutu bagi-Mu”

* Dan mereka bertemu di satu tempat di Gunung Arafah nan luas: Rasulullah saw bersabda:

الْحَجُّ عَرَفَاتٌ الْحَجُّ عَرَفَاتٌ الْحَجُّ عَرَفَاتٌ أَيَّامُ مِنًى ثَلاَثٌ

“Haji adalah Arafat, Haji adalah Arafat, Haji adalah Arafat, dan hari-hari Mina ada tiga”.


فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ

“Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, Maka tiada dosa baginya. dan Barangsiapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu), Maka tidak ada dosa pula baginya”. (Al-Baqarah:203)

وَمَنْ أَدْرَكَ عَرَفَةَ قَبْلَ أَنْ يَطْلُعَ الْفَجْرُ، فَقَدْ أَدْرَكَ الْحَجَّ

“Barangsiapa yang mendapati arafah sebelum terbit matahari maka dia telah mendapatkan ibadah haji”. 

* Thawaf di sekitar Ka’bah .. Yang telah Allah jadikan sebagai kewajiban kepada manusia, menyatukan pandangan dan kiblat untuk mereka

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram”. (Al-Baqarah:144)

جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا

“Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia”. (Al-Maidah:97)

* Pada waktu yang sama, Allah berfirman:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسُوقَ وَلا جِدَالَ فِي الْحَجِّ

“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats, berbuat Fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji”. (Al-Baqarah:197)

* Pakaian mereka sama sehingga mencair semua perbezaan.. mengingatkan mereka pada kain kafan pada saat bertemu dengan Allah yang Maha Rahman

* Kesatuan gerak dalam ritual, tampak mereka naik ke Arafat, lalu pergi darinya, dan melontar jumrah sebagai simbol permusuhan kepada syaitan dengan satu tangan, lalu thawaf disekitar baitullah dalam satu orbit dan satu arah.

Inilah jalan yang agung dan mulia yang dapat melarutkan perbezaan ras, keturunan, bahasa, daerah , kelas serta tingkatan, dan menyatukan bangsa dalam kerja dan penampilan, lalu menjadikan mereka satu bangsa. Dan menghapus perpecahan yang berusaha dikobarkan oleh musuh-musuh umat siang dan malam, sebagaimana salah seorang dari mereka berkata:

سيظل الإسلام صخرةً عاتيةً تتحطم عليها محاولات التبشير، ما دام للإسلام هذه الدعائم الأربع: القرآن.. والأزهر.. واجتماع الجمعة الأسبوعي.. ومؤتمر الحج السنوي
Islam akan tetap kuat dan kokoh sehingga tidak mampu dihancurkan oleh usaha missionari; selama Islam memiliki empat asas ini: “Al Qur’an .. (Al-Azhar .. Pertemuan mingguan (Jumaat) ..Dan Konferensi tahunan (Ibadah haji) “

Sebagaimana dinyatakan dalam Encyclopaedia Britannica tentang ibadah haji:

تؤدي هذه العبادة دورَ قوةٍ توحيدية في الإسلام؛ بأنها تجلب أتباعًا له من مختلف الجنسيات؛ ليجتمعوا معًا في احتفال ديني

“Ibadah yang satu ini memiliki peran besar dalam memberikan kekuatan kesatuan dalam Islam; kerana ibadah tersebut, menarik banyak pengikut dari pelbagai bangsa; bersatu dalam kegiatan ritual “.

Cara kita menggapai kemuliaan dan kemenangan

Kerana itulah umat Islam dituntut untuk berpegang teguh pada agama mereka yang hanif sehingga terbina kualiti umat Islam dengan baik;  kerana itu semua merupakan satu-satunya  jalan menuju  kebangkitan dan pertumbuhan dalam menghadapi musuh. Semoga Allah merahmati Imam Al-Banna saat berbicara tentang unsur-unsur kekuatan: namun ikhwanul muslimin harus memiliki ideologi yang mendalam dan wawasan yang luas daripada hanya memiliki kerja dan fikiran yang dangkal, tidak mampu menyelam di bahagian terdalam, tidak mampu menimbang konsekuensinya. 

Apa yang dimaksudkan dan yang diinginkan padanya adalah agar mereka sedar, sesungguhnya tingkat pertama dari pelbagai tingkatan menuju kekuatan adalah  kekuatan keyakinan dan iman, lalu kekuatan kesatuan dan ikatan persaudaraan, kemudian kekuatan tangan dan senjata, dan tidak dapat digambarkan sebagai sebuah kelompok memiliki kekuatan sehingga mampu memiliki semua unsur dan nilai-nilai itu semua.

Dan umat ini tidak mampu mencapai apa yang diinginkan menuju kemuliaan dan kepemimpinan kecuali jika kita mampu melepasi dari apa yang ada dalam hati kita berupa sikap wahn seperti yang pernah Rasulullah saw peringatkan:

يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا”. فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ: ”بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ”. فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا 

الْوَهَنُ قَالَ: ”حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

“Akan datang suatu masa, dalam waktu dekat, ketika bangsa-bangsa (musuh-musuh Islam) bersatu-padu mengalahkan (memperebutkan) kalian. Mereka seperti gerombolan orang rakus yang berkerumun untuk berebut hidangan makanan yang ada di sekitar mereka. Salah seorang sahabat bertanya: Apakah kerana kami (kaum Muslimin) ketika itu sedikit? Rasulullah menjawab: Tidak! Bahkan kalian waktu itu sangat banyak jumlahnya. Tetapi kalian bagaikan buih di atas lautan (yang terombang-ambing). (Ketika itu) Allah telah mencabut rasa takut kepadamu dari hati musuh-musuh kalian, dan Allah telah menancapkan di dalam hati kalian wahn. Seorang sahabat Rasulullah bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimaksud dengan wahn itu? Dijawab oleh Rasulullah saw.: Cinta kepada dunia dan takut (benci) kepada mati.”

Sungguh terjadi seluruh bangsa bersatu padu untuk mengalahkan umat Islam saat ini sebagaimana mereka dengan rakusnya berebut makanan yang ada disekitar mereka. Dan kita saksikan umat Islam tunduk kepada cinta dunia dan bergantung pada hawa nafsu, sehingga hilang kewibawaannya dihadapan musuh zionis dan lain-lainnya.

Dakwaan dari orang-orang skeptis dan yang memiliki keyakinan bangkitnya umat 

Imam Al-Banna – semoga Allah merahmatinya – menyedari akan nilai dari apa yang dimiliki umat Islam dari pelbagai unsur kekuatan dan imuniti, memiliki pelbagai sebab kebangkitan sehingga dapat menghalang orang-orang skeptis dan dakwaan mereka dengan menyebarkan ungkapan: Apa saranan yang kalian miliki wahai orang-orang lemah dan telah kalah atas segala urusan kalian untuk mampu mewujudkan impian dan tuntutan kalian serta mendapatkan hak kalian? 

Kami sampaikan dengan mudah dan penuh keyakinan: lalu apa yang diinginkan manusia dari kita? Jika kita kalah atas segala urusan kita dan tertolak akan hak-hak kami? Apakah layak bagi yang Maha Mulia dihinakan dan dilecehkan, dan Rasulullah saw bersabda:

من أعطي الذلة من نفسه طائعًا غير مكرهٍ فليس مني

“Barangsiapa yang rela memberikan kehinaan dari dirinya dan taat tanpa ada paksaan dan kebencian maka bukan dari golonganku”.
Allah juga berfirman:

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لا يَعْلَمُونَ

“Dan Kemuliaan itu hanya milik Allah , Rasul-Nya dan orang-orang beriman, namun orang-orang munafik tidak menyedarinya” (Al-Munafiqun:8)

Sesungguhnya kita memiliki senjata, yang tidak dimiliki dan tidak mampu diraih darinya siang malam iaitu kebenaran: Dan kebenaran akan kekal dan abadi, Allah SWT berfirman:

بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ فَيَدْمَغُهُ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ وَلَكُمُ الْوَيْلُ مِمَّا تَصِفُونَ

“Maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya)”. (Al-Anbiya:18)

Allah juga berfirman:

كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الأرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ

“Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan” (Ar-Ra’ad:17)

Dan juga firman Allah:


وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

“Dan Katakanlah: “Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”. (Al-Isra:81)

Kita juga memiliki senjata lain iaitu iman: iman juga merupakan rahsia dari pelbagai rahsia kekuatan yang tidak dapat dimiliki kecuali oleh orang-orang beriman yang benar, tidaklah berjihad para aktivis sebelumnya, dan tidaklah berjihad orang-orang setelah mereka kecuali kerana iman. Dan jika iman hilang? Tidak akan mampu memberikan manfaat seluruh senjata dalam bentuk materi dari pemiliknya sedikitpun? Jika iman tidak terpatri dalam hati maka tidak akan mampu menemukan jalan keluar untuk mencapai keinginan dan tujuan, dan jika benar suatu azam maka akan terang jalan menuju tempat yang diinginkan

وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ


“Dan Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman”. (Ar-Ruum:47)
Jika kita tidak memiliki pasukan bumi maka kita akan senantiasa bersama pasukan langit

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا

“(ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Para Malaikat: “Sesungguhnya aku bersama kamu, Maka teguhkan (pendirian) orang-orang yang telah beriman”. (Al-Anfal:12)

Dan optimisme adalah senjata ketiga: Kami tidak akan pernah menyerah, tidak akan terburu-buru, tidak mendahulukan takdir, tidak akan membuat kami lemah himmah (semangat) oleh kerana panjangnya  jihad, dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Kerana kami yakin akan mendapatkan ganjaran selama memiliki niat baik, hati yang ikhlas, iaitu ikhlas kerana Allah, dan kemenangan di sebalik itu tidak akan mustahil

كَتَبَ اللَّهُ لأغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

“Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Maha Perkasa”. (Al-Mujadilah:21)

حَتَّى إِذَا اسْتَيْئَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَنْ نَشَاءُ وَلا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

“Sehingga apabila Para Rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada Para Rasul itu pertolongan Kami, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. dan tidak dapat ditolak siksa Kami dari pada orang-orang yang berdosa”. (Yusuf:110)

Kerana itu, kenapa harus ada keraguan dan keputus asaan, padahal putus asa itu tidak memberikan jalan sedikitpun bagi kita..

لا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

“Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf:87)

Wahai bangsa Arab dan umat Islam seluruhnya

Jadikanlah musim haji sebagai persidangan untuk saling mengenal, berkasih sayang dan bersatu, saling mempelajari realit pahit yang terjadi dan mencari cara untuk menyelesaikannya. Berusaha mendapatkan hak-hak dan mengembalikan harta yang telah terampas, serta menyelamatkan diri dari kongkongan musuh-musuh… dari pelbagai krisis ekonomi yang menyerang dunia, dan ketahuilah bahawa kesatuan kalian akan mampu mewujudkan kesempurnaan ekonomi dan kecukupan diri. Sehingga kita tidak menjadi tawanan dan gadaian orang lain, hendaknya kalian saling bergotong royong diantara sesama kalian, saling menasihati dan saling menolong, kerana itulah yang senantiasa dinasihatkan oleh Islam yang murni.

* Wahai para hujjaj (orang-orang  yang sedang menunaikan haji) ke baitullah al-haram salinglah kalian mengenal, dan bersungguh-sungguhlah untuk senantiasa menjalin hubungan diantara kalian bahkan sampai kalian kembali ke negeri-negeri kalian nanti..

Kepada para regim dan pemerintah ada peringatan dan nasihat..

* Bahawa pelbagai konferensi dan perundingan dengan zionis dan Amerika tidak akan dapat mengembalikan hak-hak kalian yang terampas, dan begitu pula dengan tempat-tempat suci yang telah diduduki.

* Sesungguhnya usaha untuk mempersempit dan menekan bangsa tidak akan mampu menghentikan takdir Allah yang berjalan menuju perbaikan dan perubahan, dan tidak akan mampu menghalangi cahaya Allah untuk tersebar keseantero alam, dan kita wajib memahami bahawa makar zionis

وَلا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلا بِأَهْلِهِ
“Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri”. (Fathir:43)

Sementara kezaliman dan penyimpangan yang dilakukan oleh kekuatan Amerika dengan tipudaya dan kejam juga tidak akan melemahkan Allah sedikitpun

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya”. (As-Shaff:8)
Kami yakin bahawa seluruh dukungan kebendaan dan moral, dan seluruh yang diinfakkan di dunia ini untuk memberikan penyelesaian tanpa mengajak manusia kembali ke jalan Allah, akan berubah menjadi kerugian di dunia, dan tidak akan mampu mengalahkan orang-orang beriman, sementara mereka telah ditunggu oleh azab Allah di akhirat kelak sesuai dengan janji Allah

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَى جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan”. (Al-Anfal:36)
Kerana itulah kita harus yakin bahawa kemenangan umat Islam pasti akan datang dengan pertolongan Allah dan kekuatan-Nya, dan hal demikian Allah Maha Perkasa.
Dan kami juga tidak lupa menyampaikan bahawa pada musim haji dan musim pengorbanan (berkorban) ini ada ikhwan kita dalam pasukan perlawanan yang masih tetap tegar dan sabar di Palestin, justeru bumi Arab dan umat Islam perlulah senantiasa mendoakan mereka dan memohon kepada Allah agar diberi jalan keluar dan jalan keluar yang terbaik,

وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ

“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf:21)

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badi, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin.
Penerjemah: Abu ANaS, diolah oleh Abu Ridhwan

Khutbah ‘Idul Adha: Bekerja Keras dan Berkorban Tanpa Henti

0 comments



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
الحمد لله الذي فرض الجهاد على المسلمين.. و جعله مناط عزهم و رفعهم..
اشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له.. و اشهد أن محمدا عبده و رسوله المبعوث رحمة للعالمين..
اللهم صل و سلم على هذا النبي الكريم.. الذي أدى الأمانة.. و بلغ الرسالة.. و نصح الأمة.. و جاهد فى الله حق جهاده.. و على آل بيته الأطهار.. وأصحابه الأبرار.. الذين آمنوا به.. و صدقوا بما جاء به.. و ساروا على نهجه.. و اقتدوا بسنته.. و على من جاء ممن بعد هم من التابعين و تابعيهم.. و على كل من سار على نهجهم إلى يوم الدين..
فيا معاشر المسلمين.. أوصيكم و اياى نفسى الخاطئة المذنبة بتقوى الله.. فقد فاز المتقون.. وإن العاقبة للمتقين..

ALLAHU AKBAR 3x

Pagi ini memori sejarah kita membuka dirinya kembali, membawa kita pada kenangan ribuan tahun lalu. Pagi ini kita kenang lagi manusia-manusia agung yang telah menciptakan arus terbesar dalam sejarah manusia, membentuk arah kehidupan kita, dan membuat kita semua berkumpul di lapangan besar ini untuk solat dan berdoa bagi mereka. Pagi ini kita agungkan lagi nama-nama besar itu: Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad saw.

Bayangkanlah bahawa lebih dari 4000 tahun lalu tiga manusia agung itu – Ibrahim, Hajar dan Ismail – berjalan kaki sejauh lebih dari 2000 km, dari negeri Syam yang sekarang menjadi Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan, menuju jazirah tandus yang disebut oleh Al Qur’an sebagai lembah yang tidak ditumbuhi tanaman apapun.

Bayangkanlah bagaimana mereka memulai sebuah kehidupan baru tanpa siapa-siapa dan tanpa apa-apa. Bayangkanlah bagaimana mereka membangun Ka’bah dan memulai peradaban baru. Bayangkanlah bagaimana 42 generasi dari anak cucu Ibrahim secara turun temurun hingga Nabi Muhammad saw. membawa agama Tauhid ini dan mengubah jazirah itu menjadi pusat dan pemimpin peradaban dunia.

Bayangkanlah bagaimana Ka’bah pada mulanya hanya ditawafi 3 manusia agung itu, kini setiap tahunnya ditawafi sekitar 5 juta manusia dari seluruh pelosok dunia yang melaksanakan ibadah haji dan dalam beberapa tahun ke hadapan akan ditawafi sekitar 12 juta manusia setiap tahun, persis seperti doa Nabi Ibrahim:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ ..

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah membawa sebahagian dari keturunanku untuk tinggal di sebuah lembah yang tak tertumbuhi tanaman apapun, di sisi rumahMu yang suci..Ya Tuhan kami, itu agar mereka mendirikan solat.. maka penuhilah hati sebahagian manusia dengan cinta pada mereka..” ( Surat Ibrahim: 37).
Bayangkanlah bagaimana jazirah yang tandus tidak berpohon itu dihuni oleh hanya mereka bertiga dan kini berubah menjadi salah satu kawasan paling kaya dan makmur di muka bumi, persis seperti doa Ibrahim:

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا بَلَدًا آَمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ

“Dan ingatlah tatkala Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini negeri yang aman, dan berilah rezeki kepada penduduknya berupa buah-buahan yang banyak..”(Surah Al Baqarah: 126)

Bayangkanlah bagaimana Nabi Ibrahim bermunajat agar lembah itu diberkahi dengan menurunkan seorang nabi yang melanjutkan pesanan samawinya, dan kelak Nabi Muhammad saw. menutup mata rantai kenabian di lembah itu, lalu kini, 1500 tahun kemudian, agama itu diikuti sekitar 1.6 – 1.9 billion warga muslim, persis seperti doa Ibrahim:

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Ya Tuhan Kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surat Al Baqarah 129)

Bayangkanlah bagaimana dari sebuah kampung kecil di Iraq bernama Azar, Nabi Ibrahim datang seorang diri membawa agama samawi ini, melalui dua garis keturunan keluarga; satu garis dari isterinya Sarah yang menurunkan Ishak, Ya’kub hingga Isa, dan satu garis dari isterinya Hajar yang menurunkan Ismail hingga Muhammad, dan kini setelah lebih dari 4 millenium agama samawi itu, Islam, Kristian dan Yahudi, dipeluk oleh lebih dari 4 billion manusia.

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, Maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam” (Surat Al Baqarah: 132).

ALLAHU AKBAR 3X

Pagi ini kita kenang lagi perjuangan 4 milenium lalu itu. Dan akan terus kita kenang hingga riwayat kehidupan berakhir saat kiamat datang kelak. Begitulah agar kesedaran sajarah kita tetap terjaga, bahawa;

Pertama, pertumbuhan adalah ciri agama.

Pelbagai kerajaan, dinasti, regim dan imperium datang silih berganti dalam sejarah manusia. Ia lahir, tumbuh besar, berjaya, lalu menua, melemah dan akhirnya mati. Tapi agama yang dibawa Ibrahim datang dan terus bertumbuh tanpa henti hingga kini. Tidak ada kekuasaan, sezalim dan seangkuh apapun ia yang sanggup menghentikan laju pertumbuhannya. Agama ini membangun kerajaan dalam hati dan fikiran manusia, bukan bangunan megah di atas tanah yang akan segera punah oleh waktu. Agama terus tumbuh kerana memberi arah bagi kehidupan manusia, mengakhiri pencarian akalnya akan kebenaran, kebaikan dan keindahan, serta memenuhi dahaga jiwanya akan cinta, ketenangan dan kebahagiaan.  Lihatlah bagaimana doa-doa Nabi Ibrahim menjadi kenyataan satu per satu dan terus menerus sepanjang waktu. Nabi Ibrahim mengajarkan kita sunnatullah yang menjadi hukum sejarah sebagaimana disebutkan dalam Al Qur’an:

فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ

“Adapun buih itu pasti akan pergi sia-sia. Sedang yang bermanfaat bagi manusia akan bertahan di muka bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan”.(Surat Ar Ra’du: 17)

Kedua, agama adalah narasi terbesar dalam sejarah manusia.
Arus sejarah yang digerakkan oleh narasi Barat lahir dari ruh Kristian. Sementara arus sejarah yang digerakkan narasi Timur lahir dari Islam. Jadi di Barat maupun di Timur agamalah yang membentuk semua peradaban besar yang pernah menghiasi lembar-lembar sejarah manusia. Dan selamanya akan terus begitu. Semua pemberontakan manusia untuk keluar dari jalan agama – seperti yang kita saksikan di abad yang lalu melalui gelombang sekularisme dan ateisme, baik atas nama ilmu pengetahuan atau atas nama yang lain – hanya akan berhujung dengan kesia-siaan dan kesengsaraan. Lihatlah misalnya bagaimana perang dunia pertama dan kedua mengorbankan sekitar 94 juta nyawa manusia. Pemberontakan itu lahir dari keangkuhan manusia yang terlalu rapuh, disusun oleh akal yang terlalu sederhana untuk melawan kebenaran abadi yang dibawa oleh agama.

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ..

“Allah adalah cahaya langit dan bumi…”(An Nuur: 35 )

Ketiga, Islam adalah agama masa depan manusia.

Nisbah pemeluk Islam adalah sekitar 1 orang Muslim untuk setiap 1000 penduduk bumi di zaman Nabi Muhammad saw. Kini angka itu berkembang menjadi 1 orang Muslim  untuk setiap 5 orang penduduk bumi, termasuk sekitar 100 juta muslim yang menghuni benua Eropah dan sekitar 100 juta muslim yang mendiami negeri China.
Semua perang yang ditujukan untuk merosakan citra agama ini, seperti label fundamentalisme dan terorisme – demi mencegah manusia memeluknya tidak akan dapat menghalang pertumbuhan dan penyebarannya, bahkan di Negara sekularisme sendiri seperti Eropah dan Amerika.

Sementara itu semua sistem dan ideologi lain mulai bangkrup satu per satu seperti komunisme. Dan kini kapitalisme juga sedang menyusul secara perlahan dan pasti. Semua sistem dan ideologi itu tidak akan mampu memenuhi tuntutan dan dahaga manusia akan kebenaran, keadilan dan kebahagiaan. Dunia memerlukan pencerahan baru, dan hanya Islamlah yang mampu membawa cahaya. Dunia memerlukan sumber solusi, dan hanya Islamlah yang mampu menawarkan jalan keluar.
ليبلغن هذا الأمر ما بلغ الليل و النهار ..

“Urusan (agama) ini pasti akan menjangkau seluruh manusia, sepanjang siang dan malam menjangkau (seluruh pelosok bumi)”.

Keempat, bekerja dan berkorban adalah tradisi kebangkitan dan kepemimpinan.
Bekerja itu seperti menanam pohon. Berkorban itu adalah pupuk yang mempercepat pertumbuhannya. Kita mengenang Nabi Ibrahim hari ini kerana baginda hanya bekerja menabur kebajikan di ladang hati manusia. Tanpa henti. Kita mengenang Nabi Ibrahim hari ini kerana pengorbanannya yang tidak terbatas.

Makna hidup kita baik sebagai individu mahupun sebagai umat dan bangsa, terletak pada kerja keras dan pengorbanan tanpa henti dalam menebar kebajikan bagi kemanusiaan. Bekerja adalah simbol keberdayaan dan kekuatan. Berkorban adalah simbol cinta dan kejujuran. Itu nilai yang menjelaskan mengapa bangsa-bangsa mampu bangkit dan para pemimpin mampu memimpin. Hanya mereka yang mahu bekerja dalam diam yang panjang, dan terus menerus berkorban dengan cinta, yang akan bangkit dan memimpin. Itulah jalan kebangkitan. Itulah jalan kepemimpinan. Itu nilai yang menjelaskan mengapa Islam – di masa lalu – bangkit dan memimpin peradaban manusia selama lebih dari 1000 tahun. Dan itu jugalah jalan kebangkitan kita kembali: bekerja keras dan berkorban tanpa henti. Dengarlah firman Allah swt:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

“Dan katakanlah (hai Muhammad), bekerjalah kalian, nanti Allah yang akan menyaksikan amal kalian, beserta RasulNya dan orang-orang yang beriman”. (Surat At Taubah:105)

ALLAHU AKBAR 3X

Hari ini, sebagaimana kita mengenang manusia-manusia agung itu; Nabi Ibrahim dan isterinya Hajar, Nabi Ismail dan Nabi Muhammad saw – kita juga mendengar rintihan hati umat manusia dari pelbagai pelosok dunia. Di belahan dunia Islam ada rintihan anak-anak Palestin, Iraq, Afganistan, Sudan, dan Khashmir yang memerlukan solidariti dan bantuan kita untuk membebaskan mereka dari kezaliman dan penjajahan. Bahkan dunia Islam sering didatangi pelbagai musibah dan ujian besar; banjir, tsunami, gempa, letusan gunung berapi, dan sebagainya. Ratusan jiwa terkorban.

Sementara di belahan dunia lainnya, terdapat billion jiwa manusia yang hidup dalam kehampaan dan juga menanti para pembawa cahaya kebenaran untuk menyelamatkan dan mengeluarkan mereka dari himpitan hidup yang gelap gelita ke dalam sinar cahaya Islam yang penuh rahmat. Tangis hati para korban kezaliman di dunia Islam dan rintihan jiwa para pencari kebenaran di dunia Barat sama-sama menantikan kehadiran kepemimpinan baru yang datang membawa cahaya kebenaran, cinta bagi kemanusiaan, tekad untuk bekerja keras serta kemurahan hati untuk terus berkorban.
Marilah kita bangkit membebaskan diri kita dari keserakahan dan kebakhilan, kesedihan dan ketakutan, kelemahan dan ketidakberdayaan, egoisme dan perpecahan. 

Marilah kita bangkit dengan semangat kerja keras dan pengorbanan tanpa henti, melupakan masalah-masalah kecil dan memikirkan serta merebut peluang-peluang besar bagi kejayaan umat dan bangsa kita. Marilah kita bangkit dengan kepercayaan penuh bahawa Islam adalah masa depan manusia dan bahawa masa depan adalah milik Islam. Marilah kita bangkit dengan semangat dan keyakinan penuh bahawa kita mampu memimpin umat manusia kembali jika kita mahu bekerja keras dan berkorban demi cita-cita besar kita.

ALLAHU AKBAR 3X

Diolah kembali dari tulisan Muhammad Anis Matta.

Membangun Kekuatan Umat Islam

Thursday, November 4, 2010 0 comments

Perutusan dari Prof. Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin, (15-10-2010)

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW dan orang-orang yang mengikutinya dari semasa ke semasa sehingga hari Kiamat.

Sesuai dengan kehendak Allah SWT yang mencipta manusia mempunyai kecenderungan untuk hidup berkumpulan jauh dari sifat individualistik dan mengasingkan diri kerana sesuai dengan tabiat dan fitrah manusia yang terikat dengan kehidupan secara berkumpulan. Sesuai dengan masa yang berlalu, hidup secara berkumpulan menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk menuju konsep baru yang dikenali sebagai kesatuan, agar orang yang mengasingkan diri tidak menjadi mangsa dari umat dan bangsa yang sejarah dan latar belakang pendiriannya adalah mengorbankan bangsa lain, dan umat Islam sedang berhadapan dengan bangsa-bangsa yang sangat memerlukan kesatuan ini. Oleh kerana itu kesatuan adalah jantung dari sebuah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai”. (Ali Imran:103)

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat”. (Ali Imran:105)'

“Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka”. (Al-An’am:159)

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan aku adalah Tuhanmu, Maka sembahlah aku”. (Al-Anbiya:92)

“Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan aku adalah Tuhanmu, Maka bertakwalah kepada-Ku”. (Al-Mu’minun:52)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, saling mengasihi dan saling menyayangi adalah seperti satu tubuh. Apabila ada sebahagian dari tubuhnya sedang sakit, maka bahagian tubuh yang lain turut merasakannya, sehingga membuatnya tidak boleh tidur dan demam”. (Muslim)

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan lainnya”. (Bukhari Muslim).

“Kalian hendaklah berjamaah dan jauhilah dari perpecahan”.

Dunia Islam memiliki unsur kekuatan

Para pembuat peradaban Barat yang kini telah mengumumkan kemuflisannya dan memimpin umat manusia pada kebinasaan, sementara kita umat Islam memandang bahwa Islam adalah satu-satunya agama yang layak untuk menerima tampuk kepemimpinan umat manusia. Oleh sebab itu, para pemikir Barat ada yang menyedari akan peranan ini. Mungkin di antara tulisan yang paling tepat dalam memberikan gambaran tentang unsur-unsur kekuatan Islam adalah tulisan, “Powell Schamtaz” dalam bukunya (Islam adalah kuasa dunia masa depan), yang bertujuan memberikan pencerahan dan peringatan kepada bangsanya sendiri terhadap unsur -unsur kekuatan Islam. Beliau menyatakan unsur kekuatan asasi yang dimiliki umat Islam adalah:

  1. Kedudukan strategik yang dimiliki umat Islam di dunia.
  2. Pertumbuhan manusia yang begitu pesat di kalangan umat Islam, yang menjadikan pertumbuhan mereka unggul berbanding orang lain.
  3. Kekayaan sumber alam dan bahan mentah. Melalui sumber alam yang besar yang dimiliki umat Islam menyebabkan mereka mampu membangun kuasa industry yang terhebat di peringkat dunia.
  4. Islam adalah unsur kekuatan paling penting di tengah masyarakat Islam. Menurut “Schamtaz” adalah: “Demikianlah agama yang memiliki kekuatan bagaikan ‘sihir’ untuk menghimpunkan perbagai jenis manusia di bawah satu bendera setelah menghilangkan perbezaan bangsa dan keturunan dari jiwa mereka, memiliki tenaga ruh yang mampu mendorong orang beriman mempertahankan tanahairnya dan sumber kekayaannya sehingga sanggup mengorbankan apa jua yang dimiliki hatta nyawa mereka sendiri”.

Dia juga berkata: “Sejarah akan berulang kembali, bermula dari daerah kuasa Islam dunia pertama diraih. Kuasa ini akan muncul apabila berpegang teguh pada Islam dan bersatunya pasukan tentera. Kuasa ini akan kukuh dan wujud apabila umat Islam menyedari bagaimana mengeluarkannya dan mengambil manfaat darinya, dan seterusnya mampu mengimbangi kuasa dunia lainnya”.

Seorang penulis Inggeris (Heller Block) berkata: “Sesuatu peradaban yang mana tonggak-tonggaknya terikat dengan ikatan yang kukuh, bahagian tepinya saling berpegangan dengan kuat dan membawa bersamanya ideologi seperti Islam, tidak sekadar sedang menunggu masa depan yang cerah saja namun juga akan menjadi bahaya bagi musuh-musuhnya. ”

Ikhwan Muslimin dan kesatuan Islam

Agenda kesatuan Islam merupakan matlamat dakwah Ikhwan Muslimin yang tertinggi, bahkan ia merupakan tonggak utama dalam agenda kebangkitan ini. Justeru matlamatnya yang tertinggi adalah kesatuan seluruh umat Islam di pelbagai ceruk dunia dan menghidupkan kembali negara Islam raya mulai dari Ghana sebelah selatan hingga di bumi Afghanistan di sebelah utara.

Di antara petujuk utama didahulukan agenda kesatuan Islam dalam pemikiran Imam Al-Banna dan gerakan siasahnya adalah kerana perhatiannya yang mendalam terhadap isu membaiki hubungan antara mazhab-mazhab dalam Islam dengan kadar yang segera untuk membangkitkan sudut ini di medan Islam sehingga memberikan saham dalam pembentukan kumpulan yang mendekatkan mazhab-mazhab yang didirikan pada tahun 1948 di Kaherah.

Dalam Risalah Ta’lim Imam al-Banna, beliau berbicara tentang pemerintahan di negara Islam: “Dengan itu , supaya pemerintah dapat melaksanakan tugasnya sebagai pelayan bangsa, mendapat upah darinya dan bekerja untuk kemaslahatannya ”

Dalam risalah Muktamar Kelima dengan judul “Ikhwan dan nasionalisme, Arab dan Islam,” beliau berkata: “Bahwa Ikhwan Muslimin sangat mencintai tanahair mereka, dan sangat menekankan keutuhan dan kesatuan bangsa”.

Beliau juga menjelaskan bahwa gagasan Arab atau Liga Arab dalam kaca mata dakwah Ikhwan Muslimin mempunyai kedudukan yang sangat strategik dan penting. Ini kerana orang-orang Arab adalah umat Islam pertama, dan tidak akan ada kebangkitan Islam tanpa kesatuan bangsa Arab dan perpaduan mereka. Beliau juga berkata: “Bahwa batas geografi dan pembahagian secara politik yang dilakukan oleh penjajah Barat terhadap Negara Arab tidak mempunyai apa-apa nilai dalam menyentuh kesatuan Arab dan Islam”.

Halangan dalam menuju kesatuan Islam

Di antara permasalahan dan halangan utama yang dihadapi dalam menuju kesatuan Islam adalah isu perkauman iaitu fanatik kepada kaum dan bangsa yang menghilangkan nilai kemanusiaan dan pendidikan sama sekali. Oleh kerana itu seseorang individu hidup dalam penyimpangan persepsi, ideologi dan nilai; di mana bahasa dan warna kulit dan keturunan sebagai neraca kemuliaan, dan mengenepikan nilai utama yang telah ditetapkan al-Quran dan hadith nabi saw:

“Sesungguhnya yang paling mulia diantara kalian adalah yang bertaqwa”. (Al-Hujurat:13)

“Tidak ada yang lebih mulia dari bukan Arab ke atas Arab kecuali taqwa”

Kemudian isu kesukuan atau etnik, yang mendedahkan kebodohan umat Islam dan menyuburkan pertikaian dan konflik etnik, sebagai alat kepentingan peribadi sehingga membakar api peperangan dan pertikaian yang tidak ada gunanya sama sekali.

Akhirnya .. Kerajaan yang kalah adalah kelompok pemimpin yang lemah di dunia Islam yang rela menekan para pejuang kerana melaksanakan strategi mengikut, melakukan penindasan terhadap gerakan rakyat yang mengingini kebebasan dan kemerdekaan, mengabaikan sumber kekayaan umat baik material mahupun spiritual. Sekalipun ada perubahan pemikiran pemerintah di hadapan para pejuang, namun mereka tetap mempamerkan sikap yang penuh dengan kezaliman dan permusuhan. Dengan itu seseorang pemimpin terpisah dari bangsanya sendiri, menghalangi anggota masyarakat meraih dan mencari asas kesatuan, iaitu kesatuan pemimpin dan yang dipimpin.

Bagaimanakah caranya mewujudkan kesatuan Islam?

Pertama: Kembali kepada agama Islam dan aqidah Islam

Pengalaman Islam yang telah ditempoh semasa Nabi saw dan Khulafa Rasyidin yang merakamkan sejarah kemanusiaan tentang kejayaan yang sangat menakjubkan dalam mewujudkan masyarakat yang satu dalam ideologi, perasaan dan tujuan. Islam telah muncul di tempat yang di belenggu berbagai konflik suku, ras dan kelas. Kejayaan yang dicapai Islam mampu mencipta masyarakat yang menolak adanya diskriminasi ras (putih dan hitam), diskriminasi kelas (tuan dan hamba) atau diskriminasi suku atau etnik (Quraisy dan kabilah lainnya), persaudaraan menguasai setiap anggotanya, ukhuwwah antara Muhajirin dan Ansar begitu kuatnya, lenyap semua pertikaian antara suku dan kabilah arab, dan berakhir pula era perhambaan dan fanatik jahiliyah, era terbelenggu dari tangan-tangan pemerintah kejam, bahkan pelbagai suku telah bergabung ke dalam kesatuan negara Islam, seperti bersatunya Bilal al-Habsyi dan dengan Suhaib Ar-Rumi, dan Salman dari Parsi dan saudara-saudara lainnya dari suku Quraisy.

Di samping itu aqidah Islam juga mampu menyatukan hat-hati umat dan membersihkannya dari berbagai kotoran serta menguasai berbagai titik tolak dalam tubuh setiap individu mahupun masyarakat, dan menundukkan umat serta berinteraksi dengan mereka, sehingga sentiasa berada dalam kebenaran yang nyata ketika menetapkan pendirian dan meninggalkannya, terpancar seluruh tenaga anak bangsa dalam memberi sumbangan, berkreativiti dan membangun; yang itu semua merupakan cara yang kukuh untuk mencapai kesatuan Islam yang sebenarnya.

Kedua: membangun pertubuhan dan institusi yang kuat dalam bidang keilmuan, ekonomi, pendidikan dan sosial di semua lapisan masyarakat.

Dunia hari ini hidup di era pakatan besar yang dimainkan oleh negara-negara besar, blok-blok ekonomi dan politik yang besar, dimulai dari Amerika Utara; ada blok ekonomi yang disebut dengan (NAFTA), dan blok Eropah dengan ( EU), blok Asia Tenggara dengan (ASEAN) dan Afrika yang mempunyai blok Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS).

Di tengah-tengah ruang yang mengelilingi dunia dengan berbagai pakatan besar ini terdapat umat Islam yang senantiasa bercakaran dan berpecah belah. Bahkan sungguh menghairankan di saat terjadi kesepakatan kesatuan ekonomi Arab pada bulan Mac 1957, pada bulan dan tahun yang sama terjadi perjanjian Rom antara enam negara Eropah yang melahirkan kerjasama pasaran bebas Eropah bagi menyempurnakan gagasan yang dinamakan EU pada tarikh 1/1/1933, iaitu setelah 36 tahun dari perjanjian kerjasama tersebut, sedangkan perjanjian Kerjasama Kesatuan Ekonomi Arab telah gagal untuk kekal di dunia nyata ini.

Oleh itu keadaan hari ini sangat mendesak untuk mengoptimumkan pertubuhan-pertubuhan besar Islam sedia ada seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab, dan menghidupkan kembali Kesatuan negara-negara Islam yang diasaskan oleh Erbakan di Istanbul pada tarikh 29/5/1990, sempena mengenang tarikh penaklukkan kota Konstantinopel yang bertujuan menjadi pagar bagi kesatuan Islam, jika tidak ada konspirasi Barat atau usaha untuk menghentikannya.

Ketiga: Sedar tentang konspirasi musuh

Pada tahun-tahun sebelumnya telah membuktikan bahwa musuh umat Islam terus bertungkus lumus membahagi-bahagikan daerah dan memperkukuhkan blok-blok dari negara-negara Arab dan negara-negara Muslim; sehingga menjadi negara-negara kecil yang berasaskan etnik, suku dan mazhab, iaitu dengan mengambil kesempatan dari konflik-konflik minoriti yang tercetus di serata pelosok dunia Islam, yang selalu melaungkan pemisahan dan kemerdekaan.

Bukti yang paling kukuh adanya konspirasi ini ialah seperti yang berlaku di Sudan hari ini; di mana kuasa antarabangsa mengikat tali di tengkuk negara Sudan, yang kadang kala menarik tali sehingga tersedak tengkuknya dan kemudian meleraikan ikatannya; untuk memulakan peringkat membahagikan ‘harta rampasan’ sesama kuasa-kuasa besar tersebut.

Semua petanda ini menunjukkan konspirasi yang disengajakan untuk memisahkan Sudan selatan dari utara melalui referendum yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun 2011 di bawah kesepakatan damai selatan yang ditandatangani antara Garang dan Bashir di Naivasha, Kenya, pada 09/01/2005. Sekarang kita menyaksikan pelbagai gerakan antarabangsa yang lebih luas yang diterajui Amerika Syarikat dan melibatkan PBB untuk mengesahkan pembahagian melalui referendum.

Justeru apa yang patut kita buat?!,

Umat dan para pemimpin Islam dituntut untuk mengambil berat terhadap konspirasi yang sangat berbahaya ini supaya Sudan tidak hancur, kemudian kita menangisi susu yang tertumpah, kejahatan yang menghendaki pemisahan dan akan ada yang mengiringinya iaitu pertumpahan darah.

Kesimpulannya

Bahawa kesatuan Islam memerlukan kemahuan yang tinggi dan usaha yang besar yang tak kenal erti penat. Benar kemahuan rakyat Jerman sangatlah kuat dalam merobohkan tembok Berlin dan menyatukan kembali dua negara dan bangsa Jerman, hidup dalam satu negara, di bawah satu bendera. Sedangkan di Palestin telah dibina dinding pemisah untuk mengukuhkan pendudukan dan perampasan tanah dan menghalang pembentukan negara Palestin. Namun kemahuan dan keperwiraan rakyat Palestine terus menerus melakukan perjuangan mampu merobohkan dinding pemisah dan mengembalikan negeri mereka, dan akan tiba waktunya untuk merobohkan seluruh dinding yang dibina oleh para pemimpin yang zalim dan sombong kerana kemahuan rakyat mengatasi keangkuhan mereka.

“Dan mereka berkata: Bilakah itu terjadi, katakanlah waktunya sudah dekat”. (Al-Isra: 51).

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum