Video

Al Banna Menjelaskan Al Ikhwan dan Kegiatan Amalnya

Thursday, November 20, 2008


Pemikiran Ikhwanul Muslimin telah tersebar di lebih dari lima puluh wilayah di Mesir. Di setiap wilayah tersebut, Ikhwan, mendirikan projek-projek amal dan lembaga-lembaga sosial. Anda, dapat menyaksikan, di Ismailiyah telah dibangun masjid dan markas Ikhwanul Muslimin. Juga dibangun lembaga pendidikan Islam Hira' untuk anak-anak, dan sekolah untuk kaum ibu muslimah dalam rangka memberi keilmuan kepada mereka bagaimana mendidik putera puterinya
.
Di Syibrakhit juga didirikan masjid Ikhwan, gelanggang olahraga, dan ma'had (lembaga pendidikan) Hira' dalam satu kompleks. Di sebelah kompleks yang besar itu dibangun gedung latihan yang diperuntukkan bagi siswa-siswa ma'had yang tidak mampu menyelesaikan pendidikan. Jam'iyah ini membekali mereka dengan pelbagai keterampilan. untuk mencetak tenaga trampil yang berwawasan dan pekerja yang bermoral.

Di Mahmudiyah Al-Buhaira didirikan projek seperti itu juga, Di sana dibangun fabrik tenun untuk memproduk karpet, sajadah, dan yang semacamnya, di sebelah ma'had Tahfidzul Qur'an yang bertempat di markas lkhwanul Muslimin. Ma'had Tahfidul Qur'an telah mengeluarkan ramai alumni, padahal waktu tertubuhnya belum terlalu lama. Lihatlah, para penghafal Qur'an yang bermunculan dalam waktu yang relatif singkat, di mana hanya sedikit saja dari lembaga pendidikan yang ada yang dapat menghasilkan serupa itu.

Rasanya tidak perlu saya tuliskan satu persatu, yang jelas bahawa setiap cabang Ikhwanul Muslimin hampir di seluruh wilayah Mesir telah mendirikan pelbagai projek sosial, dari Adfoo hingga Iskandariyah.

Di banyak yayasan Ikhwan, kita dapati lembaga yang menangani kerja sosial di bidang peguambela. Dengan izin Allah, ikhwan dapat menyelesaikan pelbagai kes dengan segera, yang jika ditangani oleh lembaga undang-undang pemerintah akan memerlukan waktu yang lama.
Ada lagi lembaga yang bergerak di bidang santunan sosial, khususnya kepada para fakir miskin di hari-hari raya. Itu semua untuk meringankan beban mereka di satu sisi dan untuk ikut membentengi mereka dari upaya licik kelompok kristenisasi di sisi yang lain.

Banyak juga lembaga ikhwan yang aktif di bidang; penerangan dan kaunseling yang bergerak di tempat-tempat yang belum atau tidak tersentuh oleh aktiviti tersebut, seperti warung-warung kopi, markas-markas umum, tempat-tempat pesta, dan majlis-majlis upacara kematian.

Di banyak tempat, khususnya daerah perkampungan, Ikhwan juga mendirikan lembaga yang bergerak di sektor pelayanan umum, seperti: pembangunan masjid, pembersihan jalan, penentangan gejala gengsterism, pengadaan khidmat kesihatan bergerak, dan usaha usaha lain yang mendatangkan kemaslahatan bagi masyarakat, baik untuk urusan dunia mahupun agamanya.

Di tempat lain didirikan pula lembaga yang bekerja untuk memerangi tradisi yang rosak dan kebodohan yang bermaharajalela, terutama di tempat-rempat yang jauh dari lingkungan ilmiah. Pada saat yang sama didirikan pula lembaga untuk menghidupkan sunah dan kewajiban agama yang secara praktik telah banyak dilupakan orang, meskipun secara teori masih banyak diketahui seperti mengumpulkan zakat biji-bijian yang disimpan di tempat khusus lalu membahagikannya dengan sepengetahuan jamaah kepada orang-orang yang berhak menerimanya (tanpa tujuan mempengaruhi), sebagaimana yang dilakukan Ikhwan di wilayah Barambal beberapa waktu yang lalu.

Di Kairo didirikan pula majalah mingguan lkhwanul Muslimin yang disusuli kemudian dengan berdirinya percetakan milik Ikhwan. Semua itu dapat terwujud dalam kurun waktu kurang dari setahun.

Jam'iyatul Ikhwan juga memberi perlindungan kepada kaum fakir miskin dari pengaruh misionari akhir-akhir ini. Maka rumah-rumah Ikhwan pun menjadi tempat tinggal mereka, lembaga-lembaga latihan Ikhwan memberi bimbingan kepada mereka, dan sekolah-sekolah Ikhwan pun siap mendidik mereka. Para pengurus lembaga memberi peringatan kepada masyarakat akan bahayanya para misionaris yang sesat itu yang selalu mengelabui mereka dengan aqidahnya dan sibuk menyesatkan orang-orang yang lemah dan fakir miskin.

Itulah beberapa amal nyata aktiviti Ikhwanul Muslimin. Saya tidak perlu lagi menyebutkan pelbagai majlis ta'lim ceramah, diskusi, serta kunjungan dan jalinan ukhwah, yang semua ini biasanya dikenal dengan istilah dakwah bil lisan. Kami pernah mengatakan bahawa kami telah lelah berbicara dan telah bosan berpidato. Kini tinggallah kami berbuat sesuatu yang nyata.

Anda barangkali terkejut ketika mengetahui bahawa Ikhwanul Muslimin, dalam melakukan kerja besar ini, tidak meminta bantuan dana dari pemerintah mahupun pihak lain, kecuali 500 junaih (mata wang Mesir) yang pernah disumbangkan oleh Koperasi Terusan Suez untuk membantu pembangunan masjid dan sekolah di Ismailiyah.

Banyak orang beranggapan, sebahagian anggapan adalah perbuatan dosa dan berkata tentang Ikhwan dengan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu. Namun, semua itu tidak menjadi masalah bagi kami dan cukuplah bagi kami bahawa Allah swt. mengetahuinya. itu semua kerana limpahan taufik dan hidayah-Nya dan bahawa harta itu adalah harta khusus anggota Ikhwan, yang diberikan dengan hati yang tulus ikhlas. Maka diberkatilah harta itu dan datanglah buahnya setiap saat dengan seizin Tuhannya, Cukuplah kami katakan kepada setiap orang dan semua pihak di mana pun ia berada dengan terus-terang bahawa Ikhwanul Muslimin tidak membiayai projek-projeknya selain dengan sumbangan para anggotanya. Dengan begitulah mereka tampil dan semakin percaya diri. Sementara para anggota mendapatkan kenikmatan tersendiri dengan pengorbanan di jalan Allah itu.

Barangkali anda juga hairan ketika mengetahui bahawa sumbangan kewangan kepada lkhwanul Muslimin bersifat sukarela, bukan paksaan, sehingga barangsiapa tidak mampu memberikannya kepada jamaah tidak dikurangi sedikit pun hak-hak ukhuwahnya. Meskipun hal ini jelas-jelas tertuang dalam teks Anggaran Dasar jamaah, namun para anggota Ikhwan senantiasa berlumba-lumba untuk berkorban di jalan Allah jika diseru untuk itu. Dengarlah sebuah kisah di tengah pembangunan masjid di wilayah islamiyah Ketika salah satu ketua kelompok jamaah memberikan himbauannya kepada anggota untuk berinfaq, berdirilah salah seorang dari mereka yang pekerjaannya adalah buruh fabrik. Ia berjanji akan menyumbang 1.5 junaih (mata wang Mesir) tiga hari kemudian. Akan tetapi, ia hanyalah buruh fabrik yang miskin, dari mana ia mendapatkan wang sebanyak itu? Sebenarya ia ingin meminjam dahulu, namun khuatir pembayarannya tertunda. Ia ingin mengadakan wang dengan segera tetapi tidak dengan cara demikian. Ia pun berfikir keras, namun tidak kunjung mendapatkan jalan untuk itu. Yang boleh dilakukan kini hanyalah menjual basikalnya, satu-satunya yang biasa digunakan untuk ke tempat kerja yang berjarak sekitar 6 kilometer, Benarlah, akhirnya diwujudkannya jalan fikiran itu. Tepat pada hari yang dijanjikan ia menyerahkan wangnya. Dengan demikian ia menghimpun dua kebajikan: menepati janji dan bersedekah.

Di kemudian hari sang ketua melihat bahawa al-akh yang kerjanya buruh tadi sering terlambat datang di majlis ta'lim Isya'. Ia tidak mengetahui alasannya, dan jika bertanya pun tidak dijawabnya. Akhirnya ia diberi tahu oleh salah seorang kawan dekatnya yang mengetahui persoalannya. Ia memberitahu ketua bahawa al-akh tadi menjual basikalnya untuk melunasi janji infaq pembangunan masjid. Oleh kerananya, setiap pagi ia berjalan kaki dan terlambat mengikuti pengajian. Mendengar ini terkejutlah sang ketua dan para ikhwan yang lain. Mereka kemudian membuat keputusan untuk mengganti sumbangan infaqnya. dan mengganti basikal lamanya dengan basikal yang baru agar ia senantiasa mengenang balasan kesetiaannya pada janji.

Dengan jiwa semacam inilah, jiwa yang memiliki ikatan kuat dengan para assabiqunal awwalun (para pendahulu) dari kalangan tokoh-tokoh Islam yang menjadi mercu suar umat, fikrah Ikhwanul Muslimin bangkit dan berkembang. Sukseslah pelbagai projek kerja dakwah yang dirancangkan. Mereka adalah kaum fakir miskin yang dermawan, mereka sedikit hartanya tetapi murah hati. Dengan sedikit harta benda yang dimiliki mereka berderma dengan sesuatu yang banyak, diberkatilah harta ini oleh Allah melimpahruahlah kebajikan yang diperoleh akhirnya.

Dengan demikian, mudah-mudahan saya telah menyingkap beberapa hal yang masih samar di mata sebahagian orang yang menuduh bahawa di balik keberhasilan dakwah Ikhwan ada persekongkolan dengan pelbagai pihak dan ada sikap tunduk terhadap kepentingan-kepentingan peribadi. Namun alhamdulillah, Ikhwan bersih dari itu semua.

Itulah beberapa baris tulisan yang berisi sebahagian kisah jihad Ikhwanul Muslimin secara operasional, yang kami paparkan kepada orang-orang yang ingin menimbangtara Ikhwan dengan penanda aras yang biasa dipakai oleh pelbagai yayasan dan projek sosial pada umumnya. Ikhwan berusaha menjadikan lembaran-lembaran tulisan ini sebuah buku yang berisi data pelbagai kegiatan sosial yang ditunaikan dengan hati yang tulus kerana Allah swt. Dengan demikian, mudah-mudahan mereka berfikir kembali untuk memberikan dukungan kepada jamaah itu, yang senantiasa menapaki jalannya menuju tujuan yang diimpikan, yang hanya bersandar dan berharap kepada Tuhannya. masih ada lembaran-lembaran lain yang akan kami sampaikan, insya Allah.

0 comments:

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum