Video

Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar rahimahullah

Thursday, August 30, 2012 1 comments







Syeikh Umar bin Sulaiman Al Asyqar adalah seorang ulama yang sangat disegani oleh pelbagai kalangan organisasi dan perkumpulan. Sebagaimana dikutip dari Ikhwanwiki.com, beliau dianggap sebagai simbol keilmuan Jamaah Ikhwanul Muslimin di Jordan.

Syeikh Umar ketika kecil lahir pada tahun 1940 Masihi di Nablus, Wilayah Palestin. Abang beliau yang bernama Syeikh Muhammad adalah seorang sarjana undang-undang syariah yang disegani. Syeikh Muhammad Sulaiman Al Asyqar ini adalah penulis kitab tafsir Zubdat At Tafsir yang merupakan rangkumaan dari kitab tafsir Imam Asy Syaukani.

Syeikh Umar ketika muda mengikuti jejak abangnya dalam menuntut ilmu. Saat beliau berusia 16 tahun, demi kecintaannya pada ilmu, beliau meninggalkan Palestin berhijrah ke Arab Saudi. Di ibukota negeri Saudi, Riyadh, beliau menamatkan sekolah menengahnya. Kemudian beliau menyelesaikan pengajiannya di Universiti Al Imam Riyadh dalam Jurusan Syariah. Setelah itu, beliau mengikut jejak abangnya belajar di Universiti Islam Madinah. Namun, kali ini beliau bekerja sebagai pustakawan di kampus tersebut.

Pada tahun 1965, beliau pindah ke Kuwait dan bekerja di sana sebagai tenaga pengajar di Universiti Kuwait. Pada masa ini, beliau menyelesaikan Program Sarjana Syariah di Universiti Al Azhar Mesir sekaligus menyelesaikan Program PhDnya di universiti yang sama pada tahun 1980.
Dalam bidang keilmuan, beliau dididik oleh pelbagai ulama yang terkenal dalan pelbagai disiplin keilmuannya. Antaranya bersama Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani, Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Abdul Jalil Al Qarqasyawi.

Seterusnya beliau berhijrah ke Universitas Az Zarqa’ di Amman Jordan pada tahun 1990. Di Fakulti Syariah di kampus tersebut dan beliau menjawat jawatan sebagai dekan. Beliau juga menjadi profesor di Universiti Jordan.

Menurut Majalah Al Furqaan edisi 143 tahun 2001, beliau dikenali sebagai pendukung gerakan Ikhwanul Muslimin di Jordan. Bahkan beliau pernah memfatwakan bahawa kaum Muslimin dari seluruh dunia harus mendukung Intifadha kedua yang meletus di Palestin pada tahun 2000.
Keluasan ilmunya menjadikan dirinya dianggap sebagai simbol keilmuan Ikhwanul Muslimin Jordan. Bahkan, ilmu yang beliau miliki sangat diakui oleh pelbagai kelompok pergerakan Islam dari seluruh dunia.

Dalam bidang aqidah, beliau berjalan di atas aqidah salafush soleh. Beliau juga dianggap sebagai salah seorang tokoh yang gigih menyeru kepada aqidah salafush soleh, terutamanya Syeikhul Islam  Ibnu Taimiyah. Dalam hal ini, beliau sependapat dengan Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani dan Syeikh Zuhair Asy Syawis. Namun begitu, beliau berdiri sebagai murid di hadapan Syeikh Al Albani. Pengaruh aqidah Ibn Taimiyah terhadapnya terbukti apabila kita meneliti penulisan beliau di dalam kitab beliau tentang aqidah, seperti Al Aqidah Fillah, Aslu I’tiqad, Asma’ wash Shifat, I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah, dan lain-lain. Bahkan, sebahagian orang menyatakan bahawa beliau hanya menyalin ulang perkataan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Banyak karya ilmiah yang beliau tulis. Di antaranya adalah:

1.     Tujuan Pembebanan Ibadah oleh Tuhan Semesta Alam
2.     Siri Iman Berdasarkan Al Quran dan Sunnah, yang meliputi Kitab Iman Kepada Allah, Dunia Malaikat, Dunia Jin dan Setan, Hari Penghakiman, Kiamat Kubra, Kiamat Sughra, Rasul dan Risalah,serta Qadha dan Qadar
3.     Dasar Keimanan
4.     Nama dan Sifat Allah dalam Keyakinan Ahlus Sunnah wal Jamaah
5.     Analogi, Antara Pendukung dan Lawannya
6.     Puasa Menurut Al Quran dan Sunnah
7.     Hukum Penglibatan dalam Pemerintahan dan Parlimen
8.     Wanita, Antara Dakwah Islam dan Kemajuan Peradaban  

Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar rahimahullah  telah meninggal dunia pada 22 Ramadhan lalu (10 Ogos 2012) pada hari Jumaat dalam usia 72 tahun.

 

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum