Video

Rintangan Dakwah: Mabuk Dunia dan Harta

Sunday, August 30, 2009


Beberapa Rintangan di Jalan Yang Kita Lalui: (2)
Mabuk Dunia dan Harta

Ada satu lagi rintangan yang mengancam sebahagian dari pendokong dakwah. Rintangan ini memerlukan penguasaan yang keras kerana daya tarikannya juga sangat keras. Iaitu terbukanya dunia kepada mereka, berkembangnya urusan mencari harta, mudah memperolehi harta sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya mendapati dirinya dimabuki harta. Segala waktunya, usahanya, kegiatannya, tenaga pemikirannya ditumpukan untuk mencari dan melonggokkan harta. Akhirnya dia menjadi alat harta dan dikuasai oleh harta pada mulanya dicari untuk menjadi alat dakwah dan jihadnya, alat untuk mencari keredhaan Allah.

Sesungguhnya mencari harta yang halal itu tidak boleh dihalang, bahkan digalakkan di dalam syariat Islam, tetapi ia hanyalah merupakan sebagai alat dan bukan menjadi matlamat utama, bukanlah merupakan tujuan yang besar di mana ia menumpukan segala pemikiran dan ilmu semata-mata kepadanya sahaja sehingga menghalang para pendokong dakwah dari melaksanakan urusan dakwah Islam. Harta itu juga tidak menghalangnya dari melaksanakan hak-hak Allah di dalam harta itu. Mengorbankan sebahagian daripadanya pada jalan Allah dianggap sebagai satu perbuatan yang terpuji dan tanda bersyukur. Tetapi tuntutan dan keperluan dakwah tidak cukup hanya setakat itu sahaja.

Lihatlah contoh-contoh yang ditunjukkan oleh Saidina Uthman r.a., Saidina Abdul Rahaman bin Auf r.a. dan para sahabat Rasulullah s.a.w. yang mempunyai harta yang banyak yang diperolehi dari perniagaan mereka. Semuanya itu tidak menyibukkan mereka dan tidak menghalang mereka dari melaksanakan tugas-tugas dakwah dan berjihad di jalan Allah. Lebih dari itu mereka telah mengorbankan sebahagian dari harta mereka dengan mudah dan redha pada jalan Allah tatkala kepentingan dakwah menghendaki yang demikian itu.

Bahaya cinta harta dan mabuk untuk melonggokkannya hingga bertimbun-timbun mudah menyeludup masuk di dalam diri dan meresapi jiwa lalu menjadi matlamat dan bukan lagi alat
dakwah dan alat mencari keredhaan Allah hingga yang empunya harta itu lalai dari menunaikan perkara-perkara wajib, apatah lagi yang sunat. Lantas dia menumpukan seluruh idea dan usahanya untuk menimbun harta hingga sampai ke satu neringkat di mana dia mabuk harta dan diperhambakan oleh harta lalu enggan berpisah dari harta sehingga dia dijemput oleh maut, atau oleh sesuatu paksaan di luar kehendaknya barulah dia meninggalkan hartanya. Akhirnya ia
menghadapi penyesalan dan hisab yang sangat teliti di hari Akhirat.

Jadi orang yang beriman, yang benar, wajiblah dia mengawasi dirinya dengan pengawasan yang sangat keras dan cukup supaya dia tidak jatuh tersungkur di dalam rintangan seperti ini apabila dia terdedah kepada suasana seperti itu. Kalau tidak, maka harta yang sedikit yang mencukupi adalah lebih baik dari harta yang banyak tetapi melalaikan. Al Iman Muslim telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. :

"Sesungguhnya telah berjayalah orang yang telah Islam dan diberi rezeki yang mencukupi sesuai dengan keperluannya dan memberi kepuasan kepadanya dengan apa yang telah dikurniakan kepadanya ".

1 comments:

  1. Abu Khalid said...:

    Salam

    Buku karang syeikh ahmad ar-rasyid ini sangat mengesankan

    Terasa sangat kerdil diri dan takut andai kekurangan dalam diri ini akan menyebabkan lambatnya kemenangan islam

    Ana telah membacanya dengan penuh linangan air mata...

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum