Video

Rintangan Dakwah: Mabuk Dunia dan Harta

Sunday, August 30, 2009 1 comments


Beberapa Rintangan di Jalan Yang Kita Lalui: (2)
Mabuk Dunia dan Harta

Ada satu lagi rintangan yang mengancam sebahagian dari pendokong dakwah. Rintangan ini memerlukan penguasaan yang keras kerana daya tarikannya juga sangat keras. Iaitu terbukanya dunia kepada mereka, berkembangnya urusan mencari harta, mudah memperolehi harta sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya mendapati dirinya dimabuki harta. Segala waktunya, usahanya, kegiatannya, tenaga pemikirannya ditumpukan untuk mencari dan melonggokkan harta. Akhirnya dia menjadi alat harta dan dikuasai oleh harta pada mulanya dicari untuk menjadi alat dakwah dan jihadnya, alat untuk mencari keredhaan Allah.

Sesungguhnya mencari harta yang halal itu tidak boleh dihalang, bahkan digalakkan di dalam syariat Islam, tetapi ia hanyalah merupakan sebagai alat dan bukan menjadi matlamat utama, bukanlah merupakan tujuan yang besar di mana ia menumpukan segala pemikiran dan ilmu semata-mata kepadanya sahaja sehingga menghalang para pendokong dakwah dari melaksanakan urusan dakwah Islam. Harta itu juga tidak menghalangnya dari melaksanakan hak-hak Allah di dalam harta itu. Mengorbankan sebahagian daripadanya pada jalan Allah dianggap sebagai satu perbuatan yang terpuji dan tanda bersyukur. Tetapi tuntutan dan keperluan dakwah tidak cukup hanya setakat itu sahaja.

Lihatlah contoh-contoh yang ditunjukkan oleh Saidina Uthman r.a., Saidina Abdul Rahaman bin Auf r.a. dan para sahabat Rasulullah s.a.w. yang mempunyai harta yang banyak yang diperolehi dari perniagaan mereka. Semuanya itu tidak menyibukkan mereka dan tidak menghalang mereka dari melaksanakan tugas-tugas dakwah dan berjihad di jalan Allah. Lebih dari itu mereka telah mengorbankan sebahagian dari harta mereka dengan mudah dan redha pada jalan Allah tatkala kepentingan dakwah menghendaki yang demikian itu.

Bahaya cinta harta dan mabuk untuk melonggokkannya hingga bertimbun-timbun mudah menyeludup masuk di dalam diri dan meresapi jiwa lalu menjadi matlamat dan bukan lagi alat
dakwah dan alat mencari keredhaan Allah hingga yang empunya harta itu lalai dari menunaikan perkara-perkara wajib, apatah lagi yang sunat. Lantas dia menumpukan seluruh idea dan usahanya untuk menimbun harta hingga sampai ke satu neringkat di mana dia mabuk harta dan diperhambakan oleh harta lalu enggan berpisah dari harta sehingga dia dijemput oleh maut, atau oleh sesuatu paksaan di luar kehendaknya barulah dia meninggalkan hartanya. Akhirnya ia
menghadapi penyesalan dan hisab yang sangat teliti di hari Akhirat.

Jadi orang yang beriman, yang benar, wajiblah dia mengawasi dirinya dengan pengawasan yang sangat keras dan cukup supaya dia tidak jatuh tersungkur di dalam rintangan seperti ini apabila dia terdedah kepada suasana seperti itu. Kalau tidak, maka harta yang sedikit yang mencukupi adalah lebih baik dari harta yang banyak tetapi melalaikan. Al Iman Muslim telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. :

"Sesungguhnya telah berjayalah orang yang telah Islam dan diberi rezeki yang mencukupi sesuai dengan keperluannya dan memberi kepuasan kepadanya dengan apa yang telah dikurniakan kepadanya ".

Manusia Meninggalkan Dakwah

0 comments


Beberapa Halangan Di Atas Jalan Yang Kita Lalui (1)

Manusia Meninggalkan Dakwah


Rintangan pertama di jalan dakwah yang dihadapi oleh para duat ialah manusia berpaling dari mereka dan tidak mempedulikan mereka kecuali yang telah diberi hidayat oleh Allah. Sekiranya dugaan-dugaan sedemikian rupa membuat mereka merasa susah, melemahkan keazaman mereka dan mereka tidak berpuas hati dengan sambutan yang telah diperolehi, maka dia telah gagal di permulaan jalan dakwah. Janganlah diharapkan lagi mereka ini untuk meneruskan jalannya bersama angkatan para pendokong dakwah kepada Allah.


Wajiblah setiap orang yang melalui jalan dakwah ini mempersiapkan dan memantapkan dirinya di atas jalan dakwah, walau bagaimana susah pun. Dia mestilah dapat memahami bahawa untuk mendapat sambutan dan mencapai hasil yang memuaskan bukanlah satu perkara yang mudah kerana pendokong dakwah itu menyeru manusia kepada perkara yang berlainan dengan kehendak nafsu mereka, mengajak mereka meninggalkan beberapa kepercayaan yang sesat dan berbagai-bagai adat lapuk jahiliah.


Lantaran itu, para da'i mestilah bersabar dan terus bersabar dalam menyampaikan dakwah walaupun berpaling daripadanya atau tidak memberi perhatian terhadap dakwahnya. Kita mengambil teladan dan qudwah hasanah pada diri Rasulullah s.a.w. di dalam urusan dakwah ini kerana baginda adalah manusia yang paling tinggi, ideal dan paling mulia bagi para pendokong yang menyeru manusia pada jalan Allah. Dari sirah Rasul, kita dapati baginda terus menawarkan diri dan dakwahnya kepada kabilah-kabilah dan suku-suku bangsa Arab di pasar-pasar walaupun mereka berpaling dari baginda malah mereka mempersenda-senda dan menganggu baginda. Baginda juga merantau ke beberapa tempat yang jauh dan mengalami berbagai-bagai kesulitan semasa menyampaikan dakwah Islam.


Kita juga dapat mengambil teladan yang baik di dalam pengertian ini dari kisah-kisah yang dihidangkan oleh Al-Quran tentang bagaimana unggulnya kesabaran nabi Nuh a.s. dalam menyeru kaumnya kepada agama Allah. Dia sanggup bertahan dalam menyeru mereka kepada Allah selama 950 tahun walaupun mereka berpaling daripada baginda mengganggu baginda. Firman Allah:


“Nuh berkata: 'Ya Tuhan ku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang maka seruanku itu hanyalah menambah meraka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sombongnya. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka kepada iman dengan terang-terangan kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan cara rahsia". (Nuh: 5-9)


Demikianlah kesungguhan dan kesabaran nabi Nuh tatkala menyeru kaumnya kepada Allah siang dan malam, secara rahsia dan terang-terangan tanpa jemu dan putus asa. Kita juga mendapat ibarat dan pengajaran dari kisah nabi Yunus; dengan kaumnya. Dia meninggalkan kaumnya dengan perasaan kerana mereka berpaling daripadanya dan tidak menyambut seruannya lalu Allah memberikan pengajaran kepadanya (ditelan ikan Nun). Ini juga iktibar dan pengajaran kepada para pendokong dakwah kepada Allah.


"Kewajipan Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan". (Al-Ma'idah: 99)


Para duat ilal Allah diwajibkan menyampaikan dakwah Islam kepada manusia. Mereka tidak dipertanggungjawabkan akan keberhasilannya dan hanya Allah s.w.t. sahaja yang berkuasa memberi hidayah.


"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada seorang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya". (Al-Qasas: 56)


Wahai saudara tatkala kamu menyeru manusia kepada Allah dan orang itu menerimanya dengan segera, itu adalah semata-mata kerana kurniaan Allah. Sebaliknya jika dia menolak dakwah dan berpaling darimu mungkin pada satu hari kelak dia teringat apa yang telah kamu serukan kepadanya lalu dia sedar dan kembali kepada jalan Allah dan saudara hanyalah menjadi faktor penyebab kepada hidayahNya. Sekiranya dia terus mabuk di dalam kesesatannya dan kebodohannya walaupun kamu telah memberikan berbagai hujah di atasnya maka kamu telah

menunaikan kewajipan kamu terhadapnya.


Kita mestilah menyedari hakikat bahawa orang yang kita seru kepada Allah dan kebaikan itu sebenarnya sedang berada di dalam keadaan lupa dan lalai. Oleh itu mereka tidak sedar dan tidak insaf. Orang seperti itulah yang utama diseru dan diberi peringatan sehingga mereka sedar dan ingat kembali. Janganlah kita menyangka bahawa sambutan mereka yang pertama kepada dakwah telah mencukupi dan memadai untuk meneruskan dan mengekalkan kesedaran mereka terhadap tugas mereka kepada Allah dan kepada Islam supaya mereka terus berjalan di atas sirat almustaqim.


Sekiranya kamu membiarkan mereka beberapa ketika tanpa peringatan, pendidikan dan tanpa bimbingan seterusnya berkemungkinan mereka akan kembali semula kepada suasana lupa dan lalai. Lantas kita menyangka bahawa mereka telah berpaling dari kita dan dari dakwah Islam padahal pada hakikatnya, kitalah yang melupakan mereka dan mencuaikan mereka. Jadi kitalah sebenarnya yang bersalah.


Ramadhan Bulan Perbaikan Dan Reformasi Ruhi

Tuesday, August 25, 2009 0 comments


Ramadhan adalah bulan peningkatan spiritual

Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah dan shalawat dan salam atas Rasulullah saw beserta keluarga dan para sahabatnya serta orang-orang yang mengikutinya, selanjutnya;

Rasulullah saw bersabda:
إِنَّ لِرَبِّكُمْ فِي أَيَّامِ دَهْرِكُمْ نَفَحَاتٍ، فَتَعَرَّضُوا لَهُ، لَعَلَّهُ أَنْ يُصِيبَكُمْ نَفْحَةٌ مِنْهَا، فَلا تَشْقَوْنَ بَعْدَهَا أَبَدًا

“Sesungguhnya Tuhan kalian pada hari-hari hidup kalian sentuhan-sentuhan, kerana itu hadapilah untuknya, semoga salah satu darinya ada sentuhan yang kalian dapatkan, lalu kalian tidak akan sengsara selamanya”. (Thabrani).

Dalam riwayat lain disebutkan:
لَعَلَّ دَعْوَةً أَنْ تُوَافِقَ رَحْمَةً يَسْعَدُ بِهَا صَاحِبُهَا سَعَادَةً لاَ يَخْسَرُ بَعْدَهَا أَبَدًا

“Semoga doa di dalamnya menggapai rahmat dan memberikan kebahagiaan pemiliknya melalui sebagai kebahagiaan yang tidak akan merugi selamanya setelahnya “.
Saat ini kita sudah berada pada malam-malam untuk menyambut keagungan musim kebaikan dan hampir sudah dekat; akan segera terbit bulan Ramadhan dengan membawa kebaikan, petunjuk dan keberkahan, sehingga hati menjadi bahagia dan jiwa menjadi cerah; Nabi saw bersabda:

أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا، بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَا مَرَّ بِالْمُسْلِمِينَ شَهْرٌ قَطُّ خَيْرٌ لَهُمْ
مِنْهُ، وَمَا مَرَّ بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ قَطُّ أَشَرُّ لَهُمْ مِنْهُ، بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ اللَّهَ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَذَاكَ لِأَنَّ الْمُؤْمِنَ يُعِدُّ فِيهِ الْقُوَّةَ مِنْ النَّفَقَةِ لِلْعِبَادَةِ، وَيُعِدُّ فِيهِ الْمُنَافِقُ ابْتِغَاءَ غَفَلاَتِ الْمُؤْمِنِينَ وَعَوْرَاتِهِمْ، فَهُوَ غُنْمٌ لِلْمُؤْمِنِ، وَنِقْمَةٌ لِلْفَاجِرِ

“Telah menaungi pada bulan ini, dengan kebaikan Rasulullah saw yang tidak akan melewati kaum muslimin sedikitpun satu bulan kecuali membawa kebaikan darinya, dan tidak melewati kepada orang-orang munafik sedikitpun satu bulan ini kecuali membawa keburukan darinya, dengan kebaikan Rasulullah saw, bahawa sesungguhnya Allah akan menuliskan ganjarannya dan ibadah-ibadah sunnahnya, sebagaimana akan menulis pertentangannya dan kesengsaraannya sebelum ia dimasukkan ke dalamnya, dan hal tersebut kerana orang yang beriman memberikan di dalamnya kekuatan dari suatu nafkah sebagai ibadah, dan memberikan di dalamnya bagi orang munafik mencari kelalaian orang-orang beriman dan aib mereka, dia adalah (bulan) yang penuh ganimah bagi orang beriman dan musibah bagi orang yang jahat”. (Ahmad dan ditashih oleh Ibnu Khazimah).

Pada hadits tersebut Nabi saw menjelaskan akan bentuk kebaikan bulan ini (Ramadhan) bagi pemilik keimanan. Mereka adalah orang-orang senantiasa menunaikan ibadah pada bulan ini sehingga rohani terus meningkat samada shalat, puasa, tilawah Qur’an, qiyam; dan bersegera melakukan kebaikan, sedekah, tahajjud dalam suasana ruhi yang bersih, jiwa yang tertata, nilai-nilai kemanusiaan yang mulia; aktif bekerja untuk membersihkan diri dari nafsu syahwat yang paling tersembunyi. Mereka juga berusaha mengalahkan dan mengendalikan berbagai kecenderungan jahat yang ada dalam jiwa-jiwa mereka.Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan untuk merubah waktu makan dan minum belaka, namun ia merupakan bulan perombakan (revolusi) atas perut yang kemaruk dan syahwat yang terus bergelora, akhlaq yang buruk dan jahat, bulan yang mampu menyempitkan peredaran aliran syaitan yang terdapat dalam jiwa pada setiap anak cucu Adam. Ia juga dapat menghilangkan perasaan jiwa yang lemah dan ruh yang terbelakang, bangga dengan penyimpangan, kekikiran, keterpedayaan dengan materi dan hiasan duniawi yang fana. Bulab Ramadhan juga dapat menghancurkan sifat egoisme dan perpecahan dengan saling bahu membahu dalam kebaikan, taqwa dan berpegang teguh pada tali agama Allah yang kokoh. Ramadhan adalah bulan pemenuhan seruan Zat yang paling mulia dan tinggi:

يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ

“Wahai para pencari kebaikan bersegeralah dan wahai para pencari kejahatan berhentilah”. (Tirmidzi)

Anda menyaksikan akan rohani yang bergelora, nampak jelas akan sifatya seperti di masjid-masjid yang penuh dan ramai oleh para orang tua, pemuda, anak-anak laki-laki dan perempuan.Begitu juga di tempat-tempat terbuka, di rumah-rumah dan sarana transportasi seakan ada di tangan orang-orang yang berpuasa, Anda menyaksikan dengan jelas dihadapan jiwa yang menyatu dalam berbagai suasana acara ifthar keluarga dan jamaah umum baik di rumah dan masjid-masjid dimana saja yg anda singgahi. Dalam program keagamaan yang banyak dilihat di berbagai media televisyen, muncul dengan jiwa dan peribadi yang baik dalam kedermawanan, bersedekah dan memberi sehingga mampu mencetak kehidupan umat pada bulan ini dengan penuh kasih sayang, dan semuanya dapat saling mengungkapkan kata-kata “Ramadhan karim”.Begitu pula kita melihat berbagai kesanya secara kongkret dalam kehidupan kita. Namun demikian didalam melihat perjalanan dan kondisi umat saat ini, kita menyaksikan akan keterbelakangan dan kemunduran dalam bentuk kepemimpinan menuju kemajuan, kenapa tidak padahal nabi saw bersabda:

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

“Jika masuk bulan Ramadhan maka pintu-pintu dibuka dan pintu-pintu ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu”. (Muttafaq alaih)

Maka dari itu, apakah para duat juga mau memanfaatkan kesempatan ini untuk menumbuhkan kesadaran agama dan dakwah mereka di dalam hati umat sehingga menjadi baik dan tertata rapi? .

Dan apakah para diktator yang telah melakukan kezhaliman terhadap jiwa mereka sendiri, saudara mereka, warga mereka, umat mereka bahkan agama mereka mahu meninjau kembali sikap mereka dan berusaha membersihkan diri dari kezhaliman dan kesalahan mereka serta berazam untuk bahu membahu dengan para mukhlisin untuk bangkit demi kemaslahatan dan kemajuan serta masa depan umat?

Marilah kita mengingat sabda nabi saw:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

“Barangsiapa yang tidak mampu meninggalkan kata-kata kotor (keji) dan melakukannya maka Allah tidak membutuhkan darinya dalam meninggalkan makan dan minumnya”.
Ramadhan; bulan (diturunkannya) kitab-kitab samawiyah.
Pada bulan inilah seluruh kitab Allah diturunkan, dan yang terakhir adalah Al-Qur’an Al-Karim, Rasulullah saw bersabda:

أُنْزِلَتْ صُحُفُ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ فِى أَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، وَأُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ لِسِتٍّ مَضَيْنَ مِنْ رَمَضَانَ، وَالإِنْجِيلُ لِثَلاَثَ عَشْرَةَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ، وَأُنْزِلَ الْقُرْآنُ لأَرْبَعٍ وَعِشْرِينَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

“Suhuf Ibrahim diturunkan pada malam pertama bulan Ramadhan, Taurat diturunkan pada malam ke enam bulan Ramadhan, Injil diturunkan pada malam ke tiga belas bulan Ramadhan dan Al-Qur’an diturunkan pada malam ke dua puluh empat bulan Ramadhan”. (Ahmad)

dan dalam riwayat lain disebutkan:

وَأُنْزِلَ الزَّبُورُ عَلَى دَاوُدَ فِي إِحْدَى عَشْرَةْ لَيْلَةً خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

“Dan Zabur diturunkan kepada nabi Daud pada malam ke sebelas bulan Ramadhan”. (Abu Ya’la)

Hadits diatas mengisyaratkan dengan jelas bahawa pada bulan yang mulia ini adalah bulan adanya hubungan bumi dengan langit, bulan pembaharuan dan penumbuhan ruhi (spiritual) dan hadhari (peradaban), kerana itu pula berbagai kebangkitan besar yang terjadi dan dialami di sepanjang sejarah umat manusia yang dpipimpin dan diajarkan pada ajaran Allah dimulai pada bulan yang mulia ini.

Maka dari itu, dimanakah perginya umat Islam pemilik kalimat Ilahiyah terakhir untuk kemaslahatan umat yg sedang berhadapan dengan peperangan dan perseteruan yang berkecamuk yg ditimbulkan oleh kejahilan yang menimpa kehidupan umat manusia. Apakah yang telah kita berikan untuk umat manusia yang telah terpedaya oleh api kebendaan yang jahat, dan tenggelam dalam berbagai bentuk permisifme yang keji?
Ummat manusia di saat ini sangat memerlukan sosok yang dapat mengembalikan jiwa pada ketenteraman, mewujudkan kedamaian di muka bumi, menghidupkan keadilan, kebebasan, persamaan dan kehormatan manusia.Tidak ada jalan lain untuk hal tersebut kecuali dengan menerapkan prinsip-prinsip Al-Qur’an.Dan alangkah indahnya jiwa umat Islam yang mau memulai menerapkannya dan bersikap ihsan dalam menjabarkannya dihadapan umat manusia seperti yang dilakukan oleh generasi Islam sebelumnya.

Wahai Ikhwanul Muslimin..

Wahai para shaimin… dan qaimin…

Jika para pemimpin dan lembaga-lembaga resmi enggan menerapkan risalah ini dengan baik, maka jadilah kalian pelakunya. Jadilah kalian yang bersedia mengemban amanah ini. Jadilah kalian aktivis penggerak dan pembawa risalah ini, dan jadilah kalian selalu berada di jalan Allah .Kalianlah mujahid untuk risalah ini. Jadilah kalian sebagai khalaf (generasi terakhir) bagi sebaik-baik generasi salaf, dan

“Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk]. hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, Maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Al-Maidah:105)

Ramadhan; bulan kemenangan besar

Bahawa peristiwa-peristiwa besar yang memperkuat dakwah Islam terjadi pada bulan yang penuh berkah ini, kerana pada bulan inilah suasana ruhi meningkat dan memberikan pengaruh besar dalam memberikan kemenangan terutama pada medan jiwa dan ruh melalui perbaikan diri dan pembaharuan azimah (kehendak) dan iradah (keinginan), dan hal tersebut merupakan pembuka kemenangan dalam berbagai kancah kehidupan, dan kerana itu pula kami melihat kemenangan-kemenangan besar Islam terjadi pada bulan ini, dimulai dari perang Badr Al-Qubra, dan penaklukan kota Mekah, dilanjutkan dengan perang melintasi Ain Jalut, dan diakhiri dengan perang pada hari kesepuluh dari bulan Ramadhan ini… kerana itu, apakah umat Islam mahu menyadari akan makna yang mulia ini, menjadikannya sebagai titik tolak dalam menggapai kemenangan-kemenangannya melalui bulan Ramadhan ini dengan cara memperbaharui iman dan hubungan baik kepada Allah, sehingga dapat menghilangkan kondisi yang mengenaskan ini dan menjadi bagi yang besar untuk perbaikan umat manusia seluruhnya?

Dihadapan kita banyak permasalahan yang menyibukkan jiwa umat Islam yang bebas dan mulia .Intinya adalah qadhiyah Palestina dan Masjid Aqsha, yang tidak ada hari terlewatkan kecuali Zionisme selalu melakukan tindakan dalam mengakhiri qadhiyah dengan caranya sendiri; menutup rapat catatan-catatannya (file-filenya), melakukan isolasi bangsa Arab, menghancurkan masjid yang diberkahi dan menggantinya dengan haikal yang selalu diimpikan, menanamkan investasi pertikaian antara warga Palestina, kerancuan Arab, kebingungan umat Islam, dan konspirasi internasional. Dan tentunya para mujahidin yang berpegang teguh pada keteguhan seperti yang dimiliki pada pejuang dan pahlawan Badr, penaklukan kota Mekah, Ain Jalut dan sepuluh hari dari bulan Ramadhan dan orang-orang yang berada di belakang mereka yang merdeka dan mulia dari umat ini; tidak akan rela dan membiarkan para penjajah dan perampas dan kuncu-kuncunya mewujudkan impian mereka. Tidaklah kemenangan dan kemerdekaan Gaza kecuali sebagai awal kemenangan yang akan diiringi oleh kemenangan-kemenangan lainnya, dan bahawasanya kemenangan besar pasti akan datang dan tidak ada keraguan di dalamnya insya Allah…

وَيَقُولُونَ مَتَى هُوَ قُلْ عَسَى أَنْ يَكُونَ قَرِيبًا

“Mereka berkata: bilakah hal tersebut terjadi, katakanlah waktunya telah dekat”. (Al-Isra:51)

Dihadapan kita juga ada qadhiyah/permasalahan Somalia, Sudan, Iraq, Afghanistan, Pakistan, Turkistan timur, dan yang lainnya dari berbagai permasalahan yang sedang dialami oleh bangsa Arab dan umat Islam.Hendaknya umat Islam menyadari bahawa mereka telah disatukan dalam ibadah puasa dengan terbitnya fajar dan iftar ketika beduk Maghrib, bekerja dan berusaha untuk mengembalikan kondisi primanya, mengambil perannya yang kuat dengan tangannya, menghilangkan dari jiwa mereka akan sifat al-wahn dan lemah, sehingga dengan itu semua dapat menolak dari dijadikannya umat sebagai makanan empuk yang selalu diperebutkan oleh umat lainnya.

Wahai para shaimin dan qaimin di berbagai tempat

Bahawa Ikhwan telah menetapkan azamnya untuk tetap berada dalam jalan dakwah kepada Allah tanpa ada keraguan dan rasa malu, bekerja dan berusaha untuk menyelamatkan umat tanpa ada rasa putus asa dan malas, bersungguh-sungguh dalam berinvestasi (pada madrasah 30 hari) untuk mentarqiyah (meningkatkan) rohani dan dengan Ikhwan yang lainnya tanpa ada rasa gundah dan bosan, dengan bangga mereka meletakkan tangan mereka pada tangan yang lainnya (bersalaman) untuk membersihkan hati dan perbaikan diri, mengokohkan himmah dan menguatkan azimah. Menggunakan kesempatan ini untuk mendekatkan diri kepada Allah lebih banyak dan lebih banyak lagi, sehingga Allah berkenan senantiasa selalu bersama kita melalui dukungan dan pertolongan-Nya.

Harapan kami setelah Allah, tidak ada keterbatasan antara kami dan anak-anak generasi umat yang merdeka, mulia dan bersih ini, kerana itu marilah bersama kami, marilah bersama kami wahai Ikhwan yang tercinta; bersama menyatukan kebenaran, saling bergotong royong dalam kebaikan dan taqwa, sehingga kelak kita akan mampu mewujudkan cita-cita dan keinginan kita semua, dan mengembalikan kemuliaan yang hilang.

Kepada para Ikhwanul Muslimin

Imam syahid Hasan Al-Banna berkata: “gunakanlah kesempatan dengan baik, dan masuklah pada madrasah ini sejak awal, sedang antum dalam kondisi yang memiliki jiwa semangat, mencari untuk menggapai kesuksesan pada akhir pelajarannya, mengambil risalah dengan menggunakan berbagai sarana dan sebab-sebabnya, perbaharuilah tobat kalian pada setiap waktu, bacalah Al-Qur’an dengan penuh tadabbur dan khusyu’, nikmatilah puasa dalam jiwa kalian, mohonlah untuk dapat melakukan qiyam semampu kalian, perbanyaklah dzikir dan tafakkur, hilangkanlah ruh dan jiwa kalian dari lingkaran materi, dan jadikan kesungguhan kalian sebagai tanda adanya keistimewaan di antara para shaimin“
seperti dalam firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”. (Al-Baqarah:183)
Dan keluarlah dari puasa kalian menjadi orang-orang yang bertaqwa.

في موسمِ الطُّهْرِ في رمضانَ الخيرِ تجمعُنا محبةُ اللهِ لا مالٌ ولا جاهُ
مِنْ كل ذي خشـيةٍ للـه ذي وَلَـعٍ فِي الخيرِ تعرفُه دومًا بسيماهُ
قد قـدَّروا موسمَ الخيراتِ فاستبَقوا والاستباقُ هنا المحمودُ عُقباهُ
صامـوه قامـوه إيمانـاً ومُحْتَسَبًا أَحْيَوْه طَوْعاً وما في الخيرِ إكراهُ
وكلُّـهم بـات بالقـرآنِ مندمجـًا كأنَّه الدم يَسْـرِي في خـلاياهُ
فالأُذْنُ سامعـةٌ والعيـنُ دامعـةٌ والروحُ خاشـعةٌ والقلـبُ أوَّاهُ

Pada musim suci di bulan Ramadhan yang penuh dengan kebaikan… menyatukan kita dengan cinta kepada Allah bukan kerana harta dan jabatan
Dari setiap jiwa yang memiliki rasa takut kepada Allah akan memiliki cahaya.. dalam kebaikan selalu dikenal dengan tanda-tanda
Telah ditetapkan musim kebaikan maka berlombalah… dan kompetisi ini adalah memiliki akhir yang terpuji
Berpuasalah dan lakukanlah qiyam dengan iman dan ihtisab… hidupkanlah dengan suka rela sekalipun dalam kebaikan masih ada yang membencinya
Jiwa mereka seluruhnya menyatu dengan Al-Qur’an.. seakan seperti darah yang mengalir di urat nadi
Telinga mendengar dan mata menangis… sementara ruh ikut khusyu’ dan hati kembali

Kepada pada pejuang kebenaran yang berada di balik jeruji kezhaliman
Dalam hadits disebutkan bahawa nabi saw bersabda tentang Ramadhan:

“Ia (Ramadhan) adalah bulan sabar dan sabar ganjarannya adalah surga”. (Ibnu Khuzaimah).

Kerana itu saya sampaikan kepada kalian selamat dengan hadirnya bulan kesabaran, dan saya sampaikan pula kepada kalian bahawa kalian adalah orang-orang yang merdeka oleh kerana keimanan dan aqidah kalian. Para penegak kebenaran pada saat yang lainnya lengah, memenuhi kebutuhan umat dan bangsa pada saat para pelaku kezhaliman melakukan penindasan, hadapkanlah jiwa kalian pada hari-hari yang penuh berkah ini kehadapan rabb kalian, dan jadikanlah hari-hari dan malam-malamnya sebagai perjalanan rabbaniyah dan pembersih jiwa, sekali-kali orang-orang yang sesat tidak akan mampu memudharatkan kalian jika kalian berada dalam hidayah, dan berharaplah pahala di sisi Allah selama kalian tidak tunduk pada kezhaliman melalui dakwah kalian dan umat kalian, dan tunggulah waktunya, bahawa bersama kesulitan ada kemudahan, dan tsiqahlah bahawa Allah menjadikan untuk kalian dan umat setelah kesulitan dan kesempitan sebuah kesenangan dan jalan keluar.
Allah maha Besar dan segala puji hanya milik Allah

Shalawat dan salam atas nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabatnya

Biografi Mustafa Masyhur, Mursyid Am IM ke 5

Sunday, August 23, 2009 0 comments


Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa'din, dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolah I'dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau pindah ke Cairo dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942.

Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936. Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah masjid lain.


Kerana sifat beliau yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama, beliau menghadirkan diri ke majlis itu. Di akhir ceramah , penceramah berkenaan mengumumkan tentang kehadiran seorang lagi tokoh tersohor ke situ untuk menyampaikan ceramah iaitu Imam Hassan Al-Banna. Di pendekkan cerita beliau akhirnya jatuh hati terhadap ceramah dan isu-isu yang dibawa penceramah tersebut. Beliau akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas
penubuhannya iaitu pada 1936.Beliaulah antara yang menjadi tonggak Ikhwanul Muslimin sejak beliau menyertainya. Dalam memperjuangkan amanah agama beliau beberapa kali dipenjarakan iaitu sehingga 19 tahun . Beliau dimasukkan ke dalam penjara tentera ketika berusia 33 tahun. Apabila beliau dihadapkan ke mahkamah tentera, dalam perbicaraan yang tidak sampai tiga minit, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Beliau juga telah dikurung dalam penjara bawah tanah
dan kemudiannya ditahan di penjara padang pasir. Bukan itu sahaja beliau juga telah dipukul ratusan ribu kali. Kedua-dua tapak kakinya dipukul dengan sebatang alat keras sehingga menyebabkan tulang di kedua-dua tapak kakinya menjadi reput. Kesan akhirnya, beliau menjadi tempang.


Beliau dipenjarakan semasa pemerintahan Jamal Abd. Nasir. Ketika itu berlaku mehnah yang dikenali sebagai "Mehnah Takyid" ( Dugaan memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir; mehnah = dugaan, takyid = sokong ).

Beberapa orang dari saudara mara isteri beliau menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah mereka agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi isteri beliau enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang. Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya.

Kali terakhir beliau dipenjarakan ialah pada 1965-1971. Beliau dibebaskan setelah Anwar Sadat mengambil alih pemerintahan. Ketika itu Anwar Sadat memberi keampunan kepada ramai anggota Ikhwanul Muslimin yang dipenjara
termasuk beliau. Walaubagaimanapun, Anwar Sadat cuba menangkapnya kembali selepas beberapa ketika. Untuk menyelamatkan diri, beberapa ketika sebelum penangkapan beramai-ramai dilakukan pada 1971 beliau berhijrah ke Kuwait. Beliau kemudian tinggal di Jerman selama lima tahun dan di sana beliau mengatur gerakan menyebarkan pengaruh Ikhwanul
Muslimin ke seluruh dunia.

Beliau pulang ke Mesir ketika Syeikh Umar Tilmisani menjadi Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin. Tidak lama kemudian Syeikh Umar Tilmisani meninggal dunia . Jawatan Mursyidul Am kemudiannya diambil-alih oleh Syeikh Hamid Abun Nasr dan Mustafa Masyhur menjadi timbalannya. Setelah Syeikh Hamid meninggal dunia pada tahun 1996, Syeikh Mustafa Masyhur dilantik sebagai penggantinya. Februari 2002 beliau sekali lagi dipilih untuk meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am.

Pemilihan tersebut dibuat selepas Ikhwan membuat pindaan tempuh khidmat Mursyidul Am kepada enam tahun. Syeikh Mustafa turut diundang menyampaikan ceramah di serata dunia. Bahkan ketika permulaan krisis selepas kemenangan mujahidin di Afghanistan, beliau mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia pergi ke Kabul untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin.

Beliau menjalankan amanah memegang jawatan Mursyidul Am yang disandangnya sejak 1996 hinggalah keadaannya yang sudah tidak berdaya lagi pada 29 Oktober 2002. Sejak itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ustaz Makmun Hudhaibi.

Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali. Beliau diserang sakit.

Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Syeikh Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyyah mantap yang diterimanya menghalang beliau untuk menunaikan sembahyang di tempat selain daripada masjid. Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan sembahyang di masjid berdekatan kediamannya. Selepas menunaikan sembahyang, beliau sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan beliau berada di sana selama lebih kurang dua minggu. Pada petang Khamis lalu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berumur 83 tahun.


Keesokan harinya, orang ramai berkumpul di Masjid Rabaah Adawiyyah di Madinat Nasr untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum beliau dikebumikan. Jalan-jalan sekitar menjadi sesak. Setelah jenazah disembahyangkan, orang ramai berarak menuju ke tanah perkuburan yang terletak 10 km dari masjid berkenaan. Suasana sepi, sedih dan pilu menyelubungi perjalanan ke tanah perkuburan. Tidak ada sebarang laungan atau slogan-slogan seperti perhimpunan yang biasa di anjurkan oleh Ikhwan. Masing-masing hanya berdoa di dalam hati memohon kesejahteraan ke atas pemimpin yang pergi. Sebahagian daripada mereka mengangkat mashaf Al Quran sebagai lambang kepada syiar perjuangan mereka.

Perarakan yang dianggarkan disertai oleh 20,000 orang itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin politik termasuk ketua Parti Buruh (pembangkang), Ibrahim Shukri. Walau bagaimanapun Al Jazeerah melaporkan bahawa tidak kelihatan seorang pun pemimpin kerajaan hadir ketika itu.

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, Syeikh Mustafa tetap berada di dalam saf perjuangannya dan tidak meninggalkan jamaah sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir . Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kita. Namun itu tangisan bukan penyelesaiannya. Syeikh Mustafa Masyhur telah meninggalkan banyak panduan melalui buku-buku beliau. Kita seharusnya boleh mengambil ibrah daripada karya-karya tersebut untuk terus menyuburkan jalan dakwah ini. Semangat kental dan ketabahan beliau harus kita jadikan pembakar semangat agar kita terus thabat di jalan ini insyaAllah.

Hasil Karangan beliau

MURSYIDUL AM IKHWANUL MUSLIMIN
1. As Syahid Ustaz Hasan Al Banna (1928)
2. Syeikh Hasan Hudhaibi
3. Syeikh Umar Talmisani
4. Syeikh Hamid Abun Nasr
5. Syeikh Mustafa Masyhur (1996-2002)
6. Syeikh Makmun Hudhabi
7. Dr Mahdi Akef (sekarang)
1.Al-jihad huwa as-sabil
2.Tasaulat ala thariq ad-dakwah
3.Munajat ala at-thariq
4.Muqawwimat rajulul aqidah ala thariq ad-dakwah
5.Wihdatul amal al-islami fi al-qatrul wahid
6.Zaad ala at-thariq
7.Al-qudwah ala thariq ad-dakwah, ad-dakwah al-fardiyah
8.Al-hayah fi mihrab as-shalat al-islam huwal al-hall, min fiqh ad-dakwah
9.Al-qaid al-qudwah wa mutathallibatuhu baina ar-rabbaniyah wal madiyah
10.Qadhaya asasiyah ala thariq ad-dakwah at-tiyar al-islami wa dauruhu fi
al-bina
11.Qadhiyah azh-zhulm fi dhaui al-kitab wa as-sunnah
12.Thariq ad-dakwah baina al-ashalah wa al-inhiraf min at-tiyar al-islami ila
saya'b misr

ITTISAL FARDHI - HUBUNGANNYA DENGAN TARBIYYAH

Wednesday, August 19, 2009 0 comments


Dalam memperkatakan Ittisal Fardhi, marilah kita sama-sama merenungi Firman Allah s.w.t :

Terjemahannya :-


Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling (kepada pembesar Quraisy), kerana telah datang seorang buta (Abdullah Bin Ummu Maktum) kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa) atau ia (ingin) mendapatkan pengajaran, Lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya?. Adapun orang yang merasakan dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tiada (celaan) ke atasmu kalau ia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), sedang ia takut (kepada Allah), maka kamu mengabaikannya. Sesekali jangan (demikian), Sesungguhnya ajaran Tuhan itu satu peringatan, maka barangsiapa yang mengkehendaki, tentulah ia memperhatikannya, di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para penulis (utusan) yang mulia lagi berbakti.

( Surah ‘Abasa : 1-16 )


Ayat ini diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai teguran kepada sikap Rasulullah s.a.w terhadap Ibn Maktum, seorang sahabat yang buta, yang mengharapkan agar baginda membacakan kepadanya wahyu yang telah diterima dari Allah s.w.t. Ketika itu Rasulullah s.a.w sedang berbicara dengan pemuka-pemuka Quraisy dan baginda berharap agar mereka menerima Islam.

Dari ayat tersebut menunjukkan kepada kita cara Allah s.w.t telah mentarbiyyah Rasul Nya untuk melaksanakan Ittisal Fardhi, walaupun Ibn Maktum seorang yang buta, tetapi beliau telah ikhlas datang kepada Rasulullah s.w.t untuk menerima Islam.


Ittisal Fardhi atau perhubungan individu adalah merupakan muqaddimah kepada Tarbiyyah dan Dakwah Islamiyyah. Dalam usaha kita memperjelaskan Islam dalam bentuk praktik kepada masyarakat, kita perlu mengadakan hubungan individu secara rasmi. Dalam melaksanakan ini individu-individu mestilah jelas bahawa ia mewakili Jamaah Islam. Segala yang bersifat peribadi tidak menonjol padanya.


Hubungan ini mesti berterusan dan memakan masa yang lama agar kita dapat melihat setiap perkembangan yang berlaku ke atas orang yang kita hubungi. Setiap hubungan adalah dirancangkan tanpa pengetahuan orang yang dihubungi.


Ittisal Fardhi adalah gerak kerja Islam yang perlu untuk mencapai matlamat Tarbiyyah Islam. Hanya dengan ini sahajalah kita dapat mengetahui hati-hati yang ikhlas, yang boleh dibawa masuk ke dalam Proses Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah.


Ittisal Fardhi dilaksanakan berdasarkan suasana orang yang kita hubungi. Misalnya di dalam suasana kampus, kita boleh berziarah, belajar bersama, membeli belah bersama, makan bersama dan sebagainya. Manakala bagi mereka yang berjauhan kita boleh menulis surat atau berhubung melalui telefon.


Marilah kita kembali kepada sirah sahabat Rasulullah s.a.w , generasi awal. Suatu hari, pada awal Islam, seorang sahabat muda bernama Abu Zar al Ghifari telah memasuki Makkah dengan tujuan untuk mengenali Muhammad dan risalah yang dibawa oleh baginda. Beliau terus menuju ke Kaabah dan duduk di situ sambil memerhatikan orang ramai. Ada yang di antara mereka beliau tanyakan tentang Muhammad, tetapi tiada seorangpun yang mengetahui di mana baginda berada. Ketika itu Sayyidina ‘Ali sedang memerhatikan beliau. ‘Ali terus menuju kepada beliau dan bertanyakan khabar, tanpa menyentuh sesuatu tentang Islam. Abu Zar dijamunya dengan makanan. Perkara itu berlaku selama tiga hari. Pada setiap kali ‘Ali hendak pulang maka Abu Zar akan bertanyakan tentang Muhammad, ‘Ali tetap tidak menjawab. Pada hari ketiga maka ‘Ali mengajak Abu Zar ke markaz Arqam bin Abi Arqam. Abu Zar disuruh berjalan kemudian agar tidak membahayakan dirinya, kerana dirisaukan akan menerima bahawa dari hubungannya dengan Muhammad s.a.w dan Abu Zar dapat bertemu Muhammad s.a.w dan beriman dengan baginda.


Di sini dapat kita perhatikan bahawa cara Sayyidina ‘Ali mengambil masa untuk mengenali hati Abu Zar serta memperkenalkan kepada Syaksiyyah Islamiyyah yang merupakan keperluan asas dalam Ittizal Fardhi.


Sebagai contoh keberkesanan Ittisal Fardhi, maka kita ambil contoh apa yang berlaku kepada saudara kita di dalam Ikhwan Muslimin.


Seorang pemain kugiran mengenali seorang Murabbi Ikhwan. Beliau mengingatkan rakan-rakan beliau yang lain agar jangan mengadakan hubungan dengan Murabbi tersebut. Tetapi salah seorang ahli kugiran tersebut merasakan sesuatu dengan peringatan tersebut. Maka pada suatu hari, digagahkan juga untuk bertemu dengan Murabbi tersebut dan beliau tertarik dengannya. Murabbi tersebut tidak langsung menyentuh tentang Islam. Malahan beliau diajak minum dan berbual tentang dirinya. Akhirnya ahli kugiran tersebut diberikan oleh Allah s.w.t petunjuk dan hiddayah Nya sehingga beliau terus putus dengan kumpulan kugirannya . Beliau akhirnya menjadi seorang Muazzin di sebuah masjid di Mesir.


Wallah hu a’alam.

Jiddiyah (Kesungguhan) Dalam Dakwah dan Tarbiyah

1 comments


Jiddiyah sifat yang perlu ada pada setiap anggota (akh) jamaah. Tanpa sifat ini jamaah tidak akan maju dan berkembang, tiada peningkatan dan tiada akh yang berkualiti. Sekiranya sifat ini tiada pada Sinf Qiayadah, jamaah akan jumud dan hilang kewibawaannya. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w terdiri daripada mereka yang serius dalam bekerja. Apabila sahaja turun ayat-ayat Allah s.w.t mereka berlumba-lumba untuk melaksanakannya. Mereka tidak sanggup menunggu kerana memahami maksud ayat Allah s.w.t :

Terjemahannya:

“ Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; “
(Surah ali Imran : 133 )


Terjemahannya :

“ Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh. “
(Surah ali Imran : 114)

Rasulullah s.a.w sentiasa ‘ motivate ‘ dan menggesa sahabat-sahabatnya supaya menjalankan kerja dengan bersungguh-sungguh bagi mengelakkan fitnah menimpa individu, keluarga, jamaah dan ummah seluruhnya. Sabdanya:

بادروا الى ا لآ عمال الصا لحة فا نه ستكون فتن كقطع الليل المظلم يمسى الرجل مؤمنا ويصبح كافرا, ويصبح مؤمنا ويمسى كافرا, يبيع دينه بعرض من الدنيا قليل

“ Segeralah melakukan amal soleh sebab akan berlaku fitnah besar bagaikan malam yang gelap gelita di mana seorang lelaki, paginya beriman apabila tiba petang hari berbalik kufur, petang ini beriman pagi esok kembali kufur kerana menukar deen dengan keuntungan dunia yang sangat remeh. “

Jiddiyah merupakan natijah daripada jelasnya fikrah Islamiyyah. Seseorang akh dikira jelas fikrahnya apabila ia memiliki kefahaman berikut:

i. Memahami Islam sebagai sistem yang menyeluruh, ‘integrated’ di antara pelbagai aspek (syumul dan takamul). Fikrah Islam hanya boleh difahami setelah seseorang melalui proses tarbiyyah yang bersifat maidani dan waqie.

ii. Jelas matlamat (ghoyah ) jauh ialah mencapai keredhaan Allah s.w.t.

iii. Memahami dan sentiasa bekerja mengikut marhalah untuk mencapai matlamat dekat iaitu untuk menegakkan Daulah Islamiyyah bagi melaksanakan syariat Allah s.w.t di atas muka bumi. Memahami langkah-langkah untuk membangunkannya.

iv. Memahami ideologi, sistem, undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan Islam.

v. Memahami dengan jelas kenapa ia meneruskan kerja-kerja dakwah, beristiqamah dengannya dan sanggup menghadapi berbagai kesusahan, kepayahan, fitnah dan sebagainya. Memahami dengan jelas mengapa mereka berjumpa, bertamrin, berusrah, bermukhayyam, bermusafir , ziarah dan beraktiviti.

Tanpa memahami, meyakini dan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikanya dalam kehidupan ia belum lagi mempunyai fikrah yang jelas.

Ramadhan Kurniaan Rabbani dan Melakukan Ishlah

Wednesday, August 12, 2009 0 comments

Bulan ramadhan: Bulan Iman dan Perubahan

Segala puji hanya milik Allah Tuhan semesta alam, shalawat dan salam atas pemuka para utusan, nabi Muhammad saw, beserta keluarga dan sahabat seluruhnya, selanjutnya…

Tidak lama lagi, bahkan beberapa saat lagi akan hadir ditengah kita tamu yang mulia dan bulan yang agung, yang selalu kita nantikan sepanjang tahun, kita nantikan sepanjang hari dan malam, untuk memperbaharui keimanan kita, memperkukuh semangat kita, menguatkan azimah, melepaskan beban keraguan dan kesulitan dunia, membersihkan kotoran-kotoran jiwa dan penyakit hati.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183).

Taqwa kepada Allah adalah tujuan setiap muslim, harapan dari ibadah di bulan yang mulia ini, yang di dalamnya Allah mewajibkan puasa atas umat muslim yang berakal, baligh dan mampu, puasa adalah ibadah yang Allah mengumpulkan ganjaran dan pahalanya di akhirat, dan Allah SWT yang membalasnya langsung ganjarannya, dalam hadits qudsi Allah berfirman yang bermaksud:

“Setiap amalan anak cucu Adam miliknya kecuali puasa, dia adalah milik-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya dengannya”.

Ramadhan adalah bulan Al-Quran, dan Al-Quran adalah dustur (undang-undang) umat yang kekal, barangsiapa berkata dengannya akan benar, barangsiapa yang berhukum dengannya akan adil, barangsiapa yang menyeru kepadanya akan diberikan petunjuk ke jalan yang lurus, dan barangsiapa yang mencari pada selainnya akan disesatkan Allah. Al-Quran adalah seperempat hati, cahaya mata, tali Allah yang kukuh, cahaya yang nyata, para salafus salih banyak berpegang teguh kepadanya sehingga mereka mampu mengisi dunia dengan adil dan rahmat, cahaya dan barakah, adapun umat sekarang banyak yang lepas darinya sehingga Allah memberikan kekuasan kepada mereka atas orang yang paling jahat, menghinakan mereka dan merampas kekayaaan mereka, menjajah negeri mereka dan mengisi dunia dengan kezaliman dan kekejaman.

Ramadhan adalah bulan jihad dan kemenangan

Ramadhan adalah bulan jihad, pengorbanan dan kemenangan, di dalamnya terdapat perang pertama bagi kaum muslimin iaitu perang badar, di dalamnya pula terdapat pelajaran bagi kaum muslimin akan pengorbanan dan fida (mengorbankan jiwa), sehingga Allah menuliskan bagi mereka kemenangan dan keunggulan dalam perang badar, hathin dan Ain Jalut hingga sampai pada perang pada tanggal 10 dari bulan Ramadhan tahun 1393 H yang telah memberikan kemenangan di dalamnya dari pasukan arogan Zionis, selain meningkat cahaya iman, dan bergelora jiwa perajurit kita saat itu saat mereka berpuasa sambil mengumandangkan takbir : “Allahu Akbar… Allahu Akbar…”

Ramadhan juga merupakan bulan kebaikan, ihsan dan infaq di jalan Allah, di dalamnya Allah akan melipat gandakan ganjaran dan pahala… satu kebaikan dilipat gandakan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus ganda, dan Allah berkuasa melipatgandakan ganjaran, dan Rasulullah saw adalah penderma dan dermawan dalam setiap keadaan, dan kedermawan akan meningkat ketika berada pada bulan ramadhan, seakan beliau seperti “angin yang bertiup” selalu memberikan sesuatu seakan tidak takut miskin, dan seharusnya begitulah peranan umat Islam saat ini, orang kaya mahu menginfakkan hartanya untuk para fakir miskin, memenuhi rasa lapar mereka, menutupi tubuh mereka yang telanjang dan mengubati mereka yang sakit, sehingga terwujud gotong royong dan saling menyayangi, memperkukuh hubungan masyarakat dan saling berpegang teguh dalam menghadapi pelbagai kesulitan dan rintangan.

Ramadhan adalah bulan amal, kesungguhan dan ijtihad, bulan pengorbanan, memberi dan himmah aliyah (semangat yang tinggi), di dalamnya menertibkan muslim akan urusan hidupnya sesuai dengan skala prioriti, dan bersungguh-sungguh dalam bekerja; mengharap redha Tuhannya dan bermanfaat untuk umatnya, bersungguh-sungguh dalam beribadah dan baik dalam menjalin hubungan kepada Allah sehingga tertulis di penghujung bulan yang mulia sebagai orang yang mendapat kemenangan dan keberuntungan, yang mendapatkan keredhaan dari Allah dan memanfaatkan dari bulan ini pelajaran-pelajaran dalam menyusun urusan kehidupan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

Bulan kebebasan dan perbaikan

Ramadhan adalah bulan kebebasan, kekuatan cita-cita dan perbaikan jiwa manusia, yang menjadi awal langkah perbaikan dan pengukuhan, barangsiapa yang mampu melakukan perbaikan diri maka akan mampu mewujudkan perbaikan dalam medan kehidupan dan kerja. Imam syahid Hasan Al-Banna, pendiri dakwah yang penuh berkah ini, dakwah ikhwanul muslimin – berkata:

“Ladang kalian yang pertama adalah jiwa kalian, jika kalian mampu memenangkannya maka terhadap orang lain akan lebih mampu…”

Seorang muslim yang mampu menguasai jiwa dan syahwatnya, melatih dirinya sepanjang bulan ini dalam memperkukuh cita-cita dan menguasai diri, menguasai keperluan dan tuntutannya…maka akan mampu mewujudkan kekuatan dan prestasi-prestasi.

Bulan ramadhan merupakan salah satu kurnia dari Allah untuk umat ini, dan Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah dalam tiap-tiap hari dari kehidupan kalian ada kurnia, maka berusahalah mengambilnya”.

Iaitu memanfaatkan diri untuk memperkuat iman, memperbaiki diri dan menambah kedekatan kepada Allah SWT; agar menjadi pelaku perbaikan di muka bumi dan memakmurkan dunia, memimpin umat manusia menuju kebaikan dan kebahagiaan.

Bulan ramadhan adalah merupakan kesempatan kita yang selalu dan terus ada sebagai umat yang menginginkan kebaikan dan perubahan, berusaha untuk muncul menuju perbaikan penyimpangan manusia yang selalu menggelorakan kerosakan, penindasan, kekejaman dan kezaliman, mendorong pada kebudayaan kebendaan yang merosakan, menyokong kezaliman dan penjajahan, menyebarkan kerosakan, kehancuran dan peperangan, menuju peradaban manusia yang mulia, kehidupan yang dipenuhi dengan iman, tauhid dan keadilan.

Betapa kita, individu dan umat, perlu untuk memanfaatkan pelajaran-pelajaran dari bulan Ramadhan untuk memperbaiki kehidupan kita, mengembalikan skala prioriti yang akan kita lakukan, menghadirkan tauladan dunia yang baru, mengembalikan dunia pada kebenaran, kerana kita memiliki segala jalan-jalan kebangkitan, seluruh dasar-dasar kemajuan dan kemenangan atas kelamahan dan kehinaan, umat yang selalu baik dalam melakukan puasa dan qiyam, rukuk dan sujud di hadapan Tuhannya, umat yang tidak akan kalah selamanya sementara kemenangan selalu menyertainya.

Kepada kaum muslimin…

Saya sampaikan kepada seluruh umat Islam di mana saja mereka berada, khususnya kepada para ikhwan, anak-anak dan cucu-cucu yang memiliki intisab kepada dakwah ikhwanul muslimin: Bahawa bulan ramadhan kesempatan yang sangat berharga untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka dari itu pergunakanlah dengan sebaik-baiknya dan manfaatkanlah waktu-waktunya dari pelajaran-pelajaran dalam menguatkan keimanan, dan memperbaharui baiat kepada Allah, memenuhi janji kepada agama kita, ikhlas untuk umat dan mampu melakukan perubahan, perbaikan dan nasihat semampu, lakukan dijalannya, marilah kita beramal, berjuang dan berkorban,

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa (Ali Imran : 133)

Adapun para ikhwah kita yang dikasihi yang berada di balik jeruji besi dan yang ditangkap…saya memohon kepada Allah agar dilepas dari kezaliman, dikembalikan kepada keluarga mereka dengan selamat dan tidak kekurangan suatu apapun, menerima kesabaran, ketsabatan dan jihad mereka, dan memberikan umat dengan kebebasan dan keadilan, mengangkat musibah, kezaliman dan tekanan.

Semoga kebaikan selalu mengiringi kalian sepanjang tahun…

“ Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf : 21)

Segala puji hanya milik Allah dari pertama dan akhir… dan salawat dan salam kepada nabi Muhammad saw beserta keluarga dan sahabat. Amin.

DR. Muhammad Mahdi Akif / 8 Ramadhan 1428 H

Menghafal Nama

0 comments

Menghafal nama adalah hal yang penting, kerana dari sinilah terjadi interaksi dan lahir sifat saling percaya sesama individu. Ia merupakan langkah awal dan langkah pertama yang mengikat antara hati individu. Ia adalah benang yang mengikat bola-bola kecil yang berserakan. Setiap orang tentu akan merasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling ia sukai.

Menghafal nama mempunyai peranan yang amat penting. Oleh kerana itu, akan saya paparkan beberapa kaedah yang dapat membantu permasalahan ini:

1. Hendaklah kita tanamkan rasa ingin dan suka menghafal nama orang lain.

2. Ketika sedang berkenalan, hendaklah kita siap untuk menghafal namanya (secara lengkap atau sebahagian sahaja) lalu mengingat-ingat dan memakainya pada saat itu juga tatkala bercakap-cakap.

3. Nama biasanya terdiri dari tiga bagian: namanya sendiri, nama orang tuanya, dan nama keluarganya. Nama yang paling disukai oleh pemiliknya adalah namanya sendiri atau gelarannya. (sebutan nama yang dikaitkan dengan anak laki-laki tertua, seperti Abu Khalid, Ummu Khalid, dan sebagainya). Jika Anda tambahkan pada nama itu nama keluarganya, itu akan lebih baik. Biasanya nama keluarga yang satu dengan yang lain tidak sama jadi sangat mudah untuk dihafal, seperti As-Siisi. Adapun nama-nama seperti Muhammad, Ali, Hasan, atau Sa'ad akan sangat banyak dijumpai, sehingga agak sulit menghafalnya.

4. Ketika berkenalan dengan nama yang baru, anda harus mengingat orang-orang yang mempunyai nama yang sama (yang telah anda kenal sebelumnya) agar mudah untuk menghafal.

5. Pada waktu berkenalan, anda harus memperhatikan wajah dan keadaannya; apakah ia berjanggut, memakai kaca mata, bagaimana warna kulit, suara, bentuk tubuhnya, pekerjaannya, serta di mana dan bagaimana perkenalan itu berlangsung.

6. Untuk memantapkan ingatan, anda boleh menulis nama-nama tersebut, dan setiap kali bertemu hendaklah anda memanggil mereka dengan nama-nama tersebut. Jika tempat tinggalnya jauh, hendaklah anda mengirim surat kepadanya, kerana ini mempunyai impak yang amat besar dalam mempererat hubungan anda dengan mereka. Surat menyurat itu sendiri merupakan sarana dalam tarbiyah (kalau sekarang by SMS atau e-mail).

7. Ketika bertemu lagi, anda harus mengingat-ingat pertemuan-pertemuan sebelumnya dan pertemuan yang pertama kali, kerana ini dapat membantu anda dalam mengingat namanya dengan cepat.

8. Berkenalan dengan seseorang merupakan pintu bagi anda untuk berkenalan dengan teman-temannya, hingga anda mempunyai data nama yang amat banyak. Anda pun harus berusaha agar nama-nama itu tetap melekat di kepala. Rasulullah S.A.W. bersabda:

”Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu disuguhkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang laki-laki yang bersama-sama dengan laki-laki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya.”
(HR. Ad-Dailami)

Sumber: "Jalan ke Hati" Abbas 'Asisi

Magnet Hati

Monday, August 10, 2009 0 comments


Tidak ada seorang pun ketika Allah menciptakannya, kecuali pasti memiliki potensi menerima dan menolak. Apabila tidak memiliki bererti ia telah kehilangan dirinya, kehilangan rahsia kewujudannya. Ia seperti pohon kering yang daun-daunnya berguguran, tidak menghijau dan tidak hidup. Atau seperti pohon yang tidak berbuah, hidup tetapi seperti mati. Ia tidak punya pengaruh dalam kehidupannya kerana hanya dapat mengambil tetapi tidak dapat memberi.


Ada sejumlah orang yang bukan nabi juga bukan syuhada, tetapi kedudukannya di sisi Allah membuat para nabi dan para syuhada iri hati. Mereka dapat menyingkap rahsia Allah dalam dirinya, iaitu anugerah indra; telinga, mata dan hati. Mereka membangkitkan dan ”memerangi”nya dengan ibadah dan ketaatan, sehingga menyala dan berkobar-kobar. Dari dalam jiwa dan hatinya muncul luapan gelombang yang mampu mengharu biru hati manusia sehingga menjadikannya lunak di hadapan Allah swt. Hati dan perasaan menjalin hubungan yang demikian harmonis, dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, namun kita dapat merasakan kebahagiaan dengannya. Ia menjelma menjadi khayalan indah yang melayang-melayang. Ia pun lalu berubah menjadi ”magnet” yang dapat menarik ruh dan hati.


Tidak seorang pun yang tidak mempunyai perasaan seperti ini walau hanya sedikit. Seoranag da’i yang unggul adalah yang mendapat petunjuk Allah ke tempat persembunyian perasaan ini, sehingga menambah kekuatan dan ghairahnya. Allah swt berfirman yang bermaksud:


” Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul menyeru kalian kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kalian.” (Al Anfal:24)


Sementara orang-orang yang kering hatinya dan berkarat jiwanya, telah Allah nyatakan:


”Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah:74)


Ayat ini telah menjelaskan bahawa batu itu sensitif. Bahkan ia meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Tetapi kita tidak memiliki peralatan yang dapat membuka rahsia, bagaimana batu itu dapat sensitif. Namun kita yakin melalui ayat di atas, bahawa ia memang sensitif dan melekat satu sama lain kerana takutnya kepada Allah swt.

Tatkala batu amat sensitif, gementaran, dan melekat satu sama lain kerana takut kepada Allah, lalu bagaimana dengan manusia yang diberikan oleh Allah kenikmatan yang besar seperti akal, perasaan dan hati sebagai tempat penitipan rahmat, Allah swt. Berfirman:


”Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku,

dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.” (Thaaha:25 – 28)


Oleh: Syeikh Abbas Asisi

Kecintaan Pada Akhirat

Sunday, August 2, 2009 0 comments


Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad shahih

Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari ia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang ia lihat di dunia pasti ia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu ia sebut di setiap pembahasannya. Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana akhirat. Dan tidak berusaha kecuali kerana akhirat.

Siapa saja yang beroleh seperti itu, ia diberi tiga kenikmatan oleh Allah Ta’ala. Nikmat yang Dia berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang menyiapkan jiwa mereka hanya untuk ALLAH Ta’ala dan tidak ada selain DIA yang masuk ke hati mereka, baik berupa berhala-berhala dunia, atau perhiasan, atau pesonanya.

Nikmat tersebut adalah sebagai berikut:

1. Seluruh urusan hidupnya lancar

Allah SWT memberinya ketenteraman dan kedamaian, mengumpulkan semua ideanya, meminimakan sifat lupanya, mengharmonikan keluarganya, menambah jalinan kasih sayang antara dirinya dan pasangannya, merukunkan anak-anaknya, mendekatkan anak-anak padanya, menyatukan kaum kerabat, menjauhkan konflik dari mereka, mengumpulkan hartanya, ia tidak bimbang memikirkan perniagaannya yg tidak begitu baik, tidak bertindak seperti orang bodoh, membuat hati manusia terarah padanya, siapapun mencintainya dan melancarkan urusan-urusan yang lain.

2. Kaya hati

Nikmat yang paling agung adalah kaya hati, sebab Rasulullah SAW bersabda dalam hadith sahih, yang ertinya;

“ Kekayaan hakiki bukan bererti harta melimpah. Tapi, kekayaan ialah kekayaan hati” (HR. Muslim)

Imam Al Manawi berkata; maksudnya, kekayaan terpuji itu bukan banyak harta dan kebendaan. Ini kerana banyak sekali manusia dijadikan kaya oleh Allah, namun kekayaannya yang banyak itu tidak bermanfaat baginya dan ia bercita-cita menambah kekayaannya, tanpa peduli dari mana sumbernya.

Ia seperti orang miskin, kerana begitu kuat keinginannya. Orang seperti itu miskin selama-lamanya. Tapi, kekayaan terpuji dan ideal menurut orang-orang sempurna adalah kekayaan hati.

Di riwayat lain disebutkan kekayaan jiwa. Maksudnya, orang yang punya kekayaan jiwa merasa tidak bimbang akan rezekinya, menerimanya dengan lapang dada, dan redha dengannya, tanpa memburu dan memintanya dengan menekan.

Barangsiapa di jaga jiwanya dari kerakusan, maka jiwanya tenteram, agung, mendapatkan kebersihan, kemuliaan, dan pujian. Itu semua jauh lebih baik dari kekayaan yang diterima orang yang miskin hatinya. Kekayaan membuat orang yang miskin hati terperosok dalam hal-hal hina dan perbuatan-perbuatan murahan, kerana kecilnya obsesi yang ia miliki. Akibatnya, ia menjadi orang kerdil di mata orang, hina di jiwa mereka, dan menjadi orang paling hina.

Jika seseorang punya harta yang berlimpah, namun ia tidak qana’ah (merasa cukup) dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya, maka ia hidup terengah-engah seperti binatang buas dan menjadikan hartanya sebagai tuhan baru. Sungguh, ia orang miskin sejati, kerana orang miskin ialah orang yang selalu tidak punya harta dan senantiasa merasa tidak cukup.

Dikisahkan, seseorang berkata kepada orang zuhud, Ibrahim bin Adham, lalu berkata,

“Saya ingin anda menerima jubah ini dariku.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau Anda kaya, saya mahu menerima hadiah ini. Jika anda miskin, saya tidak mahu menerimanya.” Orang itu berkata, ”saya orang kaya.”

Ibrahim bin Adham berkata, ”Anda punya jubah berapa?” Orang itu menjawab,”Dua ribu jubah.” Ibrahim bin Adham berkata,”Apakah Anda ingin punya empat ribu jubah?” Orang itu menjawab, “Ya.” Ibrahim bin Adham berkata,”Kalau begitu anda miskin (kerana masih memerlukan jubah lebih banyak lagi). Saya tidak mahu menerima hadiah jubah ini darimu.”

3. Dunia datang kepadanya

Saat ia lari dari dunia, justru dunia mengejarnya dalam keadaan tunduk. Seperti yang dikatakan Ibnu Al-jauzi,

” Dunia itu bayangan. Jika engkau berpaling dari bayangan, maka bayangan itu mengekorimu. Jika engkau memburu bayangan, maka bayangan menghindar darimu. Orang zuhud tidak menoleh kepada bayangan malah diikuti bayangan. Sedang orang (rakus tidak melihat bayangan setiapkali ia menoleh kepadanya.”

Sedang orang yang dunia menjadi obsesinya, ia hanya memikirkan dunia, bekerja kerananya, peduli kepadanya, tidak bahagia kecuali kerananya, tidak berteman dan memusuhi orang kerananya. Akibatnya, ia dihukum Allah dengan tiga hukuman;

1. Urusannya kacau

Allah SWT mengacaukan semua urusannya. Hatinya menjadi gundah tidak tenang, fikirannya kacau, jiwanya goncang dan kalut dalam pelbagai hal. Allah SWT mengacaukan hartanya, mengacaukan anak-anak dan pasangannya. Allah SWT membuat manusia antipati kepadanya. Tidak ada seorangpun yang mencintainya sebab Allah SWT menentukannya dibenci orang di bumi.

2. Selalu miskin

Hukuman ini membuatnya selalu tidak puas, padahal memiliki harta banyak. Ia senantiasa merasa miskin. Dan itu menjadikannya lari hingga terengah-engah di belakang harta.

3. Dunia lari darinya

Dunia selalu lari darinya. Ia memburu dunia namun dijauhi dan ia berlari dibelakangnya, persis seperti orang yang mengira fatamorgana itu air. Ketika ia tiba di fatamorgana, ia tidak mendapatkan apa-apa.

Inilah yang membuat Utsman bin Affan Radhiyallahu Anhu berkata, “Obsesi dunia itu kegelapan di hati, sedang obsesi kepada akhirat itu cahaya di hati.”

Bagaimana karakteristik dari orang-orang yang terobsesi pada akhirat?

Kita dapat mengukur dengan membandingkannya pada diri kita.
Sebelumnya mengenai hal ini, ada tiga kelompok cara pandang manusia terhadap kehidupan:

1. Orang yang lebih sibuk dengan akhirat daripada dunia.
Mereka mebuat hidupnya didominasi oleh akhirat. Dunia hanya diletakkan digenggaman tangannya bukan di hatinya. Ini adalah kelompok orang yang beruntung.

2. Orang yang lebih sibuk dengan dunia daripada dengan akhirat
Mereka begitu cinta dunia hingga dunia menguasainya dan membuatnya lupa kepada akhirat dan mereka juga tidak tahu bahawa dunia itu jambatan menuju akhirat. Ini adalah kelompok orang yang celaka

3. Orang yang sibuk dengan keduanya sekaligus.
Mereka tidak ingin masuk pada kelompok pertama atau kedua, namun ingin mendapatkan sebahagian karakteristik kelompok pertama dan sebahagian kelompok kedua. Mereka ini adalah kelompok yang berada dalam situasi krisis.

Tentunya kita tidak ingin masuk ke dalam kelompok kedua dan ketiga, kerananya kita perlu mengetahui karakteristik kelompok pertama iaitu orang-orang yang berjaya.
Karakteristik dari kelompok pertama antara lain:

1. Sedih kerana akhirat
Sedih kerana akhirat membuatkan seseorang memiliki perasaan takut kepada Allah Ta’ala menghisab dirinya pada Hari Kiamat, lalu ia menghisab dirinya sebelum ia dihisab kelak di akhirat.

2. Selalu mengadakan Muhasabah (evaluasi diri)
Umar bin Khattab ra berkata “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab. Timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang. Dan, bersiap-siaplah menghadapi Hari Kiamat.”

3. Selalu beramal untnk akhirat
Amal soleh bukan hanya solat, puasa, membaca Al-qur’an dan dzikir, tapi amal soleh adalah apa saja yang dicintai Allah Ta’ala.

4. Tersentuh dan sensitif melihat pemandangan kematian
Seorang tabi’in Ibrahim An Nakhai berkata, “Jika kami datang ke rumah orang yang meninggal dunia atau mendengar ada orang yang meninggal dunia, hal itu membekas pada kami hingga berhari-hari, kerana kami tahu ada sesuatu (ajal) datang pada orang tersebut, lalu membawanya ke syurga atau neraka”

Itulah pengingat bagi kita semua, bahawa sesungguhnya kehidupan ini adalah jalan untuk kembali kepada Allah, sekolah yang laporannya nanti akan diserahkan di akhirat. Mari kita sama-sama mengevaluasi diri kita, selalu meluruskan niat kita hanya kepada Allah dan berdoa kepada-Nya memohon ketetapan iman di hati sampai pada hari penutup kita nanti.

“Yaa muqollibalquluub tsabbit qolbiy alaa diinika” Wahai Dzat yang membolak-balik hati, kukuhkan hatiku tetap berada di atas agamamu.

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum