Video

Temubual Bersama Isteri Asy Syahid Yusof Hawasy

Friday, July 31, 2009

Asy Syahid Yusof Hawasy telah dijatuhkan hukuman gantung mandatori pada 29 Ogos 1966, bersama saudaranya Asy Syahid Sayyid Qutb. Maka tinggallah isterinya Fatimah Muhammad Abdul Hadi yang setia dengan janjinya dengan penuh kesabaran, sebagai seeorang isteri daiyah mithaliyyah mujahidah yang telah menyertai IM sejak tahun 1941. Beliau terus bersama Al Banna sehinggalah beliau syahid.

Sayyidah Fatimah telah membuka pintu hatinya untuk di temubual oleh Majalah Ad Dakwah (AD) sebagai mengimbas kembali kenangan lebih enam puluh tahun lalu yang penuh dengan pengorbanan dan jihad.

AD – Kami suka untuk mengetahui bagaimanakah bibit permulaan kehidupan Puan dengan Asy SyahidYusuf Hawasy ?

J – Suami saya Muhammad Yusuf Hawasy [Rahimahullah] telah dilahirkan pada 12 Oktober 1922. Mendapat Diploma Perguruan Perindustrian pada tahu 1943. Telah menyertai IM sejak belajar di muhafazah Al Gharbiyyah. Kami berkahwin pada 1953, mendapat dua orang cahaya mata, Ahmad dan Sumayyah. kedua-duanya adalah doktor perubatan dan masing-masing telah mempunyai 4 orang anak lelaki dan perempuan.

AD – Bagaimana bermulanya hubungan kalian ?

J – Seorang ikhwah telah mencalonkan saya untuk menjadi isterinya, bersama-sama memikul beban dakwah . setiap setahun sekali kami berjumpa di mana-mana dia akan berkata : kami di atas janji kami tidak menerima sebarang alasan keluarganya. Pada akhir tahun itu saya telah meminta saudara lelaki saya memberitahunya bahawa semuanya telah berakhir dan kami tidak ada apa-apa hubungan.

Kemudian dia menghantar pula orang lain datang ke rumah untuk meminang kali kedua dan memperbaharui permintaannya. Saya menolaknya. Namun abang saya menasihati saya agar melakukan solat istikharah.

Ketika solat istikharah saya melihat sesungguhnya saya berada di halaman rumah kami di kampung, tiada lampu, tiba-tiba ada lampu yang bercahaya yang memperlihatkan kepadaku wajahnya.. Lantaran itu saya pun setuju, lalu sempurnalah akad.

Manakala beliau juga memberitahu selepas itu, bahawa semasa istikharah dia melihat saya berwudhuk dan dia yang mencurahkan airnya, kecuali sedikit sahaja saya yang berwuduk dan meratakannya.

PENANGKAPAN SUAMI

AD – Di ketahui umum bahawa Asy Syahid Yusuf Hawasy menemui Tuhan nya dalam ujian yang sama dengan Asy Syahid Sayyid Qutb, bagaimanakah hubungan mereka .

- Hubungan mereka bermula sejak tahun 1945. Ketika ia telah dihukum 55 tahun dan Sayyid Qutb 15 tahun. Namun mereka di bebaskan pada tahun1964. Mereka sentiasa bersama dalam tempoh dipenjara atau di hospital, kerana sakitnya yang teruk.Hubungan itu terus subur , saling bantu membantu . Asy Syahid Yusuf Hawasy telah mengambil faedah dan belajar dari fikrah serta pengetahuan ilmu yang mendalam dari Asy Syahid Sayyid. Sayyid mengetahui banyak tentang sejarah ikhwan, peraturan dan manhajnya, kerana beliau lebih dulu menyertainya . Mereka amat rapat.

PENAHANAN TERAKHIR

AD – Bagaimana pula penahanannya pada tahun 1965?

J – Selepas beliau keluar dari penjara tahun 1964 saya telah menjalani pembedahan di hospital, setelah keluar dan sembuh dengan izin Allah beliau mahu saya tinggal bersama bapanya yang keseorangan untuk beberapa lama .

Saya menyatakan kepadanya bahawa tinggal di sana bagi tempoh yang panjang adalah sukar bagi saya terutama dalam keadaan tiada pembantu yang menolong saya melakukan kerja-kerja rumah, membasuh dan seumpamanya. Lalu beliau berkata : ” engkau hendaklah berzikir dan beristighfar sewaktu membuat kerja, maka engkau akan diberi ganjaran kerana kesabaran dan berbuat baik dengan keluarga. Lalu saya bersetuju, dan kami pun bermusafir.

Satu hari sebaik saja saya selesai musafir beliau menyatakan bahawa ia akan sembahyang. Sehingga waktu makan tengahari ia masih lagi bersolat, iaitu dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Apabila saya membuka pintu saya dapati dia sedang solat dan menangis sehinggalah kedengaran bunyi bising di luar rumah. Kami tahu itu adalah mabahith [sb]. Saya membuka pintu sekali lagi memberitahu ada mabahith agar ia menamatkan solatnya dan bertemu mereka. Beliau pun menamatkan solatnya dan menemui mereka lantas meminta untuk mandi dahulu. Beliau meminta mushaf dari saya untuk dibawa bersama. Pada saya tiada mushaf kecuali kepunyaan Ahmad yang saya sendiri tuliskan kata-kata penghargaan kepadanya. Saya bimbang ia akan hilang… lalu beliau berjanji akan mengembalikannya semula hatta kalau pergi ke planet marikh sekali pun ia akan pulangkan.

Sejak itu bermula kehidupan kami yang tertekan dengan peraturan, selepas saya berpindah dari bekerja sebagai Nazir sekolah saya berpindah pula ke muhafazah lain. Dalam tempoh ia di penjara saya pernah dipenjara selama 6 bulan sehingga dapat apa yang mereka mahukan.Saya ditahan dipenjara Qanatir. Saya mengalami pendarahan yang berterusan sehingggalah saya terpaksa menjalani pembedahan pembuangan rahim. Kerana itulah saya tidak dapat hadhir di mahkamah, kecuali sekali sahaja.

Ketika beliau melihat saya dalam keadaan lemah sewaktu pebicaraan ia menyatakan bahawa ia tidak tahu tentang penahanan saya kecuali ketika bajunya dirobek oleh anjing-anjing dia meminta polis agar mengambil bajunya di rumah, lalu Ahmad memberinya baju lama supaya mereka tidak mencuri bajunya yang baru.. apabila ia melihat baju tersebut ia tahu saya tiada di rumah.

Satu situasi yang mengharukan, ialah ketika adik saya melahirkan seorang bayi perempuan, Ahmad meminta agar saya melahirkan untuknya adik perempuan, ia terus menangis. Saya katakan padanya : “mestilah ada ayahmu..” . Apabila kami menziarahi bapanya ia masih lagi menangis dan menarik tangan bapanya dan berkata : ” marilah ayah kita balik, ummi akan beri saya adik perempuan, siapa yang melarang kamu ..? ayahnya menunjukkan kepada askar di situ, kata Ahmad lagi ” jangan takut padanya saya akan pukul dia, mari sini ummi..”. suasana itu membuatkan saya dan askar itu menangis.

SAAT PERPISAHAN

AD – Ceritakan kepada kami saat perpisahan terakhir, bagaimana ia berlaku ?

J – Mereka memita kami menziarahinya buat kali terakhir sebelum hukuman dijatuhkan. Lalu Ahmad dan Sumayyah menemani saya. Saya menyediakan makanan yang enak untuknya. Namun saya dihalang dari membawanya masuk. Kami menunggunya beberapa lama di khemah, akhirnya kami di bawa melalui empat khemah.

Semasa saya meminta dari polis untuk membawa masuk makanan dan tidak dibenarkan, Ahmad telah berkata , ” tak payahlah ummi menyusahkan diri, buang masa untuk kita bersama, kalau mereka bawa masuk makanan boleh makan sekarang, sekarang saya puasa.”

Ahmad duduk di riba bapanya sambil menangis mengadu : ” Budak-budak semua kata ayah nak bunuh Jamal Abd.Nasir..”. beliau menjawab , “ sesungguhnya neraca hari ini sudah terbalik, hari ini tiada lagi keadilan, namun kita akan letakkan neraca keadilan dihari kiamat.

Pesanan beliau agar menjaga anak-anak dengan baik, dan saya juga berpesan agar menjaga diri baik-baik…. waktu melawat tamat.

Pada 29/8/1966 pemberita radio menyiarkan berita tentang perlaksanaan hukuman kepada tiga orang syuhada’. Ketika itu saya sedang menyediakan sarapan di dapur. Saya terur beristija’ dan beristighfar , dan air mata saya tidak berhenti tanpa seorang pun menyedarinya.

Para penjenayah tidak cukup setakat itu, mereka telah menghantar utusan kepada saya supaya tidak menghadiri pengurusan jenazahnya. Mereka memulangkan barang-barangnya, namun mushaf milik Ahmad tiada bersama.

AKHLAAQ ASY SYAHID

AD – Inilah kesetiaan Asy syahid dengan dakwahnya, bagaimanakah ia subur dalam diri Puan ?

J – Rahimullah seorang yang berakhlaq mulia. Ia seorang yang pemurah sehingga pembantu rumah yang bekerja bersamanya mengadu kepada saya selepas kami berkahwin dia tidak memakan makanan yang dimasaknya. Kerana rumahnya sentiasa terbuka untuk ikhwah pelajar, orang luar dan orang-orang susah. Sama ada dia ada di rumah atau tidak mereka akan masuk ke rumah dan makan serta memakai pakaian yang mereka suka , dan kadang-kadang mereka mengambil duit belanja. Bila dia balik dari kerja dia akan makan keju atau manisan dari gerai.

Demikianlah sifat ithar beliau. Tidak pernah langsung berlaku perselisihan antaranya dan ikhwahnya. Beliau juga seorang yang amat menjaga kebersihan badan, mandi sehari lebih dari lima kali selain berwudhuk. Beliau seorang yang zuhud terhadap dunia.

0 comments:

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum