1. Matlamat besar yang ditunutut ialah mewujudkan Jamaah - kewajipan ini jatuh keatas setiap muslim dan muslimat.
2. Kerja Islam tidak dapat dilaksanakan dengan sendiri-sendiri tanpa Jamaah. “ Tidak sampai yang wajib melainkan dengan jalan itu, maka jalan itu menjadi wajib.
3. Berdasar kaedah ini maka berjemaah adalah wajib.
4. Sebab itu Imam Hasan al-Banna menubuhkan Jamaah Ikhwan Muslimin untuk memastikan dan menentukan matlamat Islam.
5. Kita tidak boleh bentuk jamaah tanpa pimpinan dan tidak ada erti pimpinan jika tidak didengari dan ditaati oleh para anggota.
6. Tidak akan teratur anggota satu-satu jamaah tanpa perjanjian dan penglibatan yang mesti mereka laksanakan.
7. Imam Hasan Al-Banna menyempurnakan semua ini dengan menjelaskan kepada jamaah tentang kefahaman, matlamat, program-program, syarat-syarat keanggotaan dan yang berkaitan dengannya yang boleh menjamin penyertaannya berkekalan, perkembangan dan perluasan dan juga iltizam dengan al-Quran dan Sunnah.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBAWA PENYELEWENGAN DARIPADA HARAQAH ISLAMIAH.
1. Bermudah-mudah dan mengurangkan tugas-tugas jamaah dan amal jamae, sekadar cukup dengan amal /kegiatan individu. – Tidak mahu berjamaah.
2. Sangat banyak bilangan jamah atau persatuan islam, banyak bendera, banyak pimpinan. – Ini boleh membahagi-bahagi dan memecah-mecahkan tenaga dan membingungkan masyarakat. Mana satu jamaah yang mereka nak ikut. Justeru itu Syekh Mustafa Mahsyur menjelaskan tentang Jamaah yang perlu dipilih. Iaitu yang menpunyai sifat-sifat :-
a. Jamaah itu perlu ada manhaj – kerjanya untuk mendirikan daulah islamiah sejagat.
b. Mengamal kefahaman yang betul , lengkap dan bersih hanya untuk Islam.
c. Menitik beratkan kekuatan aqidah dan iman , kekuatan penyatuan kemudian barulah kekuatan senjata .
d. Tidak terbatas untuk tempatan sahaja, tidak alamiyah.
e. Jamaah yang diikuti hendaklah ada pengalaman dan berpandangan jauh dan luas.
f. Berada dalam Jamaah bukan kerana terpesona dengan lambang-lambang atau terpesona dengan tokoh tokoh tertentu dalam Jamaah.
3. Mengadakan puak-puak kecil dalam jamaah.
- Puak kecil ini membawa pandangan dan pemikiran yang berlainan daripada peraturan umum jamaah.
- Cuba meletakkan kesalahan pimpinan bila pandangannya tidak diterima.
- Akibatnya berlaku perpecahan dan tidak patuh pada arahan-arahan kepimpinan.
- Bila berlaku demikian, pimpinan dalam jamaah akan mengambil tindakan walau apa pun kedudukannya.
4. Hubungan setengah-setengah anggota dengan beberapa orang secara peribadi lebih banyak daripada hubungan dengan jamaah dan pimpinan jamaah.
5. Membangkitkan pertelagahan dan perpecahan dalam barisan dengan menimbulkan perasaan benci-membenci , pisah-memisah.
- bila in berlaku jamaah terpaksa bekerja keras untuk membersihkannya, jadi akhirnya kerja-kerja perkembangan tergendala.
- Allah SWT menasihati kita dengan Firmannya dalam Surah Al- Anfal : 46
“ Dan taatilah Allah dan taatilah Rasulnya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, maka kamu akan gagal dan kehilangan kekuatan kamu. Bersabarlah kamu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. “
- begitulah dalam mentaati Allah dan Rasul terdapat Istiqamah – penyatuan kemenangan – jika sebaliknya akan terjadi lah perbalahan dan kegagalan.
- Sebab itulah ukhuwah dijadikan salah satu daripada rukun dalam dakwah oleh Imam Hasan al- Banna. Katanya lagi
"Serendah-rendah ukhuwah itu ialah saling berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain dari dirinya sendiri.”
- Katanya lagi:
“ Ukhuwah adalah saudara Iman , perpecahan saudara kufur – maka hendaklah setiap saudara menjadi pengawal setia dan aamanah kepada penyatuan barisan. Hendaklah melindungi penyatuan saff dari apa sahahja yang boleh membawa kepada pertelagahan dan perpecahan. Hendaklah menjauhi daripada menghasut, buruk sangka, membawa khabar angin dan seumpamanya yang dilarang. Mereka yang bertanggungjawab hendaklah berusaha keras melindungi saff dari sebarang punca yang boleh membawa kepada perbalahan, membetulkan dan menyelesaikan dengan segera dan tegas bila timbul sebarang krisis. Itulah sebaik-baiknya.”
6. Melawan dan mencanggahi jamaah dan membebaskan diri daripada Jamaah sebab kepentingan peribadi – ingin kepimpinan- ego dengan pandangan sendiri. - kata Syeikh Mustafa Mahsyur.
“ Kita bersatu walaupun bukan pada tempat yang betul ( yang tidak terkeluar dari syara’ ) adalah lebih baik daripada kita berpecah ditempat yang betul.”
“dan dibawah naungan penyatuan kita boleh meningkat dari yang betul kepada yang lebih betul.”
“sebenarnya, pemencilan dan penentangan terhadap jamaah , yang rugi ialah individu itu sendiri . Jamaah untung sebab ia satu pembersihan untuk saff jamaah.”
"Kita kena sedar bahawa jamaah boleh berjalan dengan pertolongan Allah . samaada dengan pernyertaan kita atau tidak.”
- Kata Imam Hasan al- Banna
“ Kalau pun kamu tidak menyertai jamaah , maka sekali-kali kamu tidak akan dapat menyertai yang lain , tetapi jamaah kalau ia tidak bersama kamu ia akan bersama orang lain , dan jika kamu berpaling dari jamaah akan diganti dengan satu kaum yang lain, kemudian kaum itu tidak sama seperti kamu.”
7. Tidak setia atau tidak menunaikan janji dalam jamaah . samaada semua atau sebahagiannya.
- Kata Syeikh Mustafa Mahsyur.
“ Sesungguhnya jamaah tidak memaksa sesiapapun mengikuti saffnya, tetapi sesiapa yang rela mengikutinya maka hendaklah ia mewajibkan ke atas dirinya segala syarat dan segala perjanjiannya. “
- Bai’ah kita sebenarnya dengan Allah SWT, sebagaimana yang Allah terangkan dalam Firmannya – Surah Al- Fath : 10
“ Sesungguhnya mereka yang berbai’ah dengan engkau itu sebenarnya mereka berbai’ah dengan Allah, kuasa Allah mengatasi kuasa mereka. Tangan Allah diatas tangan mereka. Sesiapa yang memungkiri nya , sebenarnya ia memungkiri dirinya sendiri, dan sesiapa yang setia dengan janjinya kepada Allah , ia akan diberi ganjaran pahala yang amat besar. “
8. Meninggi diri atas seseorang dari Jamaah Islam yang lain. ( menghina Jamaah Islam lain.
- sebenarnya kita tidak mahu mencari permusuhan dengan mana-mana jamaah Islam yang lain. - penglibatan kita di tengah jalan dakwah ini sejak dulu lagi tidak untuk melukai perasaan sesiapapun atau mana-mana pertubuhan. - Kata Imam Hasan al-Banna.
“ Adapun sikap dan pendirian kita terhadap semua pertubuhan Islam ialah sikap kasih sayang, persaudaraan , tolong-menolong dan kesetiaan , kita sayang mereka , kita tolong, kita berusaha mencari jalan untuk mendekatkan jurang perbezaan pendapat, kita perbaiki pemikiran-pemikiran , kita jangan dipisah jauhkan oleh pendapat-pendapat fiqh atau masalah khilafiyah mazhab. Sesungguhnya agama Allah ini mudah, tiada siapa yang boleh menyusahkan agama Allah. Dengan taufiq Allah kita telah dapat mencapainya. Kita menyelidik mencari yang haq melalui uslub yang mudah yang dapat diterima oleh aqal. Kita yakin sesungguhnya satu hari kelak akan gugur nama-nama atau gelaran-gelaran yang membezakan dengan satu jamaah muslimin, akan diganti tempatnya oleh kesatuan kerja yang menyatukan barisan-barisan angkatan pengikut Nabi saw. Tidak ada selain dari saudara-saudara muslim yang bekerja kuat untuk agama dan berjuang pada jalam Allah swt.
Video
Labels:
Syeikh Mustafa Masyhur
JALAN DAKWAH ANTARA KEASLIAN DAN PENYELEWENGAN
Abu Ridhwan
Thursday, July 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir ‘Uqdah (1)
- As-Syahid Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi Dalam Kenangan (1)
- Asy Syahid Syeikh Yusof Hawasy (1)
- Bicara Abu Riduan (Moderator) (6)
- Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy (7)
- Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar (1)
- Iltizam (7)
- Imam Syahid Syaikh Hasan Al-Banna (29)
- Imam Syahid Syeikh Sayyid Qutb (6)
- Ir. Muhammad Khairat Syatir (2)
- Kenyataan IM (4)
- Khutbah (1)
- Komentar (2)
- Muhammad al-Ma'mun al-Hudhaibi (1)
- Mursyid Am Al-Ikhwan Al-Muslimun (22)
- Palestin Di Hati (8)
- Pandangan Tokoh dan Ulama (3)
- Ramadhan Kareem (4)
- Risalah Dakwah Ikhwan (4)
- Silibus Halaqah (7)
- Syeikh Abbas Asisi (4)
- Syeikh Abdul Hamid Al Bilali (1)
- Syeikh Abul A’la Maududi (7)
- Syeikh Ahmad Saiful Islam Al Banna (1)
- Syeikh as-Syahid Dr. Abdullah Azzam (1)
- Syeikh Dr Ali Abdul Halim Mahmud (2)
- Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1)
- Syeikh Dr. Abdullah Nasih `Ulwan (5)
- Syeikh Dr. Fathi Yakan (12)
- Syeikh Dr. Hammam Said (1)
- Syeikh Dr. Majdi AlHilali (1)
- Syeikh Dr. Mustafa al-Siba'iyy (1)
- Syeikh Dr. Musthofa As-Sibaai' (2)
- Syeikh Dr. Sayyid Nuh (2)
- Syeikh Dr. Yusuf Qaradawi (9)
- Syeikh Hamzah Abbas Mansour (1)
- Syeikh Hasan Al-Hudaibi (3)
- Syeikh Jumaah Amin Abdul Aziz (1)
- Syeikh Muhammad Abdul Hamid Ahmad (1)
- Syeikh Muhammad Abdullah al Khatib (1)
- Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (3)
- Syeikh Muhammad Al-Ghazali (2)
- Syeikh Muhammad Mahdi Akif (17)
- Syeikh Muhammad Qutb (2)
- Syeikh Mustafa Masyhur (19)
- Syeikh Sa'id Hawwa (1)
- Syeikh Sayyid Sabiq (1)
- Syeikh Umar Tilmisani (1)
- Tafsir Al Quran (1)
- Tarbiyah Ikhwan (6)
- Tawakkul Karman (1)
- Tokoh (1)
- Tokoh Ikhwan (2)
- Yusuf Thala’at (1)
- Zaynab Al Ghazali (2)
Tarbiyah Pewaris
0 comments:
Post a Comment