BEBERAPA GAMBARAN TENTANG PENDIDIKAN ISLAM.
Oleh: Asy-Syahid al-Imam Hassan al-Banna.
Konsep Pendidikan Islam.
Imam Hassan al-Banna telah berjuang untuk membentuk satu masyarakat Muslim dan mengujudkan Daulah Islamiyyah. Untuk mencapai matlamat ini Imam telah menekankan tentang perlunya setiap individu dididik dengan sempurna mengikut ajaran-ajaran Islam. Pendidikan yang panjang dan lengkap ini merupakan langkah yang perlu untuk menuju kepada kebangkitan semula Islam. Semua individu dalam masyarakat perlu dididik. Tanpa pendidikan tiada harapan untuk membuat apa sahaja kemajuan dalam apa jua aspek kehidupan dalam masyarakat.
Oleh yang demikian ingatan Imam kepada pemuda-pemuda yang ghairah serta ingin wujudkan Daulah Islamiyyah secara terburu-buru beliau berkata: " Jalan kamu (untuk mencapai kebangkitan semula Islam) adalah dirancang dengan begitu rapi dan tahap-tahap adalah dihurai dengan begitu jelas. Saya tidak akan melencong dari jalan ini kerana saya begitu yakin bahawa inilah satu-satunya jalan untuk kebangkitan semula Islam. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya satu jalan yang sukar dan panjang, tetapi ianya tiada jalan lain. Sesiapa yang ingin memetik buah yang belum masak maka lebih baik baginya meninggalkan jamaah ini. Dan sesiapa yang ingin bersama, sabarlah menunggu sehingga benihnya tumbuh menjadi pokok dan pokok itu mengeluarkan buah. Apabila buah itu masak maka ketika inilah untuk memetik buah tersebut. “
Imam juga menekankan bahawa matlamat yang paling penting ialah melahirkan orang-orang yang dapat berfikir dan bertingkahlaku menurut Islam dalam semua aspek kehidupannya. Matlamat ini tidak boleh dicapai dengan paksaan. Apa yang ingin disampaikan ialah ingin menerapkan di dalam pemikiran manusia, hati dan jiwa serta cuba untuk meyakinkan bahawa matlamat ini hanya boleh dicapai melalui pendidikan.
Inilah apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. semenjak dari awal penyebaran da'wah Islam lagi. Baginda mendidik pengikut-pengikutnya dan membentuk dua prinsip yang penting. Prinsip tersebut ialah:
1. Iman yang mendalam terhadap Islam.
2. Melahirkan amalan Islam.
Kemudian Rasulullah S.A.W. menyatu padukan mereka dengan konsep persaudaraan. Dengan cara ini masyarakat Islam telah dicantumkan antara kekuatan Iman yang aktif dengan kekuatan perpaduan. Inilah sebabnya masyarakat Islam ketika itu sukar untuk dikalahkan.
Matlamat pendidikan Islam.
Matlamat yang terpenting dalam pendidikan Islam ialah mencapai kebangkitan rohani dalam jiwa Muslim iaitu membawa perubahan mental dan psikologi dalam hidup dalaman individu Muslim sebagai satu langkah yang perlu ke arah pemulihan dari segi luaran (sosial, politik, ekonomi dan sebagainya) di dalam masyarakat. Ini bermaksud bahawa perlu mengubah apa yang ada di dalam jiwa manusia sebelum mengubah apa yang ada di luar. Imam telah mengambil dalil dari Firman Allah S.W.T.:
Terjemahannya:-
“ Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. "
(-Surah ar-Ra'd: ayat 11.)
Maka dengan itu segala alat pendidikan adalah diarahkan bagi menuju kepada pencapaian matlamat ini.
Proses Yang Beransur-Ansur.
Pendidikan berjalan secara perlahan-lahan dan ianya melalui tiga peringkat yang berturut-turut. Peringkat tersebut ialah:
1. Peringkat Pendidikan Individu.
Pendidikan Islam bermula dengan individu. Ini termasuklah juga kaum wanita kerana Islam diturunkan bukan untuk kaum lelaki semata-mata. Adalah menjadi kewajipan pada individu untuk menyembah Allah S.W.T. bagi mempertingkatkan kesedarannya, belajar untuk meluaskan pemahamannya mengikut akhlak Islam dalam rangka mempertingkatkan kemahuannya. Juga makan minumnya serta tidur sebagaimana yang diajar oleh Islam secara bersungguh-sungguh agar tidak terganggu kesihatan dan mengalakkan penyakit. Peraturan-peraturan ini juga ditunjukkan kepada kaum wanita. Oleh itu kaum wanita harus mengikut peraturan yang sama sebagaimana kaum lelaki.
2. Peringkat Pendidikan Keluarga.
Individu-individu adalah anggota-anggota keluarga. Jika lelaki dan wanita dididik dengan betul mereka akan berupaya membina keluarga yang baik dan bahagia. Keluarga ini akan menjadi keluarga Islam dalam semua aspek. Dalam hubungan suami Isteri, hak dan tanggungjawab mereka dan juga dalam hal mendidik anak-anak.
3. Peringkat Pendidikan Masyarakat.
Masyarakat adalah terdiri dari keluarga-keluarga. Jika setiap keluarga menjadi keluarga yang baik dengan melalui pendidikan Islam maka seluruh masyarakat akan menjadi masyarakat yang Islamik. Di dalam Islam terdapat peraturan-peraturan tambahan bagi mengujudkan satu kehidupan bermasyarakat yang baik. peraturan-peraturan ini adalah banyak, antaranya Imam menekankan kepentingan persaudaraan, persamaan, penghormatan hak-hak dan tanggungjawab setiap ahli masyarakat dan juga tanggungjwab bagi mencapai kebajikan pada masyarakat seluruhnya. Tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab kerajaan Islam bagi setiap ahli masyarakat haruslah sama-sama melakukan tanggungjawab ini mengikut keupayaan masing-masing. Maka dengan itu jelaslah bahawa kewujudan Daulah Islamiyyah akan tercapai sebagai suatu yang biasa dan wajar dan mengenengahkan ketiga-tiga peringkat pendidikan tersebut. Dengan kata lain jika semua orang mendapat pendidikan Islam maka masyarakat Islam dan Daulah Islamiyyah yang sebenarnya akan terbentuk dengan sendirinya.
Pendidikan Islam Yang Bersifat Menyeluruh.
Pendidikan Islam itu adalah menyeluruh sebagaimana Islam itu sendiri. Misalnya pendidikan individu-individu meliputi meliputi aspek-aspek spiritual, intelektual dan fizikal. Aspek-aspek ini dipersaksikan dalam unit-unit yang seimbang dan digambarkan melalui pendidikan di dalam peribadi dan aktiviti-aktiviti seseorang individu tersebut. Imam menyatakan di dalam Risalah Ta'lim prinsip-prinsip yang asas dan umum tentang bagaimanana seseorang individu Muslim itu dapat dididik. Tanggungjawab yang penting seseorang individu Muslim itu yang harus dilaksanakan dapat dikelaskan kepada tiga kategori:
1. Tanggungjawab Intelektual (Aqli).
Ia meliputi:
a. Membaca al-Quran setiap hari.
b. Pembelajaran dan pemahaman yang baik tentang al-Quran.
c. Mempelajari sirah, hadith, tauhid, feqah dan sejarah Islam.
d. Kesusasteraan Islam.
e. Mengadakan perpustakaan sendiri biarpun ianya kecil sahaja.
2. Tanggungjawab Spiritual (Ruhi).
a. Individu Muslim mestilah terikat dengan prinsip-prinsip akhlak Islam terutamanya bersikap benar, menepati janji, berani, mengawal diri, tabah, bersungguh-sungguh, adil memenuhi kehendak orang lain dengan baik, meletakkan kepentingan umum lebih daripada kepentingan sendiri. Baik hati bukan sahaja pada manusia lain tetapi juga pada binatang. Beliau hendaklah memperlakukan kebaikan terhadap orang lain di khalayak ramai mengikut panduan-panduan yang terdapat di dalam masyarakat Islam terutamanya menunjukkan sifat belas kasihan pada yang lemah, baik hati pada kanak-kanak dan menghormati orang tua. Beliau mengelak daripada membuat bising dan hendaklah melaksanakan sifat kejiranan yang baik.
b. Hendaklah selalu takut dan mngingati Allah S.W.T. dan Hari akhirat dan melaksanakan lebih dari apa yang telah diwajibkan di dalam ibadah kebersihan dan kejernihan dan selalu sembahyang berjmaah. Hendaklah hidup dan mempunyai niat untuk mati kerana Islam. Ia bertaubat dari dosa-dosa yang dilakukan, tidak membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Mengelak semua perkara yang dilarang oleh Islam terutama mencari wang dari sumber tidal halal atau yang tidak Islamik.
c. Beliau hendaklah sedaya upaya menghidupkan kembali adat-adat dan tradisi-tradisi Islam dalam semua aspek kehidupan. Beliau hendaklah bekerja, berehat, memilih, makan, minum, tidur, bergembira dan bersedih sebagaimana yang telah dajar oleh Islam.
d. Beliau hendaklah mengelak dari berkawan dengan orang-orang yang jahat, dengan kelab-kelab yang tidak senonoh dan mengelakkan diri dari melibatkan diri dengan mana-mana kumpulan jika perhubungan ini akan menjatuhkan imej Islam.
e. Beliau hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan Islam di mana sahaja ia berada.
3. Tanggungjawab Fizikal (Jasadi).
a. Pergi berjumpa doktor setahun sekali untuk menentukan bahawa kesihatan tidak terganggu dan mengambil langkah-langkah yang dapat mengelakkan daripada dihinggapi penyakit. Mengelak daripada banyak minum teh dan kopi (minuman yang berkafin). Juga hendaklah selalu berada dalam keadaan bersih.
b. Membeli barangan tempatan.
c. Mencebur diri dalam bidang perniagaan untuk memperolehi pendapatan.
d. Mengeluarkan zakah dan sadaqah.
e. Memastikan bahawa wangnya tidak jatuh ke tangan orang yang bukan Islam.
Video
Labels:
Imam Syahid Syaikh Hasan Al-Banna
BEBERAPA GAMBARAN TENTANG PENDIDIKAN ISLAM.
Abu Ridhwan
Wednesday, January 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Capaian
-
▼
2009
(79)
-
▼
January
(17)
- Hasan Al-Hudhaibi Penerus Perjuangan Al-Banna (2)
- Hasan Al-Hudhaibi Penerus Perjuangan Al-Banna (1)
- KE ARAH PENGHAYATAN ISLAM YANG SYUMUL
- Kenali Dr. Sayyid Nuh
- Kenali Syeikh Hamzah Abbas Mansour
- Kenali Khairat as-Syatir
- ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN
- Risalah Dakwah Ikhwan 2
- Risalah Dakwah Ikhwan 1
- Mengenali Syeikh Abbas Asisi: Penyeru Cinta Dakwah
- DARIHAL “USRAH” Hassan al-Banna
- BEBERAPA GAMBARAN TENTANG PENDIDIKAN ISLAM.
- Kajian Al Ikhwan Al Muslimin Oleh Zainab Ghazali
- Bibliografi Muhammad al-Ghazali
- Muhammad Al-Ghazali
- Gaza: Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin
- Palestin: Seruan Dr. Mahmoud Ezzat, Setiausaha Agu...
-
▼
January
(17)
Labels
- Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir ‘Uqdah (1)
- As-Syahid Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi Dalam Kenangan (1)
- Asy Syahid Syeikh Yusof Hawasy (1)
- Bicara Abu Riduan (Moderator) (6)
- Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy (7)
- Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar (1)
- Iltizam (7)
- Imam Syahid Syaikh Hasan Al-Banna (29)
- Imam Syahid Syeikh Sayyid Qutb (6)
- Ir. Muhammad Khairat Syatir (2)
- Kenyataan IM (4)
- Khutbah (1)
- Komentar (2)
- Muhammad al-Ma'mun al-Hudhaibi (1)
- Mursyid Am Al-Ikhwan Al-Muslimun (22)
- Palestin Di Hati (8)
- Pandangan Tokoh dan Ulama (3)
- Ramadhan Kareem (4)
- Risalah Dakwah Ikhwan (4)
- Silibus Halaqah (7)
- Syeikh Abbas Asisi (4)
- Syeikh Abdul Hamid Al Bilali (1)
- Syeikh Abul A’la Maududi (7)
- Syeikh Ahmad Saiful Islam Al Banna (1)
- Syeikh as-Syahid Dr. Abdullah Azzam (1)
- Syeikh Dr Ali Abdul Halim Mahmud (2)
- Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1)
- Syeikh Dr. Abdullah Nasih `Ulwan (5)
- Syeikh Dr. Fathi Yakan (12)
- Syeikh Dr. Hammam Said (1)
- Syeikh Dr. Majdi AlHilali (1)
- Syeikh Dr. Mustafa al-Siba'iyy (1)
- Syeikh Dr. Musthofa As-Sibaai' (2)
- Syeikh Dr. Sayyid Nuh (2)
- Syeikh Dr. Yusuf Qaradawi (9)
- Syeikh Hamzah Abbas Mansour (1)
- Syeikh Hasan Al-Hudaibi (3)
- Syeikh Jumaah Amin Abdul Aziz (1)
- Syeikh Muhammad Abdul Hamid Ahmad (1)
- Syeikh Muhammad Abdullah al Khatib (1)
- Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (3)
- Syeikh Muhammad Al-Ghazali (2)
- Syeikh Muhammad Mahdi Akif (17)
- Syeikh Muhammad Qutb (2)
- Syeikh Mustafa Masyhur (19)
- Syeikh Sa'id Hawwa (1)
- Syeikh Sayyid Sabiq (1)
- Syeikh Umar Tilmisani (1)
- Tafsir Al Quran (1)
- Tarbiyah Ikhwan (6)
- Tawakkul Karman (1)
- Tokoh (1)
- Tokoh Ikhwan (2)
- Yusuf Thala’at (1)
- Zaynab Al Ghazali (2)
Tarbiyah Pewaris
0 comments:
Post a Comment