Video

Hasan Al-Hudhaibi Penerus Perjuangan Al-Banna (2)

Tuesday, January 27, 2009 0 comments

Hasan Al-Hudhaibi memikul tugas Asy-Syahid Hasan Al-Banna bermula pada tahun 1949 walaupun hanya diumumkan secara terbuka sebagai Mursyidul Am Ikhwan Muslimun pada tahun 1951. Beliau memegang amanah tersebut hingga tahun 1973.

Manakala di bawah kepimpinannya, Ikhwan telah melalui Revolusi Mesir 1952 dan empat perang Arab-Israel, iaitu pada 1948-1949, 1956, 1967 dan 1973.Ketika tercetusnya perang pertama, Al-Hudhaibi menyeru keluarganya yang terdiri di kalangan golongan terkemuka Mesir untuk menubuhkan cawangan-cawangan Ikhwan. Beliau menggerakkan Ikhwan di seluruh Mesir untuk berdepan dengan golongan Zionis dan mempertahankan bumi Palestin.

Dalam perang pertama pasukan jihad Ikhwan adalah yang paling handal menggempur kelompok-kelompok tentera Zionis. Pasukan Ikhwan jugalah yang mempertahankan tentera Mesir ketika tentera tersebut terpaksa berundur dari bumi Palestin.

Namun, setiba sahaja ke Mesir, di atas tekanan Amerika dan kuasa-kuasa Barat, Raja Farouk telah menahan dan memenjarakan mujahidin Ikhwan. Tidak kurang dari 10,000 orang mujahidin Ikhwan yang dihumban ke dalam beberapa penjara Mesir.

Pada tempoh tersebutlah, Al-Hudhaibi cukup sibuk berurusan dengan pemerintah untuk membela dan membebaskan anggota-anggota Ikhwan melalui proses undang-undang. Al-Hudhaibi juga turut menggerakkan Ikhwan untuk mewujudkan sistem sokongan bagi membantu anak-anak dan keluarga tahanan yang merengkok dalam penjara.

Dalam Revolusi 1952, Sayyid Qutb ditampilkan sebagai tokoh Ikhwan untuk bertahalluf dengan Naguib dan Jamal Abdul Nasir bagi menggulingkan pemerintahan Farouk. Revolusi tersebut menjanjikan untuk menempatkan Islam sebagai dasar pemerintahan negara.

Setelah Revolusi 1952 berjaya mengguling Farouk, Sayyid Qutb diundang untuk menyertai kabinet sebagai menteri pendidikan. Walau bagaimanpun, Sayyid Qutb menolaknya kerana Jamal Abdul Nasir mungkir janji apabila memasukkan golongan sosialis, nasionalis serta tidak meletakkan Islam sebagai dasar pemerintahan.

Percubaan kedua untuk mendapat sokongan Ikhwan dibuat terus melalui Al-Hudhaibi. Majlis Pemerintah Revolusi pimpinan Jamal Abdul Nasir menawarkan tiga kementerian untuk diterajui oleh Ikhwan. Pada peringkat awal tawaran tersebut diterima oleh Al-Hudhaibi. Tiga orang tokoh terkemuka Ikhwan iaitu Syeikh Hasan Al-Baquri, Hasan Al-’Ashmawi dan Munir Al-Dilla dinamakan sebagai calon-calon Ikhwan.

Majlis Pemerintah Revolusi menolak Hasan Al-’Ashmawi dan Munir Al-Dilla, sedangkan Syeikh Hasan Al-Baquri sudah pun menerima jawatan tersebut. Keadaan ini menimbulkan ketegangan.

Maktab Irshad Ikhwan kemudian bersidang untuk memutuskan untuk menolak tawaran pemerintah revolusi bagi Ikhwan terlibat dalam kabinet. Dua sebab utama penolakan tersebut adalah kerana kuasa pemutus di setiap kementerian bukanlah milik menteri tetapi terletak di atas kuasa pegawai tertinggi tentera Revolusi yang ditugaskan di situ. Sebab kedua adalah hanya dengan tiga kementerian dalam kerajaan, suara Ikhwan tidak cukup kuat untuk menentukan pemerintahan akan berjalan di atas landasan Islam.

Di atas sebab itu Ikhwan memutuskan untuk tidak menyertai kerajaan. Hubungan tegang antara Majlis Pemerintah Revolusi dengan Ikhwan semakin memuncak. Pada peringkat awal, tiada tindakan diambil terhadap pemimpin-pemimpin Ikhwan. Namun, setelah kuasa Majlis Pemerintah Revolusi semakin bertambah teguh, mulalah pemimpin-pemimpin Ikhwan ditangkap, diseksa dan dipenjarakan oleh Jamal Abdul Nasir.

Al-Hudhaibi keluar masuk penjara berkali-kali. Pernah juga dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Ketika itu usianya sudah pun agak lanjut. Namun semangat dan jiwanya amat kental.

Al-Hudhaibi mengingatkan anggota-anggota Ikhwan: “Penjara bukan tembok tebal dan jeriji besi. Sebenarnya penjara adalah keadaan dalam perasaan dan fikiran kalian”.

Semasa bertahun-tahun dalam penjara dengan dianiaya dan diseksa, Al-Hudhaibi terus menyuntikkan semangat anggota-anggota untuk terus bertahan. Beliau terus menyemarakkan semangat teguh mempertahankan Islam dan untuk hidup sepenuhnya di bawah naungan Islam. Al-Hudhaibi mahu anggota-anggota Ikhwan terus meningkatkan tarbiyyah dan tazkiyyah diri walaupun sedang merengkok dalam penjara.

Syeikh Abdul Badi’ Saqr, juga seorang yang dipenjarakan oleh rejim Jamal Abdul Nasir menceritakan bahawa suatu hari Al-Hudhaibi menemuinya di depan bilik air penjara.

Al-Hudhaibi bertanya: “Berapa hari kamu khatamkan Al-Quran?”.

Aku menjawab: “Setiap lima belas hari!”.

Al-Hudhaibi berkata: “Apakah yang menghalang kamu untuk mengkhatamkan dalam tiga hari? Bacalah dua juzu’ setiap selesai solat waktu sedangkan kamu masih berwudhu’. Ingatlah peluang seperti ini tidak akan berulang!”

Oleh kerana kesihatannya semakin kritikal, hukuman gantung sampai mati terhadapnya ditukar kepada hukuman penjara seumur hidup. Apabila pemerintah menyangka bahawa Al-Hudhaibi akan mati dalam penjara disebabkan penyakitnya itu, maka pemerintah pun membebaskannya dengan sangkaan Al-Hudhaibi akan mati beberapa hari lagi.

Dengan kehendak Allah apa yang diharapkan oleh pemerintah itu tidak berlaku. Sebaliknya Al-Hudhaibi terus memimpin Ikhwan dengan lebih gagah lagi. Melihat ini, pemerintah sekali lagi menahan dan menghumban Al-Hudhaibi ke dalam penjara!

Tidak ada yang lebih menggembirakan Al-Hudhaibi selain daripada dikumpulkannya semula untuk kembali bersama-sama anggota-anggota Ikhwan di dalam penjara.

Al-Hudaibi juga bencikan keganasan. Pernah sebilangan anggota-anggota Ikhwan berkata kepadanya: “Bukankah bilangan kita dalam penjara ini mencecah ribuan orang? Mengapa kita tidak menyerang pengawal-pengawal penjara demi membebaskan kita dari penjara ini?”.

Al-Hudhaibi menjawab: “Barangsiapa melakukan tindakan tersebut, maka dia bukan anggota Ikhwan!. Sesungguhnya, nyawa seorang dari seribu anggota Ikhwan adalah lebih berharga bagiku daripada batang leher Jamal Abdul Nasir! Berjaga-jagalah!, jangan ada seorang di kalangan kalian yang memberi kesempatan kepada anjing-anjing hina itu untuk menghapuskan golongan orang-orang yang beriman. Tahanlah diri kalian, bersabarlah, tingkatkanlah kesabaran dan tetap tabahlah sehingga datang ketetapan Allah”!

Hasan Al-Hudhaibi juga mengikuti dan mengukuhkan tradisi Ikhwan Muslimin dalam mentarbiyyah dan membawa seluruh keluarga dalam perjuangan Islam. Al-Hudhaibi mempunyai seorang isteri yang berjiwa kental, Ummu Usamah.

Ketika Al-Hudhaibi dalam tahanan penjara, seorang menteri Mesir telah mengutus isterinya untuk bertemu dengan Ummu Usamah. Tujuannya adalah untuk menenangkannya serta memberitahu bahawa menteri tersebut telah berbuat yang terbaik untuk menyelamatkan Al-Hudhaibi.

Ummu Usamah berkata: “Siapa yang memberitahu kepada suamimu yang kami gelisah dan sedih sehingga kamu bersusah payah untuk memberi nasihat kepada kami, menenangkan hati kami dan memberi khabar gembira bahawa Ustaz selamat? Apakah puan ingin memberitahu kepadaku dan anak-anakku bahawa hukuman telah ditetapkan sebelum dijalankan perbicaraan? Adakah puan mahu memberitahu kepada kami bahawa hukuman yang akan diterima oleh Ustaz adalah hukuman mati?”

Ummu Usamah seterusnya menegaskan: “Wahai Saadiyah Hanim, isteri pembesar Mesir yang mulia, saya mohon agar puan dengar dengan baik dan sampaikan kepada Tuan Menteri! Sampaikan bahawa Hasan Al-Hudhaibi tidak memegang kepimpinan Ikhwan Muslimun kecuali setelah menyaksikan pendahulunya yang agung, Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah diculik dan dibunuh secara keji dengan terang-terangan di tepi jalan ibu kota negara ini. Hudhaibi tidak menerima untuk menjadi pengganti beliau kecuali menunggu akhir kehidupannya yang sama seperti beliau. Sungguh, ia telah menjual dirinya untuk Allah dan kami juga menjual diri kami bersamanya untuk Allah. Bila semua itu terjadi kerana takdir Allah maka tak seorang pun akan melihat kami kecuali dalam ketenangan, ketenteraman dan kebahagian. Sebab kami serahkan sepenuhnya segala urusan manusia kepada Allah. Kami mengharapkan pahala-Nya dan kami sangat berbahagia bila dapat menyusulnya sebagai syuhada’”

Kemudian Ummu Usamah berpaling kepada anak-anaknya Ilyah, Khalidah dan Su’ad sambil berkata:”Inilah pendirian ummi, bagaimana pendapat kalian wahai anak-anak?”

Serentak mereka menjawab: “Tidak ada perbezaan sedikit pun pendapat kami dengan pendapatmu, wahai ummi!”

Hasan Al-Hudhaibi Penerus Perjuangan Al-Banna (1)

0 comments

Lewat petang 12 Februari 1949, ditepi jalanraya kota Kaherah, Imam Hasan Al-Banna ditembak dan terus rebah. Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dan kematiannya di hospital adalah satu misteri ngeri gugurnya seorang syahid.

Acara pengurusan jenazah hanya dikendalikan oleh ahli keluarganya yang terdekat. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Ikhwan tidak dapat bersama kerana perintah berkurung telah diisytiharkan oleh pemerintah.

Jenazah Hasan Al-Banna dibawa ke tanah perkuburan dengan dikawal rapi oleh kereta kebal dan kereta perisai tentera. Orang ramai dihalang daripada mengiringi jenazahnya.

Raja Farouk bersembunyi di istananya. Beliau tidak keluar ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah dengan orang ramai seperti yang biasa dilakukannya.

Pemerintah Mesir di bawah perdana menteri, Ibrahim Abdul Hadi, merancang dan terus bertindak menjalankan gelombang baru penangkapan beramai-ramai anggota-anggota Ikhwan. Berbagai bukti diada-adakan untuk terus menuduh Ikhwan merancang untuk membunuh perdana menteri Mesir dan mahu mencetuskan revolusi.

Enam bulan penuh berikutan kematian Hasan Al-Banna, Mesir dicengkam dengan tindakan kuku besi pemerintah yang menangkap anggota-anggota Ikhwan. Dianggarkan lebih 4,000 anggota Ikhwan merengkok dan diseksa di penjara-penjara Tur, ‘Uyun Musa dan Huckstep, iaitu sebuah berek lama tentera Amerika.

Seluruh Mesir berada dalam perintah darurat. Mahkamah tentera diwujudkan dengan barisan hakim dan pendakwa yang dipilih khas. Drama dan sandiwara dimainkan dalam perbicaraan dengan motif utamanya mahu mengaitkan Ikhwan dengan percubaan membunuh perdana menteri sebelumnya.

Dalam kemelut inilah Ikhwan Muslimin perlu menyelesaikan masalah dalamannya yang paling utama, iaitu persoalan pengganti Hasan Al-Banna.

Selepas syahidnya Al-Banna, secara tabii tugas Mursyidul Am dipangku oleh timbalannya sejak tahun 1947, iaitu Syeikh Saleh ‘Ashmawi. Dalam keadaan pergerakan yang terbatas, kerahsiaan serta ramai anggota lain merengkok dalam penjara, ramai anggota Ikhwan beranggapan bahawa Syeikh Saleh ‘Ashmawi adalah orang yang seharusnya menerajui Ikhwan selepas itu.

Namun, Salih ‘Ashmawi sejak menjadi timbalan Hasan Al-Banna lagi sudah pun dikaitkan dengan tanzim as-sirri. Tanzim ini dituduh oleh pemerintah sebagai badan yang mencetuskan keganasan di Mesir.

Selain itu, nama-nama lain yang disebut sebagai calon bagi menggantikan Hasan Al-Banna adalah saudaranya sendiri, iaitu Abdul Rahman Al-Banna dan juga setiausaha agung Ikhwan, iaitu Abdul Hakim Abidin. Seorang anggota kanan Maktab Al-Irsyad, Syeikh Hasan Al-Baquri yang bersama-sama Syeikh Hasan ‘Ashmawi menggerakkan Ikhwan sepanjang era tribulasi awal setelah kematian Hasan Al-Banna juga dicalonkan sebagai pengganti.

Pada ketika itu juga seorang pendatang baru dalam Ikhwan pada penghujung hayat Hasan Al-Banna, iaitu Munir Al-Dilla memainkan peranan yang besar dalam gerakan Ikhwan yang memang terbatas pergerakannya itu. Munir Al-Dilla adalah seorang hartawan yang menyertai Ikhwan pada tahun 1947. Beliau telah membuktikan pengorbanannya yang tidak berbelah bagi dengan menginfaqkan sebahagian besar harta bendanya di jalan perjuangan Ikhwan Muslimin.

Dalam persoalan pengganti bagi Hasan Al-Banna, Munir Al-Dilla telah memainkan peranan yang besar. Dalam satu mesyuarat yang diadakan di rumahnya, nama Hasan Al-Hudhaibi sebagai seorang lagi calon bagi menggantikan Hasan Al-Banna. Bermula daripada situlah proses musyawarah pun dijalankan dalam keadaan pergerakan anggota-anggota Ikhwan yang begitu terbatas.

Syeikh Hasan ‘Ashmawi, Abdul Rahman Al-Banna, Abdul Hakim Abidin dan Syeikh Hasan Al-Baquri adalah tokoh-tokoh besar Ikhwan Muslimin pada masa itu. Proses musyawarah tidak dapat dijalankan hingga mampu mencakupi pendapat dan pandangan seluas mungkin anggota yang ada di dalam dan di luar penjara. Oleh itu ramai yang beranggapan bahawa membuat pilihan yang silap bagi jawatan Mursyidul Am boleh menimbulkan perpecahan dalam saff Ikhwan Muslimin.

Berdasarkan pandangan seumpama inilah ramai yang berpandangan bahawa tempat Hasan Al-Banna hendaklah digantikan buat sementara waktu dengan seorang muka baru!. Mereka berpendapat, setelah keadaan beransur pulih, barulah seorang Mursyidul Am yang sebenarnya boleh dipilih.

Untuk itu Hasan Hudhaibi adalah calon terbaik memandangkan kedudukannya yang dihormati pada kaca mata masyarakat Mesir. Hasan Al-Hudhaibi adalah seorang hakim dengan lebih dari 20 tahun pengalaman di pelbagai mahkamah seluruh Mesir. Dengan itu, perlantikannya akan menampilkan imej yang amat positif kepada Ikhwan Muslimin di kalangan orang ramai.

Hujah waqi’ lain yang digunakan juga adalah kerana pada masa itu anggota-anggota Ikhwan Muslimin ramai yang merengkok dalam penjara dan ada yang sedang dan bakal dihadapkan ke mahkamah tentera, maka dengan perlantikan Hasan Al-Hudhaibi sebagai seorang hakim yang terhormat adalah ianya diharapkan dapat mententeramkan pihak kehakiman dan pendakwaan.

Ramai juga anggota yang berharap bahawa Ikhwan Muslimin yang telah diharamkan oleh pemerintah dibenarkan kembali bergerak seperti sebelumnya. Berdasarkan harapan ini, maka mereka yang menyokong perlantikan Hasan Al-Hudhaibi berharap sebagai hakim yang dihormati dan sebagai muka baru dalam gerakan Ikhwan Muslimin, proses pendaftaran semula ini dapat direalisasikan segera.

Syeikh Soleh ‘Ashmawi sendiri menyokong pandangan ini dengan katanya: “Adalah mustahak agar nama-nama anggota kita yang telah dimomok-momokkan oleh pemerintah sebagai pengganas yang menjadikan jamaah kita ditakuti oleh orang ramai ditiadakan buat sementara waktu daripada senarai calon Mursyidul Am”.

Setelah Hasan Al-Hudhaibi dibai’ah sebagai Mursyidul Am, memandangkan keadaan yang begitu diancam oleh pemerintah di atas tekanan Amerika dan negara-negara Barat, beliau menjalankan tugasnya selama enam bulan secara rahsia dan bergerak secara bawah tanah. Ketika itu beliau masih belum melepaskan jawatannya sebagai hakim mahkamah.

Setelah berlaku pertukaran kerajaan, di bawah perdana menteri Nahhas Pasha, Ikhwan Muslimin diberikan izin semula untuk bergerak secara terbuka. Imej Hasan Al-Hudhaibi yang positif telah banyak membantu dalam era peralihan ini. Pada masa yang sama timbalannya juga adalah seorang pengamal undang-undang yang amat dihormati di seluruh Mesir. Beliau adalah Syeikh Abdul Qadir ‘Awdah.

Gandingan Hasan Al-Hudhaibi dan Syeikh Abdul Qadir ‘Awdah telah membantu menempatkan semula Ikhwan diterima secepat mungkin oleh masyarakat Mesir.

Apabila peluang untuk Ikhwan bergerak secara terbuka wujud semula, Hasan Al-Hudhaibi pun turun ke seluruh wilayah untuk bertemu dengan anggota-anggota Ikhwan. Beliau tidak bertemu mereka sebagai Mursyidul Am, sebaliknya beliau bertemu anggota-anggota meminta mereka memilih Mursyidul Am yang lain.

Menurutnya, beliau telah dilantik oleh sekumpulan anggota dalam keadaan darurat. Oleh kerana keadaan darurat telah tiada, maka adalah menjadi hak semua anggota Ikhwan Muslimin untuk memilih Mursyidul Am menurut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Lagipun, syarat untuk dipilih menjadi Mursyidul Am pada ketika itu hendaklah ianya seorang yang telah dipilih untuk menjadi anggota Majlis Syura dengan memperolehi tidak kurang daripada tiga perempat dari jumlah undi keseluruhan. Hasan Al-Hudhaibi tidak memenuhi syarat tersebut!.

Permintaan Hasan Al-Hudhaibi tidak diterima. Sebaliknya, delegasi demi delegasi datang ke Kaherah untuk mengesahkan serta membai’ahnya sebagai Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang kedua.

Sumber: ummahonline.wordpress.com

KE ARAH PENGHAYATAN ISLAM YANG SYUMUL

0 comments

Fikrah kita ialah fikrah Islam atau Din Islam. Din Islam ialah Din terawal dan kekal abadi. Din Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW, para sahabat RA dan pengikut-pengikut mereka hinggalah ke Hari Akhirat kelak. Din Islam ialah satu peraturan hidup yang luas, lengkap dan merangkumi semua ruang hidup.

Kita tidak boleh menambah dan mengurangkan pada mana-mana bahagian ajaran Allah SWT. Di dalam apa hal sekali pun, kita tidak boleh mendahului Islam. Kita adalah pengikut ajaran Allah SWT. Pengikut hendaklah berada di belakang.

Kita perlu menyesuaikan diri dengan Islam

Kita mestilah membentuk jiwa supaya serasi dengan ajaran Allah SWT. Jiwa dan hati hendaklah diperoses dengan Iman hingga sanggup patuh dan tunduk kepada semua ajaran Allah SWT.

Kita wajib memahami Islam sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Kita wajib memahami Islam sebagaimana yang difahami oleh para sahabat yang menerima Islam di Madrasah Rasulullah SAW. Kita tidak boleh memahami Islam sebagaimana yang manusia atau sebagaimana yang kita sendiri mahu. Kita perlu memahami Islam sebagaimana tuntutan dan kehendak Allah SWT. Kita tidak menurut hawa nafsu kita dalam memahami Islam. Kita mahukan Islam yang asli. Kita tidak mencampuradukkan ajaran Islam dengan ajaran yang lain. Kita perlu bersungguh-sungguh memahami Tasawwur Islam.

Islam sahaja yang benar

Islam sahajalah yang mampu menolak kekeliruan-kekeliruan yang terdapat pada sesetengah menusia. Kita tidak mudah terpengaruh dengan “nama-nama” yang elok sedangkan isinya kosong. Sesungguhnya orang mu’min itu cerdik, bijak serta pintar dan ia tidak mudah untuk ditipu dengan nama-nama sahaja.

Kita perlu ketengahkan fikrah Islam. Kita perlu sebarkan fikrah Islam kepada orang ramai dengan jelas dan terang. Kita tidak boleh menghilangkan walau pun satu huruf daripada fikrah Islam yang sebenar.

Untuk mendapatkan dan menyampaikan Islam sebenar, kita perlu mengambil Islam itu dari sumber-sumber yang sah iaitu al-Quran,as-Sunnah Rasulullah SAW dan huraian-huraian ulama’-ulama’ muktabar. Sumber kita adalah sumber syar’i.

Seluruh bidang hidup kita perlu berpandukan Din Allah SWT. Din Islam sahajalah yang diredhai Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Din yang diredhai di sisi Allah hanya al-Islam.”
-Surah Ali-’Imran: ayat 19.

“Sesiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai Din, maka sama sekali tidak diterima daripadanya, di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang yang rugi.”- Surah Ali ‘Imran: ayat 85.

Apabila Allah SWT tidak menerima orang yang mengambil Din yang lain, maka di akhirat kelak dia termasuk ke dalam golongan orang yang rugi. Amat rugi. Kerugian dari “kaca mata” Allah SWT. Kerugian mengikut nilai Rabb al-Jalil bukan mengikut nilai manusia.

Allah SWT juga telah memberikan kata dua kepada manusia samada memilih Islam atau kekufuran. Firman Allah SWT:

“Dan katalah al-Haq itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang ingin beriman maka hendaklah ia beriman dan barang siapa yang ingin kafir hendaklah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang- orang kafir itu neraka yang bergejolak mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum air seperti besi mendidih (cair) yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.”
- Surah al-Kahfi: ayat 29.

Kita perlu iltizam dengan ajaran Islam dan kita persaksikan Islam dalam bentuk kehidupan. Di waktu yang sama kita wajib mempertahankan Islam. Mempertahankan kefahaman Islam sebenar.

Perlu kepada tarbiyyah

Kita perlu sedar bahawa ilmu semata-mata tidak dapat membentuk manusia agar benar-benar bertanggungjawab kepada Islam. Hari ini ramai orang mempunyai ilmu Islam tetapi Islam tidak dapat dilihat dalam praktik hidup mereka. Mereka sebenarnya masih belum beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benar Iman. Apabila seseorang itu tidak patuh kepada Allah SWT dalam semua bidang hidup, maka bermakna imannya masih lemah.

Oleh yang demikian ilmu Islam perlu ditarbiyyah dengan Tarbiyyah Imaniyyah hingga lahir kesedaran dan kefahaman yang mendalam. Kita perlu diproses hingga kita menerima apa sahaja yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Dengan melalui proses ini, hati kita akan merasa betul dan tepat dengan tuntutan ajaran Allah SWT.

Berpuas hati hanya dengan Islam

Kita perlu terus menerus mengikut ajaran Islam tanpa berdolak dalih lagi. Islam perlu kita hayati hingga kita merasa nikmat dengannya. Hingga, apabila tidak mengamalkan Islam, kita merasakan tidak senang dan gelisah.

Perasaan tidak puas hati dengan Islam telah disumpah oleh Allah SWT di dalam Firman-Nya:

“Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima sepenuhnya.”- Surah an-Nisa’: ayat 65.

Ayat ini menjelaskan bahawa kita tidak dapat dikatakan benar-benar beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya sehinggalah kita kembali kepada ajaran Rasulullah SAW dalam semua urusan, sekaligus kita redha pula kepada segala keputusan yang telah diputuskan oleh Rasulullah SAW.

Kepatuhan yang berterusan

Kepatuhan kita kepada ajaran Rasulullah SAW, bukanlah sekadar di dalam program-program rasmi sahaja. Jika kepatuhan kita sedemikian, bermakna Islam itu belum lagi lahir dalam bentuk malakah (sebati) pada diri dan dalam jiwa kita.

Kita memerlukan pendidikan Islam secara berterusan agar Islam menjadi sebati dengan kita. Kita perlu dididik hingga Iman itu lahir dalam bentuk tindakan. Kita perlu dididik hingga kita berbuat sesuatu kerana Islam. Hidup dan mati untuk Islam. Barulah lahir

‘Ubudiyyah Lillahi Wahdah.

Sekiranya kita tidak dididik kemungkinan kita lakukan sesuatu bukan untuk Islam atau kerana yang lain daripada Allah SWT. Apabila melakukan sesuatu tidak kerana Allah maka Allah tidak akan menerima amalan tersebut.

Hanya untuk Allah

Apabila kita melakukan sesuatu kerja Islam, kita perlu benar-benar mencari keredhaan Allah SWT, tanpa mengambil kira keuntungan duniawi. Kita tidak memerlukan dorongan-dorongan lain untuk melakukan kerja-kerja Islam. Kita hanya mengharap janji-janji Allah SWT. Sesiapa yang lebih melakukan amal Islami dengan ikhlas maka dialah yang lebih mendapat pahala.

Bagi mereka yang hidup hanya mencari keredhaan Allah SWT, apa yang ada di sisi mereka seperti harta, tenaga dan jiwa adalah untuk Allah SWT semata-mata .

Dengan aqidah yang bersih dan amal yang ikhlas, kita akan menjadi Jund ‘Aqidah Wa Fikrah. Pahlawan yang benar-benar mempunyai sifat Jundiyyah (perajurit) yang dibina atas dasar Islam.

Dengan penyerahan total kepada Allah SWT, barulah kita boleh melahirkan tentera aqidah dan fikrah. Tentera yang menerima arahan daripada kepimpinan dalam rangka melaksanakan apa yang dituntut oleh Allah SWT. Tentera yang bekerja kerana Allah SWT bukan kerana yang lain. Sayyidina Khalid Ibn al-Walid telah memberikan contoh kita. Ketika dia digantikan oleh Sayyidina U’mar dengan ‘Ubaidah al-Jarrah sebagai panglima tinggi tentera Islam, dia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa. Katanya, “Aku berperang kerana Allah SWT bukan kerana ‘Umar”. Khalid berjuang kerana Allah SWT bukan kerana pangkat. Sememangnya kita perlu dilatih untuk mencapai tahap sedemikian. Firman Allah SWT:

“Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikian itu diperintahkan bagiku dan akulah yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah.”
- Surah al-An’am: ayat 162-163.

Melaksanakan Islam keseluruhannya

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada.”

Hadith ini memberi maksud bahawa kita perlu bertaqwa kepada Allah SWT kerana Islam itu telah sempurna. Kita wajib iltizam kepada Islam secara keseluruhan. Kita tidak boleh mengambil Islam sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Kita perlu mengambil Islam keseluruhan dan melaksanakannya dalam batas kemampuan yang kita miliki. Sememangnya kita ingin melaksanakan keseluruhan Islam, tetapi ketiadaan Daulah pada hari ini menyebabkan kemampuan kita sangat terbatas dan tidak terbela. Kita hanya dapat melaksanakan mengikut kadar kekuatan Ummah ketika ini.

Dari segi tanggungjawab, sememangnya tanggungjawab kita berbeza bentuk dan kadarnya. Orang yang telah berkahwin, kadar tanggungjawabnya lebih daripada orang yang belum berkahwin. Begitu juga dalam hal-hal lain. Kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita sedaya yang mungkin. Dengan cara ini, InsyaAllah kita akan berada di dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal saleh.

Kita tidak boleh berpuas hati dengan sistem yang ada pada hari ini. Selagimana suasana zalim, fasiq dan kafir berjalan dalam masyarakat kita, kita tetap tidak berpuas hati. Kita benci terhadap sistem yang bukan Islam kerana ia adalah punca kepada segala bentuk kemungkaran yang berlaku pada hari ini. Sekiranya kita tidak membenci sistem kufur itu, maka ini menunjukkan Iman kita lemah dan sakit. Kita ketiadaan roh Islam. Roh Islam tidak lagi mengalir di dalam jiwa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Seiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahkan dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahkan dengan lisannya, sekiranya ia tidak mampu hendaklah ia mengubahkan dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman.”

Kebanyakan manusia hari ini telah membeli kehidupan dunia dan menolak akhirat. Mereka menolak ajaran Islam yang syumul. Mereka mengasing dan mengenepikan Islam dalam realiti kehidupan seharian. Islam ‘terkurung’ di dalam masjid. Islam hanya boleh diambil dari segi solah, puasa, zakat dan haji sahaja. Undang-undang Syari’ah tidak boleh diambil kerana tidak bersesuaian dengan tuntutan dan kehendak masyarakat semasa. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”-Surah al-Baqarah: ayat 208.

Ayat di atas menyeru kita agar menerima Islam keseluruhannya.

Perlunya jama’ah

Untuk menjamin kita Iltizam dengan Islam sepenuhnya, kita perlulah bersama-sama jamaah. Jamaah yang benar-benar ingin melaksanakan Islam. Rasulullah SAW berpesan kepada Abu Huzaifah yang bermaksud, “Hendaklah kamu berada bersama-sama jamaah Islam dan kepimpinan mereka.”

Ibn mas’ud menjelaskan tentang jamaah, katanya, “Hendaklah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu berada seorang diri.”

Rasulullah SAW memperingatkan kita dalam sabdanya, bermaksud:

“Seiapa yang keluar daripada garis Islam maka ganjillah ia di dalam neraka.”

Hadith ini membawa erti bahawa Islam itu bersama jamaah dan imam mereka. Tanpa jamaah tiadalah Islam yang syumul. Oleh itu kita ingin berada dalam kumpulan-kumpulan yang benar-benar mengambil ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Mughirah Bin Syu’bah pernah meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sentiasa akan ada satu kelompok (thaifah) di kalangan umatku ini yang
sentiasa lahir membawa kebenaran sehingga datang perintah Allah SWT,
iaitu Hari Qiamat. Kumpulan ini akan ada bila-bila masa sehingga
Allah SWT memusnahkan alam ini.”

Kumpulan ini tetap ada. Kita perlu mencari untuk menyertainya. Apabila kita bersama-sama kumpulan ini, berulah kita dapat malaksanakan Islam secara syumul. Firman Allah SWT:

“Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepada mereka kitab, hikmah dan kenabian. Jika orang-orang (Quraisy) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum yang sesekali tidak mengingkarinya.”- Surah al-An’am: ayat 89

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka ikutilah mereka. Katakanlah: Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan da’wah ini. Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh alam.”
-Surah al-An’am: ayat 90

Akan kedapatan kumpulan yang ingin menyambung risalah Islam ini. Sekiranya da’wah ditolak di suatu tempat maka di tempat lain da’wah itu diterima. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik. Baginda ditolak di Makkah tetapi diterima di Madinah. Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa inilah jalan yang perlu dilalui. Kita akan menurutinya tanpa banyak soal dan bicara. Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT. Kita yakin dengan penuh terhadap baginda.

Jamaah yang menjaga, iltizam dan intizam dengan Islam itulah yang perlu kita berada di dalamnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Umat Nasrani akan berpecah kepada 71 puak, umat Yahudi akan berpecah kepada 72 puak dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang akan selamat.” Tanya para sahabat, “Puak yang manakah yang akan berjaya Ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kumpulan yang mana aku dan sahabat-sahabatku berada di atasnya.”

Hadith ini menjelaskan bahawa kumpulan yang berjaya ialah kumpulan yang benar-benar mengikut Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. Kumpulan yang lain tidak akan berjaya. Kejayaan sebenarnya hanya ditentukan oleh Allah SWT. Manusia hanya berkewajipan berusaha dan Allah yang menentukan natijah.

Kita hanya berusaha dan bertawakkal

Generasi Al Qur’an pertama, iaitu para sahabat RA, ada antara mereka yang belum sempat melihat natijah Islam tetapi telah sanggup disiksa dan dibunuh. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi menegakkan Islam dan mewujudkan masyarakat yang menepati kehendak Allah SWT. Mereka bersabar dalam melaksanakan tuntutan aqidah. Apabila keluarga Yasir telah disiksa maka Rasulullah SAW yang melalui tempat dia disiksa berkata, “Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya tempat kembali kamu adalah Jannah.”

Yang paling baik bagi kita ialah terus berusaha, bekerja dan berkorban untuk mengajak masyarakat kembali kepada al-Islam. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita digolongkan di dalam Kafilah Da’wah atau Kafilah Mujahidin. Sekiranya kita tidak mahu melakukan kerja-kerja ini maka bermakna kita menolak kurniaan Allah SWT. Balasan yang baik hanyalah ketentuanNya. Kita perlu sentiasa berdo’a agar kita sentiasa berada dalam rahmat dan redha-Nya.

Kenali Dr. Sayyid Nuh

0 comments

Kenali Dr. Sayyid Nuh. Beliau adalah pengarang silsilah buku Afat ala Toriq (halangan di jalan dakwah) dan banyak lagi karangan-karangan lain yang berharga di dalam bidang dakwah. Beliau adalah seorang ulama’ hadis dan aktivis dakwah jemaah Ikhwan Muslimin kelahiran Mesir. Lahir di Mahallah Kubra dari keluarga petani dan menuntut di al-Azhar sehingga ke peringkat PhD.

Ulama’ lulusan Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar ini mendapat ijazah pertamanya pada tahun 1971. Pada tahun 1973 beliau berjaya meraih kejayaan cemerlang mendapat ijazah Sarjana dengan tesis bertajuk ‘Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Zainab binti Jahsy; menolak tohmahan sekitar perkahwinan itu berdasarkan manhaj golongan muhadissin’. Seterusnya berjaya mendapat ijazah Doktor Falsafah dengan tesis bertajuk ‘Al-Hafiz Abu al-Hajjaj Yusof al-Mazzi dan kesungguhannya di dalam penulisan Tahzib al-Kamal’.

Menjadi pensyarah ilmu hadis di Universiti al-Azhar sebelum bertugas sebagai pensyarah pelawat di Universiti Qatar pada 1981-1982. Selepas itu beliau bertugas di Emirate di Universiti Emirate mulai tahun 1982 sehingga 1991. Subjek yang diajarnya pada kali ini adalah tafsir dan hadis. Pada tahun 1991-1993 bertugas di Kuliah Perubatan Dubai. Pada 1993 pula beliau berpindah ke Kuwait, menjadi pensyarah di Kuliah Syariah dan mengajar subjek hadis sebelum menjadi Ketua Jabatan Tafsir dan Hadis di Universiti Kuwait. Menyelia banyak tesis Master dan PhD.

Aktif dengan tugasannya di universiti selain aktif menjadi khatib di masjid-masjid. Aktif juga menyampaikan pengajian bersiri di radio Kuwait bertajuk ‘Usaha ulama’ Islam di dalam bidang hadis’. Selain dari itu beliau adalah salah seorang penulis yang aktif untuk majalah Mujtama’ dan Wa’yu Islami (kedua-dua majalah ini adalah antara majalah yang paling luas pasarannya di negara-negara Arab). Banyak kali dijemput untuk memberikan ucapan dan membentangkan kertas kerja di dalam mu’tamar dan nadwah. Mengajar secara tetap di beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan di Kuwait.

Dr. Sayyid Nuh sememangnya seorang penulis yang hebat yang menghasilkan lebih dari 20 buah buku. Di antara buku tulisannya yang menjadi rujukan penting anggota Ikhwan Muslimin adalah silsilah ‘Halangan-halangan di jalan dakwah’, silsilah ‘Petunjuk Nabi di jalan dakwah’, ‘Peribadi muslim di antara sifat fardiah dan sifat jama’ieah’ dan ‘Dakwah fardiah berdasarkan manhaj Islam’.

Pada 30 Julai 2007 yang lepas, Dr. Sayyid Nuh telah meninggalkan kita semua setelah menderita sakit selama beberapa tahun. Pemergian Dr. Sayyid Nuh sama seperti yang digambarkan oleh hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan cara menghilangkannya dari manusia. Sebaliknya Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ulama’.”

Di akhir hayatnya Allah menguji beliau dengan penderitaan bengkak hati dan kanser. Beliau menceritakan kepada kita kisahnya dengan kata-katanya:

“Pada satu malam daripada malam-malam kesakitan, saya berdoa kepada Allah agar Allah melepaskan saya dari penderitaan ini dan memberikan saya kerehatan tidur. Ketika saya berdoa, tiba-tiba mengantuk menguasai saya. Beberapa orang datang kepada saya. Saya mendengar suara mereka tetapi tidak dapat melihat mereka. Mereka berkata kepada saya: “Tidurlah.” Saya benar-benar tertidur selama setengah jam. Apabila saya bangun kembali, saya berasa seolah-olah saya sudah tidur selama beberapa hari. Ini adalah pemberian Allah dengan keberkatan doa di tengah malam.

Saya berada di ICU selama seminggu. Apa yang menggusarkan saya adalah ‘apa yang akan saya katakan kepada Allah esok. Saya cuai menjaga tubuh badan dan kesihatan sehingga membawa kepada keadaan yang menakutkan ini. Bahkan saya amat takut jika Allah menghukum saya sehingga saya tidak mampu mengucapkan dua kalimah syahadah ketika di ambang maut, lalu saya akan kerugian dunia dan akhirat.

Beberapa kali saya merayu Allah agar mengampunkan saya dan mengakhiri hayat saya dengan iman. Saya memberikan satu janji kepada Allah bahawa jika saya disembuhkan pada kali ini, saya akan menjadikan penjagaan tubuh badan dan kesihatan saya di tempat-tempat utama di samping perkara-perkara lain di dalam hidup saya. Dengan itu saya akan melaksanakan keseimbangan dan penyempurnaan yang diseru oleh syariat.

Saya teringat kembali bahawa saya pernah menyeru manusia betapa perlunya mereka mencurahkan sehabis tenaga untuk memenuhi tuntutan sunnah alam dan jiwa. Allah akan memberikan alam kepada sesiapa yang menuntutnya dengan sungguh-sungguh. Orang bukan Islam telah menuntutnya. Manakala hanya sebahagian kecil sahaja dari orang Islam yang menuntutnya. Allah memberikan dunia kepada orang bukan Islam. Majoriti umat Islam hanya berdiam diri maka Allah tidak memberikan dunia kepada mereka. Mereka bergantung kepada orang bukan Islam di dalam urusan dunia. Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya. KepadaNyalah kembali semua urusan.

Saya mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Hati di Mesir. Ia dipilih kerana pusat itu mempunyai kerjasama dengan doktor-doktor pakar dari Jepun dan Eropah. Sebuah pusat rawatan membina nama dan kedudukannya melebihi pusat rawatan yang lain dengan kerjasama doktor-doktor asing!!! Alangkah ruginya dan alangkah menyayat hati ketika melihat umat pemimpin kemanusiaan sampai di tahap ini, sedangkan doktor-doktor asing itu sebenarnya mempelajari ilmu perubatan dari Andalus.

Adakah Mesir mandul? Adakah negara Arab juga mandul? Adakah seluruh negara Islam mandul dan tidak mampu melahirkan pakar-pakar perubatan gergasi di dalam bidang pembedahan hati? Adakah ini semua berpunca dari kedunguan anak-anak umat ini? Adakah ini berpunca dari kekurangan peralatan dan material untuk melakukan pembedahan? Bayangkan! Ia tidak berpunca dari itu atau ini.

Ianya berpunca dari perpecahan yang menimpa umat pada peringkat antarabangsa dan tempatan, pada peringkat kerajaan dan rakyat. Ditambah dengan kelemahan iman dan penguasaan cinta dunia pada sebahagian besar umat ini. Setiap orang berkata: “Diriku. Diriku.” Ia juga berpunca daripada kelemahan pimpinan dan kesibukan mereka dengan dunia mereka. Dunia melalaikan mereka dari menjaga maslahat umat dan memberikan penghormatan kepada ulama’ serta memberikan galakan kepada mereka.”

Beliau amat mengambil berat isu-isu umat Islam. Di akhir hayatnya di Kuwait, beliau telah memberikan wasiat kepada anak-anaknya dan rakan-rakan dakwah yang menziarahinya di saat-saatu akhir kehidupannya. Topik yang menjadi pilihan beliau untuk diisi di dalam wasiat ini adalah al-Quds menunjukkan betapa isu umat menjadi kerunsingannya sehingga ke saat akhir hayatnya.

“Saya berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Saya naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Penolong orang-orang soleh. Saya naik saksi bahawa Muhammad adalah penghulu para Nabi dan ketua golongan muttaqin. Ya Allah, selawat dan salam dan berkatilah Muhammad, Nabi yang buta huruf, seluruh keluarganya, seluruh sahabatnya, orang-orang yang melalui jalannya dan para pendakwah sehingga ke hari kiamat.

Saya mengalu-alukan salam Islam kepada kamu semua wahai saudara-saudaraku. Ia adalah salam dari Allah. Ia adalah salam yang baik dan diberkati. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya menasihatkan diri saya dan diri kamu. Marilah kita memuji Allah atas kemuliaan yang Allah kurniakan kepada kita dan kedudukan yang Allah letakkan kita di atasnya.

Beruntunglah kita kerana Allah menjadikan kita saksi kepada keesaan dan kesempurnaanNya selepas persaksianNya dan persaksian malaikatNya.

“Allah menjadi saksi (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Aali Imran: 18).

Beruntunglah kita kerana hanya kita sahaja yang diikiraf oelh Allah sebagai golongan yang takutkanNya.

“…sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (Fathir: 2 8)

Beruntunglah kita “… Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.” (Al-Mujadilah: 11)

Ini semua kita perolehi kerana kita menunaikan amanah yang Allah campakkan ke atas kita.

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah: 159-160)

Al-Aqsa adalah amanah di atas leher umat ini bermula sejak peristiwa Rasulullah s.a.w. isra’ dan mikraj. Ia adalah amanah yang kita tanggung dan kita masih menanggungnya. Sebarang kecuaian di dalam amanah ini akan membuka pintu kejahatan yang tiada batasnya di dunia. Ada pun di akhirat kita akan ditanya oleh Tuhan, Empunya segala kemuliaan tentang ilmu yang kita ketahui dan kewajipan kita terhadap al-Aqsa.

“Demi Tuhanmu! Kami akan menyoal mereka semuanya (pada hari kiamat kelak) terhadap apa yang mereka ketahui.” (Al-Hijr: 92).

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba di hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara; Tentang umurnya ke mana dihabiskan? Tentang masa mudanya ke mana dihabiskan? Tentang hartanya dari mana hasilnya dan ke mana dibelanjakan? Tentang ilmunya apa yang diamalkan dari ilmu itu.” (Riwayat Tobroni)

Saya berharap agar kamu meletakkan perhitungan terhadap apa yang akan saya katakan. Saya tahu kamu mengetahuinya tetapi saya hanya ingin mengingatkan sahaja.

Saya mengingatkan kamu semua tentang kewajipan menerangkan kepada manusia nilai al-Aqsa, kedudukannya di dalam jiwa umat dan kewajipan umat terhadapnya. Jangan jemu jika kamu terpaksa memberikan ceramah sekali atau dua kali atau tiga kali, khutbah sekali atau dua kali atau tiga kali dan kelas pengajian sekali atau dua kali atau tiga kali. Apa yang penting adalah kamu mesti bersungguh-sungguh menerangkan isu ini sehingga manusia mengetahui nilai al-Aqsa.

Kamu mesti menerangkan kepada manusia bahaya yang menunggu jika kita kehilangan al-Aqsa dan Palestin. Pintu kejahatan akan terbuka. Negara, harta, jiwa dan maruah umat Islam akan dicabuli di hadapan musuh perampas yang tidak akan merahmati sesiapa pun. Umat Islam mesti memahami bahaya tersebut. Selagi mana mereka tidak memahaminya, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan bangun menunaikan tanggungjawab mereka.

Perlu disedarkan para pemerintah. Mereka adalah orang-orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri mereka dan diri anak-anak umat ini dan terhadap bumi yang suci. Tanggungjawab mereka berat di hari kiamat nanti. Mereka perlu bersegera menunaikan tanggungjawab ini. Kita perlu mengingatkan mereka bahawa walau pun mereka berlembut dan berdiplomasi dengan musuh dan mengorbankan agama ini, akhirnya mereka akan dipijak juga oleh kaki musuh. Itu yang akan berlaku selagi mana mereka tidak kembali kepada agama Allah dan tidak berusaha untuk memelihara bumi yang suci ini.

Saudara-saudara kita mesti berkata kepada umat Islam: “Tunjukkan kemarahan anda sekarang.” Jika kemarahan ini tidak ditunjukkan sekarang, bila ianya akan ditunjukkan? Demonstrasi adalah hak yang dibenarkan bagi semua bangsa di dunia. Umat Islam mesti menunjukkan kemarahan mereka. Bukan sekadar emosi yang akan mati selepas sehari dua, tetapi kemarahan yang didasari oleh hujah dan bukti. Kita akan terus teguh begini sehinggalah para pimpinan sedar dan akan bangkitlah orang-orang yang tidur, pemalas dan manusia yang lalai dari kalangan umat ini memainkan peranan mereka. Demi Allah jika kita berterusan menunjukkan pendirian kita dan berdiri teguh, tidak ada jalan lain bagi musuh selain dari mengubah pendirian mereka. Musuh ini tidak akan mampu dikalahkan kecuali dengan kekuatan. Inilah kekuatan yang terbesar. Kekuatan ini melebihi kekuatan peluru berpandu dan bom. Umat mesti berdiri teguh. Musuh akan tahu dengan siapa mereka berhadapan dan berinteraksi jika umat menunjukkan kemarahannya.

Kita juga perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka memberikan sumbangan kewangan untuk membangunkan kawasan ini dan sebagai duit sara hidup pejuang-pejuang yang mempertahankannya. Di sana terdapat sekelompok manusia yang mana bangun dan tidur mereka tidak ada perkara lain yang mereka fikirkan kecuali untuk mempertahankan al-Aqsa dengan jasad dan ruh mereka. Kepentingan peribadi mereka terabai. Tiada apa yang mereka lakukan untuk anak-anak dan keluarga mereka. Semua ahli keluarga bersabar menanggungnya dan berkorban untuk itu. Mereka memerlukan wang. Kita perlu mengingatkan umat tentang kewajipan mereka untuk memberi sumbangan kewangan. Bahkan sebenarnya ia bukan sumbangan, sebaliknya ia adalah kewajipan kewangan. Sesungguhnya setiap orang Islam wajib mempertahankan agama Allah dengan dua perkara; nyawanya dan hartanya. Jika dia tidak mampu mempertahankan dengan nyawanya, lakukanlah denga hartanya dan gantikanlah bahagian nyawa tersebut dengan sumbangan tambahan harta yang lain. Dengan itu wajib ke atasnya dua bahagian; bahagian harta yang sepatutnya dan bahagian harta yang menggantikan bahagian nyawanya.

Mereka perlu mengingatkan semua orang Islam agar berdoa. Ambillah satu malam dari seminggu. Duduklah dan berdoa kepada Allah. Samada kanak-kanak atau orang tua. Samada orang-orang yang sihat atau orang-orang yang sakit, orang tua dan uzur. Berkumpullah selepas berbuka puasa. Selepas itu mereka solat dan berdoa moga Allah mengeluarkan umat dari bencana ini dan moga musuh Allah yang menyangka bahawa mereka raja dunia dan segala isinya serta lupa kekuatan Allah akan menerima balasannya

“Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang membinasakan kaum Aad yang pertama (kaum Nabi Hud).” (Al-Najm: 50).

Ayat ini menunjukkan adanya kaum Aad kedua, ketiga dan keempat. Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.

“Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” dan (mengapa mereka bersikap demikian?) tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).” (Fushilat: 15)

Saya berdoa kepada Allah wahai saudara-saudara sekelian agar kalimat ini memberikan manfaatnya. Moga-moga Allah menerima amalan kita, memaafkan kesalahan dan mengampunkan segala dosa.

Saya sudahi kata-kata ini dan saya memohon ampun dari Allah bagi diri saya dan kamu semua. Selawat dan salam ke atas Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Segala puji bagi Allah. Moga-moga Allah membalas kebaikan kepada kamu semua.”

Kenali Syeikh Hamzah Abbas Mansour

0 comments

Syeikh Hamzah Abbas Mansour dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Mansi dalam daerah Haifa pada 1944m/1363H.

Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat rendah dan menengah di kampung asalnya, sementara di peringkat pengajian tinggi iaitu peringkat Sarjana Muda dalam takhassus Bahasa Arab dan di peringkat Sarjana pula dalam bidang Manhaj Pendidikan Bersepadu di Universiti Jordan.

Berkarier di Kementerian Pendidikan selama 24 tahun dalam pelbagai jawatan hingga bersara sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa.

Suasana politik di Jordan sama sekali tidak sama dengan di beberapa negara Arab lain seperti Mesir dan Libya. Ini kerana ia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang kini diterajui oleh Raja Abdullah 11 sekali gus sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Jordan.

Sementara yang melaksanakan pentadbiran negara pula dilakukan oleh Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan di Dewan Rakyat dan membentuk Kabinet dan membahaskan isu-isu negara dalam Parlimen.

Perdana Menteri dipilih langsung oleh Raja sementara anggota-anggota jemaah menteri dipilih dalam satu pilihan raya khas di kalangan parti-parti yang bertanding, antaranya Parti Kesatuan Demokratik Rakyat Jordan, Parti Rakyat Jordan, Parti Barisan Amal Islami (Ikhwan Muslimun), Parti Komunis Jordan dan Parti Ba'ath Kemajuan Arab.

Jawatan dalam Gerakan Ikhwan

Pengalaman luas Syeikh Hamzah dalam kementerian, telah banyak mengajar beliau mengenai kemunduran umat Islam khususnya dalam memahami ajaran agama mereka sendiri mahupun yang berkaitan dengan politik negara dan antarabangsa.

Justeru, Syeikh Hamzah rasa terpanggil untuk mengetuai pelbagai persatuan yang bersifat ilmiah, kemasyarakatan dan yang berkaitan dengan parti politik melalui Gerakan Ikhwan Muslimun itu sendiri.

Syeikh Hamzah yang dikenali di kalangan pengamal politik Jordan sebagai seorang yang bersifat sederhana yang boleh diterima oleh segenap pihak dari pelbagai latar belakang pegangan dan amalan politik kerana beliau bersikap terbuka kepada semua.

Syeikh Hamzah pernah dilantik sebagai Timbalan Majlis Pemesyuaratan Rakyat dari 1989 hingga 1997 dan dilantik semula bagi sesi 2007 hingga 2011, beliau juga dilantik sebagai Ketua Whip Parti Barisan Amal Islami untuk sesi iaitu pada 1993 hingga 1997 dan 2007 hingga 2011.

Di peringkat parti, Syeikh Hamzah merupakan pengasas Parti Barisan Amal Islami dan menganggotai Majis Syura parti sejak ditubuhkan, menganggotai Majlis Syura Ikhwan Muslimun.

Sementara di peringkat kebajikan dan kemasyarakatan pula, Syeikh Hamzah dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Pelaksana bagi melindungi negara daripada ancaman luar, anggota Urusetia Persidangan Parti-parti politik Arab, Timbalan Ketua Ikatan ahli-ahli Parlimen dunia bagi mempertahan rakyat Palestin, Timbalan Ketua Lajnah Penyelamat rakyat Iraq dan Pengerusi Kesatuan Bulan Sabit Hijau Jordan hingga kini.

Penglibatan dalam bidang ilmu

Dalam kesibukan berkarier sebagai ahli politik, Syeikh Hamzah tidak lupa untuk beramal untuk hari akhirat, iaitu mengkhususkan sedikit masa bagi menyediakan amal-amal jariah melalui bidang penulisan yang dianggap sebagai satu-satunya amalan yang berterusan walaupun sudah menemui Allah SWT.

Syeikh Hamzah hanya sempat menyiapkan tiga buah buku di samping kertas-kertas kerja yang dipersembahkan dalam beberapa siri seminar mengenai keadaan umat Islam pada abad ke-15 hijrah, mengenai isu Palestin menurut hokum Syariat Islam dan lain-lain. Buku-buku yang sempat dihasilkan adalah seperti Kalimat wa Mawaqif, Wa hakaza Allamatni Dakwat al-Ikhwan Muslimin dan Nazarat fi Adaie Nuwwab al-Harakah al-Islamiah.

Syeikh Hamzah yang sudah berusi 65 tahun, masih aktif cergas berpolitik di samping menyampaikan kuliah-kuliah agama termasuk pembinaan peribadi dalam program usrah di kalangan anggota Parlimen Ikhwan mahupun di kalangan ahli-ahli biasa, keadaan ini dilihat penting bagi Syeikh Hamzah bagi memastikan generasi anak-anak muda mengetahui kedudukan dan kepentingan berjemaah dalam sebuah masyarakat seperti di Jordan. - lanh

Sumber: www.ar.wikipedia.org, http://www.jabha.net _

Kenali Khairat as-Syatir

Monday, January 26, 2009 0 comments

Khairat as-Syatir adalah Naib Kedua Jemaah Ikhwan Muslimin dan salah seorang dari anggota Maktab Irsyad, Ikhwan Muslimin. Dilahirkan di negeri Daqahliyah, Mesir pada 4 Mei 1950. Berumah tangga dan mempunyai sepuluh orang anak lelaki dan perempuan serta lapan orang cucu.Sesuai dengan namanya ‘Syatir’ yang bererti cerdik, beliau mempunyai kelayakan akademik dari bidang yang pelbagai. Beliau memiliki ijazah-ijazah dan diploma dalam bidang-bidang berikut:

1. B.Sc. of Civil Engineering, Alexandria University, 1974

2. Master Degree in Construction Management, Mansoura University, 1980

3. Diploma in Business Administration, Faculty of Commerce, Ain Shams University, 1998

4. Islamic Studies Diploma, Islamic Studies Institute, 1999

5. Diploma in Social Work and NGOs, Faculty of Economics and Political Science, Cairo University, 2000

6. Diploma in International Marketing, Faculty of Commerce, Helwan University, 2000

7. B.A from Anthropology Department, Faculty of Arts, Ain Shams University, 2002

Pernah bekerja sebagai Tutor di Universiti Mansoura sehingga dikeluarkan dari Universiti dengan arahan Anuar Sadat, Presiden Mesir ketika itu pada September 1981. Sekarang bekerja sebagai usahawan yang berjaya dan terlibat di dalam operasi beberapa syarikat dan bank di Mesir.

Mula terlibat di dalam aktivisme pelajar pada tahun 1966. Ketika itu beliau berada di hujung zaman persekolahannya. Terlibat di dalam mengasaskan gerakan pelajar di Universiti Alexandaria pada hujung 70an. Mula terlibat di dalam gerakan Ikhwan Muslimin pada tahun 1974.

Pernah dipenjarakan oleh kerajaan Mesir sebanyak empat kali sebelum ini.

1. Kali pertama adalah pada tahun 1968 di zaman rejim Jamal Abdul Nasir. Ini kerana penglibatannya di dalam demonstrasi pelajar pada November 1968. Ketika itu beliau dipenjarakan selama empat bulan, dibuang universiti dan dimasukkan di dalam kerahan tenaga di dalam tentera Mesir.

2. Kali kedua pada 1992 pada kes yang dikenali sebagai ‘Kes Salsabil’. Ketika itu beliau dipenjarakan selama setahun.

3. Kali ketiga pada tahun 1995 pada kes yang dikenali sebagai ‘Kes Ikhwan’ dan dipenjarakan selama lima tahun setelah dibicarakan di Mahkamah Tentera.

4. Kali keempat pada tahun 2001 untuk tempoh setahun.

Beliau juga pernah cuba untuk ditahan pada tahun 1981 tetapi terlepas kerana pada ketika itu beliau berada di luar Mesir.

Mempunyai pengalaman yang luas di dalam dakwah terutamanya pada medan pelajar, tarbiah dan pengurusan organisasi dakwah. Pernah tinggal di beberapa buah negara, luar Mesir selama beberapa tahun iaitu Yaman, Jordan, Arab Saudi dan United Kingdom. Menjadi anggota Maktab Irsyad sejak tahun 1995 sehingga ke hari ini.

Pada 12 Disember 2006, beliau sekali lagi ditahan bersama-sama dengan 39 pimpinan dan ahli Ikhwan yang lain di atas dakwaan ‘penyeludupan dan pembersihan wang (money laundering)’ dan ‘cubaan menghidupkan semula organisasi yang telah diharamkan’. Dakwaan yang sepatutnya dibicarakan di mahkamah biasa kemudiannya ditukar ke Mahkamah Tentera pada 6 Februari 2007 dan mereka tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Setelah ditahan selama beberapa bulan, akhirnya barulah mereka dibicarakan pada 26 April yang lepas di Mahkamah Tentera. Perbicaraan yang tidak dijalankan secara adil dan sempurna itu kemudiaannya ditangguhkan kepada perbicaraan kedua pada 3 Jun 2007 yang akan datang. Siri-siri perbicaraan ini dijangka akan berterusan seperti mana yang berlaku sebelum ini pada perbicaraan 88 pimpinan Ikhwan Muslimin pada tahun 1995.

ISLAM SEBAGAI PENYELESAIAN

Sunday, January 25, 2009 0 comments

Muqaddimah

Apa yang termuat dalam risalah ini, sebahagian besarnya, adalah petikan daripada pendapat ulamak-ulamak muktabar yang jelas fikrah serta iltizam dan intizam dengan kehidupan Islam. Saya hanya sekadar menyambung lidah, menyampaikan buah fikiran dan pengalaman mereka di sepanjang hidup dalam berbagai-bagai waqi’.

Sepatutnya tajuk “Islam Sebagai Penyelesaian” menghuraikan skop dan ruang lingkup yang luas meliputi berbagai aspek kehidupan manusia. Tetapi apa yang saya akan ketengahkan di sini menyentuh perkara asas yang menjadi dasar kepada penyelesaian masalah hidup manusia dari semasa ke semasa hingga alam ini diwarisi kembali oleh Allah SWT.

Konsep penyelesaian tersendiri

Persoalan penting, apakah yang hendak diselesaikan oleh Islam? Apakah masalah sebenar manusia yang tidak mampu diselesaikan oleh mana-mana sistem atau peraturan kecuali Islam?

Sebelum persoalan ini dijawab, perlulah difahami bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada realiti hidup manusia. Kerana manusialah Islam ditanzilkan (diturunkan). Firman Allah SWT:

“Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk seluruh manusia, untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan.” - Surah Saba’: ayat 28

Risalah Muhammad Rasulullah SAW adalah untuk kepentingan manusia. Manusia mempunyai sifat dan tabiat yang unik. Manusia terdiri daripada tiga fakulti iaitu rohi, ‘aqli dan jasmani. Ketiga-tiga fakulti ini perlu dipandu dan dikawal oleh satu sistem yang lengkap dan bersepadu untuk melahirkan manusia atau insan yang dapat berperanan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi mengikut nilai Rabbani, sekali gus memperlihatkan kematangan serta kedewasaannya dalam kehidupan di dunia dan layak mengecapi kebahagiaan di akhirat kelak.

Kita mengetahui bahawa setiap undang-undang atau peraturan mempunyai falsafah dan konsep tersendiri. Undang-undang dan peraturan-peraturan itu, dalam perlaksanaannya, tetap akan menghadapi masalah dan mempunyai cara-cara penyelesaian tersendiri pula.

Adalah tidak logik dan tidak adil seseorang menuntut undang-undang tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul akibat daripada perlaksanaan undang-undang yang lain.

Islam adalah undang-undang dan peraturan hidup yang lengkap. Setiap juzuk berkaitan dan berhubungan secara bersepadu membentuk kesatuan hakiki mencakup seluruh aspek kehidupan. Sekiranya Islam diberikan peluang agar tau’iyah dan tarbiyyahnya ditegakkan berdasarkan prinsip-prinsip da’wah Islamiyyah sebenar, berqudwahkan Rasulullah SAW dan berpandukan sumber wahyu Allah SWT. sehingga lahir masyarakat yang rela melaksanakan undang-undang dan peraturan Islam, maka dikala itu logik dan adillah Islam dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Lihatlah apakah Islam mampu atau tidak?

Cara Islam Menyelesaikan Permasalahan Hidup

Untuk mengetahui cara Islam menyelesaikan permasalahan hidup manusia, seseorang perlu kembali meneliti dan memahami Fiqh Da’wah Rasulullah SAW. Yakni da’wah yang dibimbing oleh wahyu Allah SWT, al-Quran al-Karim. Di waktu yang sama seseorang perlulah melihat realiti masyarakat sewaktu Rasulullah SAW. diutuskan dari segi politik, ekonomi dan sosial kerana dalam bidang-bidang inilah sering timbul masalah-masalah yang dihadapi oleh sesuatu masyarakat, bangsa atau negara.

Ketika mana Muhammad Rasulullah SAW diutuskan, negeri Arab seperti Syam dan Yaman yang subur dan kaya dengan hasil mahsul dikuasai oleh Romawi dan Parsi. Tinggallah Hijaz, Tihamah dan Najd yang kering kontang, dilitupi padang pasir dan dimiliki secara bebas oleh orang-orang Arab yang berpuak dan berqabilah.

Kalau difikirkan secara biasa, tanpa meyakini bahawa setiap tindakan baginda bersabit dengan konsep Da’wah Islamiyyah sebenar dan metod penyampaian baginda adalah bimbingan wahyu Allah SWT, maka sudah tentu seseorang akan membuat andaian-andaian bahawa:

1. Dalam kesempatan Muhammad Rasulullah SAW yang memiliki sifat-sifat kepimpinan, kewibawaan dan pernah diberi kepercayaan oleh pembesar-pembesar Quraisy untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, maka sebelum baginda menjalankan Da’wah Islamiyyah kepada masyarakat, sudah tentu dengan senang baginda dapat menyatupadukan umat Arab yang berpuak dan berqabilah di bawah slogan Qaumiyyah ‘Arabiyyah demi membebaskan bumi Arab dari dijajah oleh Romawi serta Parsi dan mengembalikan kuasa politik ke tangan umat Arab. Setelah umat Arab bersatu, buminya dirampas kembali dari tangan Rumawi dan Parsi dengan semangat Qaumiyyah ‘Arabiyyah dan setelah kedudukan Muhammad sebagai pemimpin kukuh maka dapatlah baginda, dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki, memantapkan ‘Aqidah Tauhid untuk dianuti oleh masyarakat dan seterusnya mewartakan Islam sebagai cara hidup mereka. Dengan cara ini, tentulah pada andaian seseorang yang hanya menggunakan aqal, Muhammad Rasulullah SAW tidak akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, siksaan dan tentangan yang keras daripada Kafir Qura’isy selama 13 tahun dalam usaha untuk menanamkan ‘Aqidah Tauhid ke dalam hati masyarakat dan menegakkan Islam sebagai ad-Din (sistem hidup). Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

2. Kesempatan yang lain, realiti ekonomi dan sumber kekayaan di zaman Rasulullah SAW dikuasai oleh segolongan kecil dari masyarakat jahiliyyah. Mereka menguasai aktiviti perniagaan berasaskan riba’. Majoriti rakyat hidup miskin dan melarat. Berdasarkan kesempatan ini, mungkin seseorang mengandaikan jika Muhammad Rasulullah SAW berusaha mengajak majoriti masyarakat yang miskin dan melarat, lalu menyatupadukan mereka dalam satu saf bagi melepaskan diri daripada cengkaman golongan feudal dan meningkatkan taraf hidup mereka, nescaya Rasulullah SAW dengan senang dapat mempengaruhi dan menyatukan mereka. Selepas itu bolehlah Rasulullah SAW menegakkan ‘Aqidah Tauhid dan seterusnya mentatbiqkan undang-undang Islam dalam kehidupan masyarakat, tanpa bersusah payah menghadapi tentangan masyarakat Quraisy yang agresif hingga ke tahap ingin membunuh baginda. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

3. Kesempatan yang lain pula, realiti sosial dari sudut moral dan akhlak orang-orang Arab ketika itu amatlah menyedihkan. Sesiapa yang kuat dialah berkuasa. Permusuhan, kezaliman dan pergeseran sesama sendiri sering berlaku. Anak gadis ditanam hidup-hidup. Kemabukan arak, perjudian, amalan pelacuran dan seumpamanya berleluasa. Mungkin seseorang mengandaikan sekiranya Muhammad Rasulullah SAW mengisytihar dari awal-awal lagi suatu bentuk Da’wah Islamiyyah yang bertujuan membaiki moral, membentuk disiplin dan membangunkan akhlak tanpa menekankan permasalahan iman, nescaya Rasulullah SAW akan mendapat sambutan dan sokongan majoriti penduduk tanah Arab. Lebih-lebih lagi pada ketika itu masih terdapat di kalangan orang-orang ‘Arab yang mempunyai sifat-sifat dan `basic morality’ yang baik. Tidak perlu Rasulullah SAW bersusah payah selama 13 tahun berda’wah mengajak manusia supaya beriman kepada Allah SWT dan mentauhidkan-Nya. Tetapi andaian ini bukanlah jalan yang sebenar.

Allah SWT Maha Mengetahui

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui bahawa semua andaian di atas bukan jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah hidup manusia. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa masalah hidup manusia tidak dapat diselesaikan tanpa melalui proses pembentukan jiwa berasaskan ‘aqidah yang sahih. ‘Aqidah yang akan menentukan sikap dan nilai sebenar.

Apabila ‘aqidah tauhid mengambil tempat dalam hati dan jiwa para sahabat Rasulullah SAW, dalam suasana mereka menghadapi berbagai halangan dan tentangan yang keras, maka terbentuklah ‘Aqidah Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Aqidah tauhid menjadi keyakinan dalam jiwa mereka. Syari’ah dan peraturan Islam menjadi praktik hidup mereka.

Pencetus Dan Pengawas Yang Kuat

Apabila manusia mengenal Ilah, beribadah kepada-Nya semata-mata, membebaskan diri daripada kesultanan manusia serta hawa nafsu dan apabila kalimah Lailaha Illallah menguasai jiwa manusia, pada ketika itu Allah SWT akan menyempurnakan untuk mereka segala sesuatu termasuklah andaian-andaian seperti tersebut di atas tadi. Dalam masa lebih kurang suku abad sahaja, bumi Arab yang terdahulu dijajah oleh Romawi dan Parsi telah dapat dikuasai oleh generasi yang dibentuk oleh Rasulullah SAW melalui proses keimanan kepada Allah SWT dan prinsip-prinsip keimanan yang lain.

Bersihlah masyarakat ‘Arab daripada sebarang bentuk kezaliman. Tertegaklah peraturan Islam pilihan Allah SWT yang adil dan saksama untuk manusia. Bersihlah jiwa dan moral masyarakat daripada saki baki jahiliyyah hingga jarang sekali hukum hudud, qisas dan ta’zir dijalankan pada generasi yang unik ini.

Inilah pencetus dan pengawas yang kuat dan rapi bertapak di dalam hati dan jiwa mereka. Pencetus dan pengawas dalaman bukan luaran semata-mata. Mereka melaku atau meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT dan inginkan balasan yang baik daripada-Nya. Inilah rahsia sebenar yang mungkin tidak terfikir dan difikir oleh orang ramai ketika ini.

Realiti Umat Islam Kini

Sering terdengar percakapan-percakapan dan perbincangan-perbincangan di kalangan pemuda-pemuda dan ahli-ahli fikir Islam dewasa ini mengenai keperluan umat Islam terhadap kekuatan harta benda, ilmu pengetahuan dan pelbagai bidang ikhtisas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi umat Islam dan membangunkan hidup mereka agar lebih maju dan makmur. Namun, amat sedikit didapati perbicaraan dan tindakan yang serius tentang keperluan umat Islam terhadap keimanan sebenar, perhubungan hati dengan Allah SWT, kepatuhan kepada titah perintah-Nya dan mencari keredhaan-Nya dalam semua amalan.

Tegasnya, seseorang perlulah faham dan sedar bahawa setiap amalan yang lakukan dan wasilah yang dimiliki, tanpa bersandarkan kepada dasar keimanan terhadap Allah SWT, akan sia-sialah segala amalan dan wasilah itu di sisi Allah SWT. Begitu banyak harta yang menjadi milik orang-orang Islam tetapi tidak menguntungkan Islam. Begitu juga halnya dalam bidang-bidang lain.

Rahsia Kejayaan Generasi Awal

Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.

Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. Maka tampillah para du’at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang.

Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah SAW dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah SAW, “Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan.”

Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesuciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang-pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah SWT. Sungguh banyak pengorbanan, sumbangan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata.

Islam Bermula Dengan Usul, Tidak Dengan Furu’

Islam tidak memulakan da’wah dengan mengenegahkan permasalahan furu’ tetapi memulakannya dengan perkara usul (perkara asas atau dasar). Islam di peringkat awal, di zaman Rasulullah SAW, tidak meminta manusia agar bangun berjihad di medan peperangan, berpuasa, berzakat, meninggalkan arak, menjauhkan judi dan sebagainya. Tetapi Islam di peringkat awal meminta dan menuntut supaya beriman kepada Allah SWT semata-mata. Tegasnya Islam bermula dengan ‘aqidah, tidak bermula dengan taklif atau kewajipan. Aqidahlah yang menjadi asas dalam perlaksanaan taklif (kewajipan). Islam bermula dengan batin , hati dan fikiran manusia sebelum sesuatu yang lain. Dari titik tolak aqidah yang bertempat di hati akan berlakulah perubahan dan pembangunan yang hakiki, yakni pembangunan insan di tengah-tengah alam kebendaan.

Apabila perkara dasar ini menguasai hati dan fikiran mereka yang dibentuk oleh Rasulullah SAW, lahirlah keperibadian ummah yang berorientasikan iman. Keperibadian itu menjadi kenyataan. Mereka iltizam dan intizam kepada titah perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW dalam berbagai aktiviti hidup pada setiap masa tanpa berhajatkan pengawasan luar. Segala sesuatu yang terdahulu menjadi masalah dalam kehidupan mereka dapat diatasi dan diselesaikan dengan senang.

Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menyelesaikan permasalahan arak hanya melalui tiga potong ayat al-Quran al-Karim. Firman Allah SWT:

“Mereka bertanyakan engkau (Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah bahawa kedua-duanya dosa besar dan ada manfaat-manfaat kepada manusia, dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.”
- Surah al-Baqarah: ayat 219

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solah ketika kamu mabuk hingga kamu tidak ketahui apa yang kamu katakan.” - Surah an-Nisa’: ayat 43

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan tenung nasib adalah kotor dari amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhinya agar kamu mendapat kejayaan.” - Surah al-Maidah: ayat 90

Dengan tiga potong ayat tersebut permasalahan arak dapat diselesaikan oleh Rasulullah SAW. Sebaliknya, kerajaan Amerika suatu ketika dahulu pernah melarang rakyatnya meminum arak. Dijalankan dia’yah (kempen) kepada masyarakat umum menentang minuman arak. Media massa kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut. Hinggalah undang-undang pengharaman arak dikuatkuasakan di Amerika. Kerajaan Amerika menanggung beban perbelanjaan bagi melaksanakan undang-undang tersebut sebanyak 250 juta dollar. Akibat daripada pengharaman undang-undang arak itu, seramai 300 orang dikenakan hukuman mati bersabit kesalahan arak dan 500,000 orang dipenjarakan. Denda yang dikumpulkan sebanyak 400 juta dollar. Namun akhirnya, pada tahun 1933, kerajaan Amerika terpaksa memansuhkan undang-undang pengharaman arak.

Perhatian

Setiap Muslim dan Muslimah perlu memahami secara sedar bahawa Islam sebagai peraturan hidup manusia merupakan Qadhiyyah Ilahiyyah (Permasalahan Uluhiyyah) yang bersifat samawi, tidak layak disamakan dengan peraturan-peraturan hidup ciptaan manusia. Umat Islam yang memahami hakikat ini sekali-kali tidak akan menyamakan Islam dengan mana-mana peruntukan hasil pemikiran makhluk.

Setiap Muslim dan Muslimah perlu meyakini bahawa Islam merupakan Din Allah SWT untuk manusia sejagat. Mereka perlu yakin bahawa Islam sahaja mampu menyelesaikan masalah manusia lantaran Islam ditanzilkan oleh Pencipta manusia. Sesiapa yang memilih din yang lain maka dia menempa kerugian seperti mana yang diperingatkan Allah SWT dalam Firman-Nya:

“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai Din (peraturan hidup) maka sesekali tidak diterima dan ia di akhirat kelak dari golongan mereka yang rugi.” - Surah Ali Imran: Ayat 85

Risalah Dakwah Ikhwan 2

Friday, January 23, 2009 0 comments

Umat Islam harus mengetahui bahawa beban dakwah ini hanya dapat dipikul oleh mereka yang telah memahami dan bersedia memberikan apa saja yang kelak dituntut olehnya; baik waktu, kesihatan, harta dan bahkan darah.

“Katakanlah, ‘Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, sanak keluargamu, harta yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, rumah-rumah kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan adzab-Nya. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zhalim.” (At-Taubah:24)

Dakwah ini tidak mengenal sikap menumpang. Ia hanya mengenal satu sikap iaitu penglibatan yang serius dan menyeluruh. Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia harus hidup bersama dakwah dan dakwah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya, barang siapa yang lemah dalam memikul beban ini, ia terhalang untuk mendapatkan pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang tidak beramal. Lalu Allah akan mengganti mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan sanggup memikul beban dakwah ini. Allah Taala berfirman tentang mereka,

“…yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang ia berikan kepada siapa yang dikehendaki.” (Al-Maidah:54)

Kejelasan

Kami mengajak manusia kepada suatu ideologi, iaitu ideologi Islam. Ideologi yang jelas, definitif, dan aksiomatik. Sebuah ideologi yang mereka semua telah mengenalnya, beriman padanya, dan percaya akan kebenarannya. Mereka juga tahu bahawa ideologi itu merupakan jalan menuju pembebasan, kebahagiaan, dan ketenangan dalam kehidupan ini. Sebuah ideologi yang telah dibuktikan oleh pengalaman dan disaksikan oleh sejarah akan keabadian dan keterlibatannya dalam mengurus dan mensejahterakan kehidupan manusia.

Dua Iman

Pada dasarnya baik kami mahupun umat kami sama-sama beriman dan meyakini kebenaran ideologi itu. Yang membezakan kami dengan mereka adalah bahawa iman pada diri mereka itu tertidur lelap, dan kerananya tidak mempunyai daya dorong yang kuat yang dapat membuat mereka mahu melaksanakan segala tuntutan keimanan tersebut. Tapi sebaliknya, iman itu terasa begitu kuat, penuh dan jitu, dan senantiasa menggelora dalam jiwa Ikhwanul Muslimin.

Ada sebuah gejala psikologi aneh di kalangan orang-orang Timur –yang dirasakan orang ramai dan juga kita rasakan– bahawa kita sering menggambarkan keyakinan kita terhadap suatu ideologi kepada orang lain, dengan ekspresi yang kadang membuat mereka percaya bahawa dengan keyakinan itu kita mampu menghancurkan gunung, mengarungi lautan, dan melintasi seluruh mara bahaya yang menentang kita, sampai ideologi itu menang bersama kita dan kita menang bersamanya. Tetapi ketika gelora retorika itu mulai surut, tiba-tiba saja semua kita lupa dan lalai pada ideologi itu. Tidak seorang pun yang berfikir bagaimana merealisasikan ideologi itu dan berjihad membelanya, bahkan dengan selemah-lemahnya jihad sekalipun. Sedar atau tidak sedar, kelengahan dan kelalaian itu terkadang bahkan sampai mendorong sebahagian kita untuk melakukan tindakan yang memusuhi ideologi itu. Dalam banyak kesempatan kita sering di bawa perasaan bingung, melihat seorang tokoh pemikir atau budayawan, yang suatu saat dia bersikap atheis lalu tiba-tiba dia mampu menjadi seorang yang sangat agamis.

Inilah kelengahan, kealpaan, ketaksedaran, kerapuhan dan keterlelapan yang panjang –atau apa saja sebutan yang tepat yang mendorong kami untuk menghidupkan kembali ‘ideologi’ itu. Sekalipun sebenarnya umat ini telah lama mempercayai dan meyakininya.

Seruan-Seruan

Saya ingin kembali kepada awal pembicaraan. Saya ingin mengatakan bahawa dakwah Ikhwanul Muslimin adalah seruan kepada suatu ideologi. Kini, baik di Barat maupun di Timur, kita menyaksikan amukan badai dari berbagai ideologi, isme, dan aliran pemikiran yang saling berpacu untuk mempengaruhi fikiran dan perasaan khalayak. Dengan berbagai promosi dan seruan semangat–walaupun terkadang tampak gah dan berlebihan– mereka mendedahkan isme-isme yang diyakininya sedemikian rupa dalam suatu kemasan yang membuatnya tampak menarik dan penuh pesona.

Sang Penyeru

Para penyeru isme-isme sekarang berbeza dengan masa-masa sebelum ini. Mereka kini — khususnya di negara-negara Barat— tampil lebih intelek, lebih profesional, dan lebih terlatih. Kini setiap isme didukung oleh peringkat sumber daya manusia yang sangat terlatih dan setiap saat bekerja menyebarluaskan dan mempromosikan fahaman yang diyakininya. Setiap saat mereka berusaha menemukan berbagai sarana sosialisasi dan provokasi serta mencari kaedah paling efektif untuk mempengaruhi massa.

Jalan-jalan Untuk Menyeru

Jalan-jalan atau sarana-sarana propaganda saat ini pun berbeza dengan sebelumnya. Kelmarin, propaganda disebarkan melalui khutbah, pertemuan atau surat menyurat. Tapi sekarang seruan atau propaganda kepada isme-isme itu disebarkan melalui penerbitan majalah, akhbar, filem, panggung teater, radio dan media-media lain yang beragam. Sarana-sarana itu telah berhasil menembus semua jalan menuju akal dan hati khalayak, baik lelaki mahupun wanita, di rumah-rumah, di kedai-kedai buku, digedung-gedung membeli belah, bahkan di sawah-sawah mereka.

Maka adalah wajib bagi para pengembang misi dakwah ini untuk (juga) menguasai semua jalan/sarana tersebut agar dakwah mereka membuahkan hasil yang memuaskan.

Saya akan kembali mengatakan bahawa dunia kini sedang diharu-biru oleh pelbagai isme. Ada yang bernuansa politik, ekonomi, militer, nasionalisme, ada yang mengatasnamakan perdamaian, dan sebagainya. Lalu di manakah posisi Ikhwanul Muslimin dalam percaturan antara berbagai isme tersebut?

Jawaban terhadap pertanyaan itu akan membawa saya untuk membicarakan dua masalah.

Pertama, tentang kerangka positif normatif dakwah kami. Kedua, tentang sikap dakwah kami terhadap seruan dan propaganda dari isme-isme tersebut.

Saya berharap bahawa Anda tidak akan menyalahkan jika kata-kata saya nantinya mengalir panjang. Sebab saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk menulis dengan cara seperti ketika saya berbicara dan membahas tema ini dengan gaya tersebut, dengan gaya pembahasan yang ringan dan tanpa beban. Dengannya saya hanya ingin agar orang dapat memahami saya sebagaimana saya adanya, dan agar ucapan saya masuk ke dalam jiwa mereka secara utuh, tidak terpotong-potong.

Sumber: Risalah Dakwah Ikhwan: Hasan Al Banna

Risalah Dakwah Ikhwan 1

Thursday, January 22, 2009 0 comments

Musharahah (Keterusterangan)

Kami ingin berterus terang kepada semua orang tentang tujuan kami, memaparkan di hadapan mereka kaedah kami, dan membimbing mereka menuju dakwah Ikhwan. Di sini tidak ada yang samar dan ragu-ragu. Semuanya terang. Bahkan lebih terang dari sinar mentari, lebih cerah dari cahaya fajar, dan lebih benderang dari putihnya siang.


Baraah (Kesucian)

Kami juga ingin agar kaum muslimin mengetahui bahawa Ikhwanul Muslimin membawa misi dakwah yang bersih dan suci; bersih dari cita-cita peribadi, bersih dari kepentingan dunia, dan bersih dari hawa nafsu. Ia terus berlalu menapaki jalan panjang kebenaran yang telah digariskan Allah dalam firman-Nya,

“Katakanlah, “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata.’ Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.” (Yusuf:108)

Kami tidak mengharapkan sesuatu pun dari manusia; tidak mengharap harta benda atau imbalan yang lainnya, tidak juga populariti, apalagi sekadar ucapan terima kasih. Yang kami harap hanyalah pahala dari Allah, Dzat yang telah menciptakan kami.


‘Athifah (Cinta Kasih)

Kami ingin agar umat ini mengetahui bahawa mereka lebih kami cintai dari pada diri kami sendiri. Kami bangga ketika jiwa-jiwa kami gugur sebagai penebus kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan. Atau menjadi cita mereka, jika memang itu harga yang harus dibayar. Tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini selain cinta kasih yang telah mengharu-biru hati kami, menguasai perasaan kami, memeras habis air mata kami, dan mencabut rasa ingin tidur dari pelupuk mata kami. Betapa berat rasa di hati ketika kami menyaksikan bencana yang mencabik-cabik umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan dan pasrah oleh keputusan.

Sungguh, kami berbuat di jalan Allah untuk kemaslahatan seluruh manusia, lebih banyak dari yang kami lakukan untuk diri kami sendiri. Kami adalah milik kalian wahai saudara-saudara tercinta. Sesaat pun, tidak pernah menjadi musuh kalian.


Semua Keutamaan Hanyalah Milik Allah

Andaikan yang kami lakukan ini adalah sebuah keutamaan, maka kami sama sekali tidak menganggap itu keutamaan diri kami. Kami hanya percaya pada firman Allah Taala,

“Sebenarnya Allah, Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat:17)

Jika boleh, kami sering berangan-angan bahawa suatu saat tersingkaplah isi hati kami di hadapan penglihatan dan pendengaran umat ini dan kami hanya ingin mereka menyaksikan: Adakah sesuatu dalam hati ini selain kecintaan yang tulus, rasa kasih yang dalam, serta kesungguhan kerja demi kemaslahatan dan kebaikan mereka? Adakah sesuatu dalam hati ini selain lara dan perih atas musibah yang menimpa mereka?

Namun biarlah, cukup bagi kami keyakinan bahawa Allah mengetahui itu semua. Hanya Dialah yang menanggung kami dengan bimbingan-Nya dalam langkah-langkah kami. Di tangan-Nya-lah berada semua kunci dan kendali hati manusia. Siapa yang ia sesatkan, maka tak akan ada yang dapat menunjukinya, dan siapa yang ia tunjuki, maka tak akan ada yang dapat menyesatkannya. Cukuplah Dia bagi kami. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Bukankah hanya Allah yang mencukupi kekurangan hamba-Nya?

Sumber: Risalah Dakwah Ikhwan - Hasan Al Banna

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum