Video

MANHAJ DUAT YANG BETUL

Monday, October 1, 2007

MANHAJ DUAT YANG BETUL

oleh: Syeikh Mustafa Masyhur

30 September 1997

Telah jelas didepan sesiapa yang melihat bahawa di sana pertembungan yang semakin memuncak diantara negara-negara dan golongan-golongan yang menganggap Islam sebagai musuh bersama mereka, dengan umat Islam - negara dan pergerakan dan musuh memperkudakan seluruh jentera untuk menjayakan perancangan mereka. Dan sayangnya sebahagian pemerintah Arab dan Islam juga turut bersama musuh dalam mencetuskan pertembungan diantara mereka dengan para duat Islam, samada terhadap individu atau jamaah. Yahudi - "manusia yang paling sengit memusuhi orang-orang yang beriman (Al-Maidah)" - telah memainkan peranan terbesar dalam memuncakkan persengketaan ini dengan melabelkan Islam sebagai pengganas dan pelampau sedang Islam agama kesejahteraan, padahal merekalah asal pangkal segala keganasan dan melewati batas.

Islam berusaha merealisasikan kepentingan umum untuk negara dan masyarakat. Ia menyeru kepada kasih sayang, kerjasama, dan menunjuk manusia kepada Risalah ini di dunia dan kesudahan mereka yang menanti semua di Akhirat kelak. Uslub mereka ke jalan Allah ialah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Bilamana umat Islam sekarang sedang berada diparas paling lemah dalam sejarahnya berdepan dengan musuhnya, maka wajiblah mereka mencontohi Rasulullah saw. ketika Baginda saw. berada di marhalah Mekah. Baginda saw. sentiasa berpesan supaya mereka bersabar dan teguh tak berganjak dari prinsip, dan tidak menggunakan kekerasan. Baginda saw. menyampaikan berita gembira iaitu kemenangan dan Syurga. Sabar bukan bermakna lemah, tetapi itulah kekuatan. Bilal, Yasir dan Sumayyah dengan sifat teguh mereka, mengangkat dan meletakkan mereka ke pihak yang mempunyai kekuatan, sementara Abu Jahal yang mengazab mereka berada di pihak yang lemah. Kerana apa ? Kerana Abu Jahal yang menggunakan azab siksa tidak mampu untuk menggoncang aqidah mereka, maka dialah yang tewas. Apabila Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna mengasaskan Ikhwan Muslimin untuk mengembalikan struktur umat Islam dan Negara Islam, beliau mengambil panduan dari Seerah Rasulullah saw. Dia memperingatkan para Ikhwan akan apa yang bakal terjadi keatas mereka berupa halangan, dugaan dan siksaan lalu menasihati mereka dengan sabar, teguh, dan tajarrud di jalan Allah. Dia menggembirakan Ikhwan dengan keyakinan bahawa masadepan ditangan Islam walau sehebatmana sekalipun Kebatilan.

Para Ikhwan telah memegang teguh manhaj ini, lalu bersabar berterusan dan menanggung siksaan, penjara dan bunuh tanpa membalas semua itu dengan keganasan. Mereka menyerahkan perbuatan tadi kepada ALlah dan meneruskan perjalanan mereka dengan penuh sikap sederhana. Inilah kemudiaannya menjadi rahsia kekalnya Ikhwan bahkan berkembang ... Kami berpesan kepada para duat agar merasa bangga dengan penggabunga mereka dengan Islam. Percayalah, musuh tidak akan dapat menghapuskan Islam ini selagi Allah telah redha Islam sebagai sistem untuk umat manusia sejagat sehingga datangnya Hari Kiamat. Tanggungjawab mereka ialah mencurahkan tenaga mereka untuk membaiki maruah Islam setelah ia diburukkan oleh Yahudi dan musuh-musuh Allah yang lain. Mereka memastikan bahawa umat Islam tidak mengancam manusia sebaliknya Islam mahukan hidayah dan kebaikan untuk mereka walaupun mereka perancangan mereka sendiri yang bermaksud kotor. Ini mencontohi Rasulullah saw. setelah disakiti di Taif, Baginda saw. berkata kepada Jibril: Moga-moga Allah akan mengeluarkan dari mereka keturunan yang menyembahNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dan berdoa " Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui ".

Semua kita mengetahui bagaimana jamaah Rasulullah saw. yang kecil lagi tertindas di Mekah, dengan berkat kesabaran, tsabat, dan kesediaan mereka untuk berkorban dengan harta dan jiwa, akhirnya dimenangkan oleh Allah, mengalahkan musyrikin, Yahudi, Parsi (Empayar Timur) dan Rum (Empayar Barat) pada waktu yang singkat. Ini kerana kemenangan adalah datang dari Allah, setelah sempurna sebab-sebabnya seperti iman yang benar, azam yang kuat dan pengorbanan yang tinggi dalam apa jua bentuk. Hendaklah kita meletak tinggi harapan kita dalam sanubari. Sesungguhnya apabila kita iltizam dengan jalan Rasulullah saw. maka akan datang kemenangan untuk kita mengatasi seluruh musuh-musuh, seperti yang telah dicapai oleh orang-orang Islam yang terdahulu dari kita. Ini adalah sunnah ALlah, dan sunnah Allah tidak akan berubah.

0 comments:

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum