Video

Bibliografi Syeikh Dr. Abdullah Nasih `Ulwan

Monday, October 1, 2007

Syeikh Dr. Abdullah Nasih `Ulwan, dilahirkan di Kota Halb; Syria pada tahun 1928. Beliau menyelesaikan pengajian ibtidaiyyahnya pada tahun 1943 dan thanawiyyah syar'iyyah pada tahun 1949. Kemudian beliau berangkat ke Mesir dan menuntut di Al-Azhar Asy-Syarif. Beliau memperoleh darjah `alamiyah dari Fakulti Usuluddin pada tahun 1952. Kemudian beliau meneruskan Dirasat `Ulya untuk memperolehi syahadah ilmiyyah dalam bidang `tarbiyyah'. Beliau adalah seorang yang bergiat cergas dalam gerakan Islam, mengabdikan diri untuk dakwah dan ber­gabung dengan lkhwan Muslimun. Beliau berhubung erat dengan Asy-Syahid Abdul Qadir `Audah, Sayyid Qutb dan Al-Ustaz Abdul Badi' Shaqar (Rahimahumullah Jami'an).

Di dalam penjara, beliau menyelesaikan pengajiannya dan memperolehi syahadah tinggi dalam bidang pengajaran pada tahun 1954, iaitu sebelum dibuang ke Syria. Beliau bertugas sebagai guru di Thanawiyyah Halb sambil mengajar di Masjid `Umar Ibn Abdul-Aziz.

Ketika tekanan kerajaan semakin keras terhadap kaum Muslimin di Syria, beliau berhijrah ke Jordan pada tahun 1400H (bersamaan 1979M), kemudian ke Arab Saudi dan bertugas di Universiti Al-Malik Abdul Aziz di Jeddah.

Beliau menyelesaikan PH.Dnya dalam `Syari`ah Islamiyyah di `Universiti Sind' di Pakistan pada tahun 1404H. Tesis beliau bertajuk “FIQH AD-DAKWAH AD-DA'IYYAH”.

Dunia Islam merasa kehilangan salah seorang `ulama' dan da'i yang mukhlis ketika Syeikh Abdullah Nasih `Ulwan kembali ke Rahmatullah setelah diserang penyakit selama tiga tahun. Beliau meninggal dunia pada pagi hari Sabtu 5 Muharram 1408 H bersamaan 29hb. Ogos, 1987 di Jeddah dan dimakamkan di Makkah Al-Mukarramah. Beliau meninggalkan sebanyak 43 karangan untuk umat Islam (dan arena Pendidikan dan Ilmu Islam). Sama-samalah kita ucapkan: ‘Inna Lillahi Wa-Inna Ilaihi Raji’un’.

Majalah Al-I’tisham: Bil 5 & 6, Muharram dan Shafar 1408H

1 comments:

  1. Aris said...:

    Tazkiyatunnafs-nya, tolong diposting ya. Trimakasih.

    http://aris-media.blogspot.com

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum