Video

Peranan Pemuda Ketika Membawa Risalah Islam

Wednesday, December 2, 2009


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala pujian hanya untuk Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam yang paling sempurna kepada Sayyidina Muhammad, kepada ahli keluarga dan semua sahabatnya. Kepada generasi yang sentiasa berdakwah menggunakan cara dakwahnya, mendapat petunjuk dengan hidayahnya sehinggalah hari kiamat.

Wahai saudara pembaca yang dimuliakan, tajuk kuliahku pada kali ini ialah ‘Peranan Pemuda Ketika Membawa Risalah Islam’. Wahai saudara!

pewaris haluanJelasnya, para pemuda beriman termasuk dalam tanggungjawab membawa risalah Islam sehinggalah anak-anak perempuan sejantina dengan mereka. Kerana ketika kita sebut sahaja ‘pemuda’, ungkapan kita itu dalam bentuk ‘merangkumi’, sebagaimana yang diperkatakan oleh pakar bahasa, kerana para pemuda lelaki lebih bersemangat, lebih cepat bertindak, lebih bebas keluar serta bergerak, lebih mampu berhimpun dan mengadakan pertemuan.

Mungkin ada orang bertanya dengan katanya, mengapa penulis mengkhususkan lafaznya kepada para pemuda? Mengapa tidak dikatakan, misalnya ‘Peranan Para Lelaki ketika membawa risalah Islam’. Tetapi, penulis tetap berkata, ‘Peranan pemuda … ?!!

Wahai saudara pembaca, ini adalah satu soalan yang betul diterima dan jawapannya dari dua sudut:

Sudut Pertama:


Nabi SAW amat mengambil berat dengan sempurna dalam pembentukan pemuda dan menyediakan mereka untuk membawa tanggungjawab, menyediakan mereka untuk menunaikan amanah menyebarkan dakwah dalam beberapa majlis perjumpaan dan pelbagai lapangan.

a) membentuk mereka untuk bermuraqabah dan bertakwa kepada Allah SWT sama ada semasa bersendirian mahupun ketika bermasyarakat.

Rasulullah SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:

(إن الله ليعجب من الشاب الذي ليست له صبوة)

yang bermaksud: “Allah SWT amat takjub melihat pemuda yang tidak melakukan perbuatan ganjil dan menyeleweng.”


b) membentuk mereka agar sentiasa melazimi taat dan beribadah kepada Allah SWT, menyerahkan diri kepada pemeliharaan Allah SWT tentang apa yang akan ditaati dan menenangkan.


Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

(سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله: وعدد منها: شاب نشأ في عبادة الله)

yang bermaksud: “7 golongan manusia yang akan dilindungi Allah SWT di bawah naungannya pada satu hari yang tidak ada satu perlindungan pun melainkan naungan Allah SWT. Bilangan itu antaranya ialah pemuda yang dibesarkan dalam suasana beribadah kepada Allah SWT.”


c) berdakwah kepada pemuda agar merebut peluang untuk membentuk peribadi mereka dari segi kerohanian, jasmani, pemikiran, akhlak dan psikologi.


Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Hakim:

(اغتنم خمسا قبل خمس: حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك، وغناك قبل فقرك)

yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara lain, iaitu kamu masih hidup sebelum kamu mati, kamu sihat sebelum kamu sakit, kamu ada masa lapang sebelum kamu sibuk, kamu masih muda sebelum kamu tua dan kamu kaya sebelum kamu miskin.”


d) memuhasabah pemuda dan tanggungjawab mereka di hadapan Tuhan semesta alam pada hari pembentangan kepadanya.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Termizi:

(لا تزول قدما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع: عن عمره فيما أفناه، وعن شبابه فيما أبلاه، وعن ماله أين اكتسبه وفيما أنفقه، وعن علمه ما عمل فيه)

yang bermaksud: “Pada hari kiamat nanti, dua belah kaki seseorang hamba tidak dapat bergerak sehinggalah dia akan disoal tentang 4 perkara, iaitu bagaimanakah dia menghabiskan umurnya, bagaimanakah dia mengambil berat terhadap masa mudanya, di manakah dia mencari harta serta bagaimanakah dia menafkahkannya dan adakah dia mengamalkan ilmunya.”


e) menjaga jiwa pemuda daripada sifat lemah, bodoh (atau pondan) dan bebas menyeleweng, memelihara pemuda dengan menggalakkan berkahwin yang disyarakkan Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Jamaah:

(يا معشر الشباب! من استطاع منكم الباءة (أي القدرة على الزواج) فليتزوج، فإنه أغض للبصر، وأحصن للفرج ... )

yang bermaksud: “Wahai kumpulan pemuda! Sesiapa antara kamu yang mampu berkahwin, kahwinlah. Kerana berkahwin dapat meredupkan pandangan mata dan memelihara kehormatan …”



Yang demikian, wahai saudara pembaca, fokus reformasi yang lebih penting ialah Rasulullah SAW menyediakan para pemuda, membina peribadi kemanusiaannya untuk membentuk peribadi mereka berjiwa masyarakat. Pastinya, matlamat yang ada di sebalik ini ialah pembinaan dan penyediaan sehingga terjelma para pemuda dalam pembentukan yang sempurna dari sudut kerohanian, akhlak, akal pemikiran, jasmaniah, kejiwaan dan semua sudut penyempuraan peribadi. Pembentukan yang sempurna ini menjadikan para pemuda lebih mampu memikul amanah, lebih kuat menunaikan tanggungjawab, lebih teguh meneruskan segala dasar Islam, tidak merasa terhina, tidak lemah, tidak mundur ke belakang, tidak goyah bersama tiupan angin fitnah, tidak menyerah diri kepada tipudaya kerosakan, tidak terdedah kepada perasaan putus asa, tidak putus harapan, kakinya tidak tergelincir ke lembah perbuatan menyeleweng dan bersifat lemah.

Begitulah agar para pemuda tetap mantap, teguh, penuh keyakinan, bersungguh-sungguh, tekun ketika membawa risalah sehinggalah Allah SWT mematikannya dalam keadaan yang mulia atau meletakkan di sampingNya dalam keadaan syahid!!


Sudut Kedua:


Para pemuda yang berada di setiap masa dan tempat, di semua peredaran sejarah sehinggalah ke zaman kita ini merupakan tiang umat Islam, rahsia kebangkitan, sumber kemuliaan dan ketamadunan, pembawa panji-panji dan bendera, ketua pencetus keagungan dan kemenangan.

Wahai pemuda Islam! Adakah anda tahu bahawa generasi beriman yang berpusat di Darul Arqam pada permulaan dakwah terawal adalah terdiri daripada para pemuda, pemuda yang berumur sekitar 30-an pada peringkat kemudaan mereka, dapat mengelakkan dari kejahatan pandangan mata, jauh dari kesalahan hayunan kaki, sebuah kelompok beribadah, jemaah berakhlak, umat yang sabar, menyampaikan dakwah dan berjihad !!

Wahai pemuda! Adakah anda tahu bahawa Islam tidak akan dapat memartabatkan panji-panji pada seseorang kemanusiaan, tidak dapat memanjangkan tempoh kekuasaan di bumi dan tidak dapat menyebarluaskan dakwah di seluruh alam kecuali di bawah peranan yang dimainkan oleh kekuatan generasi beriman ini yang terdiri daripada para pemuda yang diasuh dalam madrasah Nabi SAW dan lulusan dari universitinya yang amat lengkap.

Ketika Allah SWT mewahyukan darjat kenabian kepada Rasulullah SAW, baginda SAW berusia 40 tahun, iaitu satu peringkat umur kematangan seseorang pemuda. Sayyidina Abu Bakar RA lebih muda 3 tahun daripada Rasulullah SAW, umur Sayyidina Umar RA pada hari beliau memeluk Islam ialah 27 tahun, Sayyidina Uthman RA lebih muda daripada Rasulullah SAW dan Sayyidina Ali RA adalah lebih muda dari semuanya. Begitu juga dengan Abdullah bin Mas’ud RA, Said bin Zaid RA, Abdul Rahman bin Auf RA, Bilal bin Rabah RA, Mus’ab bin Umair RA dan puluhan para sahabat RA lainnya, malahan ratusan, semuanya adalah golongan pemuda.

Generasi pemuda daripada golongan terawal itu merupakan mereka yang membawa panji-panji dakwah Allah SWT dan memartabatkan bendera jihad yang suci, lalu Allah SWT menunaikan hak kemenangan besar dan negara Islam pemuda di bawah dayausaha mereka. Wahai pemuda, anda semua tahu dua buah kerajaan terbesar Parsi (Iran) dan Rom, memasukkan negara Syam (Syria, Palestin, Lubnan dan Jordan), Mesir, Iraq, Tarabulus (kawasan barat Libya) dan utara benua Afrika di dalam keadilan Islam adalah dengan kekuatan para pemuda. Ini semunya dapat dicapai dalam masa 35 tahun semasa zaman pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin.

Pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah, kerajaan mereka semakin luas melaut dan kesultanan mereka semakin lebar sehingga termasuk negara Sind, kebanyakan negara-negara India, negara Turkistan (sekarang dibahagi-bahagikan antara China dan Russia), sampai ke sempadan perbatasan negara China. Ini di di sebelah timur, sementara di sebelah baratnya pula termasuk negara-negara Andalus (Semenanjung Iberia secara umumnya, iaitu Perancis dan Portugal) dan Eropah. Salah seorang khalifah seperti Harun ar-Rasyid dapat mentasawwurkan kepada dunia sejagat tentang keluasan dunia Islam Didapati, dia pernah berbicara dengan awan yang sedang berarak di atasnya, tetapi tidak menurunkan hujan, lalu dia berkata kepada awan tersebut, “Turunkanlah hujan di mana sahaja engkau suka. Hasil hujanmu yang turun akan membawa banyak air kepada kami.”

Sehingga pembukaan mereka sampai ke akhir negara barat. Uqbah bin Naf’ie berdiri di tebing Lautan Atlantik berbicara kepada lautan, selepas kudanya ditenggelami air, dia berkata, Wahai Tuhan Muhammad! Jika tidak kerana lautan ini, nescaya aku akan menawan dunia semata-mata hendak memartabatkan kalimahMu. Ya Allah! Saksikanlah !!”.

Qutaibah al-Bahili yang dapat menembusi ke kawasan pedalaman terakhir di timur. Dia enggan kecuali dapat memasuki negara China. Salah seorang pengikutnya berkata kepadanya mengingatkan dengan rasa kasihan, “Ya Qutaibah, engkau dapat memasuki negara Turki. Beberapa pertempuran berlaku antara perubahan situasi masa antara baik maju ke depan dan buruk mundur ke belakang.” Qutaibah menjawab dalam keadaan iman telah memenuhi semua ruang dadanya, “Dengan kethiqahan aku terhadap bantuan Allah, aku akan terus menawan sampai ke pedalaman. Jika tempoh masa sudah habis, hendak mengira pun tidak guna lagi.” Bila pengikutnya yang memberikan ingatan dan belas kasihan itu melihat keazaman dan kehendak Qutaibah untuk terus maju ke hadapan semata-mata hendak meninggikan kalimah Allah SWT dan berjihad di atas muka bumi, pengikutnya berkata kepadanya, “Teruskanlah perjalananmu ke mana yang engkau suka, ya Qutaibah. Ini adalah satu keazaman yang tidak ada siapa boleh menggagalkannya kecuali Allah !!

Wahai saudara pemuda! Peristiwa ini hanya akan dapat dicapai berdasarkan keimanan, keazaman, pengorbanan, jihad dan ketangkasan generasi pemuda. Allah Akhbar adalah seruan mereka, jihad adalah jalan mereka dan mati syahid pada jalan Allah adalah impian mereka yang terunggul.

Alangkah indahnya apa yang dibicarakan oleh penyair Islam, Muhammad Iqbal untuk mencetuskan hak mereka sebagai pahlawan yang berani, para pemuda yang gagah dan bergerak tangkas:

Siapa dia yang menghunus pedang untuk memartabatkan namaMu,
Mengatasi kepahlawanan pelbagai bintang di menara.
Kami laksana benteng di banjaran gunung dan mungkin

Kami merenangi gelombang lautan dalam,

Untuk menawan gereja-gereja Eropah. Sebelum itu kita melaungkan azan

Sebelum pasukan angkatan tentera membuka beberapa buah bandar.

Jangan engkau lupakan benua Afrika, jangan juga padang pasirnya

Yang menjadi tempat solat kami, tanah yang mengeluarkan bahang api.

Kami mendedahkan dada-dada kami untuk pedang-pedang (lawan),

Kami tidak gentar walau satu hari kepada kuasa zalim atau pemeras.

Seolah-olah naungan pedang bagaikan naungan sebuah taman syurga,

Yang menghijau dengan di sekitarnya ditumbuhi bunga-bungaan.


Jangan engkau takutkan kuasa thagut yang memerangi kami, sekalipun

Kami menghadapi kematian di atas kami benteng kota.

Kami berdoa dengan terang-terangan, tidak ada Tuhan selain dari Yang

Mencipta segala makhluk dan Penetap segala kadar ketentuan.



Wahai Tuhanku! Kepala-kepala kami berada di atas kain kapan kami,

Kami mengharapkan pahalaMu, dapat harta rampasan atau syahid di sisiMu.



Begitulah keadaan para sahabat RA dan begini jugalah sewajarnya yang dilakukan oleh generasi selepas mereka. Wahai para pemuda Islam hari ini! Anda semua mesti melakukan perbuatan sebegini jika anda hendakkan agama anda mencapai kemenangan, umat anda mencapai kemuliaan, kesatuan yang sempurna dan tersusun bagi semua kaum Muslimin. Allah SWT tidak sukar melakukan semuanya itu.


Wahai para saudara pemuda !! seseorang pemuda tidak mungkin mampu melaksanakan peranan, membangkitkan tanggungjawab dan melaksanakan risalahnya melainkan selepas melengkapkan keperibadiannya dari segi ilmiah, dakwah dan urusan sosial secara sama rata.


Penulis tidak sempat hendak membicarakan semua sudut untuk melengkapkan peribadi bagi seseorang pemuda pendakwah kerana ruangan tidak mencukupi dan waktu terlalu terhad, tetapi apa yang menjadi tumpuan penulis untuk dibicarakannya mempunyai kaitan yang kukuh dengan tajuk kuliah iaitu pelbagai faktor untuk membina peribadi pemuda dakwah yang disediakan untuk menjadi seorang pendakwah dan boleh membawa risalah Islam di atas permukaan bumi dengan sifat benar serta amanah. Janganlah takutkan terhadap celaan golongan yang sentiasa mencela semata-mata kerana Allah SWT.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan

0 comments:

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum