Yusuf Thala’at atau nama penuhnya Yusuf Izzudin Muhammad Thala’at. Lahir di Bandar Ismailiyyah pada Ogos 1914. Dalam perang Palestin melawan Yahduo Israel , beliau amat digeruni oleh musuh Islam tersebut. Pekerjaan beliau adalah sebagai tukang kayu dan jual beli hasil-hasil pertanian di Mesir
Beliau berkenalan dengan Imam Hasan Al Banna pada tahun 1936. Mulai saat irulah beliau bergabung dengan gerakan Ikhwan Muslimin. Thala’at mengisi waktunya dengan perjuangan tanpa mengnal penat dan lelah, menyebarluaskan kebaikan dan mempertahankan izzatul Islam.
Dalam masa yang sama , agenda utama perjuangan Thala’at adalah permasalahan Palestin. Beliau pernah di tangkap dan dipenjara bersama Hasan Al Banna semasa mengadakan demonstrasi mendukung perjuangan Palestin di Mesir.
Beliau adalah tokoh yang banyak berperanan dalam pelbagai operasi ketenteraan Ikhwan Muslimin dalam melawan tentera Yahudi Zionis, sehingga beliau menjadi sasaran utama perisik-perisik Yahudi dan sekutu mereka.
Pada tahun 1948, Imam Hasan Al Banna, mengerahkan 10000 orang pasukan Al Ikhwan Al Muslimin dari Mesir, Suriah dan negara Arab lainnya untuk berjihad ke Palestin melawan penjajah Zionis Yahudi yang mendapat sokongan dari Inggeris. Yusuf Thala’at termasuk diantara pasukan Al Ikhwan Al Muslimin yang berjumlah 10000 orang tersebut. Beliau merupakan orang yang pertama kali bergegas berangkat jihad ke Palestin bersama sejumlah ikhwan dari Ismailiyah.
Sumbangan beliau dalam perang jihad fi sabilillah tidak diragukan lagi. Beliau pernah memimpin sepasukan pejuang Ikhwan yang bertempur melawan tentera Inggeris di Deir Balh, sejumlah 12 orang pejuang Ikhwan syahid dalam pertempuran tersebut.
Thala’at sangat dikenali sebagai seorang yang pakar dalam penyamaran. Beliau telah berjaya beberapa kali melakukan penyamaran yang amat membahayakan dirinya demi menjayakan misi ketenteraannya dalam melawan Zionis Israel.
Pada tahun 1949, beliau ditangkap sewaktu pulang dari medan jihad di Palestin. Satu konspirasi telah dilakukan oleh Gamal Abdul Nasser bersama Inggeris dengan berusaha menangkap mujahid Ikhwan Muslimin yang dikehendaki oleh Inggeris, antaranya Yusuf Thala’at. Inggeris telah menawarkan hadiah yang besar bagi sesiapa sahaja yang dapat memberikan informasi kedudukan Yusuf Thala’at.
Dalam penjara ketentaraan Mesir, Yusuf Thala’at mengalami penyiksaan yang amat dahsyat. Yang tidak mungkin mampu ditanggung melainkan mujahid sejati.
Ketika sidang sandiwara kehakiman dilakukan ke atas Yusuf Thala’at, Ketua hakim mahkamah, Gamal Salim telah bertanya kepada Yusuf:
“Apa pekerjaan kamu?”
“Tukang besi yang mahir,” jawab Yusuf.
“Bagaimana mungkin seorang pekerja besi mampu memimpin anggotanya yang kebanyakan para intelektual?”
“Mengapa aneh? Nabi Nuh juga seorang pandai dalam kejuruteraan besi,” jawab Yusuf sehingga menyebabkan hakim pun terdiam.
Lalu hakim bertanya lagi, “Mengapa kamu tidak upaya berdiri?”
“Tanyalah diri kamu sendiri,” jawab Yusuf. Beliau memang tidak mampu berdiri saat itu kerana kedua kakinya cedera parah akibat disiksa oleh pengawal penjara ketenteraan.
Yusuf Thala’at telah dijatuhi hukuman mati oleh pengadilan yang penuh sandiwara itu. Beliau dijatuhkan hukuman mati bersama sahabat baiknya, Syeikh Farghali pada Disember 1954. Pihak polis melarang orang ramai mengiringi keranda jenazah beliau. Selama enam bulan, pihak polis berkawal di sekitar makam Yusuf Thala’at dan Syeikh Farghali dalam pos kawalan untuk melarang para penziarah mendatanginya.
“ Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, Dan memasukkan mereka ke dalam jannah yang telah diperkenankanNya kepada mereka. (Q.S: Muhammad: 4-6)
Rujukan: Mozaik Syuhada Ikhwan Muslimin, Prof. Dr. Yusuf Al Wa’y
0 comments:
Post a Comment