4- Penguasaan Juziyyah ke atas Kulliyyah
Iaitu gejala memburukkan wajah gerakan Islam dengan adanya sebahagian dari pemuda Islam yang hanya menekankan suatu sudut tertentu dari Islam dan tidak memandang kepada sudut-sudut lain. Ada di antara mereka yang hanya enekankan kepada pakaian Islam dan apa-apa yang berhubung dengannya sahaja, atau yang lain menekankan soal janggut, tasbih dan kayu sugi (siwak) dan tidak yang lain, sedangkan sebahagian lain menekankan cara kekerasan dan kekuatan material dan tidak kepada yang lain, sedangkan yang lain pula menekankan kepada kehidupan secara rahib dan tasawuf, yang lain menekankan fiqh dan tafaqquh. Kesemuanya mendakwa bahawa merekalah yang benar dan orang lain salah.
Sepatutnya dalam pentarbiyahan pemuda hendaklah ditekankan supaya mengambil Islam keseluruhannya dan sekaligus. Mengikut prioriti/keutamaan yang mana lebih penting untuk diberikan keutamaan serta meletakkan setiap perkara itu pada skop dan kedudukannya yang syarie.
5-Penguasaan Peribadi ke atas Ideologi
Antara gambaran buruk lain ialah ikutan kepada peribadi, melampau dalam taksub kepada manusia di mana ada segolongan pemuda Islam yang taksub kepada peribadi-peribadi (Askhas) bukannya, prinsip (mabadi'). Mereka bergantung kepada peribadi itu lebih daripada pergantungan mereka kepada mabadi' (prinsip). Ini membawa kepada sebab utama mengapa tidak ada penuh
kesetiaan atau kepatuhan (wala') kepada Allah. Mereka ini berpihak kepada puak, taksub kepada individu-individu dan nama-nama, bukannya kepada apa yang disyariatkan oleh Allah.
- Dari bahaya gejala ini dan natijah buruknya ialah berlakunya percanggahan dan pecah-belah dalam tubuh harakah Islamiyyah dan timbulnya penyakit yang banyak dalam amal Islami serta banyak wadah dan bendera.
- Dari bahaya gejala ini juga ialah rosaknya neraca hukuman syarak atau menghukum menurut kaca mata Islam, di mana taksub kepada individu dan hawa nafsu telah mengganti tempat yang sepatutnya diisi oleh taksub kepada prinsip dan nilai.
- Begitu juga gejala ini turut mendedahkan merekaitu ke arah penyelewengan terus natijah daripada apa yang telah kita sebutkan di atas.
Dari sinilah mungkin kita dapat faham kata-kata Abu Bakar as-Siddiq, 'Sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat, dan barangsiapa yang menyembah Allah, maka Allah hidup tidak mati.' Lalu beliau pun membaca firman Allah swt:
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berpaling ke belakang (murtad). Barangsiapa yang paling ke belakang maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
Kaedah yang sewajibnya menentukan hubungan kita, dan penilaian kita terhadap pimpinan ialah wajib mengenali makhluk berdasarkan 'haq' yakni kebenaran dan bukannya mengenal kebenaran melalui makhluk.
6- Penguasaan Hawa nafsu atas Kebenaran
Di sana terdapat suatu lagi gejala lain yang memburukkan wajah gerakan Islam iaitu manusia lebih suka mengikuti kemahuan dan nafsunya sendiri serta fikirannya walaupun bertentangan dengan pandangan 'qiadah' (pimpinan). Sedangkan tarbiyah Islamiyyah mewajibkan supaya ia digantikan dengan keinginan peribadi dan kemahuan sendiri dengan kepatuhan (wala’) sepenuhnya kepada Allah seperti yang dimaksudkan dalara firman Allah:
"Tidaklah patut bagi seseorang mukmin itu, lelaki atau perempuan mempunyai pilihan lagi jika sekiranya telah dihukum oleh Allah dan RasulNya dalam sesuatu perkara tentang urusan mereka." (S 33.36)
7- Antara Apa Yang telah Berlaku dengan Apa Yang Akan Berlaku
Satu lagi gejala yang memburukkan sahsiah Islamiyyah hari ini ialah dengan menerima realiti dan tunduk kepadanya. Ini menjadikan natijah dan hasil yang semata-mata bergantung kepada apa yang ada, bukan apa yang sepatutnya (sewajibnya) berlaku. Dalam banyak keadaan, logik ini menyekat perjalanan harakah dan tidak sampai kepada matlamatnya, kerana perencanaan dalam keadaan ini mengikut asas kemampuan yang ada bukannya kemampuan yang sepatutnya ada.
Perbezaan antara dua keadaan itu seperti perbezaan antara Haq dan Batil. Oleh sebab itu pemuda Islam wajib ditarbiyyah dan dididik supaya bercita-cita tinggi atas kebenaran dan merasa mulia dari kebatilan. Mereka juga harus dididik supaya tidak menggadaikan haq kepada waqi’ untuk membolehkan mereka melaksanakan Perubahan Islam yang dicita-citakan.
0 comments:
Post a Comment