Video

Meneladani Imam Hasan Al Banna

Thursday, June 25, 2009


Al Banna dan Keusahawanan

Al Ikhwanul Muslimin menubuhkan banyak syarikat perdagangan dan perusahaan. Imam Hasan Al-Banna menjadi ahli Lembaga Pengarah kesemua syarikat-syarikat tersebut. Lantaran itu, beliau juga bersusah payah dalam kerja-kerja pengurusan syarikat-syarikat tersebut agar semuanya berjalan licin. Pihak Ikhwan cuba menawarkan gaji dan saguhati kepadanya tetapi beliau selalu menolak sambil berkata,

”Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada manusia. Saya akan menerima ganjaran daripada Allah sahaja.”

Beliau menunjukkan satu contoh yang ulung dalam bidang perdagangan dan perniagaan dan tidak mengharap ganjaran dunia dan kemewahan.


Al Banna dan Cita-Cita

Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:


"Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini."


0 comments:

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum