TIGA BEKALAN PENDA’WAH MENURUT SYEIKH MUSTAFA MASYHUR
Di atas jalan da’wah yang mulia inilah kita hidup sehingga kita bertemu kematian. Di atas jalan yang mulia inilah kita menghulurkan tenaga untuk melaksanakan kerja-kerja da’wah mengajak masyarakat kembali kepada Din Allah Subhanahuwata’ala yang suci. Semua ini kita lakukan untuk mencari keredhaan Allah Subhanahuwata’ala. Inilah sifat setiap mu’min yang setia dengan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Amanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam kepada kita adalah amanah besar. Iaitu amanah untuk hidup mati sebagai orang beriman dan memperjuangkan Din Allah Subhanahuwata’ala. Melihat kepada amanah yang dipikul oleh para du’at terlalu besar, maka amanah ini tidak mampu dipikul oleh da’i secara individu, tambahan pula jalan ini amat jauh dan penuh kesusahan. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud:
“Dilingkungi syurga itu dengan kesukaran dan dilingkungi neraka itu dengan syahwat.”
Sesungguhnya kita amat berhajatkan bekalan untuk menjalankan ‘ibadah da’wah agar sampai kepada matlamat yang dituju. Kita memerlukan bekalan untuk terus Istiqamah, ikhlas, redha dan sabar dengan ketentuan Allah Subhanahuwata’ala. Sebagai da’i, kita hanya berusaha menyampaikan kebenaran Islam kepada manusia, manakala yang memberikan hidayah ialah Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Sesungguhnya engkau (Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam) tidak dapat memberikan hidayah kepada sesiapa yang engkau kasihi tetapi Allah jua yang akan memberi hidayah kepada sesiapa yang Ia kehendaki.” -Surah al-Qasas: ayat 56.
Bekalan untuk penda’wah
Menurut Syeikh Mustafa Masyhur di dalam kitabnya Zadun ‘Ala At-Thariq, bekalan yang sangat diperlukan oleh pendakwah ialah: 1. Iman. 2. Taqwa. 3. Al-Quran.
Bekalan Pertama: Iman.
Bekalan pertama ialah beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala. Sahabat telah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: Apakah amalan yang afdhal (paling utama)?. Jawab baginda: Iman kepada Allah dan jihad di jalan-Nya.
Seorang da’i yang benar-benar beriman memiliki iman yang memenuhi segenap sudut dan ruang hatinya. Iman yang hidup dan positif. Iman yang memancarkan keta’atan kepada Allah Subhanahuwata’ala dalam semua aspek kehidupan. Juga iman yang mampu dan bersedia untuk memikul tanggungjawab da’wah dan kerja-kerja Islam. Iman sedemikianlah yang telah dididik oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam jiwa generasi awal para sahabat Radhiallahu ‘anhum. Mereka tidak memperolehi kejayaan melainkan dengan kekuatan iman, kebersihan jiwa, erat hubungan dengan Allah Subhanahuwata’ala dan terikat dengan al-Masir (tempat kesudahan iaitu negeri akhirat). Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi, dan kesudahan yang baik (syurga) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” -Surah al-Qasas: ayat 83.
Dengan iman, da’i akan merasa ‘izzah, mulia, puas, seronok dan gembira dengan Islam dan kerja-kerja mendaulatkan Din Allah Subhanahuwata’ala. Kata-kata seorang sahabat yang ‘izzah dengan Islam, Ruba`i bin `Amir kepada Rustam Panglima Parsi :
“Sesungguhnya Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama hamba kepada menghambakan diri kepada Allah yang Maha Esa, (mengeluarkan manusia) daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan (mengeluarkan manusia) daripada kezaliman agama yang lain kepada keadilan Islam.”
Dengan iman seseorang da’i akan merasai ma’iyyatullah, yakni Allah Subhanahuwata’ala bersama-sama dengannya. Dengan Iman akan tertanamlah dalam jiwa da’i keyakinan kepada din Allah Subhanahuwata’ala sebagai din yang sempurna dan sebaik-baik peraturan yang membawa manusia kepada kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Manakala peraturan-peraturan lain adalah sesat dan batil. Iman adalah langkah pertama dakwah Islamiyah. Dengan Iman seorang da’i berada di atas titik tolak yang betul dalam da’wah. Syeikh Abu ‘Ammar menyatakan:
“Futur selepas bermujahadah (berjihad) adalah disebabkan rosak langkah pertama (ibtida’) dalam memulakan da’wah.”
Tanpa Iman, ditakuti lambat laun, para dua’t akan menyisihkan diri daripada jalan da’wah disebabkan tidak tahan menghadapi gangguan-gangguan. Antara gangguan-gangguan ialah:
1. Hati yang didatangi oleh pelbagai bisikan, samada bisikan hawanafsu atau iblis, yang mencetuskan pertarungan dalam hati.
Pertarungan ini yang tidak kunjung tamat sepanjang hayat.
2. Harta benda dan anak-anak, yang menyebabkan da’i rasa sayang untuk membelanjakan harta di jalan Allah Subhanahuwata’ala (kerana ditakuti kehilangan harta atau anak-anak kelaparan). Dengan kekuatan Iman sahaja akan menguatkan da’i untuk ikhlas berkerja untuk Islam, bercakap di jalan da’wah dan berkorban.
Maka da’i sentiasa mencari keredhaan Allah Subhanahuwata’ala dan mengharap balasan baik daripada-Nya tanpa mengharapkan keuntungan duniawi, nama, gelaran, dan pangkat. Bahkan da’i menjadi sebagai jundi (tentera atau pahlawan) bagi fikrah dan ‘aqidah. Dengan itu jelaslah baginya prinsip: Allahu Ghayatuna
Dengan Iman juga, da’i tidak akan merasa takut atau condong kepada serangan atau pujukan musuh-musuh Islam. Seterusnya akan merasa kuat untuk menentang musuh-musuh Islam. Para sahabat Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, dengan kekuatan Iman, bersifat zahid terhadap dunia dan mengutamakan kepentingan orang lain melebihi diri mereka sendiri. Kisah zahid mereka meninggalkan kesan yang mendalam serta menjadi contoh untuk dihayati dalam kehidupan para du’at Islam. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (ansar) sebelum (kedatangan) mereka (muhajirin), mereka (ansar) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (muhajirin). dan mereka (ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan, dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung.” -Surah al-Hasyr: ayat 9.
Merekalah yang menjadi contoh bagi para du’at Islam.
Bekalan Kedua: Taqwa.
Zat yang kedua bagi para du’at ialah taqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu muslim.” - Surah Ali Imran: ayat 102 “Berbekalah kamu dan sebaik-bekalan ialah taqwa dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang beraqal.” -Surah al-Baqarah: ayat 197.
Untuk menjaga taqwa, maka hati perlu sentiasa dididik. Taqwalah yang mencernakan kehidupan seorang muslim untuk benar-benar ta’at kepada Allah Subhanahuwata’ala. Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang bermaksud:
“Kebaikan tidak boleh datang (tercapai) dengan kejahatan, kebaikan hanya datang (tercapai) dengan kebaikan.”
Pesanan Saidina ‘Umar Ibn Khattab kepada Sa’ad Ibn Abi Waqqas yang bermaksud:
“Amma ba’du, maka sesungguhnya aku memerintahkan kamu dan sesiapa yang bersama kamu agar bertaqwa kepada Allah dalam semua keadaan. Bertaqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan (persediaan) untuk menghadapi musuh dan sekuat-kuat tipu daya (terhadap mereka).”
Taqwa telah menghiasi peribadi generasi awal para sahabat Radhiallahu ‘anhum. Abi Umamah meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:
“Kema’rufan itu menghasilkan (menatijahkan) orang bertaqwa yang melawan keburukan, sadaqah yang dilakukan secara sembunyi memadamkan kemarahan Rabb dan silaturrahim akan bertambah dalam umur.” -Hadith Riwayat Tabrani.
Mu’az meriwayatkan daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, maka ia yang menghapuskannya (keburukan) dan bergaullah dengan manusia akhlaq yang baik.” -Hadith Riwayat Turmizi. Para sahabat sentiasa menjadikan taqwa sebagai bekalan di jalan da’wah mereka.
Bekalan Ketiga: Al-Quran Al-Karim.
Al-Quran merupakan kitab bagi da’wah ini. Ia adalah ruh, peransang, pengawal, pemelihara, perlembagaan, sumber sistem dan rujukan tertinggi bagi da’wah. Ia menjadi tempat sandaran para du’at untuk mengetahui wasa’il dalam beramal, manhaj dalam berharakah dan bekalan dalam perjalanan Para du’at menjadikan al-Quran al-Karim sebagai bekalan dalam perjalanan da’wah sehingga Allah Subhanahuwata’ala memberikan kejayaan kepada mereka. Mereka berusaha, berdakwah dan berjuang di atas manhaj Al-Quran al-Karim, manakala hasil di Tangan Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Sesungguhnya kamu (Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam) tidak boleh memberikan hidayah kepada sesiapa yang kamu cintai, melainkan Allah sahaja yang akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang Ia kehendaki.” -Surah al-Qasas: ayat 56.
Panggilan al-Quran al-Karim hidup dan meresap ke dalam jiwa para du’at. Firman-firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah padahal Rasul menyeru kamu supaya beriman kepada Rabb kamu. Dan sesungguhnya Ia telah mengambil perjanjian kamu (yang telah mengaku beriman sebelum kamu dilahirkan) jika kamu adalah oarng-orang yang beriman.” -Surah al-Hadid: ayat 8.
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Ia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.” -Surah Muhammad: ayat 7.
“Apakah kamu merasa puas kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat, pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (jika dibandingkan dengan nikmat kehdupan di akhirat) hanyalah sedikit.” -Surah at-Taubah: ayat 38.
“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, oastilah mereka mengikuti kamu, tetapi tempat yang ditujui itu amat jauh terasa oleh mereka.” -Surah at-Taubah: ayat 42.
Video
Labels:
Syeikh Mustafa Masyhur
TIGA BEKALAN PENDA’WAH
Abu Ridhwan
Wednesday, December 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir ‘Uqdah (1)
- As-Syahid Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi Dalam Kenangan (1)
- Asy Syahid Syeikh Yusof Hawasy (1)
- Bicara Abu Riduan (Moderator) (6)
- Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy (7)
- Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar (1)
- Iltizam (7)
- Imam Syahid Syaikh Hasan Al-Banna (29)
- Imam Syahid Syeikh Sayyid Qutb (6)
- Ir. Muhammad Khairat Syatir (2)
- Kenyataan IM (4)
- Khutbah (1)
- Komentar (2)
- Muhammad al-Ma'mun al-Hudhaibi (1)
- Mursyid Am Al-Ikhwan Al-Muslimun (22)
- Palestin Di Hati (8)
- Pandangan Tokoh dan Ulama (3)
- Ramadhan Kareem (4)
- Risalah Dakwah Ikhwan (4)
- Silibus Halaqah (7)
- Syeikh Abbas Asisi (4)
- Syeikh Abdul Hamid Al Bilali (1)
- Syeikh Abul A’la Maududi (7)
- Syeikh Ahmad Saiful Islam Al Banna (1)
- Syeikh as-Syahid Dr. Abdullah Azzam (1)
- Syeikh Dr Ali Abdul Halim Mahmud (2)
- Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1)
- Syeikh Dr. Abdullah Nasih `Ulwan (5)
- Syeikh Dr. Fathi Yakan (12)
- Syeikh Dr. Hammam Said (1)
- Syeikh Dr. Majdi AlHilali (1)
- Syeikh Dr. Mustafa al-Siba'iyy (1)
- Syeikh Dr. Musthofa As-Sibaai' (2)
- Syeikh Dr. Sayyid Nuh (2)
- Syeikh Dr. Yusuf Qaradawi (9)
- Syeikh Hamzah Abbas Mansour (1)
- Syeikh Hasan Al-Hudaibi (3)
- Syeikh Jumaah Amin Abdul Aziz (1)
- Syeikh Muhammad Abdul Hamid Ahmad (1)
- Syeikh Muhammad Abdullah al Khatib (1)
- Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (3)
- Syeikh Muhammad Al-Ghazali (2)
- Syeikh Muhammad Mahdi Akif (17)
- Syeikh Muhammad Qutb (2)
- Syeikh Mustafa Masyhur (19)
- Syeikh Sa'id Hawwa (1)
- Syeikh Sayyid Sabiq (1)
- Syeikh Umar Tilmisani (1)
- Tafsir Al Quran (1)
- Tarbiyah Ikhwan (6)
- Tawakkul Karman (1)
- Tokoh (1)
- Tokoh Ikhwan (2)
- Yusuf Thala’at (1)
- Zaynab Al Ghazali (2)
Tarbiyah Pewaris
0 comments:
Post a Comment