MARHALAH KETIGA: MENGISLAHKAN AKHLAK
Pada tahap ini kita membantu mad’u memperbaiki akhlaknya dengan memperkenal atau mendedahkan mereka kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan keta’atan kepada Allah Subhanahuwata’ala dan ibadah-ibadah yang diwajibkan.
Juga, membantu mad’u melatih dan membiasakan diri mereka dalam ketaatan dan disiplin melaksanakan ibadah, menjauhkan diri daripada segala kema’siatan dan menghiasi diri dengan akhlak Islamiyah. Langkah-langkahnya ialah:
1)Menolongnya dan memperkenalkannya akan urusan dinnya.
2)Menolongnya menyelesaikan permasalahan menta’ati Allah Subhanahuwata’ala dalam menjalankan ibadah-ibadah yang ditentukan.
3)Dia dibekalkan dengan buku-buku yang mudah baginya, yang menyentuh permasalahan:
a)Aqidah
b)Ibadah
c)Akhlak
d)Sejarah Islam (sirah)
e)Lain-lain yang bersesuaian.
4)Dia dibawa ke majlis ilmu:
a)Ceramah Islam
b)Nasihat ulama’ yang salih.
5)Mengajak dia berkenalan dengan orang-orang yang salih dan ikhlas, menjauhkannya daripada orang-orang jahat.
6)Sentiasa memimpin dia kepada suasana yang baik.
7)Kita terus memperhatikan tindak-tanduknya (keperibadian Islamnya).
8)Jangan kita biarkan dia tanpa bimbingan dan pertolongan, kerana ditakuti dia lemah dan futur.
9)Di tahap ini, mad’u dibimbing agar:
a)Dia beramal dengan segala perkara yang baru dikenalinya dari hukum-hukum syari’at Islam.
b)Dia menggabungkan dirinya didalam perlaksanaan ibadat dan menjauhkan dirinya dari segala ma’siat.
c)Dia menghiasi dirinya dengan akhlak Islam.
d)Kita nampak peribadi Islamnya mula tegap, kukuh, mantap dan tidak mudah goyang
MARHALAH KEEMPAT: MENGHAYATI HIDUP BERIBADAH YANG SYUMUL
Diperjelaskan kepada mad’u bahawa ibadah tidak terbatas kepada solah, puasa, zakat dan haji sahaja. Ibadah merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, riadah, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Ibadah mestilah memenuhi dua syarat utama iaitu:
1)Niat yang benar.
2)Menepati kehendak syara’.
Di tahap ini kita lihat dia akan merasa terikat dalam seluruh kegiatan hidupnya, gerak-gerinya dan diamnya dengan syari’at Allah Subhanahuwata’ala. Dunia menjadi mihrab dan tempat ibadah yang besar. Di atas dunia kita melaksanakan amal dengan niat yang mulia dan cara yang betul. Langkah-langkah di marhalah ini ialah:
1)Mad’u perlu mendapat penjelasan tentang pengertian ibadah yang syumul (bukan juz-i) dengan cara:
a)Menjelaskan makna ibadah bersumberkan al-Quran dan al-hadith.
b)Menjelaskan pengertian-pengertian yang terdapat di dalam tafsiran-tafsiran ulama’ muktabar.
c)Menjelaskan fungsi ibadah dalam kehidupan dengan mempraktikkan Islam sepenuhnya.
2)Memperbetulkan ibadah dengan mengawasi:
a)Niat yang semata-mata kerana Allah Subhanahuwata’ala.
b)Cara melaksanakannya yang sesuai dengan syari’at Islam.
3)Mad’u difaham dan disedarkan bahawa selagimana niat ditentukan kerana Allah Subhanahuwata’ala, maka setiap amalan akan dikira sebagai ibadah, selagimana amalan itu tidak haram menurut Islam.
4)Amalan-amalan kita adalah sebagai alat untuk menyempurnakan ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala yang menjadikan kita khalifah di muka bumi ini.
5)Ma’du dibawa untuk berfikir tentang kesan niat yang betul terhadap amalan-amalan harian, seperti:
a)Makan minum adalah bertujuan untuk mendapat tenaga agar dapat menta’ati Allah Subhanahuwata’ala atau beribadah kepadaNya. Dengan ini seseorang itu akan mendapat pahala di sisi Allah Subhanahuwata’ala.
b)Mencari rezeki dengan niat yang betul akan menjadi ibadah kepada Allah Subhanahuwata’ala.
c)Kita akan mendapat pahala dari segala usaha dan harta yang digunakan untuk membangunkan Islam.
d)Kita akan mendapat pahala dari masa yang diberikan untuk kemajuan Islam.
e)Kita akan mendapat pahala jika berkorban untuk mencapai kemahiran ilmu iktisas demi untuk kepentingan Islam dan umat Islam.
f)Seterusnya dalam semua aktiviti hidup diniatkan untuk Islam dan demi mencari keredhaan Allah Subhanahuwata’ala, seperti:
i)Mencari rezeki agar boleh mengeluarkan zakat, sadaqah dan hadiah.
ii)Berkahwin untuk mendirikan rumahtangga muslim. Rumahtangga muslim adalah tiang yang kuat untuk membangunkan Daulah Islamiyah.
iii) Bersenam, riadah dan memelihara kesihatan agar mampu dan kuat memikul tugas Islam dan tanggungjawabnya menggerakkan da’wah Islam.
g)Membawa mad’u berfikir bahawa semua kerja hendaklah sesuai dengan syari’at Allah Subhanahuwata’ala . Adalah tidak menasabah bagi seseorang yang makan dan mendapat rezeki dengan cara yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata’ala, bertujuan untuk menguatkan taqwa dan mentaati Allah Subhanahuwata’ala.
Video
Labels:
Syeikh Mustafa Masyhur
TUJUH MARHALAH DA’WAH FARDIYAH (Bahagian 2)
Abu Ridhwan
Saturday, December 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Abu ‘Ashim Hisyam bin Abdul Qadir ‘Uqdah (1)
- As-Syahid Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi Dalam Kenangan (1)
- Asy Syahid Syeikh Yusof Hawasy (1)
- Bicara Abu Riduan (Moderator) (6)
- Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy (7)
- Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar (1)
- Iltizam (7)
- Imam Syahid Syaikh Hasan Al-Banna (29)
- Imam Syahid Syeikh Sayyid Qutb (6)
- Ir. Muhammad Khairat Syatir (2)
- Kenyataan IM (4)
- Khutbah (1)
- Komentar (2)
- Muhammad al-Ma'mun al-Hudhaibi (1)
- Mursyid Am Al-Ikhwan Al-Muslimun (22)
- Palestin Di Hati (8)
- Pandangan Tokoh dan Ulama (3)
- Ramadhan Kareem (4)
- Risalah Dakwah Ikhwan (4)
- Silibus Halaqah (7)
- Syeikh Abbas Asisi (4)
- Syeikh Abdul Hamid Al Bilali (1)
- Syeikh Abul A’la Maududi (7)
- Syeikh Ahmad Saiful Islam Al Banna (1)
- Syeikh as-Syahid Dr. Abdullah Azzam (1)
- Syeikh Dr Ali Abdul Halim Mahmud (2)
- Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan (1)
- Syeikh Dr. Abdullah Nasih `Ulwan (5)
- Syeikh Dr. Fathi Yakan (12)
- Syeikh Dr. Hammam Said (1)
- Syeikh Dr. Majdi AlHilali (1)
- Syeikh Dr. Mustafa al-Siba'iyy (1)
- Syeikh Dr. Musthofa As-Sibaai' (2)
- Syeikh Dr. Sayyid Nuh (2)
- Syeikh Dr. Yusuf Qaradawi (9)
- Syeikh Hamzah Abbas Mansour (1)
- Syeikh Hasan Al-Hudaibi (3)
- Syeikh Jumaah Amin Abdul Aziz (1)
- Syeikh Muhammad Abdul Hamid Ahmad (1)
- Syeikh Muhammad Abdullah al Khatib (1)
- Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid (3)
- Syeikh Muhammad Al-Ghazali (2)
- Syeikh Muhammad Mahdi Akif (17)
- Syeikh Muhammad Qutb (2)
- Syeikh Mustafa Masyhur (19)
- Syeikh Sa'id Hawwa (1)
- Syeikh Sayyid Sabiq (1)
- Syeikh Umar Tilmisani (1)
- Tafsir Al Quran (1)
- Tarbiyah Ikhwan (6)
- Tawakkul Karman (1)
- Tokoh (1)
- Tokoh Ikhwan (2)
- Yusuf Thala’at (1)
- Zaynab Al Ghazali (2)
Tarbiyah Pewaris
0 comments:
Post a Comment