Video

Apabila Hillary Clinton Memuji Ikhwan Muslimin...

Friday, August 5, 2011


Pada Julai 2011 yang lalu, suatu kenyataan mengejutkan keluar dari lidah Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berkenaan dengan Ikhwanul Muslimin. Hillary Clinton menyatakan bahawa beliau percaya sepenuhnya kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir, Ikhwanul Muslimin yang sudah teruji di pelbagai Negara dengan beragam bentuknya sangat mendokong Demokrasi. Hillary menegaskan bahawa Ikhwanul Muslimin adalah organisasi yang mencintai kedamaian, menerima demokrasi dan berkomitmen untuk anti kekerasan. Beliau berkata demikian di Budapest:

“Kami percaya Ikhwanul Muslimin, menginginkan perubahan politik di Mesir, bahawa dalam kepentingan Amerika Syarikat adalah untuk terlibat dengan semua pihak yang mahukan kedamaani dan berkomitmen untuk anti kekerasan.“

Sebagai sebuah organisasi politik Islam moden yang pemikirannya sudah ada di setiap Negara, dengan ulama sentral mereka saat ini seperti Dr. Yusuf Qaradhawi , anggota dari Gerakan Dakwah Islam ini berhati lembut, dan professional dalam mengelola organisasinya. Pendiri dari Ikhwanul Muslimin adalah Imam Syahid Hassan Al-Banna pada 14 Oktober 1906 di Kaherah Mesir. Selama 46 tahun hidup al Imam pergi aktif mendalami keadaan umat Islam dunia.

Imam Syahid Hasan Al-Banna sangat mencontohi ayahnya Syaikh Ahmad Al-Banna, Hassan sering terlibat dalam politik pada usia awal 12 tahun. Seorang mahasiswa yang cerdik dan cerdas, as syahid lulus pada di Pusat Pelatihan Guru Negara pada tahun 1923 dan masuk ke Perguruan Tinggi Dar al-Ulum. Disanalah Imam Syahid Hasan Al Banna menjalin hubungan dengan Ulama Islam terkemuka yang membantu membentuk politik, falsafah agama dan akhirnya mengarah pada kewujudan Ikhwanul Muslimin lima tahun kemudian.

Pemikiran Ikhwanul Muslimin sebagai Gerakan Dakwah Islam di Dunia, sudah mewarnai banyak Negara Islam. Dengan mengembalikan Demokrasi ke dalam pelukan Islam, dalam pilihanraya Mesir pada September mendatang, Ikhwanul Muslimin harus mengambil suara penuh di Pemerintahan Mesir. Tidak diragukan lagi kita akan segera mendengar lebih banyak Taujih dari Syeikh Dr Yussuf al-Qaradawi sebagai penasihat. Dan tidak diragukan lagi, Mesir dan Turki sebagai momentum kebangkitan Islam di pelbagai Negara bermajoritikan muslim lainnya. Mengapa Hillary percaya kepada Ikhwanul Muslimin? Semoga anda dapat menduga apa yang cuba dimanfaatkan dan diusahakan oleh “orang kuat” Rumah Putih ini?

0 comments:

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum