Video

Ramadhan Bulan Perubahan

Thursday, July 28, 2011





Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah saw, dan selepas ..


Syaaban menyiapkan umat untuk Ramadan:

Sepatutnya umat Islam melalui hari-hari terakhir bulan Syaaban yang kini sudah membawa kita ke ambang Ramadan, ialah dengan melakukan seperti apa yang dilaporkan oleh Imam Ahmad dari Anas bin Malik yang menyatakan perbuatan Rasulullah saw pada bulan Syaaban, beliau berkata: “Bahawa nabi sangat menyukai berpuasa di bulan Syaaban,” Sebabnya telah dinyatakan sendiri oleh baginda saw dalam sabdanya seperti yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:

“… ia adalah bulan di mana amalan-amalan diangkat kepada Tuhan sekalian alam, saya amat menyukai sekiranya ketika amalan ku diangkat, aku sedang berpuasa” ,

Justeru bulan Syaaban adalah musim penutup kepada lembaran anda dan tuaian amalan anda tahun ini. Rasulullah sangat mengagungkan bulan ini kerana ianya sebagai pengenalan kepada bulan Ramadan. Oleh itu Syaaban adalah medan untuk berlumba-lumba dalam amal-amal yang baik dan mengembeleng ketaatan sebelum tiba bulan ‘al-Furqan’. Allah telah memperlihatkan segala kebaikan di bulan Syaaban kepada anda sebelum ia berlalu. Menurut Abu Bakr al-Balkhi: “Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Syaaban adalah bulan mengairi tanaman, dan bulan Ramadan adalah bulan menuai tanaman.”

Oleh itu, Rasulullah saw pernah bersabda (bermaksud):
“Inilah bulan yang sering diabaikan orang”

Ini kerana bulan Syaaban adalah seperti pintu pagar yang membawa kita ke bulan Ramadan. Juga kerana Ramadhan adalah bulan di mana pintu-pintu Syurga dibuka, seperti yang diberitakan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya (bermaksud):

“Apabila tiba bulan Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan dibelenggu.” (Bukhari),

Oleh itu, bulan Syaaban adalah bulan latihan dan pemantapan tarbiyah dan rabbani; supaya seorang individu itu layak untuk melakukan ketaatan pada bulan Ramadan, kerana di bulan ini terkandung program pemantapan tarbawi yang dapat dilakukan oleh orang Islam pada bulan Syaaban sebagai persediaan untuk bulan Ramadan yang penuh berkat:

“Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan”

Ini adalah sebahagian dari doa Nabi saw:

” Ya Allah berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. “

Pada ambang Ramadan:
Inilah bulan Ramadan, yang semakin hampir ketibaannya dengan penuh sinar, harum, kebaikan dan kesucian, di mana Ramadan datang untuk mendidik manusia supaya memiliki kekuatan kemahuan dan kehebatan perubahan dalam menanggung kesukaran, dan kemenangan ke atas rintangan dan kesulitan hidup. Nabi Muhammad saw seringkali mengucapkan tahniah kepada para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadan dan menyampaikan khabar gembira dan berkata kepada mereka:

“Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan”. ” (Riwayat Ahmad).

Ramadhan dan Perubahan
Bersedia untuk mengubah jiwa individu, umat dan bangsa adalah isu penting masa kini, bahkan ianya salah satu ketetapan Allah (sunnatullah) dalam alam semesta. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)

Oleh itu, perubahan sesuatu keadaan tidak mungkin berlaku dengan angan-angan dan cita-cita semata-mata, tetapi mestilah dengan kerja yang serius dan bersungguh-sungguh, niat yang ikhlas dan akhlak yang teguh. Bulan Ramadan yang mulia ini adalah peluang sebenar untuk perubahan, kerana terdapat program yang praktikal untuk membaiki jiwa dan hati, dan permulaan sebenar dalam pembinaan umat:
“Jangan anda katakan: Dari mana untuk saya mula kerana mentaati Allah mesti bermula
Jangan anda katakan: Esok baru saya nak mula kerana mungkin akan datang hari terakhir anda”
Justeru, Ramadan adalah bulan perubahan, kerana berlaku perpindahan spiritual dan fizikal yang membaiki keadaan kita dan mengubah dalam diri kita. Perubahan positif memerlukan kita semua kepada kemahuan yang bergelora, keazaman yang kuat dan mengejar perubahan. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183).

Jika kita tidak merebut peluang di bulan perubahan ini, kita sebenarnya terlepas peluang untuk seumur hidup, kerana perubahan bererti berterusan di atas kebenaran dan suatu revolusi kepada kepalsuan, penipuan, ucapan sia-sia dan kedustaan. Menurut Rasulullah saw (bermaksud):

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya. ” (Bukhari),

dan Nabi saw bersabda (bermaksud):

“Tidaklah hanya berpuasa dari makan dan minum, tetapi berpuasa dari ucapan sia-sia dan lucah. Jika seseorang mengherdik kamu atau orang jahil mengeji kamu katakanlah: “Saya berpuasa, saya berpuasa” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disahihkan oleh Albani),

Namun semua ini hanya dari orang yang jujur ​​dengan Khaliq. Justeru Allah akan membenarkan apa yang beliau lakukan.

Di antara hasil perubahan terbesar pada bulan Ramadan: Penyerahan kepada hukum (undang-undang) Allah, dan pelaksanaan perintah dan syariat-Nya supaya seorang individu mencapai ketakwaan kepada Allah dalam semua keadaan, kerana bulan Ramadan dengan sifat semula jadinya mengubah kehidupan secara keseluruhan sebagai penjamin untuk membuat perubahan dalam kehidupan individu dan keluarga melalui program-programnya yang ‘rabbani dan istimewa.

Malah di antara bentuk perubahan pada bulan Ramadan: ketelitian, komitmen dan penyusunan masa. Anda lihat seluruh umat duduk di hadapan hidangan berbuka sementara menunggu makluman waktu berbuka melalui media, dan umat seluruhnya menegah dirinya daripada makan, minum dan hubungan seks mulai waktu Imsak, dan lihat seluruh umat berada dalam satu soff semasa solat, qiam dan Terawih; di mana jelas tergambar bagi setiap pemandangan dari atas atau dari jauh tentang pemandangan umat yang berada dalam suatu sistem, ketelitian dan susunan.

Salah satu waktu perubahan yang paling menarik dalam bulan Ramadhan: waktu berbuka tidak boleh dilengahkan dan tidak ditangguhkan walaupun satu minit. Rasulullah saw telah menjelaskan dalam sabdanya (bermaksud):

“Umatku akan terus dalam kebaikan selagi menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur.”

, yang mengesahkan hubungan rapat antara Ramadan dan umat secara keseluruhannya.
Di antara peristiwa perubahan yang paling lengkap pada bulan Ramadan: kita memelihara nikmat Allah kepada kita dengan melakukan revolusi rakyat dan meraih hasilnya. Kepantasan perubahan yang telah berlaku dan sedang berlaku sebagai tanda kekuasaan Allah ialah pelaksanaan undang-undang alam pada kadar kemampuan manusia. Inilah peluang yang telah tiba pada bulan Ramadan; untuk melaksanakan revolusi rakyat Arab dan memperolehi kemerdekaan mereka. Perubahan secara aman yang diingini rakyat dan kesedarannya yang berterusan mengenai revolusi dan terus memeliharanya walaupun masih menghadapi cabaran. Ini semua adalah hasil perancangan Allah semata-mata, yang telah mengejutkan Barat dan Timur, sepertimana telah mengejutkan ahli politik dan ahli-ahli fikir Islam dan lain-lain.

Salah satu pendirian perubahan yang paling kuat dalam bulan Ramadan: Memecahkan halangan takut dan gerun, yang menekankan bahawa kuasa sebenar untuk meminta pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah. Dengan itu para diktator dan rejim zalim tidak boleh menghambakan rakyat kita sekali lagi dan tidak boleh mengenakan pelbagai jenis ketidak-adilan dan kezaliman, kerana mempraktikkan firman Allah SWT (bermaksud):

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu. (Al-Qashash: 5-6)

Akhirnya, Ramadan adalah bulan perubahan dan pembaikan untuk umat:
Salah satu lambang terbesar yang menyumbang kepada penyatuan umat Arab dan Islam dengan semua negara, mazhab, bahasa dan adat; di mana semua bersetuju dengan semua umat Islam di seluruh dunia bahawa berpuasa pada bulan Ramadan adalah fardu yang wajib di dalam rukun Islam.

Di bulan Ramadan umat mengambil berat soal mengeluarkan zakat harta; di mana ianya dapat menyumbang dalam merawat masalah pengangguran dan jenayah dalam masa yang sama, juga menyumbang kepada berakhirnya kemiskinan sejagat. Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih daripada satu bilion seratus juta (1,100,000,000) orang miskin dan sangat miskin di dunia.

Di bulan Ramadan umat Islam mengeluarkan Zakat al-Fitr kepada orang yang memerlukan dan tidak memerlukan, untuk mewujudkan’takaful’ yang sebenar. Ini merupakan sesuatu yang diperkukuhkan oleh lebih daripada 130 ayat-ayat dalam al-Quran, dan beratus-ratus hadith nabi dalam menggalakkan untuk menderma dan mengorbankan harta kepada orang yang memerlukan miskin sama ada Islam atau tidak.
Ramadan menekankan kemerdekaan umat yang memiliki ciri-ciri tertentu dalam menghadapi serangan globalisasi yang menyeru kepada kemusnahan nilai dan akhlak, kerana umat Islam mempunyai sifatnya yang tersendiri, Allah SWT telah berfirman (bermaksud):

“dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”. (Al-Baqarah: 138).

Bulan Ramadan mengingatkan kita beberapa kemenangan umat dalam lipatan sejarahnya. Dua kemenangan yang paling besar pada zaman Nabi ialah Perang Badar dan penaklukan Makkah berlaku dalam bulan Ramadhan, pembukaan Al-Andalus yang diketuai oleh Tariq ibn Ziyad adalah pada 28 Ramadan 92 Hijrah, dan Pertempuran yang bernama Ain Jalut, di mana Mongol telah dikalahkan berlaku pada 15 Ramadan 658 Hijrah. Begitu juga Allah telah memberikan kemenangan pada 10 Ramadan pada tahun 1383H (6 Oktober 1973) ke atas Zionis perampas tanah dan tempat suci kita. Ini menepati janji Allah SWT yang telah berfirman (bermaksud):

“dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.” (Ar-Rom: 47),

Justeru, marilah kita jadikan Ramadan sebagai bulan perubahan supaya kita lebih dekat dengan pertolongan Allah yang sentiasa dekat. Firman Allah SWT (bermaksud):

“Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya?” Katakanlah: “Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!” (Al-Isra’: 51).

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, keluarga dan para sahabatnya.

Dan Allah adalah Maha Besar dan segala pujian hanya bagi Tuhan.

Perutusan dari Prof. Dr. Mohammad Badi’ – Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 21 / 7 / 2011


Artikel Asal:http://ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=88142

1 comments:

  1. IBU PUSPITA said...:

    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum