Video

Ujian Futur dan Cara Merawatnya

Thursday, June 25, 2009 1 comments


Erti Futur

Futur adalah perkataan dari bahasa Arab asalnya ia bermakna terputus, berhenti, malas dan lambat, setelah sebelumnya konsisten dan rajin. Dalam konteks amal dakwah, ia adalah satu penyakit yang menimpa aktivis dakwah dalam bentuk rasa malas, menunda-nunda, berlambat-lambat dan yang paling buruk ialah berhenti dari melakukan amal dakwah. Sedangkan sebelumnya ia adalah seorang yang aktif dan beriltizam.
Fenomena ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dan dihadapi oleh ramai mereka yang bertangungjawab dalam mentarbiyah para aktivis dakwah. Hakikat ini adalah kerana futur merupakan sifat semula jadi manusia. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadits yang bermaksud;

“Sesungguhnya bagi setiap amalan adalah masa-masa rajin dan tiap-tiap masa rajin ada futur. Namun barangsiapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk. Barangsiapa pula yang futurnya menjurus kepada selain sunnahku, maka ia telah tersesat.” (Riwayat Al-Bazzar)

Bahaya Futur
Walau pun futur adalah sesuutu yang lumrah berlaku dalam diri manusia tetapi ia mestilah diurus, sebagaimana yang diajarkan oleh hadits di atas dengan memalingkan perasaan itu kepada sesuatu yang sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan mengkibatkan kesan buruk.

Antara kesan buruk itu ialah;

1. Pengabaian kepada amanah.
Futur menyebabkan seorang aktivis dakwah bermalas dalam menunaikan tugas dakwahnya. Ini kadangkala sehingga menyebabkan tugas berkenaan lewat disempurnakan atau terbengkalai sehingga mengganggu keseluruhan projek yang hendak dilaksanakan. Apa jua pengabaian kepada kewajiban adalah pelanggaran amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala.

2. Gugur dari jalan dakwah.
Sekiranya futur tidak ditangani atau dibiarkan tanpa dirawat, ia akan menjadi satu tabiat. Lama-lama, perasaan ini menjadi sebati dan aktivis berkenaan menjadi semakin jauh dari amal dakwah. Akhirnya, ia terus tidak lagi terbabit dalam amal dakwah. Apabila seorang itu gugur dari jalan dakwah, maka ia telah hilang banyak kebaikan dari usaha dakwah. Lebih buruk lagi, ia telah mengabaikan kewajiban dakwah yang ditaklifkan ke atasnya sebagai seorang Muslim.

3. Mengakhiri kehidupan dalam keadaan yang futur.
Apabila seseorang itu berlama-lama dalam keadaan futur sehingga menjadi kebiasaannya, maka ia menanggung risiko besar untuk mati dalam keadaan sedemikian kerana dia tidak tahu akan masa kematiannya. Adalah ditakuti, jika Allah taala mengambil nyawanya sedangkan dia dalam keadaan futur, sedangkan Allah taala menghisab amal manusia berdasarkan akhir hayatnya. Maka sebab itulah, Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas...” (Riwayat Abu Daud)
Di dalam sebuah hadits, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya seorang hamba itu ada yang melakukan amalan ahli neraka padahal ia termasuk ahli syurga, dan ada pula yang mengamalkan amalan ahli syurga padahal ia termasuk ahli neraka. Sesungguhnya amal itu tergantung pada kesudahannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Kenapa Futur Berlaku?

Sebahagian dari langkah untuk menangani futur ialah memahami sebab ia berlaku. Dengan itu, kita dapat berusaha mencegah, menjangkakan atau mendiagnosnya, setelah itu merawatnya dengan preskripsi yang betul. Futur berlaku disebabkan oleh faktor-faktor berikut;

1. Melakukan amalan agama secara berlebihan, melampau atau memaksa diri.
Ramai aktivis dakwah begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga tidak memerhatikan aturan alam, anjuran Islam dan keupayaan diri. Akhirnya apabila naluri semulajadi futur muncul, ia menjadi lemah, jenuh dan bosan sebagaimana yang dinyatakan oleh hadits di atas. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w menganjurkan dalam sabdanya yang bermaksud;

“Jangan kamu memberat-beratkan diri. Nanti akan diberatkan ke atasmu.” (Riwayat Abu Daud)

“Tidaklah seseorang memberatkan diri dalam bergama, melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Oleh itu, pembimbing tarbiyah mestilah mendidik aktivis dakwah untuk mengikuti anjuran Rasulullah s.a.w dalam hadits yang bermaksud;

“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingg akamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yanag dilakukan secara rutin walau pun sedikit.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

2. Suka berlebih-lebih dalam perkara yang mubah.
Satu contoh ialah berlebihan dalam pemakanan. Walau pun makan adalah satu keharusan tetapi apabila seseorang itu berlebihan dalamnya, ia akan memberi kesan kepada tubuh dan rohaninya. Badannya menjadi gemuk dan berat untuk aktif yang menatijahkan rasa malas.
Contoh lain ialah tabiat melunsur internet atau berchat. Apabila seseorang berlebihan dalamnya, ia akan merasa ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk melunsur dan berchat. Akibatnya masa untuk dakwah menjadi kurang dan ia sering merasa konflik antara menggunakan masa untuk amal dakwah dengan tabiat melunsur dan berchat.
Untuk menjauhi futur, perlulah aktivis dakwah ditarbiyah agar berpada dalam perkara yang mubah.

3. Suka bersendiri dan berjauhan dari berjamaah.
Apabila seorang aktivis suka bersendiri, maka dia telah hilang satu benteng pertahanan dari syaitan kerana Rasulullah s.a.w bersabda bahawa syaitan itu lebih dekat kepada seorang dari kepada dua orang dan lebih dekat kepada dua orang dari kepada tiga orang. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal dakwah.

Oleh itu, aktivis dakwah mestilah dididik untuk melazimi teman-teman aktivis seorganisasi bagi mengelakkan futur. Pembimbing tarbiyah pula mestilah berusaha untuk sentiasa membina kemesraan aktivis dakwah dengan organisasinya dan memastikan kemesraan yang berterusan sesama aktivis.

4. Kurang mengingati mati dan Akhirat.
Antara faktor pendorong kuat dalam amal dakwah ialah hasrat mendapat pahala, rasa rindu dengan syurga, takut akan dosa dan siksa neraka. Kesemua ini berkaitan dengan mengingati akhirat. Oleh itu, apabila mengingati akhirat berkurangan, ia akan diganti dengan ingatan kepada benda-benda lain. Natijahnya faktor pendorong menjadi lemah dan futur menguasai diri.

Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk ditarbiyah agar mempunyai rutin ibadah tertentu yang akan terus mengingatkannya akan akhirat, bukan hanya bercakap mengenai fikrah atau menumpu pada kemahiran semata-mata.

5. Lengah dengan syubhat dan dosa.
Manusia akan pasti melakukan silap dan dosa tetapi ia tidak boleh mempunyai sikap toleransi dengan dosa atau bertoleransi setelah melakukannya kerana dosa akan membina titik hitam. Jika titik itu tidak dibiarkan ia akan melemahkan semangat dan mengakibatkan futur.

6. Membataskan aktiviti pada aspek tertentu sahaja.
Antara punca rasa jemu ialah tiada kepelbagaian. Oleh itu, pembimbing tarbiyah hendaklah membimbing para aktivis dakwah untuk mempelbagaikan segala tidakannya. Ia mesti mempelbagaikan ibadah mereka agar apabila mereka jemu pada satu ibadah, mereka masih melazimi satu ibadah yang lain. Ia mesti mempelbagaikan corak amal dakwah mereka agar mereka tidak mudah jemu dan bosan. Dengan itu, kemungkinan futur menjadi rendah.

7. Melupakan sunnah alam.
Futur berlaku juga apabila seseorang itu dalam melakukan amal dakwahnya tanpa mengikut aturan alam seperti mahu satu perubahan yang segera dan cepat, tidak realistik dengan harapannya, sehingga apabila usahanya selalu gagal, ia menjadi putus asa.
Termasuk dalam memelihara sunnah alam ialah menunaikan hak badan, keluarga dan hak-hak lain. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;


“Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, dirimu mempunyai hak atasmu, keluargamu jug amempunyai hak atasmu. Oleh itu, berikan setiap yang punya hak, akan haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Selain pembimbing tarbiyah sentiasa memerhatikan aspek ini dalam diri para aktivis, dia hendaklah memastikan agar tidak menjadi punca para aktivis mengabaikan hak-hak yang lain dengan memberi tugas-tugas atau tuntutan yang berlebihan.

8. Tidak ada persiapan menghadapi cabaran di jalan dakwah.
Jalan dakwah sentiasa dipenuhi oleh ujian. Seseorang yang tidak bersedia atau mempunyai persiapan akan pasti ditewaskan oleh ujian ini. Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk melalui program tarbiyah yang sistematik sebagai salah satu mekanisme persiapan di jalan dakwah.

Pembimbing tarbiyah tidak boleh hanya seronok melihat kesibukan aktivis dakwah dengan
pelbagai projek sehingga tidak ada masa untuk tarbiyah.

9. Lebih banyak bercampur dengan teman-teman.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud;

“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.” (Riwayat Abu Daud)

Maka sebab itu penting bagi pembimbing tarbiyah untuk membina kemesraan dengan para aktivis dan kemesraan sesama mereka. Dengan kemesraan itu, mereka saling mengasihi dan menjadi teman yang terbaik antara satu sama lain. Dengan itu juga, mereka tidak condong kepada golongan-golongan lain untuk dijadikan teman. Ini adalah cara yang lebih baik dari cuba control atau halang seseorang aktivis dari berkawan dengan yang lain.

10. Bekerja untuk dakwah tanpa bersistem.
Apabila seseorang bekerja tanpa ikut sistem dan perancangan yang baik, ia akan memenatkan diri sendiri dan kurang mendapat hasil yang baik. Ini pastinya akan menjejas semangat dan komitmennya.
Menjadi tanggungjawab pembimbing tarbiyah untuk menyepadukan pembinaan kemahiran yang betul sebagai sebahagian dari program tarbiyah bag imengelakkan faktor ini. Di samping itu, pembimbing tarbiyah sendiri mestilah menjadi contoh yang baik.

Merawat Futur
Setelah memahami punca-punca futur, maka merawatnya boleh dilakukan melalui perkara-perkara berikut;

1. Jauhi maksiat yang kecil, apatah lagi yang besar.

2. Mewujudkan rutin amalan dan ibadah, waktu siang dan malam.

3. Jauhilah segala sikap berlebihan, samada dalam menikmatai yang mubah atau dalam beribadah.

4. Membina kemesraan dengan organisasi dan rakan-rakan aktivis.

5. Mendidik aktivis untuk memahami aturan alam dan meraikannya dalam amal dakwah.

6. Menyemai budaya hidup yang teratur, sistematik dan terancang.

7. Berikan tempoh rehat (break) bagai para aktivis, sebelum timbul rasa lemah.

8. Benarkan sedikit perkara mubah bagi aktivis seperti bergurau, berehat, beriadah dll.

9. Berikan kisah-kisah para sahabat dan orang-orang soleh dan perjuangan mereka untuk diambil iktibar dan memperbaharui semangat.

10. Memberi peingatan yang menimbulkan ingatan terhadap mati dan akhirat.

11. Menggalakkan aktivis untuk melazimi majlis ilmu di luar program tarbiyah yang biasa kerana ia akan membantu proses pembinaan kefahaman yang betul dan menambah keberkatan.

Artikel ini ditulis berdasarkan buku Afat `Ala Tariq oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh dan terjemahannya bertajuk Terapi Mental Aktivis Harakah, terbitan Pustaka Mantiq, Indonesia, 1995.

Meneladani Imam Hasan Al Banna

0 comments


Al Banna dan Keusahawanan

Al Ikhwanul Muslimin menubuhkan banyak syarikat perdagangan dan perusahaan. Imam Hasan Al-Banna menjadi ahli Lembaga Pengarah kesemua syarikat-syarikat tersebut. Lantaran itu, beliau juga bersusah payah dalam kerja-kerja pengurusan syarikat-syarikat tersebut agar semuanya berjalan licin. Pihak Ikhwan cuba menawarkan gaji dan saguhati kepadanya tetapi beliau selalu menolak sambil berkata,

”Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada manusia. Saya akan menerima ganjaran daripada Allah sahaja.”

Beliau menunjukkan satu contoh yang ulung dalam bidang perdagangan dan perniagaan dan tidak mengharap ganjaran dunia dan kemewahan.


Al Banna dan Cita-Cita

Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:


"Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini."


Maafkan kami Wahai Gaza….

Wednesday, June 17, 2009 0 comments

“Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu”.

Demikianlah Allah Yang Maha Suci dan Perkasa memanggil nabi-Nya dan Rasul-Nya Muhammad saw, memberikan dukungan dan keteguhan kepadanya dihadapan tipu daya dan konspirasi musuh-musuhnya, dan begitu pula kami serukan kepada saudara-saudara kami yang terperangkap di Jalur Gaza dengan ungkapan ini:

“ Wahai saudara kami di Palestin; janganlah kalian merasa lemah dan merasa sedih..kerana keimanan, kesabaran dan keteguhan kalian akan menjadi contoh dan tauladan bahkan menjadi inspirasi bagi semua orang yang menginginkan kebebasan dan cita-cita kemerdekaan. Bahawa keteguhan kalian tidak akan sia-sia, dan kesabaran kalian tidak akan pergi tanpa makna, Allah bersama kalian dan tidak akan menyia-nyiakan perbuatan kalian.”

Wahai Ikhwah di Gaza yang kami cintai
Kami berlepas diri dan minta maaf kepada kalian oleh kerana ketidakmampuan pemerintah Arab dan pemerintah Islam; tidak memiliki usaha untuk menghentikan segala sekatan ke atas kalian, tidak mampu membela hak-hak kalian dan apa yang sedang kalian hadapi saat ini; sebuah bencana perang yang tanpa henti yang bertujuan untuk membantai, menundukkan dan menghentikan cita-cita kalian. Kerana itu, pada hari ini kami kohon maaf kepada kalian .. bukan kerana kegagalan usaha kami terhadap kalian, namun, kalian berada dalam situasi yang memprihatinkan, sedangkan kami semua adalah ikhwah se agama dan sedarah, kami akan serahkan ruh dan darah kami untuk membela kalian, terutama disaat pengorbanan berada dalam keperkasaan, sekalipun harus berhadapan dengan kezaliman dan kejahatan dari kerabat dekat.

Dalam sya’ir disebutkan:

Kezaliman yang berasal dari kerabat sangatlah keras yang akan menimpa jiwa…
daripada yang di dapat dari kejahatan orang lain… dan terhadap situasi penguasa yang hina dan memalukan

Kami minta maaf kepada kalian kerana situasi yang memilukan ini; yang di dalamnya terdapat pemimpin umat namun dalam diri mereka tidak memiliki i’tikad dan usaha sedikitpun untuk membela anak-anak, janda dan orang-orang lemah; yang telah menjadi korban kejahatan dan kekejaman, sehingga mampu menggerakkan hati yang memiliki hati yang hidup.

Allah berfirman:

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. (Ali Imran:139)

Wahai Ikhwah yang berada di Gaza yang -saat ini- terabaikan namun tetap memiliki jiwa yang teguh dan sabar

Wahai ikhwah yang memiliki keteguhan dan memiliki kesiapan untuk berperang..
Ketahuilah bahawa kalian berada dalam kebenaran, dan bahkan kalian adalah orang-orang yang paling mulia, paling perkasa dan paling kuat dari umat lainnya, bagaimanapun situasi kalian di dalamnya. Dan ketahuilah ada sebahagian pemimpin umat yang jujur dan memiliki kesucian hati berada dibelakang kalian untuk mendukung langkah-langkah kalian dan akan memberikan bantuan dengan apa yang mereka miliki, dan mereka, dalam situasi siap siaga untuk melakukan terbaik untuk kalian; baik tindakan yang termurah (ringan) dan yang termahal (terberat) sekalipun untuk membela kalian. Dan ketahuilah wahai ikhwah yang kami cintai, bahawa kalian adalah pembawa martabat dan kehormatan bangsa, dan yakinilah bahawa pertolongan dalam waktu dekat pasti akan datang, dan kemenangan itu telah dekat dan janganlah berputus asa.

Allah berfirman:

“Sungguh Allah akan menolong orang-orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa” (Al-Hajj:40)

Dan ikutilah firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman bersabarlah, dan kuatkan kesabaran dan bersiap siagalah (di perbatasan) kalian, dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung. (Ali Imran:200).

Situasi tragis yang terjadi tanpa henti di Gaza saat ini, merupakan aib yang melekat pada setiap dahi umat manusia secara keseluruhan, apalagi ditambah dengan diamnya dunia Arab dan dunia Islam terhadap apa yang sedang terjadi di Gaza melebihi batas rasional dan potensi manusia; walaupun pada hakikat dan kenyataan betapa buruknya situasi yang mampu menggerakkan benda mati dan angka-angka yang tidak masuk akal tampak dihadapan:

- 31 % dari pesakit untuk mendapatkan rawatan dan ubatan di luar negeri Palestin dihentikan oleh pihak Zionis yang terdiri dari anak-anak di bawah usia 15 tahun!.

- 1.700 pesakit jantung dan gagal ginjal serta anak bayi yang baru lahir terancam mati di jalur Gaza; oleh kerana terhentinya bilik-bilik operasi dan kehabisan peralatan pernafasan buatan di ruang perawatan intensif!.

- 93 % dari warga Palestin tidak mendapatkan akses kehidupan yang layak sehari-hari!.

- 51 % dari anak-anak tidak lagi memiliki keinginan untuk melibatkan diri dalam setiap kegiatan, dan 47% dari mereka tidak lagi mampu untuk melakukan tugas dari sekolah atau keluarga!.

- 41 % dari anak-anak di jalur Gaza mengalami tekanan dan trauma!.

- 48 % dari dari anak-anak menderita kekurangan gizi,

- dan kerana ketatnya sekatan ke atas wakyat Palestin, menyebabkan anak-anak Palestin terhalang untuk ke sekolah sehingga mencapai 40 % ketidakhadiran mereka ke sekolah, sementara sekitar 50% dari siswa menghdapi masalah tidak dapat fokus dalam pelajaran mereka.

- Lebih dari 3,500 perusahaan industri komersial dan perdagangan ditutup; mengakibatkan lebih dari 75 ribu warga Palestin kehilangan pekerjaan mereka!.

- Menurut laporan dari berita di Gaza, bahawa situasi ini bertentangan dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip kemanusiaan dan mampu menggetarkan anggota badan; di mana gedung perusahaan roti gandum mulai menggiling gandum yang diperuntukkan untuk membuat makanan burung dan binatang, namun diubah untuk menjadi tepung makanan guna memenuhi keperluan di pasar!

Ya Allah! apakah dengan situasi seperti itu tidak mampu menggerakkan hati nurani seorangpun dari penguasa Arab, hanya sekadar untuk menyediakan segala bentuk dukungan atau bahkan sekadar untuk mengakhiri atau mengutuk atau menyesali situasi yang memprihatinkan tersebut? Kelemahan seperti apa dan kehinaan bagaimana, situasi seperti itu dapat terjadi? Apakah situasi ini dapat mencegah pula bagi warga Gaza yang ingin pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadah Haji?

Situasi di Gaza telah membuat malu orang-orang yang berada di sebalik projek Zionis Amerika, menghilangkan perasaan belas kasih dan kepuasan dalam diri mereka, mengungkap kepalsuan, mengggugurkan seluruh lembar perjanjian, bahawa mereka adalah orang-orang yang berdosa kerana menghalang sampainya bantuan untuk masyarakat di jalur tersebut .. Apakah situasi seperti ini tidak mampu melembutkkan hati mereka- jika mereka memiliki hati seperti manusia secara umum – terhadap penderitaan anak-anak, orang sakit dan orang-orang yang lemah? !

Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan selamat dikebumikan

Tuesday, June 16, 2009 0 comments


Jenazah Syeikh Dr Fathi Yakan pengasas Jamaah Islam (cawangan Ikhwanul Muslimin) di Lubnan telah selamat dikebumikan di bandar Tarablas selatan Lubnan selepas solat Asar kelmarin. Jenazah beliau telah diiringi secara rasmi dan manusia dalam keadaan kesedihan memenuhi masjid Tinal (tempat jenazah disembahyangkan).

Diantara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden Syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Ulasan: Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamnya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Syeikh Mujahid Dr. Fathi Yakan Meninggal Dunia

Sunday, June 14, 2009 2 comments


Dunia pergerakan Islam abad 20 kembali berduka, tokoh pergerakan Islam yang banyak buku-bukunya dibaca dan menjadi rujukan para aktivis pergerakan Islam di seluruh dunia di awal tahun 80-90 an lalu telah menghadap Rabb nya.

Pemimpin Front Amal Islam - Syeikh Dr. Fathi Yakan yang juga seorang ulama terkenal dilaporkan telah meninggal dunia setelah mengalami sakit yang kritikal.

Stesyen Radio Voice of Lebanon mengatakan bahawa Mujahid Fathi Yakan meninggal dunia di Hospital Hotel Deu dimana pada malam sebelumnya ia mengalami sakit parah.

Syeikh Fathi Yakan seorang ulama Islam lahir pada tahun 1933 di Tripoli. Dia pernah menjawat jawatan sebagai anggota parlimen di Lubnan pada tahun 1992.

Beliau terlibat aktif dalam kerja-kerja dakwah di Lubnan pada pertengahan tahun 1950 an dan merupakan pelopor pembentukan gerakan Islam disana. Sebelum itu, Syeikh Fathi Yakan juga merupakan aktivis dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir. Beliau banyak mengarang pelbagai buku dakwah, tarbiyah dan gerakan Islam.

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum