Fadhilatul Ustaz Dr. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin menegaskan
bahawa Allah swt. mengutus kita sebagai ruh baru yang mengalir di tubuh umat
ini, sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Hasan Al-Banna rahimahullah ‘alaih.
Beliau mengatakan:
“Putera kami menjadi pemimpin, tokoh kami menjadi pahlawan dan wanita
kami adalah wanita pemberani. Bonda kami Hajar mengajarkan kepada kami
bagaimana lari-lari kecil antara shafa dan marwa, beliau melempar musuh yang
ada sampai sekarang di antara kita, yang itu kita lempari 70 kali saat di Mina.
Itu semua kita lakukan kerana ketaatan kepada Ar-Rahman, sekaligus sebagai
wujud keyakinan dan tawakkal yang mendalam kepada Allah swt.”
Dr. Badi’ menambahkan dalam kata sambutan pada sambutan Konferensi Harakah
Islamiyah di Sudan, bahawa Islam adalah agama yang sempurna, tidak meninggalkan
satu sisi kehidupan kecuali pasti dijelaskannya, tidak meninggalkan sedikitpun
sesuatu yang bermanfaat kecuali pasti kita diperintahkan melaksanakannya. Sebagaiman
juga dalam Islam wanita memiliki kedudukan yang tinggi. Hendaknya dunia
mengetahui bahawa Islam memuliakan wanita dan memberi kebebasan kepada mereka.
Beliau berpesan kepada pemuda, “Kalian adalah ruh umat, Rasulullah saw. Ingatlah ketika Rasulullah mengetengahkan kepada kalian wahai para pemuda agar kalian menjadi pemimpin umat ini, ketika Rasul memilih Usamah bin Zaid menjadi komandan pasukan sedangkan di antara pasukan itu ada Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali radhiyallahu ‘anhum, itu dilakukan agar menjadi pelajaran bagi umat semua.”
Beliau mengajak kepada semua komponen umat Muslim untuk bersatu padu dan menghilangkan perselisihan. Beliau mengatakan, “Kalian merepresentasikan tubuh umat ini. Tidak mungkin akan tegak dan kuat salah satu persendian kecuali dengan saling konsolidasi, saling merapat dan saling menyatu setiap persendian dan bahagian-bahagiannyanya, sehingga menjadi satu tubuh yang sihat, sehingga kalian mampu mewujudkan cita-cita umat ini. Dengan demikian Allah akan mengalirkan kebaikan-kebaikan melalui tangan dan kebijakannya. Dan bahawa negara zalim hanya berumur jagung sedangkan negara kebenaran dan keadilan akan kekal sampai qiyamis sa’ah.”
Allah berfirman: “Katakanlah, Ya Allah, Dzat yang Memiliki kerajaan, Engkau mengkurniakan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau meninggikan orang yang Engkau kehendaki dan menghinakan orang yang Engkau kehendaki. Di Tangan-Mu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Beliau melanjutkan, bahawa kita semua sekarang ini berada di semenanjung sungai Nil, air sungai yang mengalir yang merupakan sumber kehidupan. Ia mengalir di darah dan keringat kita dari selatan menuju utara, oleh kerana itu hendaknya kita semua menyatukan barisan, di setiap penjuru tempat. Hati dan jiwa menyatu meski fizikal berjauhan. Kalian di setiap tempat bersama Allah, oleh kerana itu hendaknya Allah selalu bersama kalian. Jika kalian tidak bersama Allah, Maka kalian akan bersama siapa?!
Mursyid menekankan bahawa darah rakyat Palestin dan Syiria mengiris hati setiap muslim dan warga Arab. Beliau menyeru agar semua bersatu menghentikan darah mengalir secepat mungkin sehingga umat Islam kembali memiliki izzah dan kewibawaan baru.
Di akhir kata sambutannya, Mursyid mengucapkan terima kasih kepada pemerintah dan rakyat Sudan yang telah menjadi tuan rumah perjumpaan besar ini. Beliau mendoakan agar Allah Azza wa Jalla mencurahkan keberkahan yang berterusan kepada mereka.
0 comments:
Post a Comment