Presiden Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan meninggalkan Gaza
sendirian, kerana Gaza menghadapi tragedi kemanusiaan. Beliau menyampaikan kenyataan
singkatnya setelah solat Jum’at di Masjid Fathimah Bandar Kaherah. Beliau
mengatakan: “Kami melihat apa yang terjadi di Gaza adalah permusuhan terhadap
kemanusiaan. Saya peringatkan dan saya ulang peringatan saya terhadap pelaku
pembunuhan bahawa mereka selamanya tidak akan dapat memusuhi Gaza.”
“Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian” ulang penegasan presiden Mursi. Beliau menambahkan juga, “Kami tegaskan kepada mereka atas nama rakyat Mesir semuanya bahawa Mesir hari ini berbeza dengan Mesir kelmarin. Bangsa Arab hari ini berbeza dengan bangsa Arab kelmarin.”
Di akhir pernyataannya beliau menyampaikan ucapan selamat bagi umat Muslim di seluruh dunia dengan datangnya tahun baru Hijrah.
Sementara itu, Perdana Menteri, Dr. Qandil telah selesai mengadakan kunjungan dari Gaza atas perintah presiden Mursi sebagai bukti dukungan penuh Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Perdana Menteri Turki, Erdogan menegaskan bahawa negaranya berdiri di sisi Palestin di Gaza. Beliau menyampaikan ucapan dalam konferensi pertubuhan di Istanbul hari Jumaat kelmarin bahawa dirinya akan mengadakan konferensi kesatuan bersama dengan presiden Mesir bagi menyatakan sikap bersama atas tragedi Gaza. Beliau juga menyatakan akan menghubungi presiden Amerika Barak Obama dan Setiausaha Agung PBB bagi membicarakan krisis Gaza tersebut.
Beliau juga menegaskan tidak akan ada komunikasi dengan pihak Israel, kerana tidak ada hubungan apapun di antara kami dan mereka. Beliau menyindir Israel yang menyerang Gaza hanya untuk kepentingan pilihan raya yang akan datang, dan ini juga yang dilakukan mereka pada tahun 2008 saat Israel menyerang Gaza.