Video

Islam Risalah Semua Zaman

Saturday, July 24, 2010


Islam adalah risalah bagi setiap zaman dan generasi, bukan risalah yang terhad pada masa yang tertentu yang peranannya habis dengan berakhirnya masa itu, sebagaimana keadaan risalah Nabi-nabi yang terdahulu daripada Nabi Muhammad s.a.w. Bahawa setiap Nabi diutus bagi jangka masa yang tertentu. Bila tempoh itu habis, maka Allah s.w.t. mengutus pula Nabi yang lain.

Adapun Nabi Muhammad s.a.w. adalah penutup para Nabi. Oleh itu risalahnya adalah risalah yang abadi yang berkekalan hingga ke hari Qiamat dan meliputi seluruh alam. Risalah yang membawa hidayah yang terakhir kepada umat manusia. Jelaslah bahawa tidak ada syariat selepas Islam, tidak ada kitab selepas al-Quran dan tidak ada Nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.

Tidak ragu-ragu lagi bahawa Islam adalah risalah masa depan yang abadi dan risalah masa lalu yang jauh. Sesunggughnya pokok iqtikad dan akhlaknya adalah menjadi risalah bagi tiap-tiap nabi yang diutus dan tiap-tiap kitab yang diturunkan. Maka semua Nabi datang dengan Islam, menyeru Tauhid dan menjauhi Thaghut.

“Dan Kami tidak men gutus seoranng Rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawsanya Tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka, sembahlah oleh Kamu akan Aku.” (surah Anbiyä:25)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap tiap umat (untuk menyerukan): Sembahlah Allah s.w.t. (saja,) dan jauhilah Thaghu’t itu.” (surah An-Nahli: 36)

Setiap Nabi memberitahu bahawa mereka adalah Muslim dan menyeru kepada Islam.

Nabi Nuh Alaihis’ Salam berkata:

“Dan aku diperintah supaya aku terinasuk golonganMuslimin.” (surah Yunus: 72)


Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihis’ Salam berkata:

“Ya Tuhan Kami jadikanlah kami be orang yang Muslim kepadamu dan ( di antara anak cucu kami Umat yang Muslim kepada Mu.” (surah al-Baqarah: 128)

Nabi Ibrahim dan Nabi Ya’kub berwasiat kepada anak-anaknya:


“Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memilih Agama ini bagimu, maka janganlah
kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.” (surah al-Baqarah: 132)

Nabi Yusuf Alahis’ Salam berdoa kepada Tuhannya:


“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkan aku dengan orang-orang yang soleh.”
(surah Yusuf: 101)

Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:

“Hai kaumku, jika kamu berima kepada Allah, maka bertawakkallah kepada Nya s sekiranya Kamu benar-benar Muslim.” (surah Yunus: 84)

Para tukang sihir Fir’aun ketika beriman kepada Nabi Musa Alaihis’ Salam berkata:

“Ya Tuhan Kami, Limpahkanluli kesabaran kepada kami dan

Petikan Tulisan Syeikh Dr. Yusof Qhardhawi, Islam Dakwah Yang Syumul

0 comments:

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum