Video

3 Cahaya Rabbani Nabi saw. Limpahkan Ke Hati Sahabat

Tuesday, February 23, 2010 0 comments

Perkara pertama yang perlu kita tumpu dalam dakwah kita, perkara paling utama yang perlu kita berikan perhatian sepanjang pertumbuhan, penonjolan dan perkembangannya ialah kesedaran rohani yang spontan. Kesedaran rohani pertama yang kita inginkan ialah hati yang hidup, kebangkitan perasaan dan sentimen yang sebenar. Tumpuan kita dalam membicarakan tentang sudut praktikal dalam melakukan perubahan dengan dakwah kita ini tidak setinggi tumpuan kita dalam menerapkan fikrah ini ke dalam jiwa manusia.

Kita mahukan jiwa yang hidup, kuat dan bertenaga. Kita mahukan hati baru yang menyala. Kita mahukan perasaan yang bergejolak membara. Kita mahukan roh yang bercita-cita tinggi. Jiwa yang dapat membayangkan betapa tingginya impian dan matlamat ini supaya ia dapat mengejar dan mencapainya. Memang benar matlamat dan impian ini perlu dijelaskan. Segala perasaan dan sentimen ini perlu dikawal. Perlu adanya tumpuan supaya akidah ini tidak lagi dipertikaikan dan tidak lagi diragui. Tanpa kejelasan dan tumpuan ini kebangkitan ini ibarat obor yang tidak bernyala di tengah kegelapan malam. Ia tidak dapat menyuluh dan tidak dapat memberikan kehangatan. Apakah kemuncak matlamat-matlamat ini?

Kita mahu memastikan dakwah kita ini menurut landasan dakwah yang pertama. Kita akan berusaha supaya dakwah yang baru ini akan menjadi penyambung kepada dakwah terdahulu yang dilaungkan oleh Rasulullah s.a.w. di lembah Mekah seribu tiga ratus tahun yang lalu. Memang sepatutnya kita bawa fikiran kita menyelusuri zaman yang penuh gemilang dengan cahaya nubuwwah ini. Zaman yang disinari wahyu yang agung. Agar kita dapat bersama tuan guru yang pertama iaitu pemimpin para pembimbing dan kebanggaan para rasul yang membawa petunjuk. Ini dilakukan agar kita dapat mempelajari semula agen perubahan dan kita dapat pelajari semula langkah-langkah yang perlu dilalui sepanjang dakwah ini.

Apakah cahaya rabbani yang dilimpahkan oleh Nabi s.a.w. ke dalam hati para sahabat hingga menyebabkan ia bersinar bercahaya selepas melalui zaman kegelapan? Apakah mata air rohani yang dialirkan ke dalam hati para sahabat hingga menyebabkan hati ini tumbuh membesar dan berkembang bersama rasa hati dan perasaan?

Ada tiga rasa hati yang Nabi s.a.w. limpahkan ke dalam hati para sahabatnya hingga berjaya membentuk hati-hati ini.


1) Nabi s.a.w. limpahkan ke dalam hati mereka bahawa apa yang baginda bawa ini adalah benar dan selainnya adalah salah. Baginda tanamkan bahawa risalah baginda adalah risalah yang terbaik. Pendekatan baginda adalah pendekatan yang terbaik. Syariat baginda adalah syariat yang paling lengkap yang mampu membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia. Baginda bacakan pula kepada mereka ayat al-Quran yang memperkuatkan lagi hakikat ini dalam jiwa mereka.

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan). (Al-Zukhruf: 43-44)

Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata. (Al-Naml: 79)


Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). (Al-Jathiyah: 18)
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Al-Nisa’: 65)

Para sahabat pun mengimaninya, lantas mereka meyakininya dan melaksanakannya.


2) Nabi s.a.w. melimpahkan dalam hati mereka bahawa selagimana mereka di pihak yang benar dan selagimana mereka adalah pendokong risalah cahaya ini dan yang lain tenggelam dalam kegelapan, selagimana di hadapan mereka masih ada hidayah langit untuk memimpin bumi ini, selagi itulah mereka perlu menjadi guru kepada seluruh manusia dan mendidik orang lain umpama seorang guru mendidik anak muridnya. Seorang guru akan menyayangi anak muridnya dan akan membimbing, memperbetul dan memimpin mereka ke arah kebaikan dan jalan yang betul.

Al-Quran turut menyokong nilai ini dan memperjelaskannya lagi. Dengan ini para sahabat telah menerima wahyu langit daripada nabi mereka.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Aali Imran: 110)


Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Al-Baqarah: 143)


Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama. (Al-Haj: 78)

Para sahabat mengimani nilai ini, meyakini serta melaksanakannya.


3) Nabi melimpahkan dalam hati mereka bahawa selagimana mereka mengimani kebenaran ini dan merasa bangga kerana turut bersamanya, Allah sentiasa bersama mereka untuk membantu, membimbing, menolong, menyokong dan menghulurkan segala pertolongan ketika orang lain menjauhkan diri daripada mereka. Allah akan menyelamatkan mereka di kala mereka amat-amat memerlukan pertolongan. Allah bersama mereka di mana jua mereka berada. Jika Allah tidak utuskan bantuan tentera daripada bumi nescaya Allah akan turunkan tentera daripada langit. Para sahabat sering membaca nilai-nilai ini dengan jelas dalam Kitab Allah.

Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Al-A’raf: 128)


Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. (Al-Anbiya’: 105)


Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugama-Nya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; - (Al-Haj: 40)


Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul-Ku tetap mengalahkan (golongan yang menentang). (Al-Mujadalah: 21)


Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf: 21)


(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. (Al-Anfal: 12)


Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. (Al-Rum: 47)


Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu. (Al-Qasas: 5)

Para sahabat membaca ayat-ayat ini. Mereka amat memahami, mengimani, meyakini dan kemudian mereka melaksanakannya.

Dengan ketiga-tiga nilai ini iaitu keimanan dan keyakinan yang tinggi dengan risalah Islam ini, rasa bangga kerana memilikinya dan harapan yang tinggi untuk menerima bantuan Allah, dengan izin Allah ketiga-tiga nilai ini telah berjaya ditanam oleh pemimpin pertama iaitu Nabi s.a.w. ke dalam hati para sahabat yang beriman. Baginda menggariskan matlamat hidup mereka. Oleh itu mereka mengorak langkah membawa bersama risalah mereka yang tersimpan di dalam dada dan juga di lembaran mereka, bertapak teguh bersama akhlak dan amalan mereka, mengharapkan limpah kurnia Allah dan yakin Allah akan membantu dan menolong mereka.

Dengan semangat ini seluruh bumi tunduk kepada mereka. Mereka berjaya menegakkan sebuah tamadun yang penuh dengan prinsip mulia serta peradaban akhlak yang berlandaskan semangat kasih sayang dan adil di dunia ini. Mereka mengubah hidup di dunia ini yang penuh dengan nilai kebendaan pasif yang keji kepada nilai rabbani dinamik yang terpuji. Allah tidak akan reda kecuali setelah cahayanya sempurna.
Ketiga-tiga nilai inilah yang menjadi matlamat utama kita dalam mengajak manusia.

Da'ie Sentiasa Berwaspada Dengan Perancangan Musuh

Wednesday, February 17, 2010 0 comments


Kalau ada kefahaman yang mengatakan bahawa dalam suasana damai dan tenang ini bererti tidak ada musuh, andaian itu merupakan satu kesalahan besar. Musuh sentiasa ada. Ini kerana kebatilan tidak akan pernah redha pada kebenaran, hatta sehingga dunia ini kiamat.

Allah swt. berfirman,

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang yang mereka ada-adakan." (QS. 6: 112)

Ketenangan, kedamaian dan keamanan yang ada sebenarnya cuma penampilan palsu. Hakikatnya situasi yang ada telah dimanfaatkan oleh gerakan jahiliah menyebarluaskan kebatilan mereka secara mudah, mengikut lunas-lunas perundangan,  agar pertarungan mereka tidak menyalahi hukum atau kesepakatan bersama. Dan begitu pun dengan kebenaran. Keduanya bertarung dalam koridor yang sah.

Teori jahiliah dalam menyerang kebenaran Islam sama sebagaimana ketika mereka di zaman Rasulullah saw, jika mereka merasa mereka kuat, ketenteraman dan keamana akan terus berlangsung. Jika mereka melihat kekuatan Islam semakin mendapat tempat di hati umat, pertarungan bertukar menjadi perang terbuka.

Itulah yang pernah terjadi dalam Perang Khandak. Ketika kekuatan Yahudi di Madinah mula goyah, mereka pun khianat dengan kesepakatan keamanan yang dipersetujui . Kekuatan Islam diserang dari dua penjuru: dari luar oleh Kafir Quraisy dan dari dalam oleh kekuatan Yahudi.

Walaupun Aman, Tenang, Damai dan apa pun keadaan, kewaspadaan itu perlu
Pertarungan yang dilancarkan musuh-musuh Islam tidak semestinya berbentuk fizikal. Boleh jadi serangan mereka berupa serangan pemikiran, penyebaran imej negatif terhadap Islam, merubah keaslian budaya Islam dan mendoktrinkan bahawa agama apa pun semuanya sama. Punya kelebihan, juga kekurangan. Termasuk ajaran Islam.

"Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci." (QS. 61: 8)

Tatkala umat Islam merasa aman dan santai dengan suasana hari ini, umat Islam menjadi tidak waspada. Mereka seperti menanggalkan ghirrah, rasa cemburu kalau Islam diperlekehkan, dihina, dan dikhianati. Kesannya, Islam akan kehilangan nilai dalam kehidupan nyata. Dan, yang tinggal cuma teks, simbol, dan ritual keagamaan. Umat Islam tidak ubahnya seperti buih: banyak, tetapi tidak punya kekuatan.

Sedemikian tingginya nilai kewaspadaan, Rasulullah saw. memberi keutamaan buat mereka yang berjaga malam dalam jihad. Baginda saw. mengatakan,

"Berjaga satu malam dalam perang fisabilillah lebih utama dari solat malam seribu kali dan siangnya berpuasa." (HR. Al-Hakim)

Walau apapun keadaan dan situasinya, siap sedia itu harus
Allah swt. berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 60,

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi..."

Menariknya, ayat ini tidak ditemukan asbabun nuzulnya. Setidaknya hal itulah yang ditulis Imam Jalaluddin Assuyuti dalam Kitab Lubabun Nuqul fi Asbaabin Nuzul. Namun, akan terasa jelas jika menghubungkan ayat tersebut dengan dua ayat sebelumnya. Iaitu, soal pengkhianatan orang-orang kafir terhadap perjanjian dengan umat Islam.

Hal ini menunjukkan bahawa keadaan aman dan damai juga boleh membawa bencana kepada umat dengan tiba-tiba. Boleh berubah 360 darjah tanpa di sangka. Hal ini boleh berlaku apabila musuh-musuh Islam yang sebelumnya terikat dalam kesepakatan damai mengubah haluan. Mereka merasa rugi jika terus ikut dalam kesepakatan. Dan, pengkhianatan adalah jalan lain yang boleh mereka lancarkan
.
Bayangkan jika perkara ini benar-benar berlaku. Umat akan panik, kebingungan. Dan akhirnya kucar-kacir. Setidaknya, tragedi kejatuhan khilafah Islam di Turki mampu menjadi pelajaran dan ikhtibar buat kita semua.

Walau apapun keadaan dan situasinya, keteguhan dalam barisan harakah Islam tidak boleh longgar
Situasi aman, tenang dan damai memiliki kesan positif dan negatifnya. Di antara impak negatif yang biasanya terjadi kepada para duah adalah lemahnya kesungguhan beramal. Umat Islam menjadi sibuk dengan urusan sendiri. Sibuk dengan kepentingan kerjaya, perniagaan, politik dan keduniaan. Saat itulah, semangat keakuan mulai dominan. Sedangkan musuh Islam itu satu. Dan gerak kerja mereka terorganisasi dengan baik. Perkara ini boleh dilihat melalui jaringan Yahudi dan Nasrani. Mulai dari persatuan dan institusi kebajikan, media massa, artis, kampus, buruh, hinggalah kepada anak jalanan. Mereka tiba-tiba punya satu suara saat umat Islam mulai berbalah sesama sendiri. Contohnya di Malaysia isu penggunaan kalimah Allah, telah mencetuskan suasana keliru dan tegang sesama muslim, begitu juga terhadap bukan Islam.

Allah swt. mengingatkan umat Islam untuk menjaga keakraban barisan duah dan harakah Islam. Inilah di antara prinsip perjuangan.

"...Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan teratur seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kokoh." (QS. 61: 4)

Semoga kita thabat di jalan dakwah dan tarbiyah.

Wallahua’lam.

Perhimpunan Perdana Bersama Ulama Palestin

Friday, February 5, 2010 0 comments

a

Amanat Terakhir Mantan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin 7

Monday, February 1, 2010 2 comments

Assalamualaikum,
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kemuliaan khusus kepada hamba-hamba- Nya yang beriman dengan kesatuan dalam agama dan menganugerahkan mereka untuk memikul amanah risalah reformasi dan pengislahan ke seluruh penjuru dunia serta memberikan janji berupa taufiq dan kemenangan di dunia dan pahala yang berganda di akhirat kelak.

Solawat dan salam serta keberkatan kepada pemimpin para nabi, contoh tauladan bagi para pendakwah dan mujahidin, beserta keluarga dan para sahabatnya serta para pengikutnya yang mengikuti petunjuk dan kebaikan serta orang-orang  yang berjalan meneladani mereka hingga hari kiamat. Amma ba’du…
Inilah risalah terakhir saya, semoga dalam setiap patah perkataan terkandung makna yang berharga kerana ini merupakan risalah yang saya tulis dalam kedudukan terakhir saya sebagai “qiyadah” (pemimpin) dalam tubuh jamaah yang penuh berkat ini dan dalam rangka memenuhi prinsip dan komitmen yang telah saya umumkan sejak Jamaah Ikhwanul Muslimin memberikan kehormatan, amanah dan tanggung jawab ini kepada saya sebagai orang pertama dalam jamaah dakwah yang sentiasa dinaungi Allah berupa kemenangan dan agar diketahui oleh mereka yang jauh dan dekat bahwa Ikhwanul Muslimin tidak terjejas dan tidak berubah serta mereka tidak berkata kecuali dengan apa yang mereka lakukan.

Keperluan Dunia Pada Dakwah Ikhwanul Muslimin

Wahai Ikhwan yang tercinta…
Wahai para pemilik ruh yang mulia, pendamping liku-liku perjalanan dan rakan kongsi dalam berbagai aspirasi dan inspirasi…

Sungguh dengan berkat taufiq Allah yang telah dianugerahkan kepada saya sejak awal dalam hidupku sebagai qiyadah dan hampir tujuh puluh tahun berlalu; yang telah memperkenalkan saya dengan dakwah yang penuh berkat ini, memberikan kehormatan kepada saya untuk dapat bertemu dengan seorang mursyid dan pengasas jamaah Ikhwanul Muslimin iaitu Imam Syahid Hasan Al-Banna (semoga Allah merahmatinya) dan hidup bersama  para generasi pertama dari orang-orang besar yang dikenali dalam sejarah moden samada mereka itu dari Mesir atau negara lainnya.

Begitu pula dengan berkat taufiq Allah jua yang telah menganugerahkan kepada saya keteguhan sekalipun  berada dalam tekanan dan ancaman serta memohon kepada Allah semoga sentiasa menganugerahkan keteguhan berada dalam hidayah-Nya sehingga kelak dapat dipersatukan dan dipertemukan dengan Rasulullah saw dan para pendakwah selepasnya hingga hari kiamat….!!
Saya sangat menyedari dan yakin bahwa dakwah merupakan keperluan utama bagi warga Mesir, keperluan bagi warga Arab dan umat Islam seluruhnya, bahkan keperluan bagi umat manusia di seluruh dunia.
Ini adalah kerana yang dipikul oleh dakwah adalah :

1.      Prinsip-prinsip pembaharuan Islam yang mulia.
2.      Petunjuk terhadap kemuliaan dan keagungannya.
3.      Memperbaiki pemahaman terhadap risalahnya.
4.      Risalah pembaharuan menyeluruh terhadap semua aspek kehidupan.

Ini bersesuaian sepertimana firman Allah swt :
“Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam”. (QS Al-An’am : 162)

Setelah tersebar banyak kekeliruan dan kesalahan yang menganggap bahwa Islam hanya terbatas kepada bentuk-bentuk ibadah dan amalan kerohanian semata-mata, maka dakwah Ikhwanul Muslimin datang untuk menyatakan bahwa :

1.      Islam adalah agama yang komprehensif.
2.      Islam menyelesaikan dan mengatur berbagai urusan hidup.
3.      Islam memberikan jalan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapi oleh manusia.
4.      Islam menempatkan sistem yang ketat dan berhati-hati padanya serta tidak terbelenggu di hadapan berbagai masalah dan sistem yang mesti dihadapi dan diperbaiki untuk kemaslahatan manusia.

“Islam adalah negara dan bangsa atau pemerintah dan rakyat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman, material dan harta atau keuntungan dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia merupakan aqidah yang benar dan ibadah yang sahih secara bersamaan”.

Dunia ketika ini sangat memerlukan pemahaman Islam yang seperti ini sehingga dengan demikian akan mampu :
1.      Mewujudkan harapan ramai orang.
2.      Menghadapi berbagai kerosakan.
3.      Memberikan jalan penyelesaian terhadap perdamaian yang sempurna dan kesejahteraan yang mententeramkan.

Alangkah indahnya, sekiranya umat Islam secara keseluruhan mahu menyedarinya! .

Manhaj Perubahan Menurut Ikhwanul Muslimin
Ikhwanul Muslimin menyedari bahwa cara untuk mencapai pemahaman yang benar terhadap Islam di tengah realiti kehidupan ini adalah dengan menghilangkan terlebih dahulu dalam realiti kehidupan bangsa tersebut berupa :
1. Perasaan yang terabai.
2. Akhlak yang rosak.
3. Kekikiran yang ditaati.

Oleh kerana itu perkara pertama yang mereka arahkan adalah “tarbiyah ruhiyah” iaitu :
1. Pembinaan terhadap jiwa.
2. Memperbaharui ruh.
3. Memperkukuhkan akhlak dan perilaku.
yang disasarkan tepat ke dalam hati setiap bangsa berdasarkan beberapa perkara berikut :

1 – Meletakkan “manhaj al-aqdi” (sistem aqidah) bagi Ikhwanul Muslimin yang berasal dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya saw yang sahih, tidak terkeluar darinya barang sedikit pun sehingga membuatkan Islam hidup di setiap persendian umatnya; memiliki kesedaran pada akal dan hati nuraninya dalam setiap gerakan dan perilakunya.

2 – Meletakkan “manhaj tarbawi” (sistem tarbiyah) untuk Ikhwanul Muslimin sehingga dengannya akan mampu mewujudkan komitmen yang benar dalam berbagai aspek Ibadah Islam dan syiar-syiarnya; di mana perkara tersebut berperanan sebagai cara yang efektif dalam  membersihkan jiwa dan mensucikan hati.

3 – Meletakkan “manhaj tsaqafi al-mutakaamil” (sistem budaya yang bersepadu dan sempurna) yang mampu memberikan pemahaman Islam yang benar dan sederhana sesuai dengan realiti Islam tanpa berlebihan dan tidak ada kekurangan, melindunginya dari salah faham dan penghinaan serta membentuk landasan yang kuat dan bersih untuk kesatuan dunia Arab dan Islam sejagat.

4 – Meletakkan “manhaj al-ilmi” (sistem ilmiah); agar dapat diterapkan prinsip-prinsip Islam dan etika-etikanya dalam berinteraksi, berperilaku dan bersosial. Ikhwanul Muslimin menghadirkan (walau di manapun mereka berada) contoh tauladan yang baik dalam segala bidang profesional dan sosial yang bermanfaat dan produktif.

5 – Meletakkan “manhaj haraki wa as-siyasi” (sistem harakah dan politik) yang diilham dan bersumber dari Islam. Oleh kerana itu, Ikhwanul Muslimin sentiasa menyeru untuk melakukan pengislahan atau reformasi yang komprehensif dan bersepadu, bekerjasama dengan berbagai komponen dan kekuatan bangsa tanpa terkecuali dengan menarik penyertaan rakyat dalam berbagai bentuknya, mencakupi berbagai keadaan yang merosakkan untuk dilakukan perubahan dan pembaikan atas dasar agama, bangsa dan identiti budaya serta peradabannya di mana mereka akan sentiasa turut serta dan terus aktif berperanan secara positif dalam setiap tindakan atau bertujuan untuk mengangkat kehormatan bangsa dan tanah air di segala bidang, samada di peringkat tempatan mahupun global.

6 – Meletakkan “manhaj al-jihadi as-shahih” (sistem jihad yang benar) yang dapat membezakan antara jihad melawan penjajahan ke atas negara melalui penentangan bersenjata dan jihad dengan cara damai. Mujahadah untuk memperbaiki sistem pemerintahan nasional yang rosak dan korup melalui nasihat, bimbingan dan arahan serta pembetulan konsep serta sentiasa turut serta secara aktif dalam bebragai kegiatan dan aktiviti; samada  sosial, ekonomi dan politik yang jauh dari tindakan kekerasan dan mengangkat senjata serta menyebarkan kedamaian di tengah-tengah masyarakat.

7 – Meletakkan carta-carta peraturan untuk kelengkapan struktur, persiapan ncangan, mengenalpasti strategi, pengambilan keputusan, pengembangan mekanisma, mengendalikan gerak kerja, penilaian pencapaian tujuan, memantau aktiviti dan perubahan serta memperbaiki kesalahan di bawah naungan ukhuwah, mahabbah (cinta), tsiqah (rasa percaya diri) dan indhibat (disiplin).

Selain dari itu, Ikhwanul Muslimin sentiasa melakukan :
1.      Kajian semula terhadap sistem dan peraturan mereka dari masa ke semasa.
2.      Mendiskusikan apa yang mesti diperbaiki dari suatu kesalahan lalu diluruskan.
3.      Menyemak orang yang memberikan nasihat di samping mencintai mereka.
4.      Berusaha memperolehi manfaat dari para pengkritik dan penentang dakwah mereka.
5.      Tidak pernah berhenti berusaha untuk meninjau berbagai perkembangan pada sikap dan pendapat sesuai dengan suasana baru yang mereka hadapi dan dari berbagai sikap dan idea-idea ini ditanggapi secara fleksibel selagi tidak ada pertentangan dengan tsawabit (unsur-unsur tetap) serta prinsip-prinsip yang mereka yakini.

Mereka memahami bahwa Ikhwanul Muslimin akan tetap berjalan baik selama mana ia menerima nasihat dan saranan dan semoga Allah swt merahmati Umar bin Al-Khattab yang telah mendoakan orang yang menunjukkan aib dirinya, beliau berkata:

“Semoga Allah merahmati orang yang menunjukkan aib diriku”.

Dakwah Ikhwanul Muslimin Adalah Dakwah Bagi Menyelamatkan Umat Tercinta
Melalui mimbar ini, tidaklah salah jika saya katakan :
Sesungguhnya dakwah Ikhwanul Muslimin jika difahami oleh umat, ia merupakan sebahagian dari usaha penyelamat, baik dalam manhajnya yang jika diikuti oleh sesuatu bangsa merupakan suatu keuntungan dan dalam perjuangan mereka jika mahu dibantu merupakan harapan dan bahwa mereka sentiasa berjuang untuk berada dalam perjalanan yang mereka tempuh demi memberikan perkhidmatan bagi agama dan bangsa mereka, insya Allah, tidak gentar terhadap orang yang menyakiti dan memencilkan mereka, sampai Allah memberikan kepada bangsa ini dan dunia dalam meraih kebahagiaan melalui kebaikan yang mereka tebarkan.

Oleh kerana itu, saya merasakan amat sesuai jika saya dapat mengingatkan bangsa dan yang merasa mendapat amanah pada dakwah kami lebih-lebih lagi mereka yang ragu dan bersikap skeptikal terhadap prinsip-prinsip dan nasionalisma kami bahwa ketika kami terlibat di atasnya, seperti yang diungkapkan oleh Imam syahid Hasan Al-Banna dalam Risalah “dakwatuna” ketika ia berkata:

” Kami ingin agar umat mengetahui bahwa mereka lebih kami cintai daripada diri kami sendiri. Sungguh, jiwa-jiwa kami ini senang gugur sebagai penebus bagi kehormatan mereka, jika memang tebusan itu yang diperlukan atau melayang untuk membayar kejayaan, kemuliaan, agama dan cita-cita mereka, jika memang mencukupi.

Tidak ada yang membawa kami bersikap seperti itu kepada mereka, kecuali kerana kasih sayang yang telah menambat hati kami, menguasai perasaan kami, menghilangkan perasan mengantuk kami dan mengalirkan air mata kami. Sungguh, kami benar-benar sedih melihat apa yang menimpa dan terjadi pada umat ini, sementara kita hanya sanggup menyerah pada kehinaan, keridhaan pada kerendahan dan pasrah pada keputusasaan.
Sungguh kami bekerja di jalan Allah untuk kemaslahatan bagi seluruh manusia lebih banyak dari apa yang kami lakukan untuk kepentingan diri kami. Kami adalah milik kamu semua wahai saudara-saudara tercinta, bukan untuk orang lain. Sesaat pun kami tidak akan pernah menjadi musuh kamu.
Kami tidak merasa berjasa dengan sesuatupun dan tidak pula menganggap diri ini lebih utama. Kami hanya meyakini akan firman Allah swt :

“….Sebenarnya Allah, dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar.” (QS Al-Hujurat : 17)

Kami sering berangan-angan (andaikata angan-angan itu bermanfaat) bahwa hati kami terbuka di hadapan mata dan telinga umat ini, sehingga saudara-saudara kami dapat melihat sendiri. Adakah mereka melihat sesuatu dalam hati kami, selain menginginkan kebaikan untuk mereka, rasa kasih sayang terhadap mereka serta rela mati untuk kemaslahatan mereka?

Apakah mereka menemui dalam hati kami selain kepedihan mendalam atas apa yang kita alami?
Namun cukuplah bagi kami bahwa Allah swt mengetahui itu semua. Hanya Dia-lah yang menjamin dukungan yang tepat agar kami sentiasa berada dalam kebenaran. Di tangan-Nya-lah berada semua kendalian dan kunci hati. Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada yang dapat menyesatkannya. Dan siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada yang dapat menunjukinya. Cukuplah Allah bagi kami. Dialah sebaik-baik tempat bergantung. Bukankah Allah yang mencukupi seluruh hanba-Nya?”

Masa Depan Yang Cerah Bagi Dakwah Yang Dipikul Oleh Ikhwanul Muslimin
Wahai Ikhwanul Muslimin, ketahuilah bahwa masa depan yang cerah adalah bagi jamaah, dakwah dan agama kamu.. Perkara ini adalah disebabkan oleh beberapa alasan berikut:

1. Allah berjanji kepada mereka yang gigih dan ikhlas berjuang untuk agama mereka
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan aku”. (QS An-Nuur : 55)

dan firman Allah swt lagi :

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. Dan Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.” (QS Al-Hajj : 40 – 41)

2. Bahwa projek peradaban dalam rangka melakukan reformasi peradaban yang kamu pikul telah menunjukkan realiti sejarah dan realiti fikiran, dan dalam kenyataannya lebih bermanfaat bagi umat manusia dan menjadi penyelamat dari kehancuran, kerana itu ia memegang rahsia penerusan hidup; walabagaimana keadaan dan situasi serantau dan dunianya.

“Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; Adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi”. (QS Ar-Ra’d : 17)

3. Bahwa projek kebangkitan dan penyelamat yang kamu tetap berpegang teguh padanya telah banyak mengalirkan darah suci dari para syuhada’, pejuang dakwah ini, dimulai dari Imam Syahid Hasan Al-Banna dan mujahid Asy-syahid Izzuddin Al-Qassam, kemudian diteruskan dengan mengalirnya darah para syuhada pejuang dakwah yang berada di penjara kezaliman seperti : Muhammad Farghali, Abdul Qadir Audah, Muhammad Yusuf Hawasy, Ibrahim Tayyib, Hindawi Duwair, Mahmud Abdul Latif, Sayyid Quthb, Abdul Fattah Ismail, Kamal As-Sananiry, Abdullah Azzam, dan lain-lainnya.
Dan di akhir-akhir ini syahidnya para syuhada’ di bumi Palestin yang tercinta seperti: Ahmad Yaasin, Abdul Aziz Rantisi, Solah Shahadah, Fathi Asy-Syiqaqi, Yahya Ayyash , Nizar Rayyan, Said Siyam dan para pahlawan lainnya dari para pejuang dan pasukan penentang serta puluhan ribu warga yang tetap bersabar dan bertahan serta teguh di Palestin yang sedang mengalami berbagai jenis ketidakadilan dan dijerumuskan di dalam penjara ketidakadilan dan kezaliman atau di bawah kongkongan tawanan di penjara dan mereka yang telah menorehkan sejarah terbaik akan keteguhan jamaah Ikhwanul Muslimin melalui beberapa dekad jihad dan dakwah di Mesir, Palestin dan lain-lain.

Inilah darah dan pengorbanan yang tidak akan hilang dan sia-sia Insya Allah, dan kamu telah melihat buahnya berupa beralihnya perhatian umat terhadap dakwah kamu serta berkumpulnya mereka dalam dakwah kamu, memberikan dokongan yang penuh untuk projek kamu sampai akhirnya dakwah ini menjadi bahan perbincangan dan perhatian umat dan memenuhi pendengaran dan penglihatan puluhan negara-negara Arab dan Islam.

4. Bahwa dakwah dan jamaah kamu mampu menyatukan sejumlah besar dari para insan terbaik dan elit dari kalangan para intelek, ilmuwan, ahli akademik, ahli ekonomi, ahli politik dan profesional yang jujur dan tulus serta sangat sedikit kelompok yang mampu menandingi jamaah seperti ini (samada secara kuantiti atau kualiti) dari berbagai kelompok lain atau dakwah lain di dunia ini, terlepas dari semua tekanan yang diperlakukan oleh rejim-rejim otoritarian dan korup, maka ini semua menandakan bahwa dakwah kamu merupakan kunci masa depan insyaAllah.

5. Bahwa projek kebangkitan dan reformasi mampu menggabungkan antara keaslian dan pembaharuan, kelenturan dan kesan positif, kerana sentiasa menjaga dan memelihara simbol-simbol suci dan unsur-unsur tetap dalam syari’ah yang tidak pernah ragu dalam menangani semua idea-idea baru yang bermanfaat dan sejahtera, slogannya adalah hadits Nabi saw :

“Kata-kata hikmah merupakan sesuatu yang hilang dari orang yang beriman, di mana ia berada maka ia lebih berhak mendapatkannya.” (HR Tirmizi dan Ibnu Majah).

Jadi kita wahai Ikhwanul Muslimin sentiasa mencari hikmah dengan penuh kesungguhan dan ketulusan sepertimana seseorang yang sedang mencari sesuatu yang hilang oleh kerana terlepas darinya dan jika menemuinya maka akan lebih bersemangat  untuk memanfaat dan melaksanakannya.
Begitu pula Ikhwanul Muslimin tidak akan pernah lengah sedikitpun dalam menyebarkan kebenaran demi kesejahteraan bangsa dan umat serta tidak akan pernah terlambat dalam menerima kebenaran dan kembali kepadanya lalu menjunjung tinggi kebenaran tersebut, dan itu merupakan penyebab yang paling utama dalam menuju kejayaan dan kekuatan mereka.

6. Bahwa mereka yang kamu hadapi dengan penentangan dari rejim-rejim yang menekan dan pemerintahan yang korup dan jahat tidak akan mampu berdiri di tanah yang kukuh kerana :

a.       Mereka tidak memiliki unsur-unsur yang kukuh sepertimana kemuliaan kamu dan kelapangan dada serta kebersihan tangan kamu dan tidak akan mendapatkan penerimaan yang hakiki dari suatu bangsa, sehingga mereka berusaha melindungi dan mempertahankan kedudukan mereka dengan tongkat kekerasan dan kediktatoran.

b.      Mereka tidak memiliki kemampuan untuk menghalang kamu melalui ideologi dan politik serta kesetiaan kamu kepada bangsa.

c.       Mereka  tidak memiliki jalan penyelesaian lainnya dalam menghadapi kerja kamu kecuali dengan menangkap dan berusaha menggagalkan projek kamu, memecahbelahkan antara kamu dengan umat sehingga membuatkan kamu dan umat terasing dan berusaha dengan kuat untuk menghancurkan agama kamu serta memutarbelitkan jihad kamu.

Namun itu semua telah membuktikan bahwa segala usaha yang mereka lakukan tidak mampu diwujudkan kecuali semakin meningkat persatuan barisan kamu, memperteguh prinsip-prinsip kamu dan menambah rasa cinta rakyat dan bangsa kamu.

Hal ini sepertimana yang diungkapkan oleh Abu Tayyib al-Mutanabbi :
“Jika datang kepada saya orang yang mencela # Maka itu merupakan kesaksian akan kesempurnaan saya”

7. Bahwa projek Ikhwanul Muslimin adalah projek untuk melakukan kebangkitan dan reformasi yang bertujuan untuk memerdekakan negara Arab dan Islam dari berbagai bentuk kekuasaan asing di semua bidang seperti ekonomi, politik, budaya, kerohanian dan pembebasan tanah Arab dan Islam dari kongkongan penjajahan.

Oleh kerana itulah projek mereka terfokus pada melakukan penentangan terhadap projek Zionis Amerika yang melakukan penentangan terhadap Ikhwanul Muslimin dan menyelewengkan wajah mereka yang bersih serta memerangi projek Islam sebagai tujuan mereka.

Sebenarnya projek mereka hari demi hari mulai menampakkan kelemahan dan hilang kekuatannya serta mengikis keyakinan pendukungnya dan bahkan mulai terhakis pula (akibat sikap mereka yang salah) pada setiap harinya populariti mereka di hadapan bangsa dan masyarakat mereka sendiri dan mulai beralih kepada projek peradaban Islam yang terus menarik perhatian dan meningkatnya penerimaan dan dukungan yang luar biasa dari umat yang mendambakan kemerdekaan dan kemuliaan, terutama pemuda yang memiliki jiwa semangat.

“Dan Sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al Quran setelah beberapa waktu lagi”. (QS Shaad : 88)

Wahai Ikhwan Marilah Bekerja Kuat

Oleh kerana itu, saya menyeru kepada Ikhwanul Muslimin untuk tetap berpegang teguh pada dakwah dan prinsip kamu dan genggamlah dengan erat dan jangan ragu-ragu atau takut meskipun :
1.      Harus berhadapan dengan tindakan sewenang-wenangnya bagi kemerdekaan dan kebebasan kamu.
2.      Berhadapan dengan peperangan yang tidak seimbang atas kamu.
3.      Diskriminasi secara keji atas hak kamu dalam mencari rezeki.
4.      Putarbelit yang jahat atas dakwah dan simbol-simbol kamu.

Itu semua merupakan cukai di atas jalan dakwah yang mesti kamu bayar dan tanda kemenangan sudah dekat mengalahkan segala bentuk ketidakadilan dan kezaliman insya Allah.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, Padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, Maka Sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada’. dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”. (QS Ali Imran :139-140)

Hadapilah masa depan yang ada di tangan kamu dengan iman yang teguh dan tenaga kerohanian, material dan moral yang agung dan dengan apa yang kamu miliki dari berbagai unsur keberkatan, baik dari laki-laki mahupun wanita, pemuda mahupun pemudinya, bersatulah dalam kasih sayang  kerana Allah, ukhuwah Islam dan kesetiaan terhadap manhaj yang bijaksana tanpa mengenal rasa putus asa, tidak ada keluhan dan tidak terlambat dalam mempersembahkan pengorbanan demi agama dan bangsa mereka.
Ketika ini saya ingin mengumumkan kepada kamu dan kepada dunia keinginan saya untuk mewujudkan apa yang telah saya janjikan kepada kamu iaitu melepaskan jawatan dan kedudukan saya sebagai qiyadah kepada darah segar dan jiwa baru yang penuh bertenaga kerana saya yakin bahwa jamaah yang memiliki banyak tenaga dan keahlian sangat layak mencapai dan mewujudkan harapan dan pilihan yang terbaik anasirnya insya Allah.

Jangan takut akan suatu perubahan kerana di dalamnya ada keberkatan yang mulia, berhati-hatilah dari bersekutu atau berhenti melakukan pembaharuan darah segar; kerana itu akan mengganggu tenaga dan potensi serta menunda perjalanan menuju tujuan yang dicita-citakan.
Adapun kepada ikhwan tercinta yang berada di sebalik penjara dan tembok penindasan dan ketidakadilan, di sebalik pengadilan tentera yang zalim atau dalam penangkapan yang tidak bertamadun dan jahat atau dalam peristiwa-peristiwa palsu dan lemah yang ditujukan kepada mereka, saya sampaikan kepada mereka salam dan penghargaan yang tulus kerana kesabaran dan keteguhan mereka, sebagaimana saya sampaikan kepada ayah, ibu, isteri dan anak-anak mereka dan saya berharap dan memohon, semoga Allah memberikan kebebasan dan kemerdekaan segera dan untuk dakwah sebuah kemenangan yang dekat.

Menuju Kesatuan Dan Kekuatan Islam, Nasionalisma Dan Patriotisma Bangsa
Ikhwanul Muslimin sedar sepenuhnya bahwa mereka tidak akan mampu secara bersendirian mewujudkan harapan bangsa dalam bentuk kebangkitan dan reformasi.
Mereka tidak melihat diri mereka kecuali sebagai salah satu komponen penting yang memiliki tugas dan jamaah yang besar dan setia dari berbagai komponen dan kekuatan penting lainnya, bahwa kemenangan tidak akan tercapai kecuali dengan menyeragamkan potensi dan menyatukan kekuatan.
Oleh sebab itulah mereka terus membentangkan tangan mereka menjangkau setiap orang yang memiliki kesetiaan dan kejujuran dari semua sisi dan arah; samada dari kalangan yang bersimpati, ahli politik dan para intelek untuk turut serta dan bekerjasama dalam amal-amal demi kemaslahatan bangsa.
Dengan wujudnya mereka-mereka yang ikhlas dari semua pihak dan juga dari Ikhwanul Muslimin, telah tersedia berbagai aktiviti dan agenda yang sedang menunggu berlakunya genggaman tangan dengan tangan lainnya dalam satu kesatuan dan berpadunya kekuatan dan potensi dengan kekuatan dan potensi lainnya, sebagai usaha untuk memberikan kebaikan dan manfaat untuk semua, dan kami telah melakukannya, maka apakah kamu juga telah melakukannya?

Saya akan ulangi kandungan ungkapan yang sentiasa dilontarkan oleh Ikhwanul Muslimin:
Kami adalah jamaah Ikhwanul Muslimin yang tidak bekerja secara mutlak untuk menjatuhkan seseorang (individu) atau mengurangkan peranannya, sebagaimana kami juga  menolak orang lain yang bekerja dengan penuh kekuatan untuk menjatuhkan kami atau menghadkan aktiviti kami.

Kami melihat dengan penuh kejujuran dan ketulusan bahwa negeri yang mulia ini yang kita jadikan sebagai bahtera bagi semua orang yang sangat memerlukan adanya usaha dari semua pihak dengan menampakkan wawasan yang berbagai untuk menyelamatkan bahtera ini dari tenggelam serta memastikan ianya di bawah naungan demokrasi yang bersih dan syura yang bijaksana berdasarkan prinsip rakan perkongsian di antara anak-anak bangsa; bukan prinsip untuk saling mengalahkan dan menjatuhkan seseorang atau dengan mengorbankannya untuk kepentingan orang lain.

Adapun mereka yang terus menentang dan memusuhi kami, enggan bekerjasama kecuali memusuhi dan memfitnah atas kami dan memandang kami dengan penuh kecurigaan dan ketidakpercayaan atau dengan pandangan yang angkuh penuh kesombongan, tidak ada yang dapat kami sampaikan kepada mereka kecuali

“Bagi Kami amal-amal Kami dan bagimu amal-amalmu, Kesejahteraan atas dirimu, Kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil”. (QS Al-Qashash : 55)

dan kami doakan untuk mereka seperti yang pernah dilantunkan oleh Nabi saw dalam doanya :

“Ya Allah, Ampunilah kaumku, kerana mereka belum memahami”. (Muttafaq alaih)

Ucapan Terimakasih Dan Penghargaan
Sungguh, saya telah diberikan amanah tanggungjawab menjadi qiyadah pada jamaah yang penuh berkat ini selama enam tahun, penuh dengan peristiwa dan kerja dan di samping saya ini ramai para Ikhwan anggota Maktab Irsyad yang mulia, dan mereka adalah sebaik-baik pemberi dokongan dan sandaran bagi saya dan bagi dakwah yang penuh berkat ini.

a. Di antara mereka ada yang berhasil menunaikan tugasnya dengan baik dan sempurna hingga meninggal dunia dan kami memohon kepada Allah semoga mereka kelak dinaungi rahmat Allah.

b. Di antara mereka ada yang masih tertahan di tangan kezaliman dan berada di sebalik tembok penjara.
c. Di antara mereka ada juga yang terus menerus berhadapan dengan penindasan, penyiksaan dan penahanan secara berulang.

Namun meskipun demikian, mereka tidak pernah merasa lemah dan lesu, apalagi ragu-ragu untuk melaksanakan tugas, berkorban masa dan waktu istirehat serta jiwa mereka, semoga mereka mendapat pahala dan ganjaran yang besar dan berganda dari Allah dan  saya ucapkan  terima kasih yang tulus dan penghargaan dan saya berharap semoga Allah memberikan limpahan rahmat dan taufiq untuk kebaikan dakwah dan bangsa.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada para Ikhwan yang mulia para mas’ul jamaah ini samada yang berada di dalam dan di luar negara yang :
1.      Teguh dalam keimanan.
2.      Teguh dalam dakwah.
3.      Amanah dalam menunaikan tugas risalah.

Saya memohon kepada Allah semoga memberikan kepada dakwah dan para pemikulnya ganjaran dan pahala yang terbaik.

Akhir sekali yang ingin saya sampaikan adalah bahwa seluruh manusia pasti melakukan kesalahan dan kekeliruan dan saya bukanlah manusia terbaik di dalamnya dan semua anak cucu Adam pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah yang mahu bertaubat (mengakui kesalahannya) .

Oleh kerana itu, saya memohon semoga Allah menerima amal saya, memaafkan dan mengampuni kesalahan saya dan mengakhiri hidup saya dengan pengakhiran yang baik seperti para hamba-hamba- Nya yang soleh, dan akhir dari doa kami adalah segala puji hanya untuk Allah.

Allahu Akbar Walillahilhamd

Solawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada Nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabat semua.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Muhammad Mahdi Akif
Mantan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ketujuh

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum