Video

Hasil Tulisan Imam Hasan Al-Banna.

Thursday, April 23, 2009 0 comments


Imam Hasan Al-Banna adalah seorang pendakwah Islam dan juga tokoh pembaharuan. Hasan Al-Banna himpunkan sekumpulan orang-orang Islam yang berwibawa serta mempunyai kesanggupan untuk hidup dan mati dalam memperjuangkan Islam. Beliau ingin menegakkan cara hidup Islam di Mesir. Lantaran itu, beliau menumpukan lebih banyak masanya di sudut amali gerakannya, iaitu memberi latihan akhlak dan rohani kepada para anggota Ikhwan. Pernah beliau ditanya, ‘Mengapakah awak tidak mengarang buku?’ Imam Hasan Al-Banna menjawab, ‘Saya ‘menulis’ manusia.’ Ini bermakna beliau melatih manusia dari segi akhlak dan ilmu untuk perjuangan Islam. Walau bagaimanapun beliau ada menulis beberapa buah buku berikut:

i. ‘Muzakirat ad-Da’awah wa-Dai’yiah’
Inilah hasil karyanya yang terulung. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama menyentuh kehidupan peribadinya dan bahagian kedua pula ialah mengenai kegiatan Ikhwanul Muslimin.

ii. ‘Risaail-Al-Imamu-Syahid.’
Buku ini ialah himpunan beberapa makalah yang disusunnya pada waktu waktu tertentu sepanjang hayatnya. Buku ini terbahagi kepada tajuk-tajuk yang berikut:

1) 'Risalatu Ta'alim.'
Buku kecil ini mengandungi arahan-arahan yang diberinya kepada mereka yang memasuki gerakan Ikhwanul Muslimin. Ia ditunjukkan kepada para ahli Ikhwanul yang telah berbai’ah. Dalam buku kecil ini, dia menjelaskan sepuluh dasar bai’ah: Seterusnya Imam Hasan Al-Banna menerangkan segala kewajipan ahli-ahli Ikhwan di dalam semua bidang kehidupan selepas sahaja melakukan bai’ah. Beliau juga menetapkan peraturan-peraturan yang perlu di ikuti dan yang patut ditinggalkan.

2) ‘Risalah Jihad’
Makalah ini menerangkan kewajipan, kepentingan dan kelebihan Jihad. Imam Hasan Al-Banna menulis makalah ini ketika para sukarelawan ‘Ikhwanul Muslimin’ melancarkan Jihad terhadap Yahudi di Palestin. Manakala ini merupakan panduan untuk para mujahidin Islam.

3) ‘Da’watuna Fi Taauri Jadid’:
Makalah ini bermaksud ‘Dakwah kami di tahap baru’. Makalah ini ditulis ketika gerakan Ikhwanul Muslimin sedang pesat berkembang dan ramai para belia sedang menganggotainya. Para penentang juga menyatakan keraguan mereka terhadapnya. Imam Hasan Al-Banna juga menjelaskan, setiap kecaman yang ditunjukkan kepada Ikhwan oleh para penentangnya. Beliau menerangkan bahawa gerakan Ikhwan ini tidak terhad kepada mana-mana kumpulan tertentu tetapi ia sebenarnya adalah bercorak sejagat dan merangkumi seluruh umat manusia. Makalah ini juga menerangkan pendapat Ikhwan mengenai fahaman kebangsaan Mesir, fahaman kebangsaan Arab, fahaman Orientalisme (Ketimuran) dan fahaman Universalisme (kesejagatan) yang sedang melanda Mesir.

Berhubung dengan perkara ini, Ikhwan berpendapat seperti berikut:
‘Kami ingin menegakkan sebuah negara Islam di Mesir. Negara Islam ini akan mengamalkan dasar-dasar Islam; menyatukan orang-orang Arab dan memelihara kebajikan mereka dan menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia daripada penindasan dan kekejaman. Di samping itu, negara Islam ini akan menyebarkan Islam dan menguatkuasakan undang-undang Allah.’

Di akhir makalah ini, Hasan Al-Banna menyatakan hasratnya hendak membina sebuah masyarakat yang terdiri daripada orang-orang perseorangan dan keluarga-keluarga yang berpegang teguh kepada Islam.

4) ‘Ar-Risail Ats-Tsalaasah’:
Karya Hasan Al-Banna yang ini pula terdiri daripada tiga makalah. Tajuk makalah yang pertama ialah ‘Apakah tugas kita?’. Tajuk makalah yang kedua ialah ‘Ke arah mana kita menyeru manusia?’. Tajuk makalah yang ketiga pula ialah ‘Risalah Cahaya’.

Sebenarnya makalah yang ketiga itu ialah surat Hasan Al-Banna kepada Raja Mesir Shah Faruq, Perdana Menteri Mesir Nihas Pasya dan para pemimpin Negara-negara Muslim yang lain. Surat tersebut ditulis dalam tahun 1936. Surat ini menerangkan dengan panjang dasar-dasar Islam, kebudayaan dan tamadun Islam. Beliau menyatakan kesalnya kerana orang-orang Islam telah mengamalkan cara hidup Barat sedangkan mereka mempunyai dasar fahaman (ideologi) mereka sendiri yang lebih hebat. Beliau juga membuat perbandingan antara cara hidup Islam dengan cara hidup Barat.

Sebagai kesimpulan, beliau menegaskan bahawa hanya Islam sahajalah yang merupakan penyelesaian kepada segala masalah dan ia juga boleh menjamin kemajuan dan kebahagian kepada sesebuah negara. Akhir sekali beliau memberi lima puluh cadangan. Sepuluh cadangan berkaitan dengan politik, perundangan dan pentadbiran. Tiga puluh cadangan menyentuh dasar-dasar kemasyarakatan dan pendidikan. Sepuluh cadangan yang terakhir itu berhubung dengan masalah ekonomi.

5) ‘Perbandingan di antara yang dahulu dan sekarang'.
Makalah ini ialah yang pertama sekali ditulis oleh Imam Hasan Al-Banna. Ianya ditulis sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama. Dalam makalah ini, beliau menerangkan dasar-dasar Islam dan ciri ciri pembaharuan ummah. Pada peringkat awal, beliau membincangkan negara Islam pertama yang berlandaskan AlQuran di bawah pimpinan baginda Rasulullah (s.a.w.) sendiri. Berikutnya, beliau menyentuh sebab-sebab kejatuhan umat Islam. Akhirnya, beliau mengatakan bahawa Ikhwanul Muslimin mengajak manusia kepada kesejahteraan yang berkekalan.

6) 'Risalatul Mu’tamarul Khamis’.
Makalah ini merupakan syarahan Hasan Al-Banna di dalam Muktamar Kelima Ikhwanul Muslimin. Dalam syarahannya ini beliau menilai kembali pencapaian Ikhwanul Muslimin sepanjang sepuluh tahun yang lepas. Tiga perkara telah dibincangkan:

i.Matlamat Ikhwanul Muglimin dan corak (uslub) dakwahnya;
ii.Dasar dasar dan cara-cara Ikhwanul Muslimin;
iii.Sikap dan dasar Ikhwanul Muslimin terhadap berbagai pertubuhan dan dasar-dasar fahaman lain di Mesir.

7) ‘Ikhwanul Muslimin di bawah panji-panji Al-Quran’.
Makalah ini merupakan syarahan Imam Hasan Al-Banna pada 4hb April, 1939 M., di perhimpunan agung Ikhwanul Muslimin yang diadakan di ibu pejabat Ikhwan di Kaherah. Dalam syarahan ini, matlamat dan tujuan Ikhwan telah dijelaskan. Beliau juga membincangkan tugas serta kewajipan para belia. Makalah ini juga mengemukakan saranan supaya dilakukan pemberontakan terhadap kuasa-kuasa penjajah yang sedang menghancurkan masyarakat Mesir.

8) ‘Persoalan-persoalan negara dari segi kaca mata Islam’.
Imam Hasan Al-Banna menulis makalah ini selepas tertubuhnya negara Pakistan. Beliau membincangkan masalah masalah politik negara Mesir dan negara-negara Islam yang lain. Turut dibincangkan ialah negara baru Pakistan yang sedang diancam oteh India dengan bantuan pihak Kornunis. Beliau membahagikan masalah yang dihadapi oleh negara Mesir kepada dua bahagian. Di samping itu, beliau juga membentangkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam bahagian pertama, beliau membincangkan segala keburukan yang ada corak kerajaan waktu itu dan kemudian beliau memberi penyelesaian kepada masalah tersebut menurut dasar dasar Islam. Dalam bahagian kedua, dasar ekonomi diperbincangkan. Seterusnya, beliau menghuraikan sistem ekonomi Islam dan penyelesaian kepada masalah ekonomi Barat.

9) Syarahan syarahan Imam Hasan AI Banna.
Buku ini mengandungi syarahan syarahan dan kuliah-kuliah Hasan Al-Banna. Ia merupakan satu khazanah ilmu.

10) Maqalat Hasan Al-Banna.
Buku ini ialah himpunan nasihat nasihat dan arahan arahan Imam Hasan AlBanna kepada sahabat-sahabat dan para anggota Ikhwanul Muslimin

11) Al-Ma’thurat.
Buku ini ialah himpunan do’a-do’a dan zikir yang disusun oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri. la dibaca beramai-ramai oleh para anggota Ikhwan sebelum solat Maghrib. Ia merupakan pembaharuan ikrar mereka kepada Allah dalam.menjalankan dakwah Islamiah.

Kenali Imam Hasan AL Banna (1)

5 comments


Latarbelakang Keluarga Imam Hasan Al-Banna.
Datuk Imam Hasan Al-Banna bernama Syeikh Abdur-Rahman Al-Banna. Beliau tinggal di sebuah kampung bernama Syamsyirah. Dua orang anak lelakinya bernama Ahmad dan Muhammad. Ahmad Al-Banna menuntut di Universiti Al-Azhar dan Muhammad Al-Banna pula terlibat dalam bidang pertanian. Selepas beberapa tahun, Syeikh Abdur-Rahman pun meninggal dunia. Satu perselisihan faham telah berlaku antara kedua orang anaknya itu mengenai pembahagian harta pusaka. Muhammad ingin memiliki bahagian tanah pusaka yang lebih luas kerana dia telah bersusah payah menjaga tanah pertanian bapa mereka. Perselisihan ini boleh membawa kepada pertengkaran tetapi Ahmad Al-Banna menyelesaikannya dengan menyerahkan kesemua bahagiannya kepada Muhammad dan terus berpindah ke Mahmoodiah untuk menetap di sana. Ahmad bin Abdur-Rahman Al-Banna adalah bapa Imam Hasan Al-Banna, Di Mahmoodiah, Ahmad Al-Banna memulakan kerjanya sebagai tukang membaiki jam. Beliau berkelulusan dari Universiti Al-Azhar. Separuh hari dihabiskannya untuk mencari rezeki dan masanya yang lain digunakan untuk mengkaji dan belajar AlQuran dan As-Sunnah. Di samping itu, Ahmad Al-Banna juga mempunyai sebuah perpustakaan yang mengandungi berbagai buku berharga mengenai Islam dan Sunnah.

Apabila penduduk kampung tersebut membina sebuah masjid mereka sendiri, mereka telah menjemput Ahmad Al-Banna menjadi imam solat Jumaat yang pertama di situ. Kepetahannya bercakap dan khutbahnya yang ilmiah itu telah menarik hati orang ramai. Beliau pun dilantik menjadi Imam dan Khatib tetap masjid tersebut atas permintaan ramai. Ahmad Al-Banna menerima tugas tersebut kerana mencari keredhaan Allah dan bukan kerana inginkan keuntungan kebendaan.. Dia meneruskan kerjanya sebagai tukang membaiki jam untuk menyara hidupnya dan masa lapangnya digunakan dalam mengkaji hadis.

Ahmad bin Abdur Rahman Al-Banna menyusun banyak buku mengenai hadis. Beliau menyusun semula Musnad Ahmad bin Hanbal menurut bab-bab di segi ilmu Fiqh. Kitab ini dinamakannya ‘Al-Fathur-Rabbani Fi Tartib Musnad-ul Imam Ahmad bin Asy-Syebani’. Kemudian beliau menulis pula huraian terperinci mengenai kitab tersebut dan menamakannya ‘Bulugh-ul-Amani Min Asrarul Fath-ur-Rabbani’. Beliau juga menulis huraian mengenai kitab Abu Dawud dan menamakannya ‘Minhatul Mabud’. Di samping itu, beliau telah menyunting Musnad dan Sunnan Imam Syafi’e dan menulis huraian mengenainya. Karyanya dinamakannya ‘Badayi’-al Musnad Fi Jama Wa Tartib Musnad-as-Syafi’e wal Sunnan’. Akhirnya beliau menyusun sebuah buku yang menyentuh Masanid keempat Imam tadi.

Ahmad Al-Banna adalah seorang ulama yang cerdik. Kajiannya terhadap Islam telah menunjukkan kecekapannya itu. Beliau telah melakukan kerja akademik secara bersendirian saja. Syeikh Ahmad bin Abdur-Rahman adalah seorang manusia alim yang hebat. Dia wara’, berakhlak mulia dan bertaqwa.

Isterinya juga berperibadi mulia serta wara'. Isterinya berasal dari Bani Abu Qurah. Dengan isteri pertamanya ini, Ahmad AlBanna memperolehi tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan 2 perempuan. Anak anaknya itu bernama Hasan Al-Banna (yang sulung), Abdur-Rahman Al-Banna, Fatimah Al-Banna, Muhammad Al-Banna, Abdul Basit Al-Banna, Jamal Al-Banna dan Fauziah Al-Banna. Syeikh Ahmad Al-Banna mempunyai seorang lagi isteri. Dengan isteri kedua ini, dia memperolehi seorang anak perempuan yang bernama Faridah Al-Banna.

Kelahiran dan Pendidikan Imam Hasan Al Banna.
Imam Hasan Al-Banna adalah anak sulung di dalam keluarganya. Beliau dilahirkan di Mahmoodiah pada bulan Oktober, 1906 M. Mahmoodiah bersuasana kedesaan dan merupakan sebuah perkampungan petani. Para penduduknya menjalani kehidupan corak lama (tradisional). Keluarga Imam Hasan Al-Banna sangat 'alim dalam ilmu Islam dan Sejarah Islam. Keluarganya juga mengamalkan cara hidup Islam. Imam Hasan Al-Banna mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri. Dalam usahanya menghafal Al-Quran, bapanya telah memberi banyak bantuan. Bapanya juga memberi galakan kepadanya untuk mempelajari ilmu Islam. Tidak lama kemudian, beliau dimasukkan ke sebuah sekolah bernama Madrasah Ar-Rasyad AdDiniyyah. Di sekolah ini beliau berguru dengan seorang ulamak terpelajar yang bernama Muhammad Zahran.

Apabila pengurusan sekolah tersebut bertukar tangan dan pengasasnya iaitu Syeikh Muhammad Zahran membuat kerja lain, maka Imam Hasan Al-Banna pun berpindah ke sekolah lain yang bernama Madrasah A’adadiyah. Tahap pengajian sekolah ini adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah. Kerajaan Mesir menghapuskan sistem pengajian sekolah A'adadiyah dan menyerahkannya kepada Kementerian Pelajaran. Kini cuma ada dua pilihan saja bagi Hasan Al-Banna. Salah satu daripada pilihan itu ialah memasuki Maahad-i-Dini; iaitu sebuah pusat pengajian yang berhubung terus dengan Universiti Al-Azhar. Langkah ini boleh menjadikannya salah seorang ulamak Al-Azhar. Pilihan yang satu lagi ialah memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur untuk mendapat Ijazah Perguruan. Hasan Al-Banna memilih memasuki Pusat Latihan Guru Damanhur. Selepas itu tiga tahun berkursus di situ, beliau mendapat pangkat pertama di dalam peperiksaan. Selesai sahaja kursus perguruan tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan guru oleh Pejabat Pelajaran Daerah tetapi beliau memilih untuk menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke Universiti Kaherah (Darul Ulum). Ketika itu beliau berusia 16 tahun. Mengikut peraturan, beliau tidak layak memasuki Universiti itu (yakni tidak layak dari segi umur) tetapi peraturan itu dilonggarkan kerana bakat dan keilmuannya yang luar biasa itu. Waktu itu, Darul Ulum terkenal dengan gelaran 'Al-Azhar kecil'. Di sini kursus di beri dengan cara atau kaedah moden. Diantara kursus-kursus yang disediakan ialah Perguruan, Psikologi, Falsafah, Politik,Ilmu Kemasyarakatan, Matematik dan Ilmu Bahasa. Sebaik sahaja diterima masuk, Imam Hasan Al-Banna dan keluarganya pun berpindah ke Kaherah.

Pada bulan Julai, 1927 M., Imam Hasan Al-Banna lulus peperiksaan diplomanya dari Darul Ulum (kini terkenal dengan Universiti Kaherah) dengan mendapat pangkat pertama. Hasan Al-Banna membahagikan masanya itu ditumpukan kepada pengajiannya dan sebahagian lagi dihabiskan untuk dakwah Islamiah dan membantu bapanya membaiki jam. Setelah beliau menamatkan pengajiannya, beliau terpaksa pula membuat pilihan sama ada beliau patut mengambil biasiswa luar negeri dan meneruskan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi ataupun bekerja dengan Jabatan Pelajaran sebagai seorang guru. Jika beliau bekerja dengan Jabatan Pelajaran, beliau akan mengajar kanak-kanak pada siang hari dan masa lapangnya pula akan dihabiskan untuk.mengajar ibu bapa mereka. Kemudian, Darul Ulum mengumumkan bahawa Biasiswa luar negeri tidak akan ditawarkan kepada mana-mana pelajar kerana negara Mesir sedang mengalami kekurangan guru waktu itu. Selepas pengumuman tersebut, beliau tidak ada pilihan lain kecuali menjadi guru. Apabila beliau mula bertugas sebagai guru di sekolah kerajaan, umurnya baru menjangkau dua puluh satu tahun. Beliau tinggal di Ismailiah sehingga tahun 1933 M.

Tugas Hasan Al-Banna Sebagai Seorang Guru dan Peristiwa Penubuhan Al Ikhwanul Muslimin.
Imam Hasan Al-Banna tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya sebagai seorang guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti corak hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang singkat sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya.

Dalam bulan Mac, 1928 M., enam orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat menuju ke matlamatnya.

Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah ditukarkan ke Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan titik permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika itu, ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah yang terkenal dengan nama ‘Jami’atuTahzib-al-Islami’. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang ikhlas terhadap Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan memperjuangkan Islam sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar mereka juga melibatkan diri dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan Jami’atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua cawangan-cawangannya telah diserapkan ke dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin.

Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah dalam tahun 1933 M., beliau dapati usaha Ikhwanul Muslimin di situ telah mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu, beliau terpaksa meninggalkan jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh masa kepada Gerakan Ikhwanul Muslimin.

Perkahwinan Hasan Al Banna dan Anak-anaknya.
Hasan Al-Banna sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah. Kehadirannya itu telah menyirami hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin as-Soli adalah seorang yang berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan peribadi Hasan Al-Banna serta kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan Hasan Al-Banna begitu rapat dan kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan AlBanna dengan berbagai cara. Anak-anak lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna. Hubungan ini menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari sehingga akhirnya Haji Hussin as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai menantunya.

Latifah, anak perempuan Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-Banna. Latifah juga seorang wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:

” ... dan wanita wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik (pula)”.
(Surah An-Nur, ayat 26.)

Latifah sangat setia kepada suaminya dalam berbagai keadaan. Perkongsian hidup mereka telah menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan seorang lelaki. Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana’a, Wafaa, Raja’a, Hajir dan Istisy’had. Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisy’had oleh Latifah kerana beliau dilahirkan dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid.

Nama anak lelakinya ialah Ahmad Saiful Islam. Beliau juga tabah dan berwibawa seperti bapanya. Ahmad Saiful Islam berkelulusan di bidang ilmu perubatan dari sebuah Kolej Perubatan. Beliau ditahan daripada memegang apa-apa jawatan dan dihukum penjara selama dua puluh lima tahun ketika pemerintahan Jamal Abdul Nasir. Ada pepatah Arab yang bermaksud: ‘Anak seekor singa adalah singa juga’. Ahmad Saiful Islam memiliki segala sifat bapanya.

JAHILIYYAH HARI INI (1)

Tuesday, April 21, 2009 0 comments


Ramai di kalangan orang Islam hari tidak merasai kenikmatan berada dalam Islam yang sebenarnya sepertimana yang dirasai oleh sahabat-sahabat di Zaman Rasulullah S.A.W.. Dalam rangka inilah kita perlu mendekati sumber-sumber yang boleh memberi gambaran Islam (fikrah Islamiyyah) yang betul dan tepat dengan berpandukan al-Quran al-Karim dan as-Sunnah an-Nabawiyyah. Kita juga perlu mengenali jahiliyyah hari ini.

Mengetahui jahiliyyah bererti kita mengetahui musuh ketat pada Islam dan Iman itu sendiri yang mana penyerapan unsur-unsur atau anasir-anasir jahiliyyah inilah yang sebenarnya telah menghalang kita dari dapat menikmati kemanisan hidup dalam Islam.


Firman Allah SWT:


Terjemahannya:-

"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin (beriman)."(Surah al-Maidah: ayat 50)


Bagi orang-orang yang beriman tiada hukum yang lebih baik melainkan hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT. Ini adalah tegasan dari al-Quran. Tetapi mengapa ramai orang Islam hari ini menolak hukum Allah SWT dalam praktiknya? Bagaimanakah untuk menilai keadaan ini?

Islam yang kita kehendaki ialah Islam yang Kamil lagi Syamil (lengkap lagi menyeluruh). Al-Quran memberi gambaran yang betul dan tepat mengenai Jahiliyyah yang sebenarnya. Menurut Muhammad Qutb, jahiliyyah yang ditentukan oleh al-Quran adalah:


1. Satu keadaan jiwa yang menolak hidayah Allah SWT

2. Satu penyusunan masyarakat yang menolak hukum-hukum Allah SWT.

3. Jahiliyyah itu adalah lawan bagi ma'rifat (kenal) kepada Allah SWT.


Walaupun ia mempunyai ilmu tentang sifat dan kekuasaan Allah SWT di mana jika ditanya kepada mereka: Siapakah yang menjadikan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab: Allah. Jahiliyyah adalah lawan petunjuk Allah SWT dan menghukum dengan tidak hukum Allah SWT.


4. Jahiliyyah itu sebenarnya melawan Islam dan Iman.


Jahiliyyah bukan bermakna melawan sains dan kemajuan harta benda atau penghasilan yang banyak. Inilah yang perlu difahami kerana masyarakat hari ini tidak diberi gambaran atau hakikat yang sebenarnya. Selagi Iman tidak melahirkan amalan-amalan Islam dalam hidup kita maka ini bermakna jahiliyyah sedang mengawal dan menguasai semua aktiviti hidup kita. Ini adalah merupakan satu hakikat yang wajar disedari oleh setiap dari kita.


Kita tidak boleh mengatakan bahawa seseorang yang tidak berilmu (yang bodoh) sebagai jahiliyyah. Konsep kefahaman terhadap jahiliyyah adalah sebenarnya diukur dari penerimaan dan penolakan terhadap Islam itu sendiri di mana perbezaan antara dua hakikat ini adalah terletak pada Islam itu sendiri.


Apabila Islam yang ditolak maka hiduplah ia di dalam jahiliyyah seperti contoh yang berlaku pada mula-mula Islam yang dida'wahkan oleh Rasulullah S.A.W. di Makkah oleh Rasulullah S.A.W. kepada orang-orang Quraisy. Walaupun orang-orang Quraisy Makkah terkenal dengan kemajuan dan kepintaran namun mereka tetap dipanggil jahiliyyah kerana mereka menolak Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang perlu diikuti. tetapi dunia kini menganggap umat Islam adalah jahiliyyah kerana tida kemajuan. Ini adalah fahaman yang telah menyimpang jauh dari hakikat sebenarnya. Jahiliyyah 'Arabiyyah dan jahiliyyah zaman ini sebenarnya mempunyai hakikat yang sama, cuma keadaan jahiliyyah hari ini ialah jahiliyyah yang lebih Sophisticated. jahaliyyah dahulu senag diketahui dan dikesan, tetapi jahiliyyah kini sukar untuk diketahui kerana mereka bersembunyi dalam kemajuan.


Jahiliyyah sekarang ini malah jahiliyyah setiap zaman tetap akan menolak hukum Allah SWT dan mereka boleh dicap atau dikenali sebagai jahiliyyah di mana-mana sahaja di dunia ini di segenap lapisan masyarakat dan segenap keadaan. Sesungguhnya kita dewasa ini telah dikongkongi oleh jahiliyyah yang amat teruk sehingga apa yang kita anggap Islam telah pun diasaskan atas jahiliyyah.


Jahiliyyah dan hawa nafsu mempunyai nilai dan hakikat yang sama. Apabila seseorang itu mengikuti hawa nafsu, maka bermakna ia telah mengikut jahiliyyah. Mereka yang mengikut hawa nafsu enggan mengikut perintah Allah SWT, maka kedapatanlah jahiliyyah. hawa nafsu tidak boleh membawa kepada Iman dan Islam. Fiman Allah SWT:


Terjemahannya:-

Apakah kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi sebahagian dari al Kitab (Taurat)?. Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan (yang benar). “

( Surah an Nisaa’ : 44 )


Dewasa ini kita tidak nampak jahiliyyah kerana kita tidak sedar dan tidak boleh bertindak ke arah penghapusan nilai jahiliyyah. Kita telah tidak disedarkan dengan perancangan rapi oleh musuh Islam. satu perancangan yang teratur dan rapi telah dibuat oleh musuh-musuh Islam untuk menghapuskan Islam yang sebenarnya. tetapi kita masih tidak sedar akan keadaan ini kerana semuanya telah dimanglikan (dibiuskan) oleh musuh-musuh dengan sebarang cara yang mereka dapat lakukan.


Jadi sudah jelas pada kita bahawa masalah penyakit jahiliyyah ini ialah mengingkari dan menolak petunjuk Allah SWT dan suka kepada yang tidak baik dan jujur. Orang-orang jahiliyyah ingin kepada kegelapan dan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang berada dalam kegelapan (tidak tenang, kucar-kacir, penyesatan, penyelewengan dan sebagainya). Setelah mereka keluar dari jahiliyyah, barulah mereka sedar bahawa mereka sedar bahawa mereka selama ini telah berada dalam kegelapan jahiliyyah.


Saidina Umar r.a. biasa menangis dan ketawa apabila memikirkan tentang keadaan beliau ketika jahiliyyah. Beliau menangis kerana beliau terkenangkan perbuatan kejamnya menanam anak perempuannya hidup-hidup ketika jahiliyyah dan beliau ketawa pernah ketika beliau dalam keadaan beliau bermusafir, telah memakan tuhannya yang dibuat dari buah tamar kerana kehabisan bekalan sehingga habis berhala sembahan beliau itu sendiri.


Penyelewengan, kucar-kacir dan sebagainya dalam kehidupan hari ini berlaku kerana ada kehidupan jahiliyyah. Manusia sekarang sedang bermusuhan di antara miskin dan kaya tetapi mengikut jahiliyyah sebab kelahiran kekucar-kaciran masyarakat adalah berpunca dari modal atau pergaduhan yang berlaku di kalangan manusia yang berkasta atau tekanan ekonomi. Tiada yang berpendapat bahawa yang berlaku demikian adalah kerana tidak ada hubungan dengan sistem Allah SWT. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah hari ini mereka gunakan aqal sendiri dan bukan dengan sistem Allah SWT.


Masyarakat (negara) boleh menentukan samada masyarakat negara itu berada dalam keadaan jahiliyyah atau tidak. Seseorang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT akan terus memutuskan hubungan dengan jahiliyyah pada saat mula Islamnya. Akibat dari keengganan menolak jahiliyyah ini adalah amat besar sekali. Sesiapa sahaja yang bertindak dengan tidak mengikut apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT maka ia adalah Kafirun, Zalimun dan Fasiqun. Firman Allah SWT yang bermaksud:


1. Terjemahannya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang terang), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah , oleh orang-orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

( Surah al Maa-idah : 44)


2.Terjemahannya:

Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya ( At Taurat ) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka-luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

( Surah al Maa-idah : 45 )


3.Terjemahannya:-

Dan hendaklah orang-orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. “

( Surah al Maa-idah : 47 )


Jahiliyyah terdapat ciri-cirinya dan boleh dilihat dari sifat-sifat berikut:


1. Tidak beriman sebenarnya dengan Allah SWT. nampak jahiliyyah itu dalam macam-macam keadaan, tindakan dan aktiviti. Mereka tidak menyerahkan semua urusan mereka kepada Allah SWT dan tidak beriman sepenuhnya kepada Allah SWT. Iman yang sebenarnya ialah dengan menjadikan Allah SWT sahaja sebagai Ilah. Perintah, undang-undang Allah SWT sahaja yang diterima dan patuh. Jika tidak demikian maka Uluhiyyah kepada Allah SWT kita masih tidak sempurna.


2. Mengikut hawa nafsu. jahiliyyah dan hawa nafsu adalah seiringan. Firman Allah SWT:


Terjemahannya:

dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibahkepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.

( Surah al Maa-idah : 49 )


Hendaklah kamu berjaga-jaga kerana mereka memutar belitkan kamu dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT, janganbiarkan mereka mngelirukan kita. Sebahagian dari hukum Allah SWT telah dikelirukan oleh jahiliyyah. Sekiranya hawa nafsu menghukum walaupun mengikut syara' maka masih dikira sebagai jahiliyyah. Sekiranya Iman dan Islam menghukum maka hukuman adalah sebenarnya menurut apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. hakikat hawa nafsu sebenarnya berbeza mengikut keadaan dan masa.


3. Taghut. Firman Allah SWT


Terjemahannya: -

"Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (jahliyyah) kepada cahaya (keimanan). dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya adalah taghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. mereka itu adalah penghuni neraka, kekal mereka di dalamnya."

(Surah al-Baqarah: ayat 257.)


Orang-orang beriman dan berjuang (berperang) kepada Allah SWT tetapi orang-orang jahiliyyah berjuang bermati-matian mengikut perintah taghut.


Bersambung..


Sumber: Bahan Tarbiah Iltizam.

Iman sebagai dasar atau syarat penerimaan amal

Tuesday, April 14, 2009 0 comments


“Dan sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan yang salih dari lelaki atau perempuan, sedangkan ia seorang yang beriman, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dikurangi sedikitpun (pahala amalan mereka). An nisaa’: 124

Asy syahid Syed Qutb dalam tafsir Fi Dzilalul Quran dalam menafsirkan ayat ini menegaskan bahawa :

“ Keimanan itu adalah syarat bagi penerimaan sesuatu amalan dan mana-mana amalan yang tidak terbit daripada keimanan dan tidak disertai oleh keimanan adalah tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah. Syarat ini memang tabi’i dan logikal kerana keimanan kepada Allah itulah yang menjadikan sesuatu perbuatan yang baik itu terbit dari kefahaman dan niat yang tertentu dan menjadikan perbuatan itu suatu harakat yang tabi’i dan teratur bukannya terbit kerana tujuan untuk memenuhi kehendak keinginan peribadi dan bukannya harakat yang kebetulan yang tidak diatur dengan rapi dan tidak ditegakkan di atas sesuatu asas atau dasar.”

Oleh itu iman tidak boleh dipisahkan daripada sebarang kegiatan hidup manusia. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibina dan didorong oleh iman kepada Allah ta’ala kerana niat yang ikhlas kerana Allah ta’ala lah yang menjadi penentu untuk suatu amalan itu diterima. Ini selari dengan sabda Rasulullah s.a.w daripada Saidina ‘Umar Al Khattab r.a:

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر ابن الخطاب رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلّي الله عليه و سلّم يقول : "انما الأعمال بالنّيّات وانما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأت ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه "

“Sesungguhnya tiap amalan itu ialah dengan niatnya dan tiap urusan itu ialah dengan apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu untuk Allah dan rasulnya. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin dimilikinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya ialah untuk apa yang dihijrahkan ke atasnya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Dan di dalam satu hadith qudsi Rasulullah s.a.w ;

Zuhair bin Harb bercerita kepada kami, Ismail bin Ibrahim bercerita kepada kami, Ruh bin Qasim memberitakan kepada kami dari Al ‘ala’ bin Abdur Rahman bin Ya’qub, dari ayahnya dari Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah yang maha mulia dan maha besar berfirman : “Aku adalah penyekutu yang paling tidak memerlukan sekutu, barang siapa yang beramal suatu amal di dalamnya ia mensekutukan kepada selain Ku, maka Aku meninggalkannya dan sekutunya”.
(Riwayat Muslim)

Yusof Qardhawi dalam membincangkan mengenai fokus utama tarbiyyah Islamiyyah, meletakkan ‘niat yang ikhlas’ di tempat pertama. Menurutnya “amal islami itu adalah ibadah dan jihad, sedangkan ibadah tidak akan diterima Allah kecuali dengan niat yang ikhlas hanya kerana-Nya. Allah berfirman;

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan kata’atan kepadanya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al Bayyinah : 5)


Menurut Mustafa Masyhur, ibadah yang sahih (betul) lahir daripada ‘aqidah yang baik. Perkataan ibadah itu mempunyai sifat kesyumulannya dan merangkumi segala urusan hidup, tidak terbatas kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja kerana risalah dan tugas manusia dalam hidup ini ialah beribadah kepada Allah. Hidup seluruhnya ialah ibadah kepada Allah.

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada aku.”

(Az-Zaariyat: 56)

Oleh itu setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini dengan niat yang betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan minum, ilmu dan amalan, riadah dan perkahwinan menjadi wasilah (jalan)
mentaati Allah. Rumah menjadi mihrab (tempat beribadah kepada Allah). Begitu juga sekolah, kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun, ladang, sawah, padang permainan, malah dunia seluruhnya menjadi tempat beribadah kepada Allah swt. Dengan perkataan lain, segala usaha dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada Allah.

Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba dengan penciptanya dalam semua aspek kehidupan. Semua urusan dirujuk kepada syariat Allah swt. Hubungan hati manusia dengan Allah pada setiap masa adalah asas utama bagi melaksanakan tarbiyyah islamiyyah dengan berkesan.

Oleh sebab itulah aspek rabbani dalam tarbiyah islamiyah adalah aspek yang paling penting kerana matlamat pendidikan islam ialah melahirkan insan mukmin dalam pengertian sebenar iaitu insan yang memiliki iman yang menguasai hati dan fikiran, lahir dalam bentuk amalan dan tindakan, seperti yang disebutkan dalam al-athar: “...ia sebati dalam jiwa dan dibenarkan dalam bentuk amalan.” Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah.mereka itulah orang-orang yang benar.”
(Al-Hujurat: 15)

Tunggak tarbiyyah rabbaniyah ialah hati yang subur, sentiasa berhubung dengan Allah swt, yakin akan menemui-nya, mengharapkan rahmat-nya dan takut akan azab-nya. Jiwa yang hidup inilah yang menjadi tumpuan Allah swt untuk dicampakkan nur kepadanya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi sesungguhnya dia melihat kepada amalan-amalan dan hati-hati kamu.”
(Riwayat Ibn Majah)

Sumber: Silibus Tarbiyah Iltizam

Kesentiasaan Bermuqarabah Kepada Allah

Sunday, April 12, 2009 0 comments

Kesentiasaan Bermuqarabah Kepada Allah


Muqadimah


Firman Allah dalam Surah Al-Anfal:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”

(Al-Anfal:29)

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad) supaya Allah memberikan kepada kamu dua bahagian dan rahmat-Nya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya serta diampunkan dosa kamu dan ingatlah Allah amat

Pengampun lagi amat Pengasihani.” (Al-Hadid: 28)


Dan firman Allah dalam surah At-Talaq:

“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan segala larangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangkakannya.” (At-Talaq :2-3)


Renungi dan perhatikanlah dalam keseluruhan rangkaian ayat-ayat tadi, apakah yang kita dapati?


Kita mendapati bahawa ketakwaan kepada Allah Azzawajala adalah merupakan asas gelombang kekuatan, serta asas bagi nur (cahaya) yang menyuluh dan asas bagi pemberian serta sumbangan (pengorbanan).


Dalam pada itu juga dengan ketakwaan kepada Allah Azzawajala sahajalah yang membolehkan seseorang mukmin membezakan antara yang hak dengan yang batil.

Begitulah dengan ketakwaan kepada-Nya, Allah menjadikan bagi mereka yang bertakwa satu nur (cahaya). Lantaran dengan cahaya tersebut mereka berjalan di kalangan manusia lalu manusia seluruhnya berpandukan dengan nur hidayah (yang mereka bawa) dan bersinarkan dengan nur tersebut.


Dengan ketakwaan kepada-Nya, mereka (yang bertakwa) mendapat jalan keluar (daripada kesusahan) kepada jalan yang penuh dengan keamanan. Sekalipun mereka di ketika itu berhadapan dengan maut serta berhadapan dengan seksaan-seksaan.


Sayyid Qutb dalam mentafsirkan firman Allah dalam Surah Al-Anfal:29, menyatakan:

“Inilah dia bekalan iaitu bekalan persediaan dan kelengkapan di perjalanan. Bekalan ketakwaan yang menghidup, membangkit dan menyedarkan hati, membuahkan di dalamnya setinggi-tinggi kesedaran, kewaspadaan dan berhati-hati. Menyediakan baginya sinar cahaya petunjuk yang menyingkap segala rintangan ujian di liku-liku perjalanan yang sejauh mata memandang. Cahaya petunjuk ini merupakan cahaya yang tidak dikelami dengan sebarang syubhat (kesamaran) serta mendindingi pemikiran yang sempurna dan benar. Kemudiannya, ia adalah merupakan bekalan mengampun dan memaafkan sebarang kesalahan, bekalan kedamaian yang mencurahkan ketenangan dan kegembiraan, bekalan cita-cita serta impian untuk memenuhi dan mencapai kurniaan Allah yang maha besar di ketika hari yang tiada di sana sebarang bekalan di ketika hari yang mana keseluruhan amalan adalah sia-sia, tidak mempunyai sebarang nilaian. Kesemuanya ini adalah merupakan kenyataan:


Bahawa hanya ketakwaan kepada Allah sahajalah yang benar wujud dan menjelma di hati, satu petunjuk yang membezakan antara yang benar dan yang batil yang seterusnya menyingkapkan rintangan dan halangan di perjalanan. Begitu juga dengan hakikat-hakikat kepercayaan (akidah) ini tidak akan dirasai, difahami dan diketahui melainkan kepada mereka yang melaksanakan secara amali.”


Murabaqatullah


Cukuplah bagi seorang muslim, khususnya para pendakwah ketika mana terniat di hatinya untuk melakukan sesuatu kerja, mengiktikadkan di dalam lubuk perasaannya bahawa Allah adalah bersamanya mendengar dan melihatnya, mengetahui rahsia-rahsianya, juga mengetahui kejahatan penglihatan dan apa yang di sembunyikan di dalam dada sebagaimana sabda junjungan Rasulullah saw. ketika mana ditanya mengenai “ihsan” iaitu:


“Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat Nya maka sesungguhnya Dia melihat engkau.”

(Riwayat Muslim)


Dengan inilah sesungguhnya para muslim yang berjiwa pendakwah telah menghampiri dan bermuraqabah kepada Allah setiap masa lalu lantaran itulah juga yang mengelokkan akhlaknya, memperbaikkan amalannya, meneguhkan rohaninya dan adalah beliau meningkat ke tingkat kesempurnaan.


Dan kepadamu saudaraku yang berjiwa pendakwah, beberapa contoh hasil dan sentiasa bermuraqabah kepada Allah dalam jalan kehidupan, muamalah dan akhlak, marilah kita sama-sama hayati untuk meransang hati:

i. Al-Imam Al-Ghazali meriwayatkan di dalam Ihya’ bahawa Yunus bin Ubaid mempunyai beberapa pakaian yang berbeza harganya. Antaranya yang bernilai setiap satu 400 dirham dan yang bernilai 200 dirham. Beliau pergi menunaikan sembahyang dan meninggalkan anak saudaranya menjaga kedainya. Lalu datang seorang Badwi dan meminta pakaian yang bernilai 400 dirham. Lantas diberikannya pakaian yang bernilai 200 dirham. Badwi tersebut mendapatinya elok dan ia menyukainya lalu dibelinya dengan harga tersebut (400 dirham). Badwi tersebut beredar dan membimbit pakaian tersebut di tangannya. Kemudian beliau terserempak dengan Yunus dan Yunus mengetahui yang pakaian tersebut adalah dari kedainya. Beliau bertanyakan Badwi tersebut, “Dengan harga berapakah engkau membeli pakaian ini?” Lalu dijawab oleh Badwi tersebut dengan harga 400 dirham. Yunus berkata: “Harga baju ini tidak lebih dari 200 dirham maka pulangkan supaya dikembalikan duitnya. Badwi tersebut berkata, “Di negeri kami pakaian ini bernilai 500 dirham dan dalam pada itu aku meredai harga ini.” Lantas Yunus berkata kepada Badwi tersebut, “Ayuh bersamaku, sesungguhnya nasihat di dalam agama lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” Kemudian diajaknya Badwi tersebut kembali ke kedainya dan dipulangkan kepadanya 200 dirham. Anak saudaranya membantahinya dan mengutuknya. Yunus berkata, “Tidakkah engkau malu? Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah mengambil untung dengan harga yang sedemikian dan meninggal nasihat untuk orang-orang Islam.” Anak saudaranya berkata: “Demi Allah aku tidak mengambilnya melainkan ia meredhainya.” Yunus menempelak anak saudaranya, “Tidakkah engkau meredhai untuknya dengan apa yang redhai untuk dirimu sendiri?”


ii. Kata Abdullah Bin Dinar: Saya berangkat dengan Umar bin al Khattab menuju Makkah, lalu kami berhenti di suatu tempat di pertengahan jalan dan kami bertemu dengan seorang pengembala yang turun dari bukit. Umar berkata kepadanya, “Hai pengembala, juallah seekor kambing.” Pengembala itu menjawab, “Saya ini hamba.” Umar berkata untuk mengujinya, “Katakanlah kepada tuanmu, bahawa kambing itu dimakan serigala.” Pengembala itu menjawab, “Tetapi dengan Allah bagai mana?” Umar menangis mendengarkan perkataan pengembala tadi. Kemudian Umar pergi bersama pengembala itu, lalu hamba itu dibelinya dari tuannya dan dimerdekakannya. Umar berkata kepadanya, “Kalimat inilah yang telah menyebabkan engkau merdeka di dunia dan aku mengharapkan kalimat itu juga yang memerdekakan engkau di hari akhirat kelak.”


iii. Kebanyakan daripada kita mungkin telah mengetahui kisah seorang ibu dengan anaknya:

Kisah si ibu yang mahu mencampurkan susu dengan air kerana mengharapkan keuntungan sedangkan anak perempuannya memperingatkan kepadanya larangan Amirul Mukminin. Ibu berkata: “Bukankah Amirul Mukminin itu jauh dari kita? Sudah tentu dia tidak melihat kita.” Anak perempuannya itu menjawab dengan tegas, “Kalau sekiranya Amirul Muk minin tidak melihat kita, maka Tuhan Amirul Mukminin tetap melihat kita.”


iv. Ini pula kisah seorang wanita di zaman Saidina Umar al-Khattab r.a, ketika mana ia telah pun ditinggalkan oleh suaminya dalam jangka masa yang lama Dia telah diselubungi oleh rasa pilu dan rindu serta rasa kesunyian berseorangan. Sementara darah kewanitaannya pula telah mengalir ke segenap urat sarafnya dan suara batinnya menjerit dengan ungkapan yang penuh kerinduan. Tiada sesuatupun yang menghalangnya daripada memenuhi tuntutan nafsunya itu kecuali benteng keimanan dan muraqabah yang berkekalan ke hadrat Allah

s.w.t.


Pada suatu malam yang sunyi sepi Saidina Umar telah mendengar ia mengalunkan lagu rindu seperti berikut: Malam ini begitu panjang dan tepi langit begitu hitam, Sudah lama aku tiada kawan yang dapatku bersenda gurau, Demi Allah!


Kalau tidak kerana semata-mata takutkan Allah, tentulah kaki-kaki katil ini sudah bergoyang-goyang.


Pada hari yang berikutnya Saidina Umar telah masuk menemui anaknya Habshah dan bertanya kepadanya: “Berapa lamakah seorang isteri itu boleh bersabar ke atas suaminya?” Habshah berkata: “Empat bulan.”


Maka Saidina Umar telah mengutuskan perutusan kepada para panglima tenteranya di barisan pejuang dan pahlawan Islam dengan suatu arahan kepada mereka: Janganlah mereka menahan tentera Islam itu daripada ahlinya lebih daripada empat bulan! Kisah ini menggambarkan pertentangan yang hebat di antara perasaan perempuan ini dengan rasa takut terhadap Allah. Di antara dorongan dorongan yang kuat kepada dosa dan kejahatan. Walau bagaimanapun semua dorongan itu telah berjaya dipadamkan dengan kekuatan iman dan menanglah keimanan itu.


Mengingati kematian dan rentetan peristiwa selepasnya

Tidak diragui lagi seorang mukmin itu ketika mana beliau mengingati kematian, pasti akan menemuinya, menyedari bahawa beliau akan dipersoalkan setiap amalannya sedang beliau keseorangan. Sesungguhnya tempat persemadiannya itu sama ada taman dan taman-taman syurga ataupun jurang dan jurang-jurang neraka. Seseorang mukmin ketika mana menyedari serta mengingati kesemua ini, menginsafi serta menghayati di pemikirannya, pastilah hatinya akan merasai ketakutan kepada Allah. Lalu sentiasa memuraqabahkan dirinya kepada Allah diketika terang dan tersembunyi. Bahkan dalam pada itu juga ia akan menjuruskan seluruh tindakannya ke arah amal salih sebagai persediaan serta bekalan untuk hari yang dijanjikan ini. Semoga ia akan berada di kalangan mereka yang Allah limpahkan nikmat ke atas mereka iaitu golongan para-para nabi, siddiqin, syuhadak dan sebaik mereka yang dibuat teman. Tidak ada yang lebih baik dan apa yang di katakan oleh sesetengah mereka.


Berbekallah untuk peristiwa yang pasti berlaku. Maka sesungguhnya maut itu ketentuan bagi seorang hamba. Relakah engkau untuk menjadi teman pengiring bagi suatu golongan yang bagi mereka penuh bekalan, sedangkan engkau tanpa bekalan.


Ekoran daripada ini Rasulullah s.a.w memerintahkan umat ini untuk memperbanyakkan mengingati kematian dan pemutus kelazatan. Di riwayatkan oleh Tirmizi dari Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w: “Perbanyakanlah mengingati perkara yang menghilangkan kelazatan — iaitu mati.”


Seterusnya Baginda s.a.w. memerintahkan untuk menziarahi kubur

dan menyatakan faedahnya. Muslim meriwayatkan dari Buraidah r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:


“Adalah aku (sebelum ini) menegah kamu dari rnenziarahi kubur, maka ziarahilah.”


Dalam suatu riwayat yang lain:

“Maka barangsiapa yang hendak menziarahi kubur maka ziarahilah! Maka sesungguhnya ia mengingatkan kepada akhirat.”


Lantaran ini jugalah baginda ar-Rasul mendidik para sahabatnya untuk bersedia menghadapi maut supaya mereka tidak dilalaikan oleh angan-angan. Bukhari meriwayatkan dari Ibn Umar r.a berkata: Rasulullah memegang dua bahuku lalu bersabda.


“Hendaklah engkau berada di dunia seperti mana engkau seorang

pedagang ataupun perentas jalan (pengembara).”


Ibn Umar berkata:

”Apabila engkau berada di waktu petang janganlah menunggu sehingga waktu subuh, dan apabila engkau di waktu subuh janganlah menanti hingga waktu petang, gunakanlah masa sihatmu sebelum engkau sakit dan masa hidup engkau sebelum engkau mati.”


Daripada ini jugalah baginda ar-Rasul s.a.w menyuruh seseorang muslim bersegera menulis surat wasiat sebagai persediaan untuk “hari Perjalanan”. As- Syaikahan meriwayatkan dan Ibn

Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


“Tidak ada yang paling penting bagi seseorang muslim baginya sesuatu yang diwasiatkan dan ia tidak akan tidur dua malam berturut-turut melainkan di sisinya wasiat yang ia tuliskan.”


Berkata Ibn Umar:

“Tidak aku lalui suatu malam pun semenjak aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang demikian melainkan di sisiku wasiatku.”


Seterusnya baginda mengibaratkan mereka yang sentiasa mengingati maut sebagai mereka yang paling berakal di kalangan manusia dan paling mulia di kalangan mereka. Diriwayatkan dan Abi Dunya dan At-Tabarani, Ibn Majah dan Baihaqi dan Ibn Umar bahawa seorang lelaki bertanyakan Nabi s.a.w, mukmin yang manakah paling cerdik?”


Sabda Nabi:


“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persediaan mereka selepas mati. Mereka itulah yang paling cerdik.”


Pada salafus salih adalah merupakan mereka yang paling banyak mengingati kematian dan mengambil pengajaran darinya. Adalah Ibn Umar r.a apabila mengingati kematian dan keadaan-keadaannya, ia menjadi tidak tenang seperti burung yang sedang berkibas dan tiap-tiap malam beliau mengumpulkan fukaha’ lalu mereka saling ingat kematian dan hari Kiamat. Setelah itu mereka menangis seolah-olah mereka menangisi satu kematian.


Hamid al-Qusairi berkata: “Setiap kita meyakini kematian, tetapi kita tidak membuat sebarang persediaan terhadapnya. Setiap kita juga meyakini dengan syurga tetapi tidak kelihatan kita melakukan sebarang amalan. Dan setiap kita meyakini dengan neraka akan tetapi kita tidak kelihatan takut kepadanya. Apakah yang menyebabkan kamu bergembira? Tidakkah ingatan dan harapan kamu kepada kematian itu merupakan perkara yang pertama-tama sekali mengingatkan kamu kepada suruhan Allah sama ada dengan melaksanakan kebaikan atau menghindari kejahatan.


Wahai saudaraku,

Berjalanlah kamu kepada tuhanmu dengan jalan yang sebaik-baiknya.”

Berkata Hassan al-Basri: Maut membongkarkan kecelaan dan keaiban dunia. Maka mereka yang berakal tidak akan tinggal di dalamnya dalam keadaan penuh kegembiraan. Dan tidaklah bagi seseorang hamba yang melazimkan (menetapkan) dirinya untuk mengingati kematian melainkan dia akan merasakan dunia ini begitu kecil dan segala yang ada di dalamnya adalah hina.


Diriwayatkan daripada Muzni, ia berkata:

Aku menemui as-Syafie ketika ia sedang sakit yang membawa kematian kepadanya. Aku berkata kepadanya: “Bagaimanakah keadaan engkau?” Lalu ia menjawab: “Aku akan menjadi seorang pengembara yang akan keluar dari dalam dunia ini. Dan kepada saudaraku, aku akan menjadi seorang yang akan dipisahkan dan mereka. Sementara segala amalan keburukan aku adalah penanggunganku (akibatnya) dan aku merupakan seorang yang amat mengharapkan untuk meminum gelas kerahmatan (Allah). Kepada Allahlah aku akan kembali. Tidak aku ketahui apakah rohku ini bergerak ke syurga lalu aku akan mengucapkan tahniah kepadanya, atau ke neraka yang aku tanggung (seksanya).” Kemudian beliau bernasyid:


“Bila jiwaku tidak bermaya lagi dan jalan hidupkan sudah menjadi buntu. Maka aku menjadi harapan terhadap keam punanmi itu sebagai tangga. Dosa memang telah menguasai diriku tetapi bila aku membandingkannya dengan keampunan-Mu, maka ianya (keampunan-Mu) itu adalah lebih besar.

Kamu (ya Allah) akan sentiasa memberi keampunan kepada yang berdosa.

Kamu bersifat pemurah dari segi pemberian, dan pengampun dari segi

memberikan kemuliaan dan penghormatan.”


Adalah Abu Darda’ r.a. ketika ia sedang duduk di suatu kubur, maka ditanyakan kepadanya, apakah yang engkau buat di situ?

Jawabnya: “Aku sedang duduk di hadapan suatu kaum yang mengingatkan aku kepada tempat kembaliku. Bila mana aku menghilangkan diri daripada mereka (berpindah dan pergi ke tempat lain) mereka tidak akan mengumpat dan mencaci aku.”


Kata Maimun bin Mahran: Aku keluar her sama-sama dengan ‘Umar bin Abdul Aziz kepada suatu tanah perkuburan, maka apabila ia melihat kepada kubur itu lalu ia menangis. Kemudian ia datang kepadaku dan berkata: “Ini adalah kubur datuk nenek Bani Umaiyah, seolah-olah mereka itu tidak lagi bersama-sama menikmati kehidupan (kesenangan hidup dunia) dengan penduduk dunia.


Apakah kamu tidak mendapati mereka yang telah mati itu telah ditimpakan kepada mereka azab-azab Allah, bencana-bencana serta telah berterusan mengongkongi hidup mereka, dan ditimpa pula kepada mereka penyakit-penyakit yang menyerang tubuh badan mereka?”

Kemudian beliau menangis, seraya berkata: “Demi Allah, tiada yang aku ketahui seorang manusiapun yang mendapat kenikmatan yang banyak (lebih), kecuali daripada mereka yang sudah sampai ke kubur ini dan sudahpun terselamat daripada azab-azab Allah s.w.t.”


Lantaran itu, wahai pendakwah kepada Allah ingatlah kamu kepada mati dan perkara-perkara yang selepasnya, berbekallah kamu daripada pelabuhan dunia ni dengan amalan yang salih, dan sentiasa tingkatkanlah diri kamu di dalam tangga kerohanian, dan selamatlah kamu dengan sempurna, dan akhirnya kamu akan sampai kepadanya di bawah kelembutan keredaan Allah, dan bersedialah untuk hari yang akan kamu temui!


Oleh: Syeikh Dr. Abdullah Nasih `Ulwan

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum