Syeikh Umar bin Sulaiman Al Asyqar adalah
seorang ulama yang sangat disegani oleh pelbagai kalangan organisasi dan
perkumpulan. Sebagaimana dikutip dari Ikhwanwiki.com, beliau
dianggap sebagai simbol keilmuan Jamaah Ikhwanul Muslimin di Jordan.
Syeikh Umar ketika kecil lahir pada tahun 1940 Masihi di
Nablus, Wilayah Palestin. Abang beliau yang bernama Syeikh Muhammad adalah
seorang sarjana undang-undang syariah yang disegani. Syeikh Muhammad Sulaiman
Al Asyqar ini adalah penulis kitab tafsir Zubdat At Tafsir yang
merupakan rangkumaan dari kitab tafsir Imam Asy Syaukani.
Syeikh Umar ketika muda mengikuti jejak abangnya dalam
menuntut ilmu. Saat beliau berusia 16 tahun, demi kecintaannya pada ilmu,
beliau meninggalkan Palestin berhijrah ke Arab Saudi. Di ibukota negeri Saudi,
Riyadh, beliau menamatkan sekolah menengahnya. Kemudian beliau menyelesaikan
pengajiannya di Universiti Al Imam Riyadh dalam Jurusan Syariah. Setelah itu,
beliau mengikut jejak abangnya belajar di Universiti Islam Madinah. Namun, kali
ini beliau bekerja sebagai pustakawan di kampus tersebut.
Pada tahun 1965, beliau pindah ke Kuwait dan bekerja di
sana sebagai tenaga pengajar di Universiti Kuwait. Pada masa ini, beliau
menyelesaikan Program Sarjana Syariah di Universiti Al Azhar Mesir sekaligus
menyelesaikan Program PhDnya di universiti yang sama pada tahun 1980.
Dalam bidang keilmuan, beliau dididik oleh pelbagai ulama
yang terkenal dalan pelbagai disiplin keilmuannya. Antaranya bersama Syeikh
Muhammad Nashiruddin Al Albani, Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, Syeikh
Abdul Jalil Al Qarqasyawi.
Seterusnya beliau berhijrah ke Universitas Az Zarqa’ di
Amman Jordan pada tahun 1990. Di Fakulti Syariah di kampus tersebut dan beliau
menjawat jawatan sebagai dekan. Beliau juga menjadi profesor di Universiti Jordan.
Menurut Majalah Al Furqaan edisi 143 tahun
2001, beliau dikenali sebagai pendukung gerakan Ikhwanul Muslimin di Jordan.
Bahkan beliau pernah memfatwakan bahawa kaum Muslimin dari seluruh dunia harus
mendukung Intifadha kedua yang meletus di Palestin pada tahun 2000.
Keluasan ilmunya menjadikan dirinya dianggap sebagai simbol keilmuan Ikhwanul Muslimin Jordan. Bahkan, ilmu yang beliau miliki sangat diakui oleh pelbagai kelompok pergerakan Islam dari seluruh dunia.
Keluasan ilmunya menjadikan dirinya dianggap sebagai simbol keilmuan Ikhwanul Muslimin Jordan. Bahkan, ilmu yang beliau miliki sangat diakui oleh pelbagai kelompok pergerakan Islam dari seluruh dunia.
Dalam bidang aqidah, beliau berjalan di atas aqidah
salafush soleh. Beliau juga dianggap sebagai salah seorang tokoh yang gigih menyeru
kepada aqidah salafush soleh, terutamanya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah.
Dalam hal ini, beliau sependapat dengan Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani
dan Syeikh Zuhair Asy Syawis. Namun begitu, beliau berdiri sebagai murid di
hadapan Syeikh Al Albani. Pengaruh aqidah Ibn Taimiyah terhadapnya terbukti
apabila kita meneliti penulisan beliau di dalam kitab beliau tentang aqidah,
seperti Al Aqidah Fillah, Aslu I’tiqad, Asma’ wash Shifat, I’tiqad
Ahlus Sunnah wal Jama’ah, dan lain-lain. Bahkan, sebahagian orang
menyatakan bahawa beliau hanya menyalin ulang perkataan Syeikhul Islam Ibnu
Taimiyah. Banyak karya ilmiah yang beliau tulis. Di antaranya adalah:
1. Tujuan Pembebanan
Ibadah oleh Tuhan Semesta Alam
2. Siri Iman Berdasarkan
Al Quran dan Sunnah, yang meliputi Kitab Iman Kepada Allah, Dunia
Malaikat, Dunia Jin dan Setan, Hari Penghakiman, Kiamat Kubra, Kiamat Sughra,
Rasul dan Risalah,serta Qadha dan Qadar
3. Dasar Keimanan
4. Nama dan Sifat Allah
dalam Keyakinan Ahlus Sunnah wal Jamaah
5. Analogi, Antara
Pendukung dan Lawannya
6. Puasa Menurut Al Quran
dan Sunnah
7. Hukum Penglibatan
dalam Pemerintahan dan Parlimen
8. Wanita, Antara Dakwah
Islam dan Kemajuan Peradaban
Fadhilatus
Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar rahimahullah telah meninggal dunia pada 22 Ramadhan lalu
(10 Ogos 2012) pada hari Jumaat dalam usia 72 tahun.