Konsep dakwah yang dibawa oleh Imam Syahid Hasan Al Banna adalah konsep dakwah yang komprehensif dan universal, yang mencakup seluruh sudut pemahaman Islam dan mampu menjawab realiti kehidupan nyata.
Ia seperti terbitnya fajar pagi yang menyingkap tabir pekat yang menutupi kehidupan umat Islam, ia benar-benar adalah Pembaharu Islam abad 20.
Imam Syahid mampu memadukan pemahaman terhadap nilai-nilai Al Quran dan petunjuk Rasulullah Saw. secara benar dan menyeluruh dengan pembacaan dan perenungannya yang mendalam terhadap fakta-fakta sejarah dan sunah Allah dalam menempatkan sebuah kekuasaan atau kewujudannya di muka bumi, termasuk kemampuannya untuk melihat secara jelas dan saksama realiti kehidupan umat Islam, mengenalpasti penyakit umat dan mengetahui sarana penyembuhannya serta skala prioritinya.
Sebelum kedatangan Imam Syahid, sebenarnya telah banyak dilakukan usaha-usaha perbaikan dan reformasi di tubuh umat, namun usaha-usaha tersebut sering terhenti di tengah jalan dan berusia singkat. Kemungkinan diantara sebabnya terjadi sedemikian adalah kerana belum ada yang membawa konsep pemahaman Islam yang benar menyeluruh, atau pemahaman yang mendalam terhadap realiti kehidupan, atau tidak menjaga sunnah (ketentuan) Allah dalam proses perkembangannya, atau kerana terjadinya penyimpangan seiring pergantian zaman, atau kerana perpindahan ke generasi berikutnya dan ia tidak mampu memikulnya, atau kerana reaksi-reaksi yang terbatas atau teori serta simbol-simbol hampa tanpa adanya bangunan dakwah kuat dan gerakan yang terus menerus.
Metod ilmu yang dibawa Imam Syahid sangat khas, metod tersebut mampu mengubah teori dan mimpi-mimpi menjadi kenyataan yang realiti, hal ini kemudian dikuatkan dengan kemampuannya dalam mengorganisasi dan mengatur secara baik, yang membuatnya mampu –dengan izin Allah- memimpin dan mendirikan sebuah jamaah yang membawa panji-panji Islam, dengan asas yang kuat yang tidak mudah hilang dan dihancurkan.
Bangunan yang kuat dan berkesinambungan ini menunjukkan sebahagian dari mahakarya Imam Syahid Hasan Al Banna. Suatu hari ia pernah ditanyakan suatu hal, “Mengapa anda tidak menulis ilmu yang luar biasa ini dan melahirkan buku-buku? Beliau menjawab, “Sesungguhnya aku membina dan menciptakan para pejuang yang membawa kebenaran.”
Imam Syahid Hasan Al Banna adalah orang pertama yang menyedari situasii realiti kehidupan umat, ia mengetahui kadar kerosakan yang melanda masyarakat, serta kadar keterbelakangan yang diderita umat. Kerosakan umat tidak hanya terbatas pada runtuhnya kekhalifahan dan sirnanya kesatuan umat, permasalahannya tidak hanya terbatas pada penjajahan ketenteraan asing terhadap negeri-negeri muslim, atau terbatas pada kemunduran teknologi di segala bidang. Untuk pertama kalinya keadaan keterbelakangan umat telah sampai pada titik kritikal yang sangat membahayakan. Umat dan asas tiangnya telah berada jauh di luar kawasan keberadaannya. Permasalahannya telah sampai pada titik-titik penting dan dasar asas berdirinya sebuah masyarakat dan negara.
Permasalahan di tubuh umat tidak akan mampu dihilangkan dengan perbaikan sebahagian sahaja, atau penambahbaikan pada beberapa sisinya saja, atau hanya dengan melakukan reformasi di sebahagian bidang-bidangnya dan dengan menggunakan suntikan-suntikan penenang; permasalahan umat jauh lebih dalam dari semua ini. Keadaan umat telah sampai kepada lubang pertama dalam proses pembinaan dan pembelaannya, negara Islam telah sirna sama sekali, kekuasaannya yang hakiki telah hilang untuk pertama kalinya sejak pendirian negara Islam di Madinah. Oleh kerana itu projek kebangkitan dan rekonstruksi harus dimulai sesuai dengan langkah-langkah yang dilakukan oleh Rasulullah Saw.
Bermula dengan pembinaan peribadi muslim secara tersusun, lalu pembinaan keluarga, pembinaan komuniti muslim hingga pembinaan sebuah masyarakat, sampai akhirnya tiba pada fasa penetapan kewujudan dan pendirian sebuah negara dan terus berlanjut hingga memimpin dunia seisinya.
Pengetahuan Imam Syahid terhadap keadaan realiti umat yang begitu mendalam, jelas dan terperinci, membuatnya mampu –dengan izin Allah- menciptakan sebuah konsep praktis dengan beberapa fasa dan dengan tujuan dan target yang saling berkaitan, serta mengacu kepada langkah-langkah yang ditempuh Rasulullah Saw. ketika memulai dakwah Islam yang pertama dan asas negara yang menjadi model dan panutan.
Imam Syahid memiliki kecekapan politik dan kebijakan yang luar biasa dalam menghadapi krisis dan perancangan jahat, oleh kerana itu tidak ada jalan lain bagi para penyeru kebatilan selain membunuh dan melenyapkannya. Mereka lupa bahawa dakwah yang dipimpinnya akan terus berlanjutan, dan sesungguhnya itu adalah dakwah Allah yang akan terus maju dan mendapat kemenangan dengan izin Allah.
Beliau (Imam Syahid) –semoga Allah meredhainya-, sangat memelihara salafiyah dakwah, dengan mengikuti sunnah dan tidak membuat bid’ah, dengan pemahaman yang benar mendalam terhadap Islam dan sunnah Rasulullah Saw.
Ia berkali-kali mengulang dan menegaskan hal ini di dalam risalahnya, ia menulis dalam risalahnya ‘Ila Ayyi Syai-in Nad’u an Nâs’ dengan mengatakan,
“Wahai kaum, sesungguhnya kami berdakwah kepada kalian dengan Al Quran di tangan kanan dan Sunnah di tangan kiri, dan perbuatan para Salaful Ummah dari umat ini merupakan sumber kekuatan kami, kami mengajak kalian kepada Islam, nilai-nilai Islam, hukum dan petunjuk Islam.”
Dan diantara perkara yang sangat dijaga oleh Imam Syahid Hasan Al Banna dalam membangun jama’ah dan membentuk profil seorang al akh muslim adalah melaksanakan rukun Tajarrud (menyucikan diri) dan tidak bergantung kepada figur dan organisasi, namun seharusnya ikatan seorang al akh yang hakiki dan loyaliti tertingginya hanya kepada Allah -azza wajalla-.
Ketika Imam Syahid menghadiri sebuah acara besar, salah seorang peserta yang hadir berdiri menyambutnya dan mengalukan-alukan beliau –hal ini sebagaimana dilakukan kepada setiap pembesar dan pemimpin politik – namun Hasan Al Banna menolak perlakuan tersebut dan tidak mendiamkannya, ia berkata,
“Sesungguhnya hari dimana diserukan nama Hasan Al Banna tidak akan pernah terjadi, seharusnya seruan kita adalah, “Allah ghayatuna (Allah tujuan kami), Al Rasul Dza’imuna (Rasulullah pemimpin kami), Al Quran Dusturuna (Al Quran pedoman kami), Al Jihad Sabiluna (Jihad adalah jalan juang kami), Al Maut fi Sabilillah asma amanina (Mati di jalan Allah adalah Cita-cita kami tertinggi), Allah Maha Besar dan pujian kesempurnaan hanya milik Allah.
Beliau juga menegaskan di dalam risalah ta’lim,
“Setiap orang diambil dan ditolak perkataannya, kecuali al Ma’shum Rasulllah Saw., dan setiap yang datang dari salaful Ummah –semoga Allah meredhai mereka-, yang sesuai dengan kitabullah dan sunnah Rasulullah, maka kami akan menerimanya.”
Sesungguhnya sosok Imam Syahid merupakan contoh dalam hal ini. Sebahagian Ikhwan mendebat dan memberikan tanggapan terhadap idea dan pemikiran-pemikirannya, sebahagian yang lain berbeza atau bahkan menegurnya.
Oleh: Ir. Muhammad Khairat Syatir