Video

Risalah Mursyid Am IM ke 8 Sheikh Dr. Mohammed Badee'

Thursday, January 21, 2010 0 comments

Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam bagi Rasulullah, kepada para sahabatnya dan semua yang mengikutinya.

Ikhwah dan Akhawat yang dimuliakan,
Saya dahulukan dengan sapaan Islam yang mulia: Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Dengan kehendak Allah Azza wa Jalla, saya mengambil tanggungjawab yang besar ini, yang mana Allah telah tetapkan untuk saya, dan dengan permintaan dari gerakan Ikhwan Muslimun(IM) yang saya sahutnya dengan sokongan dari Allah. Dengan sokongan anggota Ikhwan Muslimun, saya berharap untuk mencapai tujuan-tujuan yang besar yang kami curahkan seluruh tenaga kami, semata-mata kerana Allah

Ikhwah dan Akhawat,

Saya dahulukan ucapan saya dengan memberi penghormatan kepada guru kita, abang, dan ketua kita yang mulia Ustaz Muhammad Mahdi Akef, Mursyid Am IM yang ketujuh, seorang yang tegas, berdedikasi dan bersemangat tinggi yang telah mengetuai perjalanan pergerakan ini di tengah-tengah ribut dan badai dan telah melepasi segala rintangan, yang mana telah menghasilkan model dan contoh yang baik dan unik kepada semua pemimpin dan pegawai tinggi di dalam kerajaan, pertubuhan dan parti, dengan memenuhi janjinya untuk menyerahkan kepimpinan selepas hanya satu penggal.


Tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaan kami kepada pemimpin hebat yang juga murabbi kami dan kami hanya boleh mengucapkan ”Semoga Allah membalas jasa anda dengan balasan sebaiknya dan Allah anugerahkan dengan pahala para Siddiqin”

Kami ucapkan kepada ikhwah dan akhawat yang dikasihi di seluruh dunia, alangkah baiknya sekiranya anda berada bersama-sama kami semasa peristiwa besar ini berlaku, namun ianya tidak berlaku oleh kerana pelbagai sebab yang di luar kawalan kita, namun kami tetap merasakan kehadiran ruh anda yang sedang mengukir senyuman dan getaran yang jujur dan ikhlas.

Kepada mereka yang kami kasihi yang menghuni penjara kezaliman dan penindasan hanya kerana menegaskan bahawa Allah tuhan kami dan kerana mengangkat maruah, kehormatan dan kemajuan negara mereka, kami berikan sanjungan dan hormat kepada mereka di atas kesabaran, ketabahan dan pengorbanan, yang mana kami yakini tidak sia-sia. Kami doakan hati nurani para penzalim dan penindas sekalian akan tersentuh dan anda berpeluang untuk kembali bersama-sama menyokong usaha kita, semoga Allah merahmati dan melindungi anda semua.

Ikhwah dan akhawat,
Sepertimana yang diketahui semua, matlamat utama Ikhwan Muslimun (IM) ialah perubahan yang menyeluruh dan lengkap, yang akan membetulkan segala kerosakan menerusi islah dan perubahan. ”Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (islah) sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah” (Hud:88) dan dengan kerjasama semua punca-punca kuasa dan mereka yang mempunyai semangat tinggi yang tulus terhadap agama dan negaranya.

IM percaya Allah telah meletakkan semua asas yang perlu untuk pembangunan dan kebajikan negara dalam ajaran Islam; maka Islam mestilah menjadi sumber rujukan dan titik tolak bagi pembaharuan, yang dimulakan dengan proses tarbiyah dan melatih disiplin individu muslim, diikuti dengan pembentukan keluarga dan masyarakat muslim dengan mengukuhkan mereka, seterusnya dengan membawa keadilan dan berjihad untuk memerdekakan negara dari segala bentuk penguasaan asing atau penjajahan intelektual, spiritual dan kebudayaan serta penjajahan ekonomi, politik dan ketenteraan. Seterusnya membawa negara ke arah kemajuan, kemakmuran dan meletakkan negara di persada dunia.

Dengan kefahaman Islam yang komprehensif ini, IM telah digambarkan sebagai pergerakan dakwah salafi, pengamal sunnah (Toriqah Sunniyah), hakikat sufi (Haqiqah Sufiyyah), parti politik (hai’ah siyasiyah), kumpulan sukan (jamaah riyadhiyyah), persatuan kebudayaan dan ilmiyah (rabitah ilmiyyah thaqafiyyah), dan syarikat perekonomian (syirkah iqtisodiyyah) dan idealisma sosial (fikrah ijtima’iyyah), sepertimana yang telah disebut di dalam Al-Quran: 

” Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan” (Al-Qasas:77)

IM memahami bahawa Quran dan Sunnah merangkumi semua peraturan, yang digunapakai dalam segenap aspek kehidupan dan ummah ini perlu memilih yang terbaik untuknya berdasarkan peraturan ini, di mana alternatif dan pilihan fikah boleh berubah mengikut adat kebiasaan, masa dan tempat.

Ikhwah dan akhawat
Walaupun idea, matlamat dan objektif kami adalah jelas, banyak pihak cuba untuk menggambarkan kami dengan gambaran yang lain, meletakkan matlamat dan objektif yang berbeza terhadap kami; oleh kerana itu, kami selalu memperkenalkan kembali diri kami, prinsip dan pendirian kami terhadap isu semasa.

Saya ingin menyatakan kepada mereka yang mendokong kesatuan jamaah, bahawa mereka yang bekerja untuk Tuhan mereka, agama dan negara haruslah bekerja sebagai satu unit, walaupun memiliki perbezaan pandangan. Mereka yang mengatakan bahawa perbezaan pandangan akan menyebabkan perpecahan atau memberi kesan kepada ukhuwwah, sebenarnya tidak benar-benar memahami IM. Anggota IM telah berjanji dengan Allah untuk bekerja keras demi Allah sebagai satu unit seperti sebuah binaan yang tersusun.

IM bergerak berdasarkan peraturan dan disiplin, yang sentiasa diperbaharui dan diperkemas tanpa melanggar prinsip-prinsip yang asas, dan dalam hal ini IM sentiasa menerima nasihat dan pandangan semua pihak kerana mereka mengikut pepatah ” Allah merahmati mereka yang menunjukkan kekurangan kami”.

Ikhwah dan akhawat





Saya mahu menyorot dan menekankan beberapa perkara berikut:

• Kami adalah satu Jamaah dari umat islam dan bukan Jamaatul Muslimin, kerana satu kumpulan tidak boleh memonopoli Islam. Dan alhamdulillah, IM sangat popular di semua negara Arab dan negara Islam kerana pendiriannya yang sederhana yang berpaksikan Qur’an dan Sunnah.


• Dakwah dan pergerakan kami adalah bersangkutan dan saling bersandar antara satu sama lain. Pergerakan kami adalah berdasarkan dakwah kami dan motto kami seperti yang telah disebutkan dalam Qur’an: 

”Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.” (al-Hasyr:10)

• Kami percaya dengan proses islah secara berperingkat, yang mana ini boleh dicapai dengan perjuangan yang damai dan mengikut lunas undang-undang berdasarkan pujukan dan dialog dan sekali-kali bukan melalui paksaan. Maka kami menolak keganasan dan segala bentuknya samada di pihak kerajaan mahupun individu, daripada organisasi atau institusi.

• IM percaya bahawa sistem undang-undang perlu memberi ruang kepada kebebasan individu, syura atau demokrasi, mendapatkan kedaulatan kuasa dari suara rakyat, mengenalpasti kuasa dan pemisahan antaranya (eksekutif, legislatif dan kehakiman. *Tambahan penterjemah), kerana inilah sistem yang paling hampir dengan Islam dan IM tidak akan menerima alternatif yang lain. Dengan perspektif ini, mereka mengambil bahagian dalam politik negara dan menuntut perubahan sistem politik melalui jalan yang sedia ada dan aman seperti melalui parlimen dan kerja kemasyarakatan yang mereka anggap sebagai satu kewajipan sepertimana kefahaman mereka terhadap agama mereka dan ketulusan mereka terhadap ummah.

• Berkenaan pendirian kami terhadap rejim Mesir, kami menekankan bahawa IM tidak pernah menjadi musuh kepada rejim, walaupun rejim selalu memberi sekatan ke atas mereka, merampas wang mereka dan sering menangkap pemimpin-pemimpin mereka. Walaubagaimanapun IM tidak pernah sedikitpun mengurangkan usaha menentang dasar-dasar yang mendatangkan kerosakan dari segala sudut dan terus menerus memberi pandangan dan nasihat untuk mengharungi krisis yang berterusan ini, yang disebabkan oleh rejim ini. IM membesarkan anak-anak bangsa dengan memberi nilai akhlak, moral dan sentiasa membantu orang lain, yang mana semuanya memberi manfaat kepada ummah, rakyat dan institusi negara.

• IM menekankan bahawa pendirian mereka terhadap apa jua sistem adalah berdasarkan mendokong yang baik dan menolak yang buruk, maka mereka tidak menolak sesuatu semata-mata kerana tidak sukakannya.

• Kepada saudara Kristian kami di dunia Arab dan dunia Islam, pendirian kami sangat jelas bahawa mereka adalah rakan kongsi dan peserta dalam membina tamadun ummah, rakan sekerja kami dalam mempertahankannya, rakan karib dalam pembangunannya, maka berurusan dan bekerjasama dengan mereka adalah satu kewajipan dalam Islam. 

”Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (al-Mumtahanah:8)

• IM percaya bahawa kerakyatan sesuatu negara adalah berdasarkan kerjasama dan kesaksamaan dalam hak dan tanggungjawab, kecuali dalam hal peribadi, yang mana mengikut kepercayaan masing-masing

• IM menolak dengan keras dan mengutuk segala bentuk keganasan atas dasar agama yang sering terjadi dan menyatakan penolakan terhadap peristiwa yang menyakitkan ini, kerana penganut Kristian dan Muslim adalah satu komuniti dari segi struktur sosial dan budayanya. IM juga menyeru untuk diadakan perbincangan yang telus berkenaan sebab di sebalik ketegangan ini dan mencari penyelesaian untuk menghilangkan sensitiviti keagamaan dan mengembalikan negara menjadi satu unit..

• Berkenaan isu wanita, IM telah dengan jelas selama ini memperjuangkan hak-hak wanita dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. ”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.” (at-Taubah:71). Kami menyeru wanita muslim untuk memainkan peranan mereka dan sentiasa mengambil tahu isu semasa kerana ini akan memberi manfaat kepada ummah Islam dan Arab.

• Syura (atau demokrasi) adalah wasilah asas kami, kami bersungguh-sungguh melaksanakannya dan mengukuhkannya. Semua institusi dalam pergerakan ini meletakkan syura dan demokrasi sebagai asasnya, bermula dari majlis di peringkat cawangan sehingga pejabat Maktab Irsyad sendiri. IM menekankan bahawa syura atau demokrasi tidak menghilangkan suara pandangan pihak yang lain, dan mengambil pendapat majoriti sebagai keputusan untuk semua.

• Berkaitan dengan Islam, kerajaan, parti politik, intelektual dan elit budaya, IM percaya bahawa setiap orang harus mengambil bahagian dalam pembangunan dan pembaharuan dan menolak sebarang usaha meminggirkan individu atau persatuan mahupun peranan mereka. Mereka menerima kepelbagaian parti dan kebebasan untuk membentuk sebarang parti tanpa sekatan selagimana ianya masih dalam rangka perlembagaan negara. Mereka percaya dengan peralihan kuasa di antara parti dan kumpulan menerusi pilihanraya yang bebas dan adil kerana negara ini adalah milik bersama dan pembaharuan adalah tanggungjawab setiap individu.

• IM meletakkan isu Palestin sebagai satu keutamaannya dan menganggap isu ini adalah yang terpenting bagi ummah. Kesucian bumi Palestin dan kedudukan Masjid Aqsa di hati kita mengukur tahap kesetiaan kita kepada islam dan bangsa arab. IM tidak mengurangkan sedikitpun usaha untuk mengetengahkan isu ini agar ianya menjadi isu utama sistem pemerintahan dan ummah sehingga Palestin merdeka, InsyaAllah.

• IM bersungguh-sungguh menyokong negara Arab dan Islam serta menyokong pendirian mereka yang adil dan isu-isu penting mereka. IM tidak teragak-agak untuk menghulurkan nasihat kepada semua badan dan persatuan Arab atau Islam samada dalam bentuk yang rasmi mahupun secara umum. Mereka juga tidak pernah berhenti berkorban demi Ummah ketika mana diperlukan. Mereka menyeru negara Arab dan Islam untuk bersatu dan bekerjasama menentang projek penjajahan, hegemoni barat dan zionis, sepertimana mereka menyeru untuk kesatuan ummah dan menyelesaikan permasalahan didalam dan di antara negara Arab dan Islam menerusi dialog dan bukan dengan senjata. Kami mengingatkan saudara kami di Yaman, Sudan, Somalia, Iraq, Lebanon, Afganistan dan Pakistan, bahawa satu-satunya jalan untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat mereka adalah dengan berdialog dan bersetuju mengenai apakah jalan yang terbaik buat mereka.

• Pendirian kami terhadap sistem global yang dikuasai USA dan barat adalah sangat jelas. Kami tidak bermusuh dengan negara-negara barat, tetapi kami menentang sistem ini kerana ia menuntut demokrasi dan kebebasan untuk rakyatnya manakala menafikannya buat kami. Negara-negara barat menggunakan kekuatan ekonomi untuk mempengaruhi dan mengawal negara kami. Negara Zionis menuntut penghapusan dan penggantian nilai, budaya dan identiti Islam dengan nilai barat, yang mana akan merosakkan iman dan akhlak di negara kami. Kami menyeru ummah untuk bersatu menghadapi Zionis dan projek barat dan mengatasi segala perbezaan ideologi, menghentikan perkauman, dan menolak segala bentuk serangan atau penjajahan terhadap negara Arab atau Islam.

• Kami menuntut sistem global ini diubah menjadi adil dan benar dan terus bekerja ke arah keamanan dan kerjasama di antara bangsa-bangsa dunia dan menyebarkan nilai kebebasan dan keadilan di seluruh dunia. Seperti mana disebut di dalam hadis: 

” Setiap kamu adalah anak cucu Nabi Adam, dan Adam dicipta dari tanah” (Hadis riwayat AlBazzar). 

Juga firman Allah: 

”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (al-Hujurat:13). 

Juga hadis : 

”Kaum Arab tidaklah lebih mulia dari yang lain dan begitu juga sebaliknya, orang yang berkulit hitam tidaklah lebih mulia dari yang berkulit putih dan begitu juga sebaliknya, kecuali dalam ketaqwaan”.(Hadis riwayat Attabarani)

Ikhwah dan Akhawat
Kita melihat masa depan dengan penuh harapan dan keprihatinan.
Harapan adalah slogan hidup mukmin yang benar. Dan ia merupakan bekalan di perjalanan yang panjang, maka kita terus beramal dengan segenap harapan. Kasih sayang dan ukhuwwah merupakan wasilah ikhwan menghadapi kesusahan. Sesungguhnya berputus asa bukanlah sifat mukmin dan berdiam diri bukanlah kualiti seorang mujahid. Keprihatinan kami adalah sama seperti rakyat Mesir, bangsa Arab dan muslim; umat manusia keseluruhannya juga berkongsi keprihatinan yang sama tentang masa depan dunia, yang diancam konflik, wabak dan penyakit, dan para saintis merasa kasihan terhadap dunia kerana pemanasan global, kemarau dan penggurunan (desertification). Keprihatinan kami juga terhadap masa depan dunia yang ditadbir dengan polisi kuasa besar yang ingin memimpin dunia secara unilateral selama dua dekad, di mana mereka menyangka mampu mengawal dunia. Namun, mereka dikejutkan dengan darah yang mengalir dan jasad yang bergelimpangan di sebahagian dunia Islam termasuk Afganistan, Iraq, Sudan, Somalia, Lebanon dan Palestin di tambah dengan krisis ekonomi yang tidak putus-putus serta manusia yang hidup dalam kerisauan dan rasa cemas terhadap masa depan mereka dan anak-anak mereka.

Ikhwah dan akhawat,
Rakyat Mesir, bangsa Arab, Muslim dan manusia sejagat meletakkan harapan yang sangat besar kepada anda, anda –dengan izin Allah- mampu untuk menggalas tanggungjawab ini; sejarah telah membuktikan berulang kali tentang kesabaran, ketabahan, ketetapan pendirian dan keberhasilan anda walaupun banyak khabar angin yang tersebar tentang anda.
Tawarkan kepada dunia; Islam yang sebenar, Islam yang membawa toleransi dan kesederhanaan, Islam yang menghormati kepelbagaian beragama, Islam yang menggalakkan saling mengenali dan bekerjasama untuk kebaikan manusia.

Laluilah semua jalan dan gunakan semua wasilah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada manusia dan bersungguh-sungguhlah; 

”Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujah-hujah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh” (al-Furqan:52)

Tetaplah berjihad dengan pernyataan-pernyataan, penulisan, pidato, lagu, filem dan drama, dan semua jenis seni yang terarah dan cara yang suci agar kebenaran Islam terserlah dan menolak segala bentuk syubhat. Slogan kita terdapat dalam Ayat suci: 

”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (an-Nahl:125). 

Dan firman Allah lagi: 

”Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.” (al-Ankabut:46)

Didiklah diri anda dengan nilai dan etika yang murni, jadilah contoh buat masyarakat. Pimpinlah mereka ke jalan Allah dengan menjadi contoh yang baik dan dengan akhlak yang mantap. bekerjasamalah dengan semua pihak dalam membentuk peribadi dan menanam akhlak yang mulia.

Bekerjasamalah dengan mereka yang bekerja untuk kebaikan dan taqwa, bahkan bantulah sesiapa sahaja yang membawa kebenaran, mempertahankan iman dan memerangi kekafiran dan atheisme.

Perbetulkan dirimu dan rumahtanggamu, bersegeralah membuat kebaikan untuk membaiki masyarakat. Perhatikan nasib mereka yang ditindas di merata-rata tempat dan kembalikan hak mereka.

Kembalilah kepada Qur’an yang mulia dan Sunnah Rasulullah yang dijunjung, sirah kehidupan Rasulullah dan dan kehidupan manusia-manusia agung yang lain. Pelajari ia dan dapatkan pengajaran darinya dan perbaiki perjalanan kehidupanmu sentiasa dan sedarlah bahawa Allah sentiasa memerhatikan amalmu dan bukan pada zahirmu. Pertolongan Allah sentiasa menanti, dan ianya amat dekat; 

”Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (ar-Rum:5)

” Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (at-Taubah:105)
”dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Yusuf:21).

Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung.

Risalah Mursyid Am IM ke 8 Sheikh Dr. Mohammed Badee'
Sabtu, 16 Januari 2010

Kenali Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy

Tuesday, January 19, 2010 0 comments


Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.

Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.

Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982–1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).

Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutb dijatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahun, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu "Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah". Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.

Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab di kalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.

Ucapan Sulung Mursyidil Am IM Ke 8, Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy

0 comments

Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.

Berikut adalah ucapan sulung Mursyid Am ke 8, Dr Mohd Badi’ sebaik pengumuman pemilihan beliau (diterjemah ke Bahasa Inggeris) :


In the name of Allah, the Most Merciful, the Most Compassionate

Praise be to Allah and Blessing on His messenger, companions and followers

Dear Brothers and Sisters,
I greet you with the Islamic greeting; Peace be upon you and God’s mercy and blessings;It is the will of Allah that I undertake this huge responsibility which Allah has chosen for me and a request from the MB Movement which I respond to with the support of Allah. With the support of my Muslim Brothers I look forward to achieving the great goals, we devoted ourselves to, solely for the sake of Allah.

Dear Brothers and Sisters,
At the outset of my speech I would like to address our teacher, older brother, and distinguished leader Mr. Mohamed Mahdy Akef, the seventh leader of the MB group a strong, dedicated and enthusiastic person who led the group’s journey amid storms and surpassed all its obstacles, thus providing this unique and outstanding model to all leaders and senior officials in the government, associations and other parties by fulfilling his promise and handing over the leadership after only one term, words are not enough to express our feelings to this great leader and guide and we can only say “May Allah reward you all the best”.

We say to our beloved Muslim brothers who are spread around the globe, it is unfortunate for us to have this big event happening while you are not among us for reasons beyond our control, however we feel that your souls are with us sending honest and sincere smiles and vibes.

As for the beloved ones who are behind the bars of tyranny and oppression for no just reason other than reiterating Allah is our God, and for seeking the dignity, pride and development of their country, we sincerely applaud and salute them for their patience, steadfastness and sacrifices which we are sure will not be without gain. We pray that those tyrants and oppressors salvage their conscience and that we see you again in our midst supporting our cause, may Allah bless and protect you all.

Dear Brothers and Sisters,
As you are aware, the main goal of the Muslim Brotherhood Movement (MB) is comprehensive modification, which deals with all kinds of corruption through reform and change. “I only desire (your) betterment to the best of my power; and my success (in my task) can only come from Allah.” (Hud-88) and through cooperation with all powers of the nation and those with high spirits who are sincere to their religion and nation.

The MB believes that Allah has placed all the foundations necessary for the development and welfare of nations in the great Islam; therefore, Islam is their reference towards reform, which starts from the disciplining and training of the souls of individuals, followed by regulating families and societies by strengthening them, preceded by bringing justice to it and the continuous jihad to liberate the nationfrom any foreign dominance or intellectual, spiritual, cultural hegemony and economic, political or military colonialism, as well as leading the nation to development, prosperity and assuming its appropriate place in the world.

As a result of this comprehensive understanding of Islam the MB were described as Salafists, Sunni, political organization, sports group, scientific and cultural associations, economic companies and a social idea, as provided in the Quran “But seek, with the (wealth) which Allah has bestowed on thee, the Home of the Hereafter, nor forget thy portion in this world: but do thou good, as Allah has been good to thee, and seek not (occasions for) mischief in the land: for Allah loves not those who do mischief.” (Al-Qasas, 77)

The Muslim Brothers understand that the Quran and Sunnah include all rules, which may be applied to every aspect of life, and the nation has to choose the best for it. According to these rules, which include many alternatives and jurisdiction, options, may change according to the custom, time and place.

Dear Brothers and Sisters,
Although our ideas, aims and objectives are clear, many people try to define us differently and attribute different goals and objectives to us; therefore, we keep re-introducing ourselves, our principles and our stances to the current affairs.

Initially, I would like to tell those who back the unity of the group that those who sincerely work for their God, religion, and country must be as one unit, despite having different opinions. Those who think that different opinions in the group cause disunity or affect the brotherhood do not fully understand the MB. The MB has all promised Allah to toil for his sake as one unit.

The MB operates according to rules and regulations, which are under continuous review, and development without contradicting the basic principles and the MB with this regard accept the advice and wisdom of all as they follow the aphorism “God bless those who show me my defects”.

Dear Brothers and Sisters,
I would like to highlight and stress the following points:

We are a group of Muslims and not the Muslim group, since one group cannot monopolize Islam, and praise be to Allah, the MB is extremely popular in all countries of the Arab and Islamic worlds because of its moderate call which stems from the pure Quran and Sunnah.

Our approach and movement are linked and based on each other, the latter is based on the former and our motto is cited in the Quranic verse: “And those who came after them say: “Our Lord! Forgive us, and our brethren who came before us into the Faith, and leave not, in our hearts, rancor (or sense of injury) against those who have believed. Our Lord! Thou art indeed Full of Kindness, Most Merciful.” (Al Hashr, 10).
We believe in gradual reform, which can only be achieved through a peaceful, and constitutional struggle based on persuasion and dialogue and definitely not through coercion, hence we reject violence in all its forms by either governments or individuals.
The MB group believes that the ruling system should maintain personal freedoms, consultation (democracy), and to obtain the legitimacy of the authority from the nation, identification of powers and separating between it, is the closest ruling system to Islam and they accept no alternative. From this perspective they participate in political sessions and demand the reformation of the system via the available and peaceful means such as parliamentary and community work which they consider as a duty. They have to fulfill to their understanding of their religion and sincerity to their nations.
With regards to our stance from the Egyptian regime, we emphasize that the MB were never opponents to the regime, even if the regime constantly imposes restrictions on them, confiscates their money and frequently arrest its leaders. However, the MB has never hindered in facing the corrupted policies in all areas and always provides recommendations to get past the continued crisis, which the regime has subjected our country to. They raise the sons and daughters of this nation on virtues, morals and helping others, which all benefits the nation, citizens and the state’s institutions.
The MB emphasize that their stances from systems are primarily based on praising the good and opposing the bad, hence they do not oppose anything for the sake of it.
With regards to our Christian brothers in the Arab and Islamic world, our stance is very clear as they are partners and participants in building the civilization of this nation, our colleagues in defending it, partners in its development and dealing and cooperating with them is an Islamic obligation. “Allah forbids you not, with regard to those who fight you not for (your) Faith nor drive you out of your homes, from dealing kindly and justly with them: for Allah loveth those who are just.” (Al-Momtahena,
The MB believes that citizenship is based on cooperation and full equality in the rights and obligations, except for personal matters, which are according to everyone’s faith.
The MB strongly rejects and condemns all kinds of sectarian violence, which is frequent and announces their rejection to all these painful incidents as Christians along with Muslims make one social and cultural community. They also call for frankly discussing the reasons behind this tension and finding solutions to remove all sensitivities to restore the nation as a healthy unit.
With regards to women, the MB has previously illustrated promoting all the rights of women in the economic, social and political field. “The Believers, men and women, are protectors one of another: they enjoin what is just and forbid what is evil: they observe regular prayers, practice regular charity, and obey Allah and His Messenger” (Tawbah, 71). We call on all Muslim women to play their role generally and to keep up to date with the current affairs as this benefits our Muslim and Arab nation.
Democracy or (Consulting) is our essential tool, which we strive to adopt and consolidate. All our institutions or associations in the group are based on consulting and democracy beginning from the Boards of People to the office of the Guidance Bureau itself. The MB emphasize that democracy at its core means the non-abolition or cancellation of the other party’s opinion and the adopting of the majority’s decision.
With regards to Islamic, national powers, political parties, intellectual and cultural elites, the MB believe that everyone should take part in the development and reform and they refuse any exclusion of any individual or association or the marginalizing of any individual’s role. They accept the plurality of parties and the freedom for the parties to be established without restrictions as long as it is established within the framework of the Constitution. They believe in the transmission of power between different parties and groups through free and fair elections since the country is for all and its reform is unexceptionally the responsibility of each individual.
The MB prioritizes the Palestinian case and considers it as the most important case for the nation, which measures the standard of loyalty to Islam, and Arabism and they do not spare any efforts to make this cause the first interest of ruling systems and nations until Palestine is free, God willing.
The MB unwaveringly supports the Arab and Islamic nation and supports its fair stances and important issues. They do not hesitate to offer advice to all bodies and Islamic or Arab associations both at the official and public levels and they never stopped sacrificing for the sake of the nation whenever needed. They transfer the call for unity and cooperation between Arab and Islamic countries to resist the projects of colonialism, western and Zionist hegemony as they call for the unity of the nation and solving the problems within and between Arab and Islamic countries through advocating dialogue and not arms. Here we should remind our brothers in Yemen, Sudan, Somalia, Iraq, Lebanon, Afghanistan and Pakistan that the only way to ensure the safety and security of their people would only come by committing to dialogue and agreeing on the best of these dear nations.
Our stance to the global system led by USA and the west is more than clear. We hold no animosity to the western countries, however we are against this global system, which accepts freedom and democracy for its people and denies our people the same. Its use of its economic power to assert its control over our countries and decisions. The Zionist state seeks the abolition and cancellation of our values, cultures and Islamic identity for its western values, which seeks the destruction of our faith and morals in our countries. We call on the nation to unite in the face of the Zionist and western project and to overcome above all ideological differences, to end racism and to completely refuse and prohibit any assault on or occupation of an Arab or Islamic country league.
We call on these global systems to be just and fair and to work on bringing peace and cooperation between the peoples of the world and to promote the values of freedom and justice around the globe.” All of you are sons of Adam and Adam was created from dust” (Albarraz) and the verse of the Quran “O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honored of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things). (Al-Hujurat, 13). The Arab is not better than the foreigner, and the foreigner is not better than the Arab, the black man is not better than the white man and the white man is not better than the black man, except in piety.

Dear Brothers and Sisters,
We look to the future with hope and concern.

Hope is the motto of true believers and it is the reason we keep working with hope. Love and brotherhood is the method in which MB face hardships and; despair is not in the attitude of believers and idleness is not of the mujahid’s qualities.
Our concern includes that of all Egyptians, Arabs and Muslims; the whole humanity shares the same concern over the future of the world, which is threatened by conflicts, epidemics, and diseases and scholars pity it because of the global warming, desertification and drought. Concern is also over the unknown future of the globe led by the policies of the superpowers who desired to solely lead the whole humanity for two decades where they thought they could control the other part of the world. However, they were surprised to see rivers of blood and bodies spread in different parts of the Islamic world including Afghanistan, Iraq, Sudan Somalia, Lebanon and Palestine in addition to the economic crises starting one after another with people living in anxiety and concern about their future and the future of their children.

Dear Brothers and Sisters,
Egyptians, Arabs, Muslims and the whole of humanity are expecting and anticipating much from you, and you – God Willing- are capable of taking this responsibility; repeatedly history has recorded your patience, steadfastness, resoluteness and productivity despite the rumours, which are always spread about you.
Offer to the world the real Islam, the Islam of tolerance and moderation, the Islam that respects the pluralism in the world, the Islam of acquaintance and cooperation for the good of the humanity.
Pass through every path and use all means possible to spread the call for Islam between people and strive truly” Therefore listen not to the Unbelievers, but strive against them with the utmost strenuousness, with the (Qur’an).” (Al-Furqan, 52).

Persist in your struggle through, statements, writings, speeches, songs, decent films and meaningful dramas. Utilize all means to shed light on facts about Islam ending all trepidation. Promote and adhere to your slogan from the Quranic verse ” Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance (Al-Nahl, 126)
And dispute ye not with the People of the Book, except with means better (than mere disputation) , unless it be with those of them who inflict wrong (and injury): but say, “We believe in the revelation which has come down to us and in that which came down to you; Our Allah and your Allah is one; and it is to Him we bow (in Islam).” (Al-Ankabut, 46)

Educate yourselves on the fine virtues and ethics, be models for people, guide them to Allah by being a good example with excellent behaviour, and participate with others in the reform of spirits and morals.
Cooperate with everyone working for the good of Islam and oppose all that is dire, continue in supporting the correct, protecting faith and fighting against infidelity.

Correct yourselves and your houses, seek the virtuous, and work to fix your communities, stand by the oppressed everywhere and restore the rights of people.

Turn to the Holy Quran and the honourable Sunnah of the prophet, the life of the honest prophet and lives of other great people, study it and get the best of it and correct your paths always and always be aware that Allah is watching what you do not what is inside you and await the victory from Allah, which is not difficult. “With the help of Allah. He helps whom He will, and He is exalted in might, most merciful.” (Ar-Rum, 5)
And say: “Work (righteousness) : Soon will Allah observe your work, and His Messenger, and the Believers: Soon will ye be brought back to the knower of what is hidden and what is open: then will He show you the truth of all that ye did.” (Al-Tawbah, 105)

Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy,
Cairo, Egypt.(16 Jan 2010)

Mengenali Kisah Hidup Perjuangan Mustafa al-Siba'iyy (1915-1964M)

Saturday, January 9, 2010 0 comments


Mustafa al-Siba'iyy merupakan sorang ulamak dan tokoh nadhah yang terkenal dalam abad ini. Beliau dilahirkan di Bandar Homs pada tahun 1334H/1915M dalam keluarga yang mulia. Beliau memulakan pengajian dan menengah di Homs pada tahun 1930 dan seorang yang bijak sejak kecil lagi. Beliau mendapat didikan dari ayahnya yang juga sebagai seorang ulamak dan khatib yang terkenal di Homs. Sejak kecil lagi, beliau terdedah dengan ulamak yang datang ke rumah bapanya atau mengikuti bapanya menghadiri majlis-majlis ilmu, Dalam usia 16 tahun, beliau pernah ditangkap dan dipenjara kerana melawan penjajah dan mengedarkan risalah anti penjajahan pada tahun 1931. Pada tatun 1932, beliau sekali lagi dipenjara selama 6 bulan atas tuduhan kritikan semasa berkhutbah di masjid di Homs.

Pada tahun 1933, beliau pergi Mesir untuk melanjutkan pelajaran di al-Azhar dalam bidang Feqh dan memperolehi Ijazah B.A Usuluddin dengan jayanya. Semasa menuntut di sini, beliau mengenali Hassan al-Banna dan menganggotai Ikhwan. Di sinilah beliau mengikuti pergerakan tersebut dan menyampaikan kuliah-kuliah dan menghadiri majlis-majlis yang dikendalikan oleh Hasan al-Banna. Pada masa ini, beliau melakukan demontrasi terhadap Inggeris yang menjajah
yang menyebabkan beliau ditahan pada tahun 1934 dan pada sekali lagi pada tahun 1941 atas tuduhan menubuhkan pertubuhan rahsia untuk membantu pemberontakan Rashid Ali al-Kailani di Iraq. Setelah dua bulan berada ditahan di Mesir, beliau diserahkan kepada penguasa Inggeris di Palestin dan diteruskan penjara di sana selama empat bulan. Kemudian beliau dibebaskan dan pulang ke Homs.

Di Homs, beliau meneruskan perjuangan melawan penjajahan Inggeris sehingga ditangkap sekali lagi selama 30 bulan. Semasa di penjara beliau menghabiskan masa dengan mengajar ilmu dan beribadat. Pada tahun 1944, beliau menjadi guru di sekolah menengah di Homs kemudian beliau menubuhkan sekolah Arab Islam dan beliau adalah pengetua yang pertama. Di samping itu, beliau menubuhkan pertubuhan kebajikan seperti di Homs Pertubuhan Ikatan Agama dan di
Damsyiq Jam'iyyah Shabab Muhammad s.aw.(Pertubuhan Pemuda Muhammad) dan Jam'iyah al-Shubban al-Muslimin).

Setelah pulang dari Mesir, beliau bersama dengan rakan-rakan menubuhkan Ikhwan al-Muslimin Syria pada tahun 1945 dan mereka melantiknya menjadi ketua sepanjang hayat. Mengikut Abdullah Aqil bahawa Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan pada 1943 semasa mesyuarat yang dihadiri oleh Ustaz Said Ramadan (menantu Hassan al-Banna, dari Mesir).Beliau telah menulis buku yang bertajuk Durus fi Da'wah al-Ikhwan al-Muslimin (Pelajaran dari Ikhwan al-
Muslimin) yang menjelaskan matlamat, program-program yang dilakukan oleh Ikhwan dalam islah masyarakat di Syria.

Pada tahun 1944, beliau pertam kali pergi menunaikan haji dan pada tahun 1947, beliau menubuhkan dan menerbitkan surat khabar yang dinamakan al-Manar. Pada tahun 1945, beliau mengetuai pemberontakan bersenjata melawan penjajahan Inggeris dan berjaya mengusir penjajahan pada tahun 1946. Pada tahun 1946, beliau dilantik menjadi ahli Lembaga Pengasas Ikhwan yang berpusat di Mesir. Beliau bersama Umar Bahauddin al-Amiri dilantik oleh Majlis Irsyad dan Mursyid Am Ikhwan yang mana hanya mereka berdua sahaja yang mengangotai lembaga tersebut dari orang luar dari warga Mesir.

Pada tahun 1948, beliau bersama Ikhwan Syria menyertai Perang Palestin bagi melawan penjajahan yang menawan Palestin dan al-Quds. Pada tahun berikutnya, beliau telah menang pilihanraya di Bandar Damsyiq. Pada masa yang sama, beliau berjaya memperolehi Ijazah Ph.D di al-Azhar dengan tajuk : " Kedudukan al-sunnah dalam Perundangan Islam". Risalah ini bagi menjawab tuduhan-tdhan yang tidak berasas terhadap sunnah dalam perundangan Islam.

Pada tahun 1950, beliau dilantik menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan kemudian menjadi Ketua bahagian Fiqh di universiti tersebut. Pada tahun 1951, beliau menghadiri Muktamar Islam di Pakistan yang dihadiri oleh tokoh-tokoh Islam dari seluruh dunia. Pada tahun 1952, beliau bersama dengan rakan-rakan telah meminta dari pemerintah untuk menyertai peperangan Suez di Mesir tetapi ditolak dan ditangkap dan dipenjara. Pada tahun 1955, beliau dilantik menjadi Dekan Kuliah Syariah di Universiti Damsyiq setelah berjaya mengalahkan golongan sekular yang menghalang penubuhan kuliah tersebut. Pada tahun 1956, beliau melawat beberapa negara Barat dan melawat universiti-universiti di sana. Beliau juga melawat Turki, Itali, Britian, Belanda, Denmark, Jerman dan Rusia.

Pada tahun 1954 Ustaz Hasan al-Hudaibi telah menyusun Ikhwan dengan menubuhkan Pusat Pentadbiran negara & dan negara Arab bagi Ikhwan dan melantik al-Siba'iyy menjadi ketua. Pada muktamar kedua yang berlangsung di Damsiq pada tahun 1957, beliau sekali lagi dilantik untuk mengetuai pusat tersebut. Setelah beliau pulang dari Rusia pada tahun 1957, beliau telah diserang penyakit stroke yang menyebabkan beliau lumpuh sebelah badan kiri. Ini memberi kesan terhadap kegiatan beliau namun menurutnya pada masa itulah masa yang paling berkat kerana beliau dapat menulis buku-buku yang banyak ketika itu dan menyampaikan kuliah-kuliah.

Pada tahun 1958, beliau mengisyiharkan pembubaran Ikhwan Syria bagi menyahut seruan Jamal Nasir Presiden Mesir yang mengadakan syarat bagi penyatuan Syria-Mesir dengan membubarkan parti-parti di Syria. Pada hari Sabtu 20 Jamadil Awal 1384 bersamaan 3 Oktober 1964, beliau telah pergi menemui Tuhannya setelah seluruh hidupnya berjuang untuk meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Setelah berita kematian tersebar di seluruh
Syria, seluruh rakyat datang untuk menziarahinya namun dihalang oleh pihak pemerintah untuk mereka untuk masuk ke Damsyik. Kematian beliau merupakan kehilangan besar bagi rakyat Syria dan aktivis pergerakan Islam. Berehatlah jasad beliau tapi pemikirannya dan semangat perjangan terus subur di kalangan umat Islam. Antara kata-kata hikmah beliau :

"Hidup ini perlu kaya dengan pekerjaan-pekerjaan yang agung dan pendek angan-angan."

Mufti Palestin, Haji Muhamad Amin Husain menyifatkan kematian al-Siba'iyy merupakan kehilangan besar kerana beliau merupakan seorang yang alim, mujahid, ulamak dan pendakwah yang terkenal dengan ikhlas dan benar serta kuat keazaman. Beliau seorang yang gigih dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam dan mempertahankannya termasuk mempertahankan Baitul Maqdis pada tahun 1948. Semasa Abu Hassan al-Nadwi melawat Syria pada tahun 1951, beliau
telah menjadi tetamu kepada Mustafa al-Siba'iyy dan beliau mengiringi al-Nadwi untuk menyampaikan ceramah kepada aktivis-aktivis Ikhwan di Syria dan melawat tempat-tempat bersejarah di sana.

Mentadbir Dunia Dengan Jiwa Yang Bersih

Thursday, January 7, 2010 0 comments



Saya telah bertemu dengan seorang tua yang telah melepasi perjalanan usia yang sudah lama dan telah menghampiri garisan akhirat. Seluruh kepalanya telah diselaputi rambut yang memutih, garis-garis penuaan meniti wajahnya yang bersih. Saya duduk di sisinya di waktu siang hari, di kala cahaya matahari menyinari bumi. Saya melihat wajahnya berseri-seri disinari cahaya taqwa, pantulan nur dari hati yang sentiasa berhubungan dengan Allah ‘Azza wa Jalla. Dia tidak dikenali di kalangan masyarakat, namanyapun tiada siapa yang ingat.




Setelah mendengar cerita saya, dia bertanya, apakah nama persatuan kamu? Saya menjawab, kami bukan persatuan, tetapi kami adalah ikhwan fillah (saudara-saudara di jalan Allah) sahaja. Kami berhimpun di atas landasan aqidah dan fikrah. Kami cuba laksanakan pada diri kami, kemudian cuba memahamkannya kepada manusia. Fikrah kami tidak lain kecuali memahami Islam, beramal dengannya dan mengajak orang lain bersama-sama kami dalam memahami dan melaksanakan Islam.
Bagus!, komennya. Siapa yang mengajar kamu di rumah (tempat kamu berkumpul)? Tanyanya lagi.
Saya menjawab, dalam banyak keadaan, sayalah yang berbicara kepada saudara-saudara saya. Seketika dia terdiam. Kemudian dia mengangkat pandangannya tepat ke wajah saya seraya bertanya, adakah kamu bangun malam?


Saya menjawab, apa tujuan tuan bertanyakan hal ini? Jiwa-jiwa kami berada di dalam genggaman Allah. Jika Dia kehendaki, Dia akan membangunkannya. Dan jika Dia kehendaki, Dia akan menahannya. Dia mendengus: benarlah kata-kata Allah dan rasulNya: “…. dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.” (Maksud al-Kahf:54)




Dengan tenang dan teratur dia berbicara,




Ya Akhi:


Sesungguhnya mentarbiah ruh-ruh, mentazkiah jiwa-jiwa dan memimpin hati-hati tidak terjadi dengan perkataan yang diulang-ulang, dengan kaedah-kaedah yang diajar, dengan teori-teori yang dikemukakan. Semua ini mungkin berkesan kepada akal dan ilmu, tetapi ia tidak berbekas pada jiwa, tidak menyentuh perasaan dan tidak dapat membentuk akhlak. Sesungguhnya perkara utama yang diperlukan oleh jamaah adalah ruh-ruh dan akhlak ahli-ahlinya. Sesungguhnya mereka yang cuba mengislahkan akhlak dengan menulis buku-buku sahaja sebenarnya tertipu dan menipu. Kalau sekiranya inilah juga cara kamu maka alangkah jauhnya kamu daripada mencapai apa yang kamu mahu.




Ya Akhi:


Islahun-nafs yang kamu cari tidak ada jalan ke arahnya kecuali satu sahaja, iaitu jalan qudwah hasanah yang bersambung dengan Allah, yang mendapat bekalan langsung daripada limpah kurnia-Nya. Qudwah hasanah itu tidak lain daripada bangun malam, qiam dan bermunajat di kala gelita. Tidakkah kamu membaca al-Quran dan mendengar firman Tuhan yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya) . Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil: 1-6)




Ya Akhi:


Orang yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan dapat memberikannya. Hati yang terputus hubungannya dengan Allah, bagaimana mampu memimpin manusia ke arah-Nya. Peniaga yang tidak punya modal, dari mana keuntungan hendak diraih? Guru yang tidak mengetahui manhajnya, apa cara dia akan mengajar muridnya? Orang yang tidak mampu memimpin dirinya, bagaimana dia akan memimpin orang lain? Maka tahukah kamu betapa berhajatnya kamu kepada jihad jenis ini? Sekiranya kamu dapat membawa orang-orang yang berjanji dengan kamu untuk beramal melakukan perkara ini, maka itulah sebenarnya kejayaan. Tiada lagi kejayaan selain itu. Sesungguhnya sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. adalah rahib-rahib di waktu malam dan penunggang kuda di waktu siang. Adakah kamu lihat mereka hanya memiliki salah satu daripada sifat itu sahaja?


Ya Akhi:


Berusahalah sedaya mampu untuk menggali perbendaharaan Ilahi di waktu malam supaya dapat kamu agihkan kepada saudara-saudaramu di waktu siang.
Kemudian orang tua itu meminta izin untuk beredar. Dia bangkit dan berjalan dengan tongkatnya meredah kesesekan manusia di jalan raya, sedang saya mengiringi pemergiannya dengan hati yang penuh insaf sehingga dia hilang dari pandangan.




Ya Ikhwan:


Mungkin kamu berasa hairan mengapa saya bawakan bicara sebegini di dada akhbar kamu ini sedang kamu menanti-nanti saya berbicara mengenai masalah yang melanda dunia, derita yang dialami oleh umat Islam seluruhnya. Kamu mengharapkan saya menyatakan sikap, pendirian dan tindakan yang patut diambil oleh jamaah kita.




Dengarkanlah penjelasanku:

Sesungguhnya kamu ingin mencapai matlamat yang besar hebat. Oleh itu kamu mesti memahami dengan sebenar-benarnya bahawa dengan matlamat itu bererti kamu berada di atas satu garisan dan dunia seluruhnya berada di atas garisan yang berlawanan dengan kamu.


Kamu menghendaki Islam berkuasa. Dunia diperintah oleh jiwa-jiwa yang bersih suci, akhlak mulia yang melimpah dengan kebaikan, hati-hati yang penuh rahmat dan kasih sayang dan kesejahteraan memayungi alam semesta.


Manusia pula menghendaki kebendaan berkuasa, harta melimpah ruah, kemewahan tiada sempadan, perebutan yang tiada berkesudahan antara golongan kuat dan lemah. Yang kuat memangsakan yang lemah. Yang berkuasa sentiasa menang dan yang diperintah sentiasa kalah. Kemanusiaan tidak akan kenal erti keadilan, tidak akan mengecapi rahmat kasih dan sayang. Itulah yang manusia kehendaki berbanding dengan apa yang kamu kehendaki. Kamu berada di satu pihak, sedang dunia di satu pihak yang lain. Manusia berselindung di sebalik kedustaan, berinteraksi dengan tipu helah dan bermuka-muka. Mereka lari daripada menghadapi kenyataan. Pada hal kamu tidak mahu itu semua kerana kamu sentiasa bermuraqabah. Diri kamu dan amalan kamu sentiasa diperhati oleh yang Maya Mengetahui dan Maha Memerhati. Maka perbezaan antara kamu dengan manusia, jika kamu benar dengan apa yang kamu cita-citakan, sangat jauh dari segala sudut.
Bilangan kamu adalah sedikit. Keadaan kamu tertindas di muka bumi ini, fakir dari segi harta, kosong dari segi kekuatan. Maka tidak ada senjata kamu selain hubungan dengan Allah dan mengharap pertulungan dan bantuan daripadaNya serta keimanan yang mendalam terhadapNya. Apabila aspek ini kamu kuasai bererti kamu telah kuasai segala-galanya. Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” (Aali Imran:160)




Maka berusahalah untuk menjadi seperti itu. Jangan kamu Tanya bagaimana? Sesungguhnya jalannya telah nyata. Jadilah kamu hamba-hamba sebelum kamu menjadi ketua. Dengan ibadah kamu akan jadi sebaik-baik qiadah. Awas! Jangan kamu terbalikkan isu ini sebagaimana yang dilakukan oleh manusia lain. Mereka mengejar kepimpinan sebelum mereka mensejahterakan aspek ibadah maka mereka tewas atau mereka berjaya mencapainya tetapi terumbang ambing di dalam melaksankan amanahnya. Serapkan ke dalam diri kamu maksud Hadis Qudsi ini: ”Sesiapa yang menyakiti wali-Ku maka sesungguhnya Aku telah mengisytiharkan perang dengannya. Seseorang hamba-Ku tidak menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu sebagaimana ia menghampirkan diri dengan melakukan apa yang Aku fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku itu menghampirkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya maka Aku adalah pendengaran yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia menghulur dengannya, kaki yang dia berjalan dengannya. Jika dia meminta pada-Ku akan Ku berikannya, jika dia memohon perlindungan dengan-Ku akan Ku lindunginya”. (Al-Bukhari)




Dan ingat juga firman Allah yang bermaksud: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” (An-Nur:55)




Daripada Pusaka al-Banaa, dipetik dari surat khabar Ikhwan Muslimin, 25 R.Awwal 1356H bersamaan 4 July 1937M

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum