MUHAMMAD ABDUL HAMID AHMAD
(Bapa seluruhMahasiswa, 1329-1412 H.I1911-1992 M.)
Kelahiran dan Masa Kecil Muhammad Abdul Hamid Ahmad
Muhammad Abdul Hamid Ahmad dilahirkan di Buhairoh, Syibrahit, pada 23 September 1911. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran agama. Ayah dan datuknya termasuk di dalam keluarga besar Al-Azhar. Ayahnya mendapat diploma tinggi (Highest Diploma awarded by Al-Azhar University) dan bekerja sebagai peguam rasmi. Muhammad Abdul Hamid Ahmad memulakan pengajiannya dan menghafaz Al-Qur'an dengan beberapa guru di kampungnya, kemudian beliau pindah ke Kairo bersama ayahnya untuk melanjutkan pelajaran di sekolah yayasan Islamiyah dan mendapat ijazah ibtida'iyah (sekolah rendah). Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Ibrahimiyah dan mendapat ijazah Sekolah Menengah (SMU) dalam jurusan sastera, kemudian memasuki Fakulti Adab di Universiti Mesir, dalam jurusan bahasa Arab. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1938. Beliau dilantik menjadi staf pengajar Madrasah Ikhwanul Muslimin dan menjawat jawatan sebagai setiausaha redaksi majalah An-Nadzir yang diarahkan oleh Ustadz Shalih Asymawi.
Interaksi Muhammad Abdul Hamid Ahmad dengan Ikhwan
Muhammad Abdul Hamid Ahmad mula mengenali Ikhwanul Muslimin sejak menjadi mahasiswa pada tahun 1933 atas bimbingan Syaikh Thanthawi Jauhari. Ketika beliau dan rakan-rakannya sedang merencanakan pendirian organisasi keislaman, Syaikh Thanthawi menganjurkan mereka bergabung dengan Ikhwanul Muslimin. Menurut Syaikh Thanthawi, jamaah ini memandang Islam sebagai agama, negara, ibadah, dan kepimpinan. Jamaah tersebut sangat serius dalam mentarbiyah anggotanya. Tarbiyah yang diterapkan bukan hanya sekadar teori, tetapi amat beraplikasi, dalam bentuk rihlah, pengumpulan, dakwah fardiyah, dan dakwah kolektif melalui masjid dan perkumpulan. Syaikh Thanthawi juga memuji pendirian Jamaah Ikhwanul Muslimin, Imam Asy-Syahid Hasan Al- Banna. Bahkan, Syaikh Al-Azhar, Mushthafa Al-Maraghi, memberikan cadangan kepada Al-Banna untuk menerajui majalah Al-Manar setelah pemegang asalnya, Syaikh Muhammad Rasyid Ridha, meninggal dunia. Tiada pilihan bagi Ustadz Muhammad Abdul Hamid dan enam rakannya, kecuali mengikuti nasihat Syaikh Thanthawi Jauhari. Mulailah mereka bergabung dengan Ikhwanul Muslimin. Mereka bertemu dengan Imam Al-Banna di dalam kediaman Syaikh Thanthawi Jauhari. Inilah pertemuan pertama mereka dengan Ikhwan. Selanjutnya, Ustadz Muhammad Abdul Hamid dipilih menjadi penyelia mahasiswa.
Muhammad Abdul Hamid Ahmad yang Saya Kenal
Saya mengenali Ustadz Muhammad Abdul Hamid Ahmad melalui tulisannya di dalam majalah mingguan Ikhwanul Muslimin, pada akhir tahun 1940-an. Saya bertemu dengannya di Mesir, ketika mereka sedang melakukan aktiviti-aktiviti di kalangan mahasiswa. Beliau mempunyai pengalaman yang banyak di dalam dakwah kampus. Beliau juga merupakan salah seorang mahasiswa pertama yang bergabung dengan pergerakan Islam, iaitu ketika kuliah Fakulti Adab Universiti Kairo. Kerana itu beliau digelar sebagai Abul Jami'iyin (Bapa kepada semua Mahasiswa) Ikhwanul Muslimin.
Aktiviti-aktiviti Muhammad Abdul Hamid Ahmad
Setelah tamat pengajian dalam pengajian tinggi, Muhammad Abdul Hamid Ahmad aktif di dalam dunia pendidikan Mesir, Iraq, dan Jordan. Pada tahun 1941, beliau menjadi guru siswazah di dalam sekolahsekolah peringkat menengah Iraq. Setelah Dr. Husain Kamaluddin menjadi tutor di Fakulti
Teknik Baghdad, dan kedua-duanya bekerjasama untuk menyebarkan dakwah Islam di Iraq. Merekalah yang mencungkil bakal Ikhwan di Iraq. Tambahan lagi, dakwah mereka di Iraq diperkuatkan oleh Ustadz Shawwaf yang lulus dari Al- Azhar. Pada tahun 1946, Ustadz Muhammad Abdul Hamid meninggalkan Iraq dan menuju ke Mesir, untuk menerima amanah sebagai guru, penceramah, dan penulis di dalam surat khabar harian Al-Ikhwan Al-Muslimun, yang diterbitkan pada tahun itu juga. Pada tahun 1948/1949, beliau mengajar Kuliah Ilmiah di Universiti Islamiyah Jordan, atas permintaan Muraqib 'Am Jordan, H. Abdullathif Abu Qaurah. Tanggal 8 Disember 1948, Muhammad Abdul Hamid Ahmad pulang ke Mesir. Ketika itu, Jamaah Ikhwanul Muslimin Mesir dibubarkan, seluruh anggotanya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Pada tahun 1954, 1960, dan 1965 Muhammad Abdul Hamid Ahmad dimasukkan ke dalam penjara. Setelah keluar dari penjara, beliau menunaikan haji dan menetap di Arab Saudi, menjadi penasihat di dalam Pengarah Pendidikan Wanita Makkah Al- Mukarramah. Pada dua tahun berikutnya, beliau diberi tanggungjawab memegang jawatan di dalam Kementerian Pendidikan dan dilantik sebagai pengarah serta pengajar Manarah Jeddah. Dua tahun berikutnya, beliau dinaikkan pangkat di Kementerian Urusan Haji serta menjadi siding redaksi majalah At-Tadlamun Al-Islami, yang diterbitkan oleh kementerian tersebut. Muhammad Abdul Hamid Ahmad menjadi tutor di dalam jurusan dakwah Universiti King Abdul Aziz. Dekan Fakulti Syariahnya ketika itu ialah Syaikh Muhammad Al-Ghazali.
Muhammad Abdul Hamid Ahmad pernah berkunjung ke negara-negara Syam dan Teluk. Pekerjaan terakhirnya ialah menjadi tutor di Universiti Ummul Qura, Makkah Al-Mukarramah selama sembilan tahun, iaitu sehingga tahun 1985.
Jasa-jasa Muhammad Abdul Hamid Ahmad
Muhammad Abdul Hamid Ahmad mencungkil bakat-bakat generasi muda di Iraq, Mesir, Jordan, dan Arab Saudi. Murid-muridnya merupakan perintis shahwab (kebangkitan) Islam di negara-negara tersebut dan menjadi tumpuan harapan kebangkitan serta kembalinya Islam sebagai sistem hidup alam. Ustadz Muhammad Abdul Hamid Ahmad merupakan salah seorang tokoh Islam kontemporari dan dai yang menghabiskan umur untuk menyebarkan risalah dakwah. Hidupnya hanya mengumpulkan aktiviti, dinamisme, dan gerakan yang tidak pernah surut, meskipun usianya sudah senja dan berbagai-bagai penyakit menyerangnya. Cita-citanya ialah menyampaikan dakwah kepada manusia, terutamanya para pemuda dan kaum intelektual. Usaha Muhammad Abdul Hamid Ahmad membuahkan hasil yang cemerlang, berupa generasi muda yang menyebarkan amanah dakwah. Mereka meyakini Islam sebagai aqidah, ibadah, sistem, undang-undang, politik, hukum, dan perundangan. Mereka menerapkan pema-haman syamil di dalam kehidupan, menyeru manusia untuk menerapkannya, bersabar atas berbagai-bagai ujian, menentang penguasa –penguasa zalim, dan membebaskan diri mereka daripada fitnah dunia. Allah Ta'ala berfirman, "Maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya). "(Al-Ahzab: 23)
Kajian, ceramah, seminar, dan dialog-dialog Muhammad Abdul Hamid Ahmad memberikan kepuasan intelektual dan ruhani kepada kami, semasa kuliah beliau di Mesir antara tahun 1950 sehingga 1954. Kami amat rajin menghadiri kajian Muhammad Abdul Hamid Ahmad, kerana itu merupakan bekalan bagi pemuda seperti kami. Lebih-lebih lagi ketika pemikiran dan aliran asing menyerbu dunia Islam ketika Perang Dunia II, melalui kaum Barat dan pendukung Imperialisme yang melepaskan agama mereka, lalu mengikuti apa saja yang datang dari penjajah tanpa memikirkan benar mahupun salah, bermanfaat ataupun berbahaya. Mereka merupakan orang-orang yang tidak mempunyai pendirian, mengalir bersama arus, dan mengikut hawa nafsu, meskipun akan membawa mereka kepada kehancuran. Ustadz Muhammad Abdul Hamid Ahmad merupakan salah seorang murid Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna yang cerdas pemikiran, ruhani, dan manhaj dakwah. Muhammad Abdul Hamid Ahmad banyak dipengaruhi oleh pendidikan Imam Al-Banna yang syamil, lengkap, memerhatikan kaum muslimin di semua tempat, menanam aqidah yang benar di jiwa kaum muslimin, dan menawarkan Islam sebagai alternatif pengganti undang-undang produk manusia. Pergerakan Imam Al-Banna menurutnya merupakan gerakan perbaikan yang lurus, sebagaimana gerakan-gerakan lain yang menyertai atau mendahuluinya. Seperti gerakan Salafi yang didirikan Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, gerakan Sanusia di Libya, Jamiyatu Ulama'ilMuslimin di Aljazair, dan lainnya. Aktivis dakwah yang benar ialah aktivis yang bergerak bersama ajaran Islam yang berasal dari Al- Qur'an dan As-Sunah. Tidak tunduk pada pujukan syaitan dan syahwat, tetapi istiqomah meniti jalan lurus yang membawa kepada keredhaan Allah Ta'ala. Ustadz Muhammad Hamid Abun Nashr, Mursyid 'Am Keempat Ikhwanul Muslimin berkata, "Orang beriman kepada Allah Ta'ala sangat banyak. Tetapi, hanya sedikit dari mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah Ta'ala. Di antara mereka ada yang menemui Allah dan sebahagian lain hanya menunggu. Mereka tidak mengubah keyakinannya sedikit pun. Al- Akh yang mulia dan pelopor murabbi, Muhammad Abdul Hamid Ahmad, salah seorang yang memenuhi janjinya kepada Allah Ta'ala. Inilah sangkaanku dan saya tidak menganggap seorang pun bersih dari dosa. Ustadz Muhammad Abdul Hamid Ahmad merupakan salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin generasi awal. Dialah orang pertama yang menyebarkan fikrah Ikhwan di kalangan mahasiswa Universiti Mesir dan menghimpun mereka di bawah panji-panji tauhid. Kemudian para mahasiswa binaannya meneruskan dakwah dengan semangat, faham, dan istiqomah kepada ajaran Allah Ta'ala, sehingga dakwah tersebar di seluruh tempat belajar.
Ustadz Muhammad Abdul Hamid yang istiqomah membawa risalah dakwah ini mengorbankan segala yang dimiliki. Dengan kekuatan masa mudanya, beliau mampu menyampaikan dakwah ke seluruh lapisan masyarakat tanpa ragu-ragu. Bahkan, tentangan yang menghadang jalannya, berkat kurnia Allah Ta'ala, mampu beliau atasi. Ketika pemikiran yang memusuhi Islam tersebar dan mulai wujud, kerana mendapat sumbangan ekonomi daripada dunia antarabangsa, Muhammad Abdul Hamid Ahmad menghimpun barisan kaum muslimin, meninggikan kalimah Allah Ta’ala, bersabar dan meningkatkan kesabaran, serta bekerja tanpa mengenal penat lelah sehingga beliau bertemu Allah Ta`ala. Beliau tidak pernah mengubah sikap dan keyakinannya, sehingga mampu mewariskan keyakinannya kepada generasi muda dambaan umat. Akhirnya, generasi muda binaannya inilah yang berperanan menyambung risalah kepada generasi berikutnya Al-Akh Muhammad Abdul Hamid merupakan generasi awal yang menyebarkan dakwah Ikhwanul Muslimin di Iraq. Ketika menjadi guru madrasah di Iraq, beliau mula menabur benih dakwah, hingga tumbuh dan berkembang."
Manhaj dan Sikap Muhammad Abdul Hamid Ahmad
Ustadz Muhammad Abdul Hamid Ahmad menceritakan aktiviti-aktivitinya bersama saudara-saudaranya di perguruan tinggi, "Kami memerhatikan mahasiswa yang
kelihatan shalih, lalu mengajaknya menghadiri kajian Islam di rumah Ustadz Imam Hasan Al- Banna. Untuk mengenali mahasiswa, kami mendirikan mushalla(Surau) di setiap fakulti.
Sehingga mahasiswa muslim dapat melaksanakan shalat Zhuhur dan Ashar di mushalla. Kesempatan itu kami manfaatkan untuk mengajak mereka masuk kepada Ikhwan. Alhamdulillab, sebahagian besar mereka menyambut ajakan kami. Ketika itu, saya ditemani sahabatku Abdul Muhsin Al-Husaini, Abdul Hakim Abidin, Ibrahim Al-Uzaini, Muhammad Mahmud As- Sayyid Ghali, Abdul Muhsin Syarbi, Mahmud Abdul Halim, dan Iain-lain. Ketika anggota Ikhwan dari kalangan mahasiswa bertambah banyak, persidangan kami berpindah ke pusat Ikhwanul Muslimin di Maidan Al-Khadlra'. Di dalam pertemuan ini kami mendengar ceramah Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna. Kami berhasil memilih ruang di fakulti untuk dijadikan mushalla dan markas dakwah. Ruang itu biasanya digunakan oleh tutor-tutor jurusan bahasa Inggeris untuk menyimpan nota-nota mereka. Kami meminta izin untuk menggunakan ruangan itu kepada dekan fakulti, Dr. Manshur Fahmi. Jelas sekali, beliau memberikan izin. Lalu, fakulti yang didominasi tutor-tutor dari Inggeris itu, hanya ada satu yang berasal dari Mesir, dikejutkan oleh suara adzan Zhuhur yang dikumandangkan oleh beliau. Di dalam sebuah ceramah di depan mahasiswa Ikhwanul Muslimin Mesir pada tahun 1931, Imam Asy- Syahid Hasan Al-Banna berkata, "Di dalam muqaddimah sambutan ini, saya tidak lupa mengenang masa-masa yang penuh berkat. Empat tahun yang lalu, saya duduk bersama enam orang saudara kalian untuk mengkaji kewajiban mahasiswa terhadap Islam. Pada akhir tahun kedua, pertemuan ku dihadiri empat puluh mahasiswa. Akhir tahun ketiga, jumlah mereka mencapai tiga ratus orang. Dan, tahun keempat ini, jumlah kalian semakin bertambah.' Tanah yang baik akan menumbuhkan tanaman dengan seizin Tuhannya." Ustadz Ahmad Abu Syadi di dalam bukunya Riblati Ma'al jamaatish Shamidah berkata, "Allah Ta'ala menghendakiku berdekatan dengan Ustadz Muhammad Abdul Hamid Ahmad di dalam ujian pada tahun 1965. Kedekatan itu memberikan pelajaran yang sangat berharga kepadaku. Kerana, daripadanya saya memperoleh teladan yang jauh lebih baik daripada apa yang saya pelajari di dalam kajian sebelum ini. Beliau bagaikan lautan ilmu yang tidak bertepi. Beliau sering berbicara tentang dakwah yang beliau ceburi semenjak remaja dan sastera Muhammad Iqbal yang banyak beliau hafaz dan ungkap dengan penuh semangat, sehingga kami ikut terbawa-bawa.
Beliau juga mengkaji hikmah-hikmah daripada Ibnu Atha'ullah As-Sakandari bersama kami. Bahkan beliau seringkali melantunkan hikmah-hikmah yang meneguhkan hati orang-orang tertindas, ketika bahaya mengancam, ujian menerjang, dan semua orang putus asa daripada kemenangan dan kemerdekaan. Di antara hikmah yang kami hafaz daripadanya ialah, 'Terlambatnya kurnia Allah Ta'ala yang diminta secara terus-menerus tidak boleh membuatmu berputus asa. Kerana, Allah Ta'ala menjamin memberimu dengan pilihan-Nya, bukan berdasarkan pilihanmu, dan pada waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang kamu kehendaki. Dia Dzat yang sangat berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah Ta'ala bersamamu, maka apa yang akan membahayakanmu? Apabila Allah Ta'ala memusuhimu, maka siapa yang akan menolongmu?" Ustadz Muhammad Abdul Hamid Ahmad telah mewariskan karya ilmiah, antara lain:
1. Kalimatun wa Araa.
2. FiWajhith Thufan.
3. Al-'Aqidah wa Hayati Rajulil 'Aqidah.
4. Dzikrayati.
5. Al-Ihtimam wa Dawafi'il Qira'ah (penelitian).
6. Al-Manzhurul Ijtima' I ft Dirasati WasaililI'lam
(penelitian).
Ditambah beberapa risalah dan makalah yang dimuatkan oleh majalah An-Nadzir, Al- Ikhwan Al-Muslimun, Ad-Da`wah, Al-Mababits Al-Qadha'iyab, dan lainnya. Ustadz Muhammad Abdul Hamid pernah memberi komen tentang gurunya, Imam Asy- Syahid Hasan Al-Banna, "Kenangan bersama Asy- Syahid Imam Hasan Al-Banna rahimahullab adalah kenangan yang sangat manis. Beliau adalah salah satu tanda kebesaran Allah Ta'ala. Nama Hasan Al-Banna sangat tepat dengan orang yang menyandangnya. Beliau telah membangunkan dengan baik dan mentarbiyah dengan bijaksana. Karismanya merupakan karisma orang-orang bijak, ruhnya ruh para waii`, firasatnya merupakan firasat orang-orang pilihan, kalimat-kalimatnya mengandungi banyak inspirasi, dan nasihat nasihatnya umpama cahaya dan ubat. Dengan mengenalinya, saya mengenal sifat kejantanan dalam diri lelaki, kepimpinan dalam pemimpin, dan Islam pada orang muslim. Saya berbaiat kepadanya untuk memperjuangkan Islam dan menyeru manusia pada Allah Ta'ala,. Rasul-Nya, Al-Qur'an, dan Sunnah Nabi-Nya; baik ketika di Mesir, Iraq, Jordan, dan Arab Saudi. Segala puji bagi Allah Ta'ala yang memberiku taufiq untuk mengikuti dakwah yang lebih baik dari dunia dan seisinya ini. Saya mohon kepada Allah Ta'ala agar dilindungi daripada fitnah dan diteguhkan, agar tetap di jalan dakwah, hingga bertemu dengan-Nya dalam keadaan redha dan diredhai." Ustadz Muhammad Abdul Hamid Ahmad tidak meninggalkan Makkah setelah masa persaraannya, sehingga menemui ajal yang telah ditentukan. Beliau pulang ke rahmatullah pada 4 Mei 1992, setelah menderita sakit barah selama satu bulan. Beliau dishalatkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di pekuburan Al-Mu'allah Makkah Al-Mukarramah. Semoga Allah Ta'ala merahmatinya dengan rahmat yang luas dan menempatkannya di syurga yang luas, sebagai balasan atas jasa-jasanya terhadap umat Islam.
Tulisan ini adalah karya Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil berdasarkan pengalaman dan kajian beliau tentang tokoh-tokoh pembangun Islam.