Pages

Video

Mursi dan Erdogan Dukung Perjuangan Rakyat Palestin

Wednesday, November 21, 2012 2 comments

Presiden Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, kerana Gaza menghadapi tragedi kemanusiaan. Beliau menyampaikan kenyataan singkatnya setelah solat Jum’at di Masjid Fathimah Bandar Kaherah. Beliau mengatakan: “Kami melihat apa yang terjadi di Gaza adalah permusuhan terhadap kemanusiaan. Saya peringatkan dan saya ulang peringatan saya terhadap pelaku pembunuhan bahawa mereka selamanya tidak akan dapat memusuhi Gaza.”

“Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian” ulang penegasan presiden Mursi. Beliau menambahkan juga, “Kami tegaskan kepada mereka atas nama rakyat Mesir semuanya bahawa Mesir hari ini berbeza dengan Mesir kelmarin. Bangsa Arab hari ini berbeza dengan bangsa Arab kelmarin.”


Di akhir pernyataannya beliau menyampaikan ucapan selamat bagi umat Muslim di seluruh dunia dengan datangnya tahun baru Hijrah.

Sementara itu, Perdana Menteri, Dr. Qandil telah selesai mengadakan kunjungan dari Gaza atas perintah presiden Mursi sebagai bukti dukungan penuh Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin.



Perdana Menteri Turki, Erdogan menegaskan bahawa negaranya berdiri di sisi Palestin di Gaza. Beliau menyampaikan ucapan dalam konferensi pertubuhan di Istanbul hari Jumaat kelmarin bahawa dirinya akan mengadakan konferensi kesatuan bersama dengan presiden Mesir bagi menyatakan sikap bersama atas tragedi Gaza. Beliau juga menyatakan akan menghubungi presiden Amerika Barak Obama dan Setiausaha Agung PBB bagi membicarakan krisis Gaza tersebut.

Beliau juga menegaskan tidak akan ada komunikasi dengan pihak Israel, kerana tidak ada hubungan apapun di antara kami dan mereka. Beliau menyindir Israel yang menyerang Gaza hanya untuk kepentingan pilihan raya yang akan datang, dan ini juga yang dilakukan mereka pada tahun 2008 saat Israel menyerang Gaza.

Ucapan Mursyid Am IM di sambutan Konferensi Harakah Islamiyah 2012

Tuesday, November 20, 2012 0 comments



Fadhilatul Ustaz Dr. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa Allah swt. mengutus kita sebagai ruh baru yang mengalir di tubuh umat ini, sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Hasan Al-Banna rahimahullah ‘alaih. Beliau mengatakan:

“Putera kami menjadi pemimpin, tokoh kami menjadi pahlawan dan wanita kami adalah wanita pemberani. Bonda kami Hajar mengajarkan kepada kami bagaimana lari-lari kecil antara shafa dan marwa, beliau melempar musuh yang ada sampai sekarang di antara kita, yang itu kita lempari 70 kali saat di Mina. Itu semua kita lakukan kerana ketaatan kepada Ar-Rahman, sekaligus sebagai wujud keyakinan dan tawakkal yang mendalam kepada Allah swt.”

Dr. Badi’ menambahkan dalam kata sambutan pada sambutan Konferensi Harakah Islamiyah di Sudan, bahawa Islam adalah agama yang sempurna, tidak meninggalkan satu sisi kehidupan kecuali pasti dijelaskannya, tidak meninggalkan sedikitpun sesuatu yang bermanfaat kecuali pasti kita diperintahkan melaksanakannya. Sebagaiman juga dalam Islam wanita memiliki kedudukan yang tinggi. Hendaknya dunia mengetahui bahawa Islam memuliakan wanita dan memberi kebebasan kepada mereka.



Beliau berpesan kepada pemuda, “Kalian adalah ruh umat, Rasulullah saw. Ingatlah ketika Rasulullah mengetengahkan kepada kalian wahai para pemuda agar kalian menjadi pemimpin umat ini, ketika Rasul memilih Usamah bin Zaid menjadi komandan pasukan sedangkan di antara pasukan itu ada Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali radhiyallahu ‘anhum, itu dilakukan agar menjadi pelajaran bagi umat semua.”

Beliau mengajak kepada semua komponen umat Muslim untuk bersatu padu dan menghilangkan perselisihan. Beliau mengatakan, “Kalian merepresentasikan tubuh umat ini. Tidak mungkin akan tegak dan kuat salah satu persendian kecuali dengan saling konsolidasi, saling merapat dan saling menyatu setiap persendian dan bahagian-bahagiannyanya, sehingga menjadi satu tubuh yang sihat, sehingga kalian mampu mewujudkan cita-cita umat ini. Dengan demikian Allah akan mengalirkan kebaikan-kebaikan melalui tangan dan kebijakannya. Dan bahawa negara zalim hanya berumur jagung sedangkan negara kebenaran dan keadilan akan kekal sampai qiyamis sa’ah.”
Allah berfirman: “Katakanlah, Ya Allah, Dzat yang Memiliki kerajaan, Engkau mengkurniakan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau meninggikan orang yang Engkau kehendaki dan menghinakan orang yang Engkau kehendaki. Di Tangan-Mu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Beliau melanjutkan, bahawa kita semua sekarang ini berada di semenanjung sungai Nil, air sungai yang mengalir yang merupakan sumber kehidupan. Ia mengalir di darah dan keringat kita dari selatan menuju utara, oleh kerana itu hendaknya kita semua menyatukan barisan, di setiap penjuru tempat. Hati dan jiwa menyatu meski fizikal berjauhan. Kalian di setiap tempat bersama Allah, oleh kerana itu hendaknya Allah selalu bersama kalian. Jika kalian tidak bersama Allah, Maka kalian akan bersama siapa?!

Mursyid menekankan bahawa darah rakyat Palestin dan Syiria mengiris hati setiap muslim dan warga Arab. Beliau menyeru agar semua bersatu menghentikan darah mengalir secepat mungkin sehingga umat Islam kembali memiliki izzah dan kewibawaan baru.

Di akhir kata sambutannya, Mursyid mengucapkan terima kasih kepada pemerintah dan rakyat Sudan yang telah menjadi tuan rumah perjumpaan besar ini. Beliau mendoakan agar Allah Azza wa Jalla mencurahkan keberkahan yang berterusan kepada mereka.

Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar rahimahullah

Thursday, August 30, 2012 1 comments







Syeikh Umar bin Sulaiman Al Asyqar adalah seorang ulama yang sangat disegani oleh pelbagai kalangan organisasi dan perkumpulan. Sebagaimana dikutip dari Ikhwanwiki.com, beliau dianggap sebagai simbol keilmuan Jamaah Ikhwanul Muslimin di Jordan.

Syeikh Umar ketika kecil lahir pada tahun 1940 Masihi di Nablus, Wilayah Palestin. Abang beliau yang bernama Syeikh Muhammad adalah seorang sarjana undang-undang syariah yang disegani. Syeikh Muhammad Sulaiman Al Asyqar ini adalah penulis kitab tafsir Zubdat At Tafsir yang merupakan rangkumaan dari kitab tafsir Imam Asy Syaukani.

Syeikh Umar ketika muda mengikuti jejak abangnya dalam menuntut ilmu. Saat beliau berusia 16 tahun, demi kecintaannya pada ilmu, beliau meninggalkan Palestin berhijrah ke Arab Saudi. Di ibukota negeri Saudi, Riyadh, beliau menamatkan sekolah menengahnya. Kemudian beliau menyelesaikan pengajiannya di Universiti Al Imam Riyadh dalam Jurusan Syariah. Setelah itu, beliau mengikut jejak abangnya belajar di Universiti Islam Madinah. Namun, kali ini beliau bekerja sebagai pustakawan di kampus tersebut.

Pada tahun 1965, beliau pindah ke Kuwait dan bekerja di sana sebagai tenaga pengajar di Universiti Kuwait. Pada masa ini, beliau menyelesaikan Program Sarjana Syariah di Universiti Al Azhar Mesir sekaligus menyelesaikan Program PhDnya di universiti yang sama pada tahun 1980.
Dalam bidang keilmuan, beliau dididik oleh pelbagai ulama yang terkenal dalan pelbagai disiplin keilmuannya. Antaranya bersama Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani, Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Abdul Jalil Al Qarqasyawi.

Seterusnya beliau berhijrah ke Universitas Az Zarqa’ di Amman Jordan pada tahun 1990. Di Fakulti Syariah di kampus tersebut dan beliau menjawat jawatan sebagai dekan. Beliau juga menjadi profesor di Universiti Jordan.

Menurut Majalah Al Furqaan edisi 143 tahun 2001, beliau dikenali sebagai pendukung gerakan Ikhwanul Muslimin di Jordan. Bahkan beliau pernah memfatwakan bahawa kaum Muslimin dari seluruh dunia harus mendukung Intifadha kedua yang meletus di Palestin pada tahun 2000.
Keluasan ilmunya menjadikan dirinya dianggap sebagai simbol keilmuan Ikhwanul Muslimin Jordan. Bahkan, ilmu yang beliau miliki sangat diakui oleh pelbagai kelompok pergerakan Islam dari seluruh dunia.

Dalam bidang aqidah, beliau berjalan di atas aqidah salafush soleh. Beliau juga dianggap sebagai salah seorang tokoh yang gigih menyeru kepada aqidah salafush soleh, terutamanya Syeikhul Islam  Ibnu Taimiyah. Dalam hal ini, beliau sependapat dengan Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani dan Syeikh Zuhair Asy Syawis. Namun begitu, beliau berdiri sebagai murid di hadapan Syeikh Al Albani. Pengaruh aqidah Ibn Taimiyah terhadapnya terbukti apabila kita meneliti penulisan beliau di dalam kitab beliau tentang aqidah, seperti Al Aqidah Fillah, Aslu I’tiqad, Asma’ wash Shifat, I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah, dan lain-lain. Bahkan, sebahagian orang menyatakan bahawa beliau hanya menyalin ulang perkataan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Banyak karya ilmiah yang beliau tulis. Di antaranya adalah:

1.     Tujuan Pembebanan Ibadah oleh Tuhan Semesta Alam
2.     Siri Iman Berdasarkan Al Quran dan Sunnah, yang meliputi Kitab Iman Kepada Allah, Dunia Malaikat, Dunia Jin dan Setan, Hari Penghakiman, Kiamat Kubra, Kiamat Sughra, Rasul dan Risalah,serta Qadha dan Qadar
3.     Dasar Keimanan
4.     Nama dan Sifat Allah dalam Keyakinan Ahlus Sunnah wal Jamaah
5.     Analogi, Antara Pendukung dan Lawannya
6.     Puasa Menurut Al Quran dan Sunnah
7.     Hukum Penglibatan dalam Pemerintahan dan Parlimen
8.     Wanita, Antara Dakwah Islam dan Kemajuan Peradaban  

Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar rahimahullah  telah meninggal dunia pada 22 Ramadhan lalu (10 Ogos 2012) pada hari Jumaat dalam usia 72 tahun.

 

Aktivis Politik Wanita IM Terima Anugerah Nobel

Sunday, October 23, 2011 0 comments

Dr. Abdul-Rahman Ba-Fadel Presiden blok Parlimen Himpunan Islah Yaman (at-Tajammu al-Yemeni lil-Islah‎) atau IM Yaman mengucapkan tahniah kepada aktivis politik Tawakkul Karman, yang juga anggota Himpunan Islah Yaman, kerana memenangi Anugerah Nobel Keamanan.

Ba-Fadel memberitahu IkhwanWeb di Kaherah, “Tawakkul ialah rakyat setia Yaman dan kita sentiasa menyokong beliau dengan jiwa raga kita”.

Menurut beliau, Anugerah Nobel yang dimenangi oleh Tawakkul membuktikan bahawa dunia menyokong revolusi aman Yaman dan merupakan isyarat masyarakat antarabangsa bahawa mereka bersama dengan penunjuk perasaan.

Awal Oktober lepas, Jawatankuasa Nobel yang berpusat di Norway mengumumkan nama tiga orang wanita yang menerima Anugerah Nobel Keamanan 2011. Selain Tawakkul Kerman, dua penerima lain ialah Presiden Ellen Johnson Sirleaf dari Liberia dan aktivis Leymah Gbowee juga dari Liberia.

Tawakkul Kerman mendedikasikan Anugerah tersebut kepada rakyat Yaman serta semua wanita Arab dan melihatnya sebagai kemenangan kepada revolusi aman Yaman. “ Saya sangat gembira. Ini adalah kemenangan kepada keamanan di dunia Arab dan untuk revolusi aman kita. Saya yakin Anugerah ini adalah untuk rakyat Yaman dan semua wanita di Yaman dan dunia Arab’, ujar beliau.

Apabila ditanya apakah yang menyebabkan beliau menerima anugerah tersebut, Karman berkata: "Saya adalah sebahagian daripada masyarakat yang berjuang untuk mendapatkan hak-hak politik dan sivil untuk rakyat. Ini adalah perjuangan aktivis hak asasi manusia, para belia Yaman dan seluruh wanita Yaman.

Rujukan: http://www.ikhwanweb.com

Menjadi Pemaaf Dan Melawan Godaan Syaitan

Monday, August 29, 2011 1 comments





Maksudnya:
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari setan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya." (QS. Al-A’raaf: 199-201)

Maafkanlah kekurangan-kekurangan kecil manusia dalam pergaulan dan persahabatan. Jangan menuntut kesempurnaan pada mereka, dan jangan membebani mereka dengan akhlak yang sulit. Maafkan kesalahan, kelemahan, dan kekurangan mereka.

Semua ini adalah dalam pergaulan peribadi, bukan dalam urusan akidah agama dan bukan dalam urusan kewajiban syar’iyyah. Kerana di dalam akidah Islam dan syariat Allah tidak ada lapang dada dan toleransi. Yang ada adalah pengambilan tindakan, pemberian hak, persahabatan, dan perlindungan. Dengan demikian, kehidupan akan berjalan mudah dan lemah lembut.

Memaafkan kelemahan orang lain, lemah lembut kepadanya, dan toleran kepadanya merupakan kewajiban orang-orang besar terhadap orang-orang kecil yang lemah. Rasulullah adalah seorang pemimpin, pembimbing, guru, dan pendidik.
Oleh kerana itu, beliau adalah orang yang paling layak bersikap lapang dada, memberi kemudahan, dan toleransi. Beliau tidak pernah marah kerana persoalan peribadi. Tetapi, bila agamanya diusik, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahan kemarahan beliau.

Semua juru dakwah diperintahkan dengan apa yang diperintahkan kepada Rasulullah. Kerana, bergaul dengan jiwa manusia memerlukan kelapangan dada, toleransi, mudah, dan memudahkan. Tetapi, tidak sembrono dan tidak mengabaikan aturan agama Allah.

“Dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf.”

Iaitu, kebaikan yang sudah dikenal dan sangat jelas, yang tidak perlu didiskusikan dan dibantah lagi, yang diterima oleh fitrah yang sihat dan jiwa yang lurus. Jiwa itu apabila sudah terbiasa dengan kebaikan ini, maka ia akan menurut untuk dibimbing. Juga, merasa senang melakukan bermacam-macam kebaikan dengan tidak merasa terbebani.

Tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalanginya untuk melakukan kebaikan-kebaikan sebagaimana ketika pada permulaan dikenalkannya kepada tugas-tugasnya, dia merasa terhalang oleh kesulitan, rasa enggan, dan berat.

Untuk melatih jiwa, maka pada permulaannya haruslah dikenalkan tugas-tugas kebaikan yang mudah-mudah dan ringan. Sehingga, setelah terbiasa, maka dengan sendirinya ia akan bersemangat untuk melakukan yang lebih dari itu dan akan dirasakannya mudah. Juga dilakukan dengan penuh ketaatan, dan dengan jiwa yang lunak.

“Dan berpalinglah dari orang-orang yang bodoh….”

Iaitu, berjuang dari kejahilan yang merupakan kebalikan dari sikap yang lurus, dan kejahilan yang merupakan kebalikan dari kepandaian. Keduanya adalah mirip-mirip.
Berpaling itu adakalanya dengan meninggalkannya, dan adakalanya dengan mengabaikannya. Tidak menghiraukan perbuatan-perbuatan dan ucapan-ucapan yang mereka lakukan kerana kebodohan mereka, serta melewati mereka dengan sikap sebagai orang yang mulia. Juga tidak melayani mereka dengan perdebatan yang hanya akan membawa kepada ketegangan dan membuang-buang waktu dan tenaga.

Kadang-kadang bersikap diam terhadap mereka dan berpaling dari tindakan bodoh mereka itu, boleh menjadikan mereka merasa terhina dengan sendirinya tanpa mengucapkan kata-kata yang buruk dan keras kepala.
Seandainya sikap demikian ini tidak membawa hasil seperti itu, maka hal ini akan menghindarkan orang-orang lain yang baik hatinya dari mereka. Yakni, ketika mereka melihat para juru dakwah begitu sabar dan menjauhi perbuatan sia-sia.
Juga, melihat orang-orang jahil itu begitu tolol dan bodoh. Sehingga, jatuh harga dirinya di mata mereka dan mereka pun menjauhinya.

Rasulullah adalah seorang manusia biasa, yang kadang-kadang timbul kemarahannya terhadap kebodohan orang-orang yang bodoh, ketololan orang-orang yang tolol, dan kedunguan orang-orang yang dungu. Kalaulah Rasulullah mampu mengendalikan diri dari semua ini, maka para juru dakwah di belakang beliau kadang-kadang tidak mampu mengendalikannya.

Nah, pada waktu marah itulah syaitan melakukan godaan di dalam jiwa sehingga bergejolak tanpa kendali. Kerana itulah, Allah memerintahkan supaya berilndung kepada-Nya, untuk meredakan kemarahannya dan mengendalikan diri dari jalan syaitan.

“Jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-A’raaf: 200)

Kata penutup, ‘Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui’, ini menetapkan bahawa Allah mendengarkan perkataan dan tindakan jahil orang-orang jahil dan bodoh itu. Juga mengetahui gangguan mereka.
Kata penutup semacam ini dapat menimbulkan kerelaan dan ketenteraman dalam hati. Kerana, ia merasa cukup bahawa Yang Maha luhur lagi Maha Agung mendengar dan melihatnya. Sebab, apalagi yang diperlukan oleh suatu jiwa setelah Allah mendengarkan dan mengetahui tindakan dan perkataan orang-orang jahil ketika ia menyeru orang-orang yang jahil itu ke jalan Allah?

Selanjutnya, Al Quran mengambil jalan lain untuk mengarahkan hati juru dakwah agar merasa rela dan menerima serta mengingati Allah ketika dia marah. Juga agar mengambil jalan untuk menghadapi syaitan dan tipu dayanya yang licik.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah. Maka, ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (QS. Al-A’raaf: 201)

Ayat yang pendek ini menyingkapkan beberapa isyarat yang mengagumkan dan beberapa hakikat yang dalam, yang dikandung dalam ungkapan Alquran yang penuh mukjizat dan sangat indah.

Kata penutup ‘Maka, ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya’ melengkapi makna-makna yang terdapat pada permulaan ayat, dan tidak ada antonimnya di sana. Perkataan ini mengandungi makna bahawa was-was atau godaan syaitan itu dapat menjadikan buta, pudar, dan tertutupnya mata hati.
Akan tetapi, rasa takwa kepada Allah, perasaan selalu diawasi-Nya, takut akan kemurkaan dan azab-Nya, semuanya ini menghubungkan hati dengan Allah, menyedarkan-Nya dari kelalaian terhadap petunjuk-Nya. Juga mengingatkan dan menyedarkan orang-orang yang bertakwa.

Maka, apabila mereka ingat kepada Allah, terbukalah mata hati mereka dan tersingkaplah penutup dari mata batin mereka. “Maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”

Sesungguhnya godaan syaitan itu membutakan hati, dan mengingati Allah itu menjadikan hati terbuka. Godaan syaitan itu adalah kegelapan, dan mengingat Allah itu adalah cahaya. Sesungguhnya godaan syaitan itu dapat ditolak dengan ketakwaan, kerana syaitan tidak mempunyai kekuasaan apa pun terhadap orang-orang yang bertakwa.

Tafsir Fi Zhilalil Qur'an dari Syed Qutb.

Apabila Hillary Clinton Memuji Ikhwan Muslimin...

Friday, August 5, 2011 0 comments


Pada Julai 2011 yang lalu, suatu kenyataan mengejutkan keluar dari lidah Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berkenaan dengan Ikhwanul Muslimin. Hillary Clinton menyatakan bahawa beliau percaya sepenuhnya kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir, Ikhwanul Muslimin yang sudah teruji di pelbagai Negara dengan beragam bentuknya sangat mendokong Demokrasi. Hillary menegaskan bahawa Ikhwanul Muslimin adalah organisasi yang mencintai kedamaian, menerima demokrasi dan berkomitmen untuk anti kekerasan. Beliau berkata demikian di Budapest:

“Kami percaya Ikhwanul Muslimin, menginginkan perubahan politik di Mesir, bahawa dalam kepentingan Amerika Syarikat adalah untuk terlibat dengan semua pihak yang mahukan kedamaani dan berkomitmen untuk anti kekerasan.“

Sebagai sebuah organisasi politik Islam moden yang pemikirannya sudah ada di setiap Negara, dengan ulama sentral mereka saat ini seperti Dr. Yusuf Qaradhawi , anggota dari Gerakan Dakwah Islam ini berhati lembut, dan professional dalam mengelola organisasinya. Pendiri dari Ikhwanul Muslimin adalah Imam Syahid Hassan Al-Banna pada 14 Oktober 1906 di Kaherah Mesir. Selama 46 tahun hidup al Imam pergi aktif mendalami keadaan umat Islam dunia.

Imam Syahid Hasan Al-Banna sangat mencontohi ayahnya Syaikh Ahmad Al-Banna, Hassan sering terlibat dalam politik pada usia awal 12 tahun. Seorang mahasiswa yang cerdik dan cerdas, as syahid lulus pada di Pusat Pelatihan Guru Negara pada tahun 1923 dan masuk ke Perguruan Tinggi Dar al-Ulum. Disanalah Imam Syahid Hasan Al Banna menjalin hubungan dengan Ulama Islam terkemuka yang membantu membentuk politik, falsafah agama dan akhirnya mengarah pada kewujudan Ikhwanul Muslimin lima tahun kemudian.

Pemikiran Ikhwanul Muslimin sebagai Gerakan Dakwah Islam di Dunia, sudah mewarnai banyak Negara Islam. Dengan mengembalikan Demokrasi ke dalam pelukan Islam, dalam pilihanraya Mesir pada September mendatang, Ikhwanul Muslimin harus mengambil suara penuh di Pemerintahan Mesir. Tidak diragukan lagi kita akan segera mendengar lebih banyak Taujih dari Syeikh Dr Yussuf al-Qaradawi sebagai penasihat. Dan tidak diragukan lagi, Mesir dan Turki sebagai momentum kebangkitan Islam di pelbagai Negara bermajoritikan muslim lainnya. Mengapa Hillary percaya kepada Ikhwanul Muslimin? Semoga anda dapat menduga apa yang cuba dimanfaatkan dan diusahakan oleh “orang kuat” Rumah Putih ini?

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum