Video

Mursi dan Erdogan Dukung Perjuangan Rakyat Palestin

Wednesday, November 21, 2012 2 comments

Presiden Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, kerana Gaza menghadapi tragedi kemanusiaan. Beliau menyampaikan kenyataan singkatnya setelah solat Jum’at di Masjid Fathimah Bandar Kaherah. Beliau mengatakan: “Kami melihat apa yang terjadi di Gaza adalah permusuhan terhadap kemanusiaan. Saya peringatkan dan saya ulang peringatan saya terhadap pelaku pembunuhan bahawa mereka selamanya tidak akan dapat memusuhi Gaza.”

“Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian” ulang penegasan presiden Mursi. Beliau menambahkan juga, “Kami tegaskan kepada mereka atas nama rakyat Mesir semuanya bahawa Mesir hari ini berbeza dengan Mesir kelmarin. Bangsa Arab hari ini berbeza dengan bangsa Arab kelmarin.”


Di akhir pernyataannya beliau menyampaikan ucapan selamat bagi umat Muslim di seluruh dunia dengan datangnya tahun baru Hijrah.

Sementara itu, Perdana Menteri, Dr. Qandil telah selesai mengadakan kunjungan dari Gaza atas perintah presiden Mursi sebagai bukti dukungan penuh Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin.



Perdana Menteri Turki, Erdogan menegaskan bahawa negaranya berdiri di sisi Palestin di Gaza. Beliau menyampaikan ucapan dalam konferensi pertubuhan di Istanbul hari Jumaat kelmarin bahawa dirinya akan mengadakan konferensi kesatuan bersama dengan presiden Mesir bagi menyatakan sikap bersama atas tragedi Gaza. Beliau juga menyatakan akan menghubungi presiden Amerika Barak Obama dan Setiausaha Agung PBB bagi membicarakan krisis Gaza tersebut.

Beliau juga menegaskan tidak akan ada komunikasi dengan pihak Israel, kerana tidak ada hubungan apapun di antara kami dan mereka. Beliau menyindir Israel yang menyerang Gaza hanya untuk kepentingan pilihan raya yang akan datang, dan ini juga yang dilakukan mereka pada tahun 2008 saat Israel menyerang Gaza.

Ucapan Mursyid Am IM di sambutan Konferensi Harakah Islamiyah 2012

Tuesday, November 20, 2012 0 comments



Fadhilatul Ustaz Dr. Muhammad Badi’, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin menegaskan bahawa Allah swt. mengutus kita sebagai ruh baru yang mengalir di tubuh umat ini, sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam Hasan Al-Banna rahimahullah ‘alaih. Beliau mengatakan:

“Putera kami menjadi pemimpin, tokoh kami menjadi pahlawan dan wanita kami adalah wanita pemberani. Bonda kami Hajar mengajarkan kepada kami bagaimana lari-lari kecil antara shafa dan marwa, beliau melempar musuh yang ada sampai sekarang di antara kita, yang itu kita lempari 70 kali saat di Mina. Itu semua kita lakukan kerana ketaatan kepada Ar-Rahman, sekaligus sebagai wujud keyakinan dan tawakkal yang mendalam kepada Allah swt.”

Dr. Badi’ menambahkan dalam kata sambutan pada sambutan Konferensi Harakah Islamiyah di Sudan, bahawa Islam adalah agama yang sempurna, tidak meninggalkan satu sisi kehidupan kecuali pasti dijelaskannya, tidak meninggalkan sedikitpun sesuatu yang bermanfaat kecuali pasti kita diperintahkan melaksanakannya. Sebagaiman juga dalam Islam wanita memiliki kedudukan yang tinggi. Hendaknya dunia mengetahui bahawa Islam memuliakan wanita dan memberi kebebasan kepada mereka.



Beliau berpesan kepada pemuda, “Kalian adalah ruh umat, Rasulullah saw. Ingatlah ketika Rasulullah mengetengahkan kepada kalian wahai para pemuda agar kalian menjadi pemimpin umat ini, ketika Rasul memilih Usamah bin Zaid menjadi komandan pasukan sedangkan di antara pasukan itu ada Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali radhiyallahu ‘anhum, itu dilakukan agar menjadi pelajaran bagi umat semua.”

Beliau mengajak kepada semua komponen umat Muslim untuk bersatu padu dan menghilangkan perselisihan. Beliau mengatakan, “Kalian merepresentasikan tubuh umat ini. Tidak mungkin akan tegak dan kuat salah satu persendian kecuali dengan saling konsolidasi, saling merapat dan saling menyatu setiap persendian dan bahagian-bahagiannyanya, sehingga menjadi satu tubuh yang sihat, sehingga kalian mampu mewujudkan cita-cita umat ini. Dengan demikian Allah akan mengalirkan kebaikan-kebaikan melalui tangan dan kebijakannya. Dan bahawa negara zalim hanya berumur jagung sedangkan negara kebenaran dan keadilan akan kekal sampai qiyamis sa’ah.”
Allah berfirman: “Katakanlah, Ya Allah, Dzat yang Memiliki kerajaan, Engkau mengkurniakan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau meninggikan orang yang Engkau kehendaki dan menghinakan orang yang Engkau kehendaki. Di Tangan-Mu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Beliau melanjutkan, bahawa kita semua sekarang ini berada di semenanjung sungai Nil, air sungai yang mengalir yang merupakan sumber kehidupan. Ia mengalir di darah dan keringat kita dari selatan menuju utara, oleh kerana itu hendaknya kita semua menyatukan barisan, di setiap penjuru tempat. Hati dan jiwa menyatu meski fizikal berjauhan. Kalian di setiap tempat bersama Allah, oleh kerana itu hendaknya Allah selalu bersama kalian. Jika kalian tidak bersama Allah, Maka kalian akan bersama siapa?!

Mursyid menekankan bahawa darah rakyat Palestin dan Syiria mengiris hati setiap muslim dan warga Arab. Beliau menyeru agar semua bersatu menghentikan darah mengalir secepat mungkin sehingga umat Islam kembali memiliki izzah dan kewibawaan baru.

Di akhir kata sambutannya, Mursyid mengucapkan terima kasih kepada pemerintah dan rakyat Sudan yang telah menjadi tuan rumah perjumpaan besar ini. Beliau mendoakan agar Allah Azza wa Jalla mencurahkan keberkahan yang berterusan kepada mereka.

Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar rahimahullah

Thursday, August 30, 2012 1 comments







Syeikh Umar bin Sulaiman Al Asyqar adalah seorang ulama yang sangat disegani oleh pelbagai kalangan organisasi dan perkumpulan. Sebagaimana dikutip dari Ikhwanwiki.com, beliau dianggap sebagai simbol keilmuan Jamaah Ikhwanul Muslimin di Jordan.

Syeikh Umar ketika kecil lahir pada tahun 1940 Masihi di Nablus, Wilayah Palestin. Abang beliau yang bernama Syeikh Muhammad adalah seorang sarjana undang-undang syariah yang disegani. Syeikh Muhammad Sulaiman Al Asyqar ini adalah penulis kitab tafsir Zubdat At Tafsir yang merupakan rangkumaan dari kitab tafsir Imam Asy Syaukani.

Syeikh Umar ketika muda mengikuti jejak abangnya dalam menuntut ilmu. Saat beliau berusia 16 tahun, demi kecintaannya pada ilmu, beliau meninggalkan Palestin berhijrah ke Arab Saudi. Di ibukota negeri Saudi, Riyadh, beliau menamatkan sekolah menengahnya. Kemudian beliau menyelesaikan pengajiannya di Universiti Al Imam Riyadh dalam Jurusan Syariah. Setelah itu, beliau mengikut jejak abangnya belajar di Universiti Islam Madinah. Namun, kali ini beliau bekerja sebagai pustakawan di kampus tersebut.

Pada tahun 1965, beliau pindah ke Kuwait dan bekerja di sana sebagai tenaga pengajar di Universiti Kuwait. Pada masa ini, beliau menyelesaikan Program Sarjana Syariah di Universiti Al Azhar Mesir sekaligus menyelesaikan Program PhDnya di universiti yang sama pada tahun 1980.
Dalam bidang keilmuan, beliau dididik oleh pelbagai ulama yang terkenal dalan pelbagai disiplin keilmuannya. Antaranya bersama Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani, Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Abdul Jalil Al Qarqasyawi.

Seterusnya beliau berhijrah ke Universitas Az Zarqa’ di Amman Jordan pada tahun 1990. Di Fakulti Syariah di kampus tersebut dan beliau menjawat jawatan sebagai dekan. Beliau juga menjadi profesor di Universiti Jordan.

Menurut Majalah Al Furqaan edisi 143 tahun 2001, beliau dikenali sebagai pendukung gerakan Ikhwanul Muslimin di Jordan. Bahkan beliau pernah memfatwakan bahawa kaum Muslimin dari seluruh dunia harus mendukung Intifadha kedua yang meletus di Palestin pada tahun 2000.
Keluasan ilmunya menjadikan dirinya dianggap sebagai simbol keilmuan Ikhwanul Muslimin Jordan. Bahkan, ilmu yang beliau miliki sangat diakui oleh pelbagai kelompok pergerakan Islam dari seluruh dunia.

Dalam bidang aqidah, beliau berjalan di atas aqidah salafush soleh. Beliau juga dianggap sebagai salah seorang tokoh yang gigih menyeru kepada aqidah salafush soleh, terutamanya Syeikhul Islam  Ibnu Taimiyah. Dalam hal ini, beliau sependapat dengan Syeikh Muhammad Nashiruddin Al Albani dan Syeikh Zuhair Asy Syawis. Namun begitu, beliau berdiri sebagai murid di hadapan Syeikh Al Albani. Pengaruh aqidah Ibn Taimiyah terhadapnya terbukti apabila kita meneliti penulisan beliau di dalam kitab beliau tentang aqidah, seperti Al Aqidah Fillah, Aslu I’tiqad, Asma’ wash Shifat, I’tiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah, dan lain-lain. Bahkan, sebahagian orang menyatakan bahawa beliau hanya menyalin ulang perkataan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Banyak karya ilmiah yang beliau tulis. Di antaranya adalah:

1.     Tujuan Pembebanan Ibadah oleh Tuhan Semesta Alam
2.     Siri Iman Berdasarkan Al Quran dan Sunnah, yang meliputi Kitab Iman Kepada Allah, Dunia Malaikat, Dunia Jin dan Setan, Hari Penghakiman, Kiamat Kubra, Kiamat Sughra, Rasul dan Risalah,serta Qadha dan Qadar
3.     Dasar Keimanan
4.     Nama dan Sifat Allah dalam Keyakinan Ahlus Sunnah wal Jamaah
5.     Analogi, Antara Pendukung dan Lawannya
6.     Puasa Menurut Al Quran dan Sunnah
7.     Hukum Penglibatan dalam Pemerintahan dan Parlimen
8.     Wanita, Antara Dakwah Islam dan Kemajuan Peradaban  

Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar rahimahullah  telah meninggal dunia pada 22 Ramadhan lalu (10 Ogos 2012) pada hari Jumaat dalam usia 72 tahun.

 

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum