Video

Aktivis Politik Wanita IM Terima Anugerah Nobel

Sunday, October 23, 2011 2 comments

Dr. Abdul-Rahman Ba-Fadel Presiden blok Parlimen Himpunan Islah Yaman (at-Tajammu al-Yemeni lil-Islah‎) atau IM Yaman mengucapkan tahniah kepada aktivis politik Tawakkul Karman, yang juga anggota Himpunan Islah Yaman, kerana memenangi Anugerah Nobel Keamanan.

Ba-Fadel memberitahu IkhwanWeb di Kaherah, “Tawakkul ialah rakyat setia Yaman dan kita sentiasa menyokong beliau dengan jiwa raga kita”.

Menurut beliau, Anugerah Nobel yang dimenangi oleh Tawakkul membuktikan bahawa dunia menyokong revolusi aman Yaman dan merupakan isyarat masyarakat antarabangsa bahawa mereka bersama dengan penunjuk perasaan.

Awal Oktober lepas, Jawatankuasa Nobel yang berpusat di Norway mengumumkan nama tiga orang wanita yang menerima Anugerah Nobel Keamanan 2011. Selain Tawakkul Kerman, dua penerima lain ialah Presiden Ellen Johnson Sirleaf dari Liberia dan aktivis Leymah Gbowee juga dari Liberia.

Tawakkul Kerman mendedikasikan Anugerah tersebut kepada rakyat Yaman serta semua wanita Arab dan melihatnya sebagai kemenangan kepada revolusi aman Yaman. “ Saya sangat gembira. Ini adalah kemenangan kepada keamanan di dunia Arab dan untuk revolusi aman kita. Saya yakin Anugerah ini adalah untuk rakyat Yaman dan semua wanita di Yaman dan dunia Arab’, ujar beliau.

Apabila ditanya apakah yang menyebabkan beliau menerima anugerah tersebut, Karman berkata: "Saya adalah sebahagian daripada masyarakat yang berjuang untuk mendapatkan hak-hak politik dan sivil untuk rakyat. Ini adalah perjuangan aktivis hak asasi manusia, para belia Yaman dan seluruh wanita Yaman.

Rujukan: http://www.ikhwanweb.com

 
Tarbiyah Pewaris © 2011 | Designed by RumahDijual, in collaboration with Online Casino, Uncharted 3 and MW3 Forum